بسم الله الرحمن الرحيم
Kek DNA babi : Secret recipe nafikan kek mereka ada babi!!!
PETALING JAYA: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.
Lebih memeranjatkan, blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com turut mendakwa bahawa bahan-bahan berkenaan kini dikatakan digunakan oleh rangkaian kedai pembuat kek terkenal dalam produk mereka yang sebahagian besar pelanggan adalah masyarakat Islam.
Laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan. Jakim turut menyenaraikan bahan makanan itu digunakan rangkaian kedai kek berkenaan.
"Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Puratos Malaysia Sdn. Bhd. dikehendaki menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf dan mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.
"Selain itu, mereka perlu melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri," menurut laman web itu, Isnin.
Khamis lalu, tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret di Kluang atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi DNA babi di kedai minuman, Kluang Rail Coffee tanpa meletakkan pernyataan kewujudannya pada label pembungkusan kopi itu.
Ketiga-tiga pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd. (Rail Passion) tersebut iaitu Lim Jit Chiang, 37, dan abangnya, Lim Jit Tong, 42, serta sepupu mereka, Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan.
Syarikat pengilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading pula menghadapi tuduhan menyedia dan membungkus kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel untuk jualan kepada syarikat Rail Passion.
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
10 comments:
funca fitnah tu..baik delete n3 ni sebelum jadi nanah..
Salam,
Oh yeke, kalau betul kan, nape takde pihak-pihak yang berkenaan memaklumkan dalam berita ke?? Ini penting untuk semua umat islam kan?? Nape nak dirahsia-rahsiakan dan hanya dipaparkan via internet je? Munna pun ada terima emel berkenaan perkara ni, tapi not sure sahih ke tak??
kadang2 bukan semua perkara halal haram ni kene dipaparkan di tv je.sebagai umat Islam kita kenalah cari sendiri maklumat tentang benda2 macm ni.bukan semua pihak media massa ni ada masa nak paparkan benda2 macam ni.so,lebih baik sesiapa yang tak percaya tu semak sendiri ke jabatan halal malaysia benda ni.sebelum komen apa2,better semak dulu.baru komen.
pihak secret recipe dh umumkan, tula hangpa asyik bca blog politik yg tak update.... tak lain tak bukan ni mesti nak salah kan UMNO....
puratos malaysia dgn secret recipe bkn satu company.... nanti kena saman bro..... fitnah semakain menjadi2 di akhir zaman ni.....
aku dh baca statement tu tapi aku dah lupa, aku berani bersumpah.....
at last dh jumpa.... sila baca kepa da yg buat fitnah.... http://syahrilkadir.wordpress.com/2011/05/26/antara-dna-babi-dan-penjelasan-secret-recipie/
WOIT BUJANG SUSAH..AKU TAU KO MESTI SUKA APA YG AKU NK KONGSI KN..HAHa...JNGN LUPA SHARE YE..AKHBAR BN MMG BANGANG LG BAHLUL.MERENDAHKN DARKAT ISTRI BILA MENYURUH ISTRI MENJADIKN PELACUR KELAS PERTAMA SEBAGAI CONTOH
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Layanmacampelacur_/Article
TYPING ERROR-DARKAT=DARJAT
An-Nu'man bin Basyir berkata, "Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, 'Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.'" (HR. Bukhori)
qasih nadira
terima qasih dengan komen bernas anda tu...
amat bernas seperti mana kata anda..check dengan jabatan dulu..getik dengornya...
kome tak cuba ke atau dah cube ke call and tanya...apa jawabnya...atau orang yang berkaitan tiada di dalam ke jawabnya..atau passing line antara satu sama lain ke...
nak bukti lagi..cuba sms atau call no jika lihat kenderaan awam buat kesalahan..ala yang tampal kan belakang tu...sms sampai kamu jadi anak dara tua pun tak ada tindakan..atau call no tu sampai kamu jadi nenek pun takda orang akan angkat..cuba le..
so jangan tulis ikut suka je le...
satu penemuan baru....CARA NAK TAHU TERMAKAN BENDE HARAM ATAU TAK.
mudah jer...bila balik makan dari kedai secret recipe cuba2 bawa mengucap...kalo tersangkut2 tu menunjukkan sah dah termakan bahan dari oink-oink tuh....cepat2 makan julap tuk keluarkan dia....hehehe SELAMAT MENCUBA
uiks.....pesal x siar lam tv kalau bnda ni haram....ape guna media masa tv? kalau ada bnda haram pon bkn gtaw betol2, still nk selindung.....samar2 ja...ape kes? smua ada kt tenet tp x siar lam tv...sian kt org kt kg yg xde tenet....mesti diaorg xtaw sal ni....
Post a Comment