Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, August 1, 2010

SALAHKAH BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG?

بسم الله الرحمن الرحيم



Saya gadis berusia 25 dan empat tahun menjalin hubungan cinta dengan suami orang. Dia baik, bertanggungjawab dan penyayang. Mengenalinya adalah anugerah terindah daripada Tuhan untuk saya.

Dia berusia 38 dan ini bermakna perbezaan usia kami 13 tahun. Namun itu bukan penghalang kami bercinta. Selama setahun, percintaan kami penuh rahsia tanpa pengetahuan isterinya dan keluarga saya, tapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya hubungan kami dihidu isterinya.

Pada mulanya si isteri nasihatkan saya supaya tinggalkan suaminya tapi saya dan suaminya bertekad tidak akan berpisah. Melihat keadaan itu, ditambah lagi dengan hubungan kami yang langsung tak terganggu dengan nasihat dan ugutannya, dia memberitahu keluarga saya.

Sejak itu bermula kisah sedih dalam keluarga saya, terutama emak saya, kerana selama ini saya memperkenalkan teman lelaki itu sebagai duda. Bila tahu perkara sebenar, emak marah dan kecewa kerana dia hendak sangat saya berkahwin.

Apabila mengetahui teman lelaki saya suami orang, emak melarang saya meneruskan hubungan tapi saya teruskan juga atas dasar cinta yang mendalam. Sejak itu hubungan saya dan emak renggang.

Sepanjang dua tahun lalu, keadaan itu berlarutan manakala saya dan teman lelaki semakin hari semakin rapat. Akhirnya, isteri teman lelaki saya mengalah dan membenarkan saya berkahwin dengan suaminya.

Bagaimanapun, dia yang ketika ini hamil meminta kami menunggu sehingga dia selamat melahirkan anak pada hujung tahun ini sebelum bersetuju menandatangani surat kebenaran poligami.

Emak yang sudah tidak kuasa dengan kedegilan saya turut memberi kebenaran saya berkahwin dengan teman lelaki tapi memberitahu selepas berkahwin, hubungan saya dengan keluarga akan putus.

Kata emak lagi, saya hanya akan dinikahkan di masjid dan berwalikan adik saya kerana abah tidak suka pilihan saya. Saya berusaha memujuk emak supaya memberi peluang pada saya merasakan kemeriahan perkahwinan seperti orang lain, memandangkan saya akan dibuang keluarga selepas itu.

Kebelakangan ini emak seakan-akan boleh menerima pujukan saya, tapi masih belum ada kata putus lagi. Kini, saya dalam ketakutan dan dilema.

Saya takut jika isteri teman lelaki saya tidak memberi kebenaran poligami sebagaimana dijanjikannya dan saya sedih bila mengenangkan bila bergelar isteri kelak saya akan dibuang keluarga.

Ini semua disebabkan saya mencintai suami orang. Sering saya tertanya-tanya, besar sangat ke dosa saya apabila dengan rela hati menerima jodoh Tuhan ini? Berdosakah saya berkahwin dengan suami orang, sedangkan Islam membenarkannya?

Apa harus saya lakukan sekarang, Saya tak tahu bagaimana keadaan saya hujung tahun ini. Adakah saya akan berkahwin dengan meriah dan direstui keluarga atau terpaksa ke Indonesia untuk berkahwin lari kerana suami saya gagal dapat kebenaran daripada isterinya?

Untuk makluman, saya sudah tiga kali dikecewakan lelaki, jadi saya tak sanggup lagi kehilangan kasih sayang untuk sekian kalinya.

NOR - Mimpi Senja



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

19 comments:

cahaya malam said...

salam..

-mencari bahagia seperti ini,
seperti mencari jarum dalam jerami...


*'What Goes Around Comes Around'

Putri Lindungan Bulan said...

Hmmm... ssh jgk mslh die nie...

Pertama, si wanita itu kena ikut kata ibunya kerna... syurga di bwh tapak kaki ibu... takut dilaknat oleh ibu... perkahwinan tak berkat nanti...

Soal perkahwinan poligami, sebenarnya mmg tidak salah dr segi agama... tapi kena make sure btl2... adakah lelaki tersebut akan berlaku adil? Lihat bagaimana, dia melayan wife ye tu... kalu tdk sepatutnya... wanita ni kena berhati2... takut si lelaki itu boleh buat perkara yang sama mcm mana dia leh buat kat isterinya itu...

