
Mangsa radioaktif
Satu lagi demonstrasi aman bagi membantah pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng akan diadakan Ahad ini berikutan sambutan luar biasa yang diterima penganjurnya pada Hari Ibu yang disertai tidak kurang 1,000 orang.
Kali ini, perhimpunan berkenaan akan dianjurkan oleh DAP Kuantan pada jam 11 pagi di depan pusat perkhidmatan parti itu. Mereka menjangkakan tidak kurang 500 penduduk akan menyertainya.
"Perhimpunan kali ini adalah supaya lebih ramai penduduk Kuantan memahami bahaya yang bakal dibawa oleh kilang nadir bumi Lynas dan menuntutkan bantahan sepadu penduduk Kuantan menentang pembinaannya,” kata ketua DAP Kuantan Cheah Kim Hung dalam satu kenyataan media hari ini. – mkini
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
0 comments:
Post a Comment