بسم الله الرحمن الرحيم
PEKIDA Nak Saman Penerbit Filem...???
Penerbit filem KL Gangster dan Kongsi, Datuk Yusof Haslam dan David Teo, menjelaskan filem-filem terbitan syarikat produksi mereka itu tiada kaitan dengan sebarang aktiviti mana-mana pertubuhan bukan kerajaan seperti yang didakwa oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida).
Penerbit Skop Productions, Yusof menegaskan, dia tidak mahu melayan dakwaan buruk terhadap filem arahan anaknya, Syamsul Yusof itu kerana ia hanyalah perkara remeh yang boleh merunsingkan fikiran.
"Kalau hendak fikirkan pelbagai komen orang terhadap filem atau drama terbitan saya, memanglah orang akan cakap macam-macam.
"Perkara ini bukan satu isu yang perlu diperbesar-besarkan. Filem KL Gangster hanyalah sebuah cerita rekaan dan tiada kena-mengena dengan mana-mana orang perseorangan atau pertubuhan.
"Kita sudah mendapat penapisan dan kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) dan Kementerian Dalam Negeri sebelum ia ditayangkan. Jadi saya tidak mahu layan perkara seperti ini," katanya yang dihubungi mStar Online, Khamis.
Sementara itu, penerbit Metrowealth Movies Production yang menerbitkan filem Kongsi, David Teo berkata, filem arahan Farid Kamil itu dihasilkan atas tujuan hiburan dan bukan untuk mempersendakan mana-mana pihak.
"Filem Kongsi hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak pun. Kita sama sekali tiada niat untuk mempersendakan mana-mana individu menerusi tema yang di paparan.
"Hakikatnya, isu gengsterisme berlaku di mana-mana negara atau bangsa pun dan bukan merujuk kepada pertubuhan tertentu.
"Ia tidak sepatutnya menjadi isu tetapi saya tidak boleh kata apa kerana itu hak mereka (Pekida). Cuma, kalau isu ini timbul lebih awal, pasti ia akan lebih membantu publisitiKongsi," katanya.
Pekida berhasrat untuk menyaman penerbit dan pengarah dua filem berkenaan kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.
Pertubuhan itu akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie, Jumaat (hari ini) bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem-filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula. - mstar
Note: Kah kah kah kah.. lawak plak pekida nih...
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
9 comments:
woooooo...serem nya tengok muka abg2 samseng nih...nampak kepanasan jer. teringat plak cam samseng2 yang gaduh ramai2 kat jeti penambang dalam filem p ramlee berjudul 'PENDEKAR BUJANG LAPOK'.
bg datuk yusof haslam dan david teo...seme ni adalah COBAANNNNNN.....hehehe
bg abg2 samseng pulak...peace dan jgn perasanlah.
INGAT KOT ADA DEDAH PAKIDA PUNYA ALAT SULIT ! TURR BETOI DEPA NI !
PEKIDA ni perasan lebih kot...
TAK PLAK PERNAH AKU DENGAR MAFIA ITALI SAMAN PEMBIKIN PILEM YG BUAT CERITA MAFIA. GAMAKNYA MAFIA ITALI TUH TAKUT NAK NGAKU MAFIA KOT, TAK MACAM PEKIDA YANG BERANI NGAKU GANGSTER HE HE HE
laa..apa ntah yg didedahkan..pnggilan abg long?ayahanda? dari org x tau terus blh tau..agak x bijak la PEKIDA ni..
Pekida tu mungkin nama besar/sah tapi yg samseng terlebihnya tu macam kongsi Melayu tu yg dinamakan 3 line (suppposedly 3 lineS) di mana semua perasan best tapi diPERgunakan, ditunggangi oleh orang atas + segelintir puak UMNO yg berkepentingan .. ops! tak semua la..ada yg bagus, steady, ikhlas islamik ...tapi hampir semua ahli 3 line ni suka tunjuk eksen..tau nak gaduh saja.
Nama jer pertubuhan dakwah...dakwah mendenya...dakwah sepak terajang la kut..hehehe..bang long semua jangan saman I plak tau..kah kah kah
pekida bodoh cirit air sirap!kah kah kah!bodoh konon amal makruf nahi mungkar.tapi perangai sekor sekor macam najib dengan rosmoh kah kah kah!!!gengster dengan melayu sendiri berani sangat tapi dengan cina menikus jadi kuli jadi anjing..bodoh!
fuckuda pukida!
Kate Pendekar Masturr: samseng tai minyak!
Post a Comment