Apapun, yang paling utama yang perlu dilakukan oleh wanita itu ialah buat solat hajat dan istiharah. Hanya Allah sahaja yang tau apa yang terbaik utknya. Klu itu sememangnya jodoh, maka tidak perlu risau. Sekiranya bukan, maka hendaklah redha kerna mesti ada yg lbh baik tuk kita pada masa akan datang.

Anonymous said...

ADAKAH ISTERI KEDUA BERDOSA?

Soalan; Bagaimana kedudukan isteri kedua? adakah dikira berdosa kerana menyebabkan isteri pertama sakit hati bila berkahwin dengan suaminya.

Jawapan;

Istilah dosa hanya boleh diberikan kepada perbuatan yang melanggar perintah Allah sama ada dengan mengabaikan perkara wajib atau melakukan perkara yang diharamkan. Berpoligami adalah diharuskan oleh Syarak, maka tidak boleh dikatakan berdosa orang-orang yang terlibat dengannya (sama ada suami yang berpoligami atau wanita yang menjadi isteri kedua). Kecualilah jika suami tidak berlaku adil kepada isteri pertama setelah berpoligami atau wanita yang menjadi isteri muda menghasut suaminya agar tidak berlaku adil kepada isteri pertama, ketika itu barulah dikatakan berdosa. Adapun perasaan hati isteri pertama yang marah dan terkilan, perasaan itu adalah normal bagi seorang manusia apabila berhadapan dengan situasi sebegitu. Namun sebagai hamba Allah kita dituntut agar redha dengan hukum Allah kerana Allah lebih mengetahui apa yang paling baik untuk setiap hambaNya (termasuk diri kita secara khusus). Firman Allah;

“Dan barangkali kamu membenci sesuatu sedangkan dialah yang paling baik untuk kamu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan dialah yang paling buruk untuk kamu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya” (al-Baqarah, ayat 216).

Wallahu a'lam.

- USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

jika suka kawin je la

MISAIMERAH said...

Salam ,
Masyarakat kita lebih menghalang benda yang halal daripada memikirkan , cari jalan mengelakkan yang haram berlaku.

Buang anak luar nikah dalam longkang, tepi jalan , depan kedai bukan Islam, tangga masjid itu tak jadi pokok perbincangan yang serius masyarakat kita.Umat Islam jadi 'juara' buang anak luar nikah di malsysia itu dah tak jadi perkara luarbiasa, dah jadi perkara biasa! Wallah hu a'lam..

Anonymous said...

jika isteri pertama memberikan izin utk berkahwin kali ke-2,
sanggupkah isteri ke-2 JIKA suami memohon utk bkahwin tuk kali ke-3.

sanggupkah isteri kedua menerima beban n tekanan spt isteri 1st?

kalu x sanggup, x payah ler..

yg laki pon same...
kalu mampu berlaku adil tehadap isteri2, maka berkahwinlah..
kalu x mampu berlaku adil, lupekanler..

bagi aku adil di sini bermakna
kalu senduk isteri no.1 seribu butir nasi utk dimakan,
isteri ke 2,3 pon kena sama...

ntahler...
jgn esok kat akhirat badan senget sbelah dah ler..

cicitHJHASSANu said...

salam bujang..

tok nyang aku tiga pompuannya...aman makmur jer sampai ke anak cucu.

aku pun bahagia jer,hehe.

sokong brutalsolo!

C@Rr0tSu$U said...

alaaa.. byk mase leh pk.. smpi ujung tahun.. sblm tu pun.. org dah kate tak buleh.. keluarga tak sokong.. isteri pertama pun mule2 dah nasihat elok2...
Kan ke petunjuk soh pk tu.. Yang nak jugak tu nape... tapi.. ape2 hal pun... wat le istiharah.. teruskan atau tak... guide dari Dia lebih baik....

itairus said...

payah gak cm nih...tp awal2 lg family gurl tu x redha..sepatutnya dier perlu lah berkorban..bukankah syurga itu terletak dibwh kaki ibu selagi dier x bersuami...so, redha dari ibu bapa adalah sgt penting....=)

hisham said...

