Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, April 21, 2011

IMAM MAHADI DI MASJID HARAM

بسم الله الرحمن الرحيم



Gempar!!! Begitulah suasana yang dapat digambarkan pada petang 12 April semasa solat Asar.Menurut sumber yang dipercayai,seorang lelaki warganegara Mesir telah merampas mikrofon semasa permulaan solat asar yang diimani oleh Syeikh Abdullah Al-Juhany lalu mangatakan dirinya “Akulah Mahdi yang ditungu-tungukan…..Akulah Mahdi yang ditunggu-tunggukan…”

Suaranya dapat didengari oleh seluruh jemaah yang sedang solat asar di Masjid Haram pada ketika itu.Polis yang menjaga Masjid Haram telah menahannya untuk disoal siasat.Lelaki tersebut dipercayai datang untuk menunaikan umrah atau merupakan pendatang secara haram di Arab Saudi dan dipercayai mempunyai msalah mental.Solat Asar pada hari tersebut dapat ditunaikan seperti biasa kerana kecekapan polis Masjid Haram menyelesaikan masalah tersebut. - pencacai-semalaysia

Kalau tahu bahasa Arab...klik sumber dibawah ini

- news.ma.ktoobcom



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

5 comments:

sayanakhiburan said...

Ingatkan betul... Subhanallah... Teringat video kat youtube yang pasal malaikat turun kat Mekah tu...

AZWN said...

Sape2jer yang mengaku Imam Mahdi adalah penipu.

Amuraria said...

DI MESIA ADA HAJI MAHATHIR KAH KAH KAH !

perjalanan pulang said...

kat malaysia pun ada

saya budak baik..:) said...

salam..berdebar mase bace tajuk "imam mahadi di masjid haram...rupenya tak betol...akhir zaman ni mcm2...