بسم الله الرحمن الرحيم
Pejabat Sokernet sepatutnya dibuka separuh hari pