Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, June 10, 2011

ISTERI PELACUR: DR ROHANA DIBIDAS

بسم الله الرحمن الرحيم

Peguam syarie bidas Kelab Isteri Taat



Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mengecam kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed yang menyarankan golongan isteri mesti patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama'.

musa awang syarie lawyers association pgsmTimbalan presidennya, Musa Awang menyifatkan kenyataan Dr Rohana itu sebagai satu kenyataan yang "biadap dan celupar" kerana meletakkan diri seorang isteri serendah seorang pelacur.

"Isteri bukanlah seorang pekerja seks bagi suami. Tugas isteri melayan suami adalah suatu ibadah yang diberi ganjaran pahala dari Allah.

"Walaupun suami diwajibkan memberikan nafkah kepada isteri dalam bentuk tempat tinggal, makan minum, pakaian atau wang ringgit, ia bukanlah sebagai ganti kepada khidmat seks yang isteri berikan.

"Ia adalah suatu amanah dan tanggungjawab kerohanian yang telah ditetapkan oleh agama, yang juga diberi ganjaran pahala oleh Allah," katanya.

Pelacur kelas pertama


Minggu lalu, Dr Rohana dilapor mengingatkan seseorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama' bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

Katanya, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami antara punca utama kegagalan rumah tangga dan punca suami beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Musa berkata kenyataan itu tidak sepatutnya keluar daripada seorang wanita yang berpendidikan kerana ia "menjatuhkan imej wanita walaupun mungkin niatnya baik supaya isteri mentaati suami".

"Bukan menjadi kelaziman masyarakat Melayu Islam untuk melanggan pelacur, cuma hanya segelintir sahaja yang berbuat demikian.

"Tidak semua lelaki tahu bagaimana servis seorang pelacur kelas atas. Jadi kenyataan tersebut menggambarkan seolah-olah semula lelaki Melayu Islam melanggan pelacur," katanya.

Sehubungan itu, pihaknya menyeru kepada semua wanita supaya tidak menyertai kelab tersebut kerana dari awal lagi telah menampakkan kecelaruan halatuju dan matlamatnya, serta merendah-rendahkan martabat wanita.

Menurutnya, penubuhan kelab itu tidak akan membantu dalam menyelesaikan masalah perceraian yang dikatakan berlaku setiap 15 minit atau anak luar nikah yang lahir setiap 17 minit.

Sebaliknya, kelab seperti ini sepatutnya melebihkan usaha yang padu ke arah melahirkan suami, bapa, anak lelaki dan muslimin mithali sebagaimana yang dipandu oleh Islam.



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

8 comments:

wan said...

sudah aku jangka mesti kena bidas punya..yang hairannya pasal dr ruhaya ni kenapa la pelacur yg dijadikan inti ucapan utk kelab is3 taat..bkn ke byk cth tauladan yg baik dlm islam yg blh digunakan sbg inti ucapan..apa la susah sgt

Anonymous said...

inilah padahnya klu tk pandai bercakap..agaknya dr rohaya ni lepas 'bersama' suami..dia minta bayaran kut..sebab tu dia komen macam tu!!

Amuraria said...

ALAHAI DOKTUURR :)=

anakmuaallaf said...

Buat malu saja..Wanita menjatuhkan martabat wanita..TAAT apa mcm ni..Banyak lagi istilah yang lebih manis kenapa nak samakan dengan pelacur..

Anonymous said...

dia yang sebenarnya samakan diri dia ngan pelacur. shit!

Anonymous said...

tak semua doktor tu waras....sudah sampai masanya kita melihat mereka dr sudut berbeza...contohnya doktor ini....contoh doktor yg boleh dikategori sebagai bebal...ooops!

Anonymous said...

gambo yg terdapat kat atas tu ahli2 kelab isteri taat ker?
fulamak...melepak habis...hehehe

Anonymous said...

bila tengok banyaknya DRUMSTICK dalam gambar tu....terliur dibuatnya sbb ingatkan peha ayam KFC...rupa2nya peha ayam hidup....eeeeeee takutnyaaaa

hehehe betul ker takut nih..????