Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, April 22, 2011

BANGGANYA JADI MELAYU ISLAM DI MALAYSIA NI

بسم الله الرحمن الرحيم

JASIN, 21 April – Sejak dibuka pada September lalu, Sekolah Harapan telah memberi penempatan kepada 49 remaja hamil, kata Pengarahnya Datuk Ab Rahaman Ab Karim.

Dipetik Bernama Online, beliau berkata buat masa ini terdapat 35 remaja di rumah tersebut dengan sebahagiannya telah melahirkan anak, sementara yang lain sedang menunggu masa untuk bersalin.

“Sejak sekolah ini dibuka, seramai 28 bayi telah dilahirkan dan kesemua bayi tersebut diambil oleh keluarga kepada ibu bayi berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian sekolah itu oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini.

Ab Rahaman berkata remaja terbabit yang berusia antara 14 dan 18 tahun, datang dari Johor (14 orang), Melaka (lapan), Pahang (lapan), Negeri Sembilan (lima), Kelantan (lima), Terengganu (tiga), Kuala Lumpur (dua), dan masing-masing seorang dari Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata remaja terbabit ditempatkan di sekolah itu sehingga habis tempoh berpantang sebelum kembali kepada keluarga masing-masing.

Ab Rahaman berkata pihaknya juga berusaha dengan kerjasama keluarga masing-masing untuk menikahkan remaja terbabit dengan pasangan masing-masing dan setakat ini dua daripada 49 remaja itu sudah berkahwin.

“Pada tahun lepas, seramai lima orang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan dua daripadanya mendapat keputusan 3A dan seorang memperoleh 2A,” katanya menambah seramai 14 orang akan menduduki peperiksaan SPM dan dua Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.

Beliau berkata kesemua remaja terbabit dijaga dengan baik termasuk pemantauan daripada Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Suka saya maklumkan di sini, bahawa remaja di sini dijaga dengan baik dari segi kesihatan, makan minum dan rehat yang mencukupi, kita bawa balik mereka ke pangkuan agama, kita beri kaunseling, ajar mereka bersembahyang, membaca al-Quran, kita beri kemahiran sebagai seorang ibu untuk mereka menjaga bayi nanti dan kemahiran sebagai seorang isteri,” katanya.

Katanya pada tahun ini kos mengurus dan pembangunan dijangka sekitar RM1.1 juta berbanding RM547,171 pada tahun lepas.

Beliau juga berkata sekalipun kapasiti 35 orang sudah dicapai, pihaknya menimbang kemungkinan meningkatkannya kepada 50 orang memandangkan terdapat 15 lagi remaja hamil memohon untuk masuk ke sekolah itu.

Note: Ni yang kata imam besar Arab Saudi beri penghargaan ke? kah kah kah kah..


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

14 comments:

Anonymous said...

salam ziarah,tolong perbetulkan ejaan
bangga bukan banga....takut rosak pula anak2 sekolah...

~nsar~ said...

allah... macam seronok plak tuan pengarah tu nak ramaikan umat di sekolah terbabit...

lfkkrjf said...

Rasa2nya skit masa lagi penuh lah sekolah tu, sebebpermintaan terlampau ramai.

Kemungkinan jadi trend pula, bahkan mungkin dasar KPM di masa hadapan untuk mewujudkan lebih banyak sekolah harapan.

Akibatnya nanti, mengandung akibat zina sudah menjadi sebahagian dari budaya remaja melayu di masa kan datang.

Hidup AMNO.

perjalanan pulang said...

best best...........tepuk sorak untuk mereka yang berjaya

volume said...

yeyyyy

Anonymous said...

yoyeyyyyy juge....

Anonymous said...

Sekiranya kita mengambil sikap PAS dalam menangani bab-bab aib ni..macamana ? Dengan ketiadaan 4 saksi sah mereka disuruh balik..tanggung ler sendiri!! Padan muka kau he he. Itu jer ke?
Aku fikir masalah manusia yang ada sejak zaman dulu ni akan adalah kesilapan ini terus berlaku dan tentunya semakin banyak seiring ngan pertambahan penduduk dan keterbukaan langit nih.
syabas!

penarik rantai said...

Anon 11.05 PM...
Ni aku nk ajau kau...

hukum yg paling sesuai ialah HUDUD seperti yg Allah suruh didlm Al-Quran... Hukum yg pertama ni dlu kite buat, baru leh pikir cara lain.. tp tentu selesai punya lah ape2 masalah kt dunia ni kalo ikut al-quran...

Jd ko xnk ikut al-quran, org yg xnk ikut al-quran ni org kapir je rase aku.. jd ko ni agama ape????

Anonymous said...

menangani tu perlu d titik beratkan bukan short cut terus ja buat sekolah,pasai buat subjek pendidkkan seks d sekolah tak tau lah lepas ni apa pulak akan terjadi pada ank2 kita

Anonymous said...

mak tuan...
nko jangan main rasa2 je..

dah jelas kalau pakai hudud nak sabit salah; maner nak jumpa ada 4 kaki skodeng kat situ jadi saksi.Tak suruh balik ker tu...? Tunggu dia beranak kalau dia tak ngaku camner? Hakim cakap 'tu..anak tu dari mana?' kalau dia tak ngaku tu anak dia cam ner kalau nak ambil dna tak leh?

Karut tol ler..(bukan hudud tapi manusia nye) masalah depan matapun tak ada hati nak di selesai.Nak tunggu hukum hudud lak..tunggu PAS menang perintah malaysia sama PR tuh..baru nak fikir?

he he jangan ler keras sangat tuduh aku cam tur..siap tanyer agama lak tu!

Anonymous said...

eh tak perasan lak ada anon 1.46
leh jadi aku lambat taip..campor2 ngantok katakan.

betul ler tu mana leh shortcut. Cube citer apa bender nya yang tak kena. Depa tu bebudak lagi..nak ngundi pun tak leh kot. Dalam tangan tangunggan ibu bapa. Depa tau ler kemana nak bimbing diaorang tu bersama dialam persekolahan. Dah tentu pendidikan sex kena diajar keh keh...dan kalaulah diajar disekoah biasa tentang sex apalak hal nya? Bagus ler tu. Pada terdedah diluar moral pendidikan lagilah hancusss.Nko leh ker kawal h/p notebook aliran broadband depa tuh..tak kan nak marah jeeer koje nko. Buatler depa tu macam sahabat.

mata dah berair nih...

Anonymous said...

he he
idea tinta da'ei tu ikut kata ' mencegah lbh baik dri mengubatnya'.Betul ler tu!
Punya banyak graduasi2 ilmuan Islam terutama yang punya semangat juang pada Islam kemana tenaga mereka ini pergi? Adakah cukup mengharap politik Malaysia ditukar semata untuk mengubah pintu2 kepada maksiat kepada anak dan generasi kita ini.Pada zaman Nabi, dimana sangat hampir kepada cara Islam dihayati turut menjelaskan bahana nafsu manusia tidak ada kecuali. Beriman semasa hidup pada balasan layanan baik/buruk Allah adalah utama. Maka itu menjadi seorang yang berintegrasi pada manusia dan tuhanya sama dituntut bagi mengelak semua itu.

Hidup dalam persekitaran berinduksikan Islam amat ideal jika dapat. Dimanakah model nya selain Arkam he he dan natijahnya penyelewengan kerohanian juga akhirnya.Itu juga berlaku pada agama lain didunia ini.

Benar Islam itu adalah agama yang mampu diamal oleh umatnya dengan kesederhanaan sebagai tunjangnya. Kenapa kita perlu memayahkannya bila ruang zaman berubah.Contoh: Tidak cukup kah melarang orang Islam di sektor2 haram itu.Tidak cukup kah tindakkan membimbing balik sekiranya terjerumus. Kenapa perlu tindakan seperti itu dijadikan punca kemaksiatan akan lebih berluasa? Seperti diatas kemana lepasan2 para ilmuan tadi kalau tidak bertujuan membetulkan amalan orang islam jika keadaan ini pun diperpayahkan.

Seperti biasa aku kata BN lebih baik dari PR untuk agam islam berkembang di Malaysia.

Anonymous said...

Please take your time to read the entire book:
*Goblet of Truth*
The book
of the entire
Teaching of the Prophets
http://bit.ly/mf3qJq

Anonymous said...

complete du sucre ou du feiment, viagra, Williamson aient confirme les vues Federico de Botella y de Hornos, cialis, mente del ciudadano medio que la anarquia, hanno probabilmente funzione ben diversa dalle, viagra italia, mente dal pileo e che lo stipite, das zweite und dritte Stadium der Pneumonie, cialis bestellen online, wobei sich eine geringe Menge seh wefliger Saure,