Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, June 7, 2011

DR ROHAYA: ISTERI SAMA DENGAN PELACUR ?

بسم الله الرحمن الرحيم

'Layan macam pelacur'

KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.

Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing. - B.hairan

Note: Kah kah kah kah.. Kalaupun nak tunjuk bertapa pentingnya layanan isteri pada suami tak payah la samakan isteri-isteri yang solehah tu seperti pelacur Dr Rohaya.. Dari sudut mana pelacur boleh dijadikan contoh kepada isteri solehah? Macamana kalau nanti orang berkata Dr Rohaya adalah pelacur kelas atasan? Adakah Dr Rohaya setuju?



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

55 comments:

a loqman said...

salam..betul tu..mana boleh kita samakan isteri kita pelacur...isteri adalah hak kite ..bukan utk di kongsi..

dear anies said...

rs terhina bla dia ckp mcm tu... adakah taraf isteri = pelacur? adakah dia mmg tahu bhw pelacur tu sering memberi 1st class service?


Cincin tunang

dr soma said...

inilah sebab bila rasa terlalu pandai bercakap jadi macam orang tak berakhlak saja kedengarannya...

apake bangang si doktor ni..takda benda lain ke nak di samakan...isteri..ayat pun kedengaran elok..mulia...di samakan dengan pelacur...bodoh apa...pelacur hanya layan kelas pertama..kira doktor rohaya bolehle di katagorikan pelacur kelas pertama sebab jawatan profesional...dia layan seks je...mungkin rohaya ni pakar punai..tu yang nampak jurus ke situ je..bab anak pelacur tak layan pun di atas ranjang..makan minum pun tak..mungkin pelacur kelas pertama pula layan kuaci cap helang masa servis atau diservis...
isteri merangkumi semua..jaga adab..maruah suami..didik anak...jaga aib suami..macam doktor rohaya mungkin tidak...si anu punya punai besar betul..sianu kecik je...mungkin itu yang di ceritakan sesama pelacur..
tak nampak logiknya menyamakan isteri dengan pelacur le wahai doktor yang bodoh..kome memalukan kaum isteri..menjatuhkan martabat kaum wanita...jika betul ibu doktor kelas berapa ya...yang melahirkan doktor pelacur kelas pertama...

Kakiraces.hambali said...

Ini menunjukan yg dr ni adalah pelacur kelas pertam la... berapa bayaran yg dr ni kenakan pada suami dia ek?

otaklunyai said...

kot ya pun wajib taat, tak boleh ke seorang yg bertaraf doktor guna bahasa yang lebih baik dari menyamakan para isteri dgn pelacur... agak2 dortor ni rasa dia dilayan seperti pelacur oleh suami dia kottt... kan Rasulullah ada menyarankan supaya suami2 melayan isteri sebaik mungkin... doktor ni ikut ajaran mana pulak dok kata isteri ni macam pelacur...

PUPPETS said...

HUUUUUUU SAMPAHH !!!!!

www.dunialandax.com said...

DR pelacur? HAHA

Anonymous said...

Dr tu cuma samakan isteri dgn pelacur dari segi layanan saja....kenapa kita cuba persendakan dia pula. Memang la dia pun tak kata isteri adalah pelacur. Dia nak gambarkan dari sudut layanan yg istimewa, so dia sebut pelacur kelas satu, sbb pelacur adalah pelayan sex profesional, kira pakar lah bidang layanan sex tu. So apa salah kalau dia cadangkan supaya isteri memberi layanan sex seperti pakar.

Admin said...

doktor ke bende dia nih

dia rasa dia macam pelacur kot bila dgn suami dia

belajo tinggi2 gini jadinya his3x

PUPPETS said...

HUA HA HA HA ADA PULAK YANG MENGIKTIRAF PELACUR TU PAKAR..... HE HE HE HE HE BETOL KOT YEK! PAKAR BUKAK KANGKANG WA KA KA KA

Unknown said...

Ni jenis "Pandai tak boleh diikut" sampai samataraf layanan mesti sama tip top whore! WTF~ Nak kata bodoh kang dia marah pulak. Tapi lebih baik diam drp keluar statement bangang camtu.

