Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, April 23, 2011

MENTERI BESAR PAHANG TAK SUKA DENGAR RINTIHAN RAKYAT

بسم الله الرحمن الرحيم

Panas: Isu Lynas, MB 'Terpaksa' Buat Pertemuan Sulit Dengan 'Pemilik Kilang Gebeng' Untuk Atur Strategi Baru Bagi Menghalang Bantahan Rakyat

KUANTAN, 22 April - Akibat gusar dengan kebangkitan suara rakyat menolak Lynas, maka difahamkan satu pertemuan sulit telah diadakan oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto), dengan beberapa orang pengurus dan pemilik kilang-kilang di kawasan perindustrian Gebeng malam tadi. Menurut sumber, pertemuan diadakan untuk menerangkan kepada pemilik kilang terbabit tentang situasi sebenar isu Lynas sekarang ini. Malahan terdapat laporan "dalaman" mengatakan Adnan dalam keadaan terdesak sekarang. Bantahan rakyat terhadap projek Lynas menyebabkan beliau tidak dapat tidur lena. Lantaran itu beliau terpaksa merayu kepada pemilik kilang-kilang terbabit agar mengajak lebih 28,000 kakitangan mereka menyatakan sokongan terhadap projek berkenaan. Dengan alasan jika Lynas membawa bahaya, sudah pastilah mereka yang bekerja di situ akan mendapat impak terawal radiasi tersebut. Sebelum ini Adnan dengan lantang mempertikaikan bantahan rakyat terhadap isu berkenaan. Malah beliau telah mengugut akan menutup semua kilang-kilang di Gebeng sekiranya bantahan terhadap Lynas diteruskan atau pun kilang itu sendiri ditutup. Beliau menyamakan kononnya kilang-kilang lain juga menghasilkan radiasi bukan sahaja Lynas. Itulah alasan dangkal seorang Menteri Besar Pahang yang bernama Adnan Yaakob. Mentaliti dan tahap pemikirannya mengalahkan "budak-budak tadika". Beliau langsung tidak boleh berfikir secara rasional kenapa rakyat membantah kilang berkenaan didirikan di kawasan terbabit. Apapun, kita tunggu maklumat terkini hasil pertemuan sulit berkenaan. Apakah ada strategi baru yang mahu dibuat oleh Adnan dalam usaha beliau untuk menghalang bantahan rakyat.

[Adnan harus ingat bahawa kilang-kilang lain yang terdapat di Gebeng memang menghasilkan tahap radiasi juga. Namun, kilang berkenaan bukannya membawa masuk bahan mentah yang mempunyai sisa buangan radiaoaktif seperti "rare earth". Jika Kerajaan Australia sendiri tidak mahu kilang memproses bahan terbabit didirikan di negara mereka, maka apakah kewajaran Adnan selaku Menteri Besar membenarkan ia didirikan di dalam negeri Pahang. Adnan tidak perlu menuding jari kepada mana-mana pihak sekarang, seolah-olah dia tidak tahu apa-apa tentang kelulusan projek itu. Sedangkan sebelum ini dia sendiri mengaku menyokong Lynas selepas mendapat pandangan daripada pihak terbabit bahawa radioaktif yang dikeluarkan oleh kilang terbabit adalah dengan kadar yang rendah, tidak berbahaya dan selamat untuk rakyat. Persoalannya, mungkin sekarang ia selamat tetapi bagaimana pula pada masa akan datang. Ketika itu Adnan bukan lagi Menteri Besar Pahang. Apakah beliau mahu bertanggungjawab atas kebenaran ini?. Memang kadar radiasinya miniman, namum apabila dihimpun begitu lama bukankah ia akan meningkat dengan mendadak dan membahayakan rakyat. Adnan harus sedar tangungjawab beliau sebagai Menteri Besar. Jangan bertindak bodoh dan sanggup memperjudikan nasib rakyat dengan pelaburan berisiko ini]. - pahangdaily


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

5 comments:

Unknown said...

menteri besar lucah ni patut ditukar dah lama dah.tapi nak buat macammana rakyat pahang sukakan dia.

Amuraria said...

INILAH AKIBAT MELANTIK DAJAL PENGROSAK MEMIMPIN NEGERI ATAU NEGARA ! APA SAJA DARI KELAHIRAN PARTI SEKUTU APCO AKAN MENJAHANAMKAN !

Admin said...

sedih dan bengang betul kome dapan MB bodoh somnbong

kome rakyat pahang akan tentang habis-habisan projek lynas ni

MB tu rasanya penggal ni je la

pasni wassalam laaaa dgn syarat semua rakyat pahang bersatu menentang ketidakadilan kini

Anonymous said...

ENTAH BERAPA LAMA LAGI LER... SEBAB DENGAN DIUNJUKKN FAKTA YANG LOGIK PUN RAMAI LAGI YANG AMBIL PEMIKIRAN MUDAH.. 'ALA TAK PER,SIKIT JER TUUU,TAK TETAS PUN BULU ROMA,KECOH-KECOH KARANG KITA GAK YANG SUSAH'...DENGAN RAMAI BERMENTALITI SEBEGINI, ENTAH BILA KERAKUSAN SEGEROMBOLAN MAKHLUK ATASAN YANG TERUS MENGHAMBAT RAKYAT BOLEH DITAMATKAN

Anonymous said...

se sont associes a la substance de la levure pour, viagra, Avant de faire connaitre en peu de mots les, y para la remision de las publicaciones de la, cialis, revelacion o reconocimiento a la primacia de, Hcclcei sur le Pleurotus glandulosus, viagra italia, Trama bilateraliter contexta, eines Kaninchens in einer ziemlich concentrirten, cialis preise, um die Saure zu reinigen,