Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, April 21, 2011

AKHIRNYA ALI RUSTAM MENGAKU AIRPORT MELAKA 'BERHANTU"

بسم الله الرحمن الرحيم



Jika sebelum ini Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Muhd. Ali Rustam seringkali menafikan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM)di Batu Berendam sunyi sepi. Ali Rustam dalam PRK Merlimau berkata, pimpinan Pakatan Rakyat tidak tahu perkembangan yang sering mendakwa LTAM membazirkan wang rakyat. Beliau mendakwa sekarang sudah ada 'kapal terbang besar' mendarat di Melaka.

LTAM yang siap dinaik taraf dengan kos lebih RM 131.5 juta tahun lalu digembar gemburkan oleh kerajaan negeri Umno-BN telah berjaya menobatkan Melaka sebagai hub udara tersohor di rantau ini.

Namun semua dakwaan dan telahan Pakatan Rakyat ternyata berasas apabila semalam Ali Rustam mengakui bahawa LTAM kini menjadi tempat 'berhantu'. Sehingga hari ini hanya syarikat Riau Airlines dan Wing Air yang menggunakan perkhidmatan LTAM. Manakala syarikat penerbangan tempatan seperti Malaysia Airlines, Air Asia dan FireFly mengambil sikap menjauhkan diri untuk mengggunakan LTAM.

Dalam hal ini, Ali Rustam cuba menutup kelemahan sendiri dengan menunding jari kepada Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) kerana gagal mempromosikan LTAM.

Walau bagaimanapun saya menafikan bahawa LTAM berhantu dan sunyi sepi kerana bagi saya LTAM hari ini merupakan antara yang tersibuk di dunia sebagai tempat persinggahan burung-burung dan tempat bermain layang-layang! - angkasanuri


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

4 comments:

www.dunialandax.com said...

ahhaha..ayat last tu sangat lawak!hhaha

Ainur said...

banyak projek yg membuang duit rakyat... rakyat bukan jutawan... jgn tanya rakyat kalau ade tak turun mengundi... tapi sebenarnya ramai berkecil hati...

Anonymous said...

sy pernah g tmpt tu... mmg xbnyk pun kapal terbang turun... bnyk yg dtg kt airport tu sbb nk g berubat kt hospital/ melancong.... tu sbb dia dibina.... airport dia xde la bsr sgt...

Anonymous said...

sy rase skunk LTAM dh maju....byk syarikat penerbangan masu seperti wing, firefly, sky, dn sebagainya... depan rumah sy kot LTAM nie hahah