Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, August 6, 2010

SAMBUTAN HARI ORANG ASAL SEDUNIA DI SEPANG SABTU INI

بسم الله الرحمن الرحيم



Seramai 600 Orang Asal, termasuk dari Sabah dan Sarawak, akan berkumpul di Pantai Bagan Lalang Sepangbagi memeriahkan sambutan Hari Orang Asal Sedunia (HOAS) Sabtu dan Ahad ini.

Sambutan tahun ini dianjurkan oleh Jaringan Orang Asal Semalaysia dengan kerjasama NGO seperti Center for Orang Asli Concerns (COAC), Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) bahagian negeri Selangor dengan penganjuran di bawah Tourism Selangor Sdn Bhd.

Sambutan tahun ini akan dimeriahkan dengan pelbagai acara yang disediakan termasuk sajian makanan tradisi dari Sabah dan Sarawak.

"Selain itu, ia turut diserikan dengan persembahan kebudayaan daripada tiga rumpun Orang Asal (Sabah, Sarawak dan Semenanjung) dengan pakaian tradisi masing-masing," kata penyelaras sambutan HOAS 2010, Jenita Engi. - mkini

NOTA:
sila datang beramai-ramai untuk
merayakan pesta rakyat
datang dan bersama menunjukkan setiakawan
terhadap orang asal.

tanpa mereka kita tak mengenal petai, durian dan kerdas
tanpa mereka tidak ada akar dan kayu
tanpa mereka kita tak kenal ubi kayu
tanpa mereka tidak akan wujud bahasa melayu
tanpa mereka tidak akan wujud tanah melayu!



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

0 comments: