Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, May 14, 2011

PATUTLAH TIADA SIAPA BERANI AMBIL TINDAKAN PADA UTUSAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Gempar!! Najib Adalah Ketua Pengarang Akhbar Utusan Malaysia Yang Sebenar!!



KUALA LUMPUR: Bekas wartawan kanan Utusan Malaysia, Hata Wahari berkata, agenda Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Hata berkata, Ketua Pengarang Utusan pula akan menerima arahan dari mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap malam Isnin, lapor sebuah portal berita, Free Malaysia Today. Selain Najib, hadir dalam mesyuarat itu adalah timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin, Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamudin Husein, Datuk Seri Safie Apdal serta Setiausaha Agung, Datuk Tengku Adnan Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan.

Agenda mingguan yang diputuskan dalam mesyuarat itu katanya, akan disampaikan kepada Ketua Pengarang Utusan melalui pejabat Perdana Menteri.


“Utusan akan melaksanakan isu yang diarahkan selama tiga hari sebelum menghentikan sepenuhnya kecuali menerima sokongan kuat dari pemimpin utama BN,” kata Hata.

Hata dalam temubual itu berkata jumlah jualan akhbar itu merosot secara konsisten dan mengalami kerugian sehingga RM20 juta sejak 2009.

Angka dari Audit Bureau of Circulation (ABC) menunjukkan jualan harian akhbar itu pula merosot sebanyak 20 peratus di antara Jun 2006 dan Jun 2010.

Manakala 50 peratus daripada jualan Utusan pula, kata Hata, dibiayai kerajaan. “36 kementerian melanggan Utusan dan kerajaan berbelanja RM50 juta setahun untuk iklan. Inilah sahaja keuntungan Utusan kerana kebanyakan organisasi enggan beriklan dengan mereka,” katanya.

Setakat Jun 2010, Utusan Malaysia mencatat purata jualan 170,558 naskhah berdasarkan laporan ABC.

Daripada angka itu, di antara 70,000 dan 80,000 naskhah diedar kepada vendor akhbar setiap hari, tetapi menurut Hata hampir separuh dipulangkan semula pada hujung hari. Jumlah naskhah tidak terjual yang paling tinggi adalah di Kuala Lumpur.

Hata yang juga Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dipecat Utusan Melayu berhad 1 Mei lalu, dua hari sebelum Hari Kebebasan Akhbar sedunia yang disambut pada setiap 3 Mei. Alasan Utusan adalah kerana Hata mmeburukkan imej majikannya itu, menerusi beberapa kenyataan media yang mengkritik pengurusan editorial utusan.

Utusan mendapat serangan dari pelbagai pihak sejak kebelakangan ini ekoran tindakannya mensensasikan pelbagai isu yang dianggap tidak wajar.

Yang terbaru isu “Kristian menjadi agama rasmi” sehingga MCA, rakan kongsi Umno dalam Barisan Nasional (BN) juga tidak percaya lagi kepada akhbar itu.



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

3 comments:

Amuraria said...

MEDIA PRIMA SAPA PUNYA ???
BUKAN PARTI PANDDY KUTTY KA YANG PUNYA !

Hana Zuan said...

ea? 0oo patotlah utusan salu backup bn

geram said...

utusan buat jd tissu jamban mmg sesuai..ssb tu najib suka..