بسم الله الرحمن الرحيم
Awas! Daging 'lembu' diproses daripada daging BABI
Isu telur tiruan dari negara China pernah hangat baru baru ini. Diam tak diam, negara China yang sememangnya terkenal dengan kepakaran menghasilkan barang tiruan sekali lagi telah menghasilkan satu inovatif baru iaitu menghasilkan daging lembu daripada daging babi.
Media tempatan melaporkan, ekstrak perasa daging lembu di jual di Shanghai dan digunakan di restoran untuk membuat daging lembu palsu. Memasak daging babi mentah dengan bahan aditif selama 90 minit mampu memberikan rasa daging babi kepada daging lembu.
Sebotol ekstrak daging lembu seberat 500 gram dijual dengan harga 20 yuan (RM 9.13) cukup untuk mengubah rasa 25kg daging babi. Harga daging babi adalah setengah daripada harga dari daging lembu, dan ini berpotensi memberi penjimatan lebih dari 1,000 yuan (RM 456.55) jika 25 kg daging digunakan.
Menurut Fang Youzong daripada Jawatankuasa Penasihat Shanghai Food Drug Administration, Bahan penambah rasa ini banyak digunakan untuk memberikan rasa daging lembu didalam mee segera, katanya kepada Times Global. Dan China hanya melarang penggunaan bahan penambah rasa ini kedalam beberapa produk makanan yang meliputi makanan bayi dan susu, kata Fang lagi.
Dan baru-baru ini, sebuah jabatan industri dan perdagangan di Heifei telah mengatakan bahan penambah rasa ”ekstrak daging lembu” yang banyak di edar di pasaran, membolehkan daging ayam diproses menjadi “daging lembu”. Seorang penduduk bandar mendedahkan bahawa “ekstrak daging lembu” telah menjadi ”resepi rahsia” di beberapa restoran-restoran kecil.
Doktor juga telah mengesahkan penggunaan jangka panjang dari bahan penambah rasa ini, boleh menyebabkan keracunan jangka masa panjang, kecacatan, dan juga kanser.
Berikut merupakan proses menghasilkan daging lembu tiruan selama 90 minit:
1: Ekstrak Daging Lembu bermutu tinggi yang membolehkan daging babi menjadi daging lembu.
2: Agen glazing, untuk menghilangkan rasa daging babi. Pek kecil ini cukup untuk 50 kg daging babi.
3: Proses memerap daging babi dilakukan selepas ditambah ekstrak daging lembu
4: Perbezaan daging babi yang telah diekstrak dengan yang asli.
5: Perbandingan antara daging babi asli dan daging lembu palsu selepas dimasak selama 2 jam memasak. Daging babi telah di ekstrak mirip dengan daging lembu.
Tak mustahil ‘kepakaran’ ini akan sampai ke Malaysia. Seeperti telur tiruan yang kita sendiri tak sangka dengan kehadirannya. Soal makanan kita kena lah ambil berat sebab ianya akan sebati dalam badan kita dan menjadi darah daging. - MyChinaViews.com
Sumber: selangor2u
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
8 comments:
Allahu Akbar.. macam2 sekarang ni...
Kemungkinan product ini untok sampai keMalaysia tampa halangan adalah tinggi dan kemungkinan hasil product ini sampai kemulut Melayu juga adalah tinggi kerana dorongan mengunjungi permis-permis makanan sebagini dari kalangan orang Melayu adalah tinggi, contoh 'kopi tiam' walaupom JAKIM telah melarang.
Usha melahirkan PM dari kalangan cristian akan lebih merangsang keada'an.
Macam2 dunia akhir zaman....
Pam Modu dalam Peraduan Ibu Gembira Keluarga Bahagia
Berjaga jaga lah beli product makanan di kedai atau supermarket.Banyak yang mencurigakan.
Nak harap penguasa payah nampaknya.Apa guna kita kuat ugama bila makanan kita tak jaga. Sebab itu lah banyak doa ditolak. Pas patut utamakan hal seperti ini bila ada kuasa nanti.Biarkanlah doa kita diterima walaupun kurang amal.
bhya tol.....cmne nak pastikn mknn tu btul2 halal ...pniage kat china mmg kejam.bab mknan ni suka tol mrk wat tiruan..lngsung x pikir pasal kesan ngatifnya,....
salam..mmg kbnyakn skrg bnyk tpu n uat kdinya jdi haram.. enth lh knapa zmn skrg ne bgtu memntingkn dri sndri.. appn i folo u.. folo me back yer tuan blog...
20 top lagu english masa kini part 2
........makin menakutkan dunia sekarang....
Sye duduk cyberjaya.banyak kedai melayu jual dading ni. Sye syak itu babi sebb sye muallaf. Sue tau tekture daging babi tu mcm mana. Kalau dah masak dia jadi putih. Hari tu beli sup daging. Dapat campur daging merah dan daging putih. Sye simpan sup tu sampai sekarang. Nak hantar pergi kaji. Tak tau lah dekat mana. Ada orang tau tak? Sila send kerajaan ke kedai mkn melayu islam dan bukan untuk chek
Post a Comment