yang penting ikut saja hukum ugama..
islam tidak pernah melarang kawen lebih dari satu bagi lelaki dengan syarat dia mampu dalam zahir dan batin.
tidak ada dalam kitab yang mengatakan perlu dapat keizinan isteri pertama sebelum nikah isteri kedua.semua ini adalah ciptaan manusia untuk menyusahkan umat islam.
mana lebih penting mahkamah dunia atau mahkamah diakhirat sana.
kalau dah tahu calon isteri/suami itu baik dan bertanggung jawab maka nikah saja.
tentang persetujuan keluarga pula,mereka harus mengizinkan kerana jika mereka menghalang dan berlaku kejadian sumbang antara pasangan ini maka keluarga yang akan sama menanggung dosa.
untuk menikah,dimana pun sah asalkan cukup syarat2 yang ditetapkan olih hukum syarak.
elok nikah cepat2..tentang upacara perkhawinan itu tidak penting.elok buat dan elok juga tidak buat.
jika bapa tidak mahu mewalikan,adik atau abang atau sedara lelaki sebelah bapa bolih mewalikan.
menikah guna wali hakim pun bolih.
simpan wang untuk masa depan lebih baik dari berhabisan kerana hendak memperlihatkan kehebatan kita.
orang akan ingat sehari dua,lepas itu dilupakan.
apa sangat nak fikir perasaan orang jika perasaan kita orang tak mahu faham.
mana2 ibu pun tetap sayangkan anaknya.bersabarlah..bila dah selamat dan dikurniakan cahaya mata,dia akan terima anda.
cuma anda jangan berkasar denganya.
ibu mana yang tidak sayangkan anaknya.
kucing pun tahu sayang anak.
anda bukan buat perkara mungkar...
nak menikah pun susah sangat ker????

panritacikal said...

Astagfirullah Poligami dalam islam emang diperbolehkan tapi dengan cara sembunyi2 dan ga adil bisa berabeh......
abang para bloger yang setia kunjungi dan berkomentar dong di Blog aku : http//panritacikal.worpres.com

Anonymous said...

Salam,

Buatlah solat istikharah.

Suka untuk saya kongsi, sebelum ni saya pernah bercinta dengan suami org dan merancang untuk berkahwin. Perbezaan umur kami 13 tahun. Hampir 6 tahun kami berkawan tanpa pengetahuan keluarga. Kami bercinta dlm keadaan yg menyakitkan kerana terpaksa menipu keluarga.
Walaubagaimanapun, hubungan kami dihidu oleh isteri kekasih saya dan kami kemudian bersetuju untuk menjelaskan perkara sebenar kepada keluarga kedua2 belah pihak. Pada awalnya isteri pertama setuju kerana, namun di saat2 akhir beliau tak nak membenarkan kami berkahwin. Keluarga saya cuba terima walaupun terpaksa kerana terlalu sygkan saya (sedih sgt ble ingat perkara ni). Berkat doa dan petunjuk dr Allah, saya sendiri mohon putuskan hubungan setelah berfikir baik buruk situasi yg bakal dihadapi d hari kemudian. Bagi saya, keluarga tak dapat cari ganti, kekasih insyAllah boleh lagi d cari. Alhamdulillah, selepas 2 tahun berpisah, saya berjumpa dgn bakal suami sy sekarang, bujang dan sebaya.

Apapun, poligami ini tidak salah kerna Islam sendiri membenarkan poligami.

Anonymous said...

seandainya memang dah suka sama suka ..teruskan..bimbang jika terjerumus ke lembah zina...

Anonymous said...

Salam...bagi saya tidak salah bercinta dengan suami orang asalkan kita tidak berniat jahat ingin meruntuhkan rumahtangga org lain.. cinta itu kadang2 datang tanpa diduga, kita pun tidak mampu menguasai perasaan kita sepenuhnya. bercinta dengan suami org memerlukan ketabahan dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi persepsi serong dari orang lain dan juga tentangan dari keluarga kedua belah pihak...walau bercinta dengan suami org pun jika membawa kebaikan apa salahnya.pastinya kebahagiaan mampu kita temui andai kita berusaha teladani Rasulullah s.a.w dan isteri-isterinya. yang penting kita berusaha sungguh2 didik hati kita agar bersih kerana bercinta dengan org bujang pun byk dugaan & ujiannya apatah lagi dengan suami org...

http://diarikekasih.blogspot.com/

PN NORAINI BINTI AMRAN said...

pd saya bercinta dgn laki org sama ngan mengganggu suami dn bapak org lain, yg akhirnya meranapkan masjid org lain. tergamak ke membina kebahagian diatas kubur org lain? camne ye kalau kita d tempat mrk yg jd mangsa kita? betul Islam halalkan poligami. tp poligami tidak d galakkan jika bawa kemudaratan. kawin itu utk merapatkan hubungan 2 keluarga. kalau mcm kes ni, bukan rapatkan hubungan, malah pisahkan hbungan bnyk keluarga. jgn jd hamba cinta perkahwinan yg afdal ialah kerana Allah bukan kerana nafsu cinta. dn jgn pentingkan diri sndri hingga sanggup melukakan bnyk hati. kumbnag bukan seekor, tp ibu, bapa, hny 1 itu saja dunia dn akhirat

Sue said...

Alhamdulillah...Dengan adanya persoalan masti timbul perasaan ragu-ragu bukan??Sekiranya kita berasa ragu2 dan terasa was2 lupakanlah,YA..jawapan saya nampak senang dan mudah bukan??Percayalah satu hari kita akan tersedar dan sesunggihnya waktu itu penyesalan sudah tidak bermakna..Cuma satu yang awak perlu lakukan
...Gambarkan awak adalah si isteri pertama,kenangkan setiap cite yg teman lelaki ceritakan berkaitan isterinya, letakkan diri anda di situ, sekiranya awk ok, boleh diterima sekiranya teman lekaki melakukan pada awak di masa depan so sila teruskan niat itu, sekiranya tidak mampu,jawapannya ada pada tangan anda, ingt hidup kita ini bagai roda, turun dan naik,bila ia berhenti berputar kita tidak tahu sama ada kita di bawah ataupun diatas, sebabtu org kata kehidupan kita satu perjudian..Saya percaya anda sebenarnya mencari alasan untuk melengkapkan perasaan serba salah anda, sedangkan "deep inside"jawapannya sudah ada pada anda....SO harapan saya lakukanlah yang terbaik untuk semua..

Anonymous said...

saya pun dilema bercinta dgn suami org, sy sayg dia... sy pnah putuskan hbgan kmi tapi dia xnak lps kan sy, skrg ni kmi dah 2 thn bersama n sy yg lbh byk tanggung hdp dia, wife dia lansg xtau ape2 pun ttg hbgan kmi... klau ble putar blk ms, how i wish sy x knl dia.. kpd gurlz d luar cna jgn sesekali libatkn dr dgn situasi sebegini, jgn buang ms anda!!

google said...

Bila mak ayah menggunakan kuasa vetonya, bila isteri pertama meletak suami adalah haknya, sedihkan? suatu benda yang islam beri... awal2 lagi kita larang... akak adalah gadis yang senasib dengan ..adik...umur menganjak ke 30... tapi kerna melihat.. rintangan yang mendatang untuk teruskan tekad bernikah... segala2nya akak kuburkan... sakit... perit... kadang3 menangis seorang diri... hanya berdoa pada tuhan...agar tabahkan hati... sebab berpegang atas dasar Redha mak ayah adalah redha Allah ja.. itu ja yang boleh akak cuba untuk bersabar... apa guna hidup berumahtangga tanpa restu mak dah ayah.. kita pun akan menjadi ibu dan ayah jugakan...

Kepada ibu dan ayah diluar sana... bukalah minda, yakinlah dengan rezeki Allah taala..kesian... anak2kita. Andai cukup syarat pada seseorang itu pada syaraknya untuk dinikahkan, nikahkanlah...walaupun ia bakal menjadi madu, jangan siksa jiwa anak2 anda...

janji Allah itu benar, kata-kata Allah itu benar... jangan kita gunakan akal untuk membuat andaian yang belum tentu akan berlaku...

Blogger gurl said...

macam mana ni.. sy pun skang tgh dalam percintaan dgn suami orang.. rse berdosa sgt diri ini mrosakkan rumah tangge org lain.. sy dh cube tinggalkan die.. tpi dye tros dan tros mencri sy.. akhirnye perasaan cinta antara sy dan dia tak dapat disembunyikan lagi... tiap mlm sy nangis bile teringatkan die.. tak tahu la kenape... tlg la sy.... sy buntu..........