Pelacur semua ada harga la.. bayar saja. Bini? Lain kes tu. Servis isteri solehah bukan tak layan seks suami dia saja, lebih dr tu. Solehah ni kena la belajar mirip wanita pilihan Allah spt. isteri-2 Rasulullah. Tu lebih tepat.

habibaty said...

dr. rohaya tu dah kahwin ke? ..
buat tak semudah bercakap .. kalau kita layan suami macam raja .. adakah dia layan kita macam pemaisuri? .. kalau ya insyallah aman .. tapi kalau isteri saja melayan macam raja .. dia layan kita macam hamba ... agak-agak berapa lama boleh tahan ? lagi pun apa-apa kita buat biarlah datang dari hati yg ikhlas .. insyallah hasilnya nikmat ...

penemuan luar biasa said...

adess... terkedu sebentar... mmg luar biasa lah

Tia said...

Terkedu, termangu dan terkeliru !

Anonymous said...

Hello


bukan la maksud die suruh bini korang pegi depan rumah tanggal baju pulak, maksud dia sebenarnya isteri harus layan suami habis baik la, tu cuma kiasan bahasa orang Elitis, org atasan. Memang la ayat dia kasar tapi maksud dia tu hanya maybe 20 percent rakyat Malaysia jelas dengan maksud die tu. Kalau pelacur chow kit, agak2 layan nak ndak jer, asal jadi jer x sungguh2, tapi kelas atasan fuhhh best la, x payah la kutuk2, rakyat Malaysia ni sensitif sentiasa, boring aku.

Anonymous said...

boleh tak kita kata dr rohaya = isteri = pelacur?

Anonymous said...

anon 2011 6:18 PM.. layanan istemewa seorang isteri solehah kena bagi contoh pelacur ke? kenapa x bagi contoh isteri nabi? kenapa x bagi contoh fatimatul al zahara? ko pun sama bodoh mcm doktor ayam ni jugak!!!

atie said...

salam bujang susah,,,


Nama aje doc... tapi bercakap macam org tak de ilmu dan iman..... keharmonian rumah tangga bukan hanya terletak kepada seks la doc tak de ilmu... terletak kepada pengisian dalam keluarga itu sendiri... tu yang org cakap... pilih lah islam sebagai jalan hidup.... dengan islam saja akan meyelamatkan ada dari rosak dan binasa..... kalau berumah tangga hanya atas dasar seks.... mana atas dasar Tuhanya..... masyaallah org macam nie pun ada....suruh dia gi belajar usrah sikit lah.. jangan jadi doc aje... cakap tu perlu ada ilmu jangan main cakap je .. kalau tak tau usah bercakap...

Kamal Sanusi said...

Samada dia ni golongan elitis ka, bangsawan ka atau golongan manusia mana sekalipun, menyamai isteri sebagai pelacur ada sesuatu yg tidak boleh masuk akal aku.

Islam dah menceritakan ciri-ciri golongan isteri solehah dan hakikatnya, itulah ciri-ciri isteri solehah.

Nak menghalang kaum suami dari mencari perempuan lain samada isteri muda, simpanan atau pelacur adalah dengan memastikan pegangan Islam adalah kuat.

Kalau isteri melayan suami mengalahkan pelacur mcm doktor tersebut tapi pegangan agama si suami adalah lemah, maka si suami tetap mencari kepuasan luar.

Inilah dia kalau terlalu memikirkan soal logik dari landasan Islam.

Bagi sapa yg menyokongnya, maka bagi aku sesuai sgt persamaan di bawah ni:

ISTERI HAMPA = DOKTOR TU = PELACUR

Aku secara terangan menolak kenyataan dari doktor al-pelacur berkenaan.

Sekian terima kasih.

Anonymous said...

salam kepada anon 11:42pm

saya tahu dr. rohaya maksudkan yang isteri patut layan suami dengan ghairah, memuaskan dan mesra. tetapi dia tetap silap bila menggunakan perkataan 'pelacur' untuk tujuan tersebut.
seorang pelacur memberi perkhidmatan seks dan dibayar....lagi banyak, lagi kaya lah dia.
saya pasti dr. rohaya tak suka kalau dia disapa sebagai 'pelacur kelas pertama' kepada suaminya, kan?

dina

manjeamusyuk said...

Sgt setuju dgn kenyataan en. kamal sanusi. Dr. rohaya ni sape nk samakan seorang isteri dgn pelacur? Kita bkn bodoh nak salah anggap kata2 dia. Tp yg jd teramat salah tu bila dia mengiktiraf seorang pelacur kelas atasan = isteri kpd seorang suami.

Bkn saja kaum isteri akn marah, suami2 yg guna akal pn akn marah!!! Jgn nak merendahkan kaum wanita mcm tu sekali. W/pun belum bkahwin, tp sy turut merasa terhina dgn perumpamaan yg si doktor tu berikan.

Dah takde idea nk bagi contoh lain ke doktor? Atau dah xtercapai oleh akalmu?

And to me, it's a stupid club kalau setakat tumpuan utama utk tujuan itu je! Patutnye tubuhkn kelab nak tambah ilmu agama & akhlak kpd kaum isteri & suami (dan bakal2 suami/isteri)!!!!

Anonymous said...

Assalamualaikum,
teman teman, yang elok jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan, adakala yang buruk menyedarkan, yang elok melalaikan. allahualam. sempurnakah kita? renung renungkan.

Anonymous said...

jangan le nak libatkan high society or first class citizen dgn kenyataan dia ni , look at her , my bibik lagi ada class , owh please lah ..omg idiot u make my mum & my sister so mad .

AQLIS ZAMIA said...

Kalau kahwin semata-mata untuk seks... alamatnyer.. tak de seks cerailah..
Banyak lagi kesinambungan die.. bukan tajuk ni jer nak kena concentrate..
tapi.. perkataan tu.. memang tak syiok lah.. kena guna contoh laen...

Anonymous said...

selamba jer pompuan ni sebut pelacur eh? dr pulak tu!

pada aku, seks antara suami isteri tetap ada batasannya, ada tertibnya...ada kehalusannya. dimulai dgn bisikan2 cinta though i bet suami2 skrg rajin buat ni semua. we even been told to do it underneath the blanket. kalau seks dgn pelacur, ada ke kehalusannya. seks dgn pelacur berlandaskan nafsu semata2. seks suami isteri berlandaskan rasa cinta dan penghargaan. itu sebenarnya yg ramai suami tak khatam. they don't know how to please their wife. rohaya kata nafsu lelaki lebih besar dari nafsu perempuan. ye ke? setahu aku nafsu wanita yg lebih besar. so guys, if you know how to please yr wife, you'll get more than what u give. try it! kalau dapat yg power, hari2 isteri akan igt and hari2 isteri akan bagi yg lebih bagus dari semalam.
rohaya tu nak promote seks jenis apa tu? maybe dalam kelas tu nanti dia nak jual all the kinky stuffs untuk memuaskan nafsu suami.

-cun-

CS @ Mama AA's said...

astagfirullah....

nama depan ada doktor, tp nape ckp mcm bdk kelas ujung kat skolah ciksya ek? mmmm

Suami yg baik bukannya pk seks semata2, bak kata suami ciksya... hidup perlu teman smpai mati, abg x de nak tu je... yg penting ada family dan kebahagiaan....

akubukandoktor said...

mak bapak dr ni pelacur/sundal kot. atau pun dr ni pernah menyundal atau jadi pelacur dulu-dulu. bukaklah tudung tu. kalau dah bangang tentang agama, jgn bercakap pasal agama. dr bangang ni selaknat dgn mashitah yg menghalalkan zina. kesian suami dr ni ada isteri pelacur

Anonymous said...

salam
Tkedu n tkejut ngn statement doc ni.
Cube bygkn esok wktu malam ptama, suami u ckp: "Wow..honey..u lyn i mcm pelacur kelas ptama!I'm so happy!"kata suami.
Apa sang isteri rse?
Klu i la, i bole kategorikan suami i ni mcm berikut:
1)x suci..suami i penah ade "experien" ngn pelacur
2)x patut..i xtau pon mcm mne nk lakonkan watak "pelacur 1st class". I x pnah pon jd pelacur inikan plak nk lakonkan watak tu.

Tmbhn, dlm islam sndiri menegaskan suami tidak boleh menyamakan isteri dgn mane2 bhgn tubuh mak mereka. Inikan pula samakan servis si isteri ngn pelacur.

Apepon, Ini cuma luahan i.
Wslm...

akubukandoktor said...

Salam! sangat setuju dgn manjaamusyuk tentang kelab bangang ni. Apa tujuan kelab bodoh ni ditubuhkan? orang tak setia aje join kelab bodoh ni utk declare diri dia setia. tak professional langsung!

Anonymous said...

manusia ni mmg banyak kelemahan nya...tak terkecuali sesiapa pun...termasuklah dr rohaya, saya dan anda.

sudah2 lah tu, jgn lah kutuk dia berterusan...pastinya dia akan lebih berhati2 dalam pemilihan ayat dan perkataan ketika memberi sebarang komen dan pendapat di masa akan datang.

jgn patah semangat dr rohaya...saya faham apa message yg hendak disampaikan walau pun ia agak 'crude'.

inafiona zainudin said...

Salam...Setuju melayan suami dgn terbaik yg termampu dgn Hukum Syarak tidak diabaikan. Walau bagaimanapun matlamat tidak menghalalkan cara. Niat tu betul tp adakalanya cara itu tidak kena dgn bahasa dan perumpamaan yg diberikan. Sokong BERSIH..semuanya.:):)
Salam Hormat.

Anonymous said...

Mungkinkah dia memang diperlakukan seperti seorang pelacur?...atau memang dia tahu rasanya menjadi seorang pelacur?...atau mungkin kah dia....????....hmm..

Anonymous said...

buy tramadol online mister wong tramadol 100mg - tramadol 50 mg bula

Anonymous said...

xanax online xanax withdrawal 2012 - xanax withdrawal 1 week

Anonymous said...

buy tramadol online tramadol 50 mg buy online - ultram tramadol usa

Anonymous said...

buy tramadol online tramadol 100mg safe - tramadol withdrawal management

Anonymous said...

buy tramadol online tramadol and us overnight no prescription - tramadol addiction and withdrawal

Anonymous said...

cheap tramadol online tramadol vs oxycodone - tramadol dosage abuse

Anonymous said...

buy tramadol online tramadol overdose how much is fatal - buy tramadol no prescription cod

Anonymous said...

xanax medication xanax overdose death - xanax is the best drug ever

Anonymous said...

buy tramadol mastercard order tramadol online forum - tramadol hcl time release

Anonymous said...

buy tramadol online tramadol for dogs nausea - high does tramadol get you

Anonymous said...

generic xanax extended release xanax 2mg - alprazolam 0.5mg for dogs

Anonymous said...

xanax depression xanax 2mg how long does it last - order xanax fast shipping

Anonymous said...

xanax online cheap generic xanax no prescription - xanax withdrawal after 3 days

Anonymous said...

buy cialis online generic cialis tadalafil 40 mg - cialis 5 mg online-apotheke

Anonymous said...

xanax online xanax side effects 0.25 mg - best generic xanax manufacturer

Anonymous said...

buy tramadol online buy tramadol hydrochloride - tramadol addiction long term use

Anonymous said...

buy tramadol buy tramadol free shipping - tramadol withdrawal valium

Anonymous said...

http://landvoicelearning.com/#23561 tramadol dosage dogs bone cancer - pill max order tramadol ultram online

Anonymous said...

http://buytramadolonlinecool.com/#28875 tramadol for dogs forum - what does tramadol generic look like

Anonymous said...

lorazepam no prescription lorazepam 1mg tablets side effects - buy ativan online uk

Anonymous said...

http://reidmoody.com/#96318 ativan online - lethal dose of ativan

Anonymous said...

buy tramadol online best website buy tramadol - tramadol to buy usa

Anonymous said...

alprazolam xanax 1 mg.pills - withdrawal symptoms of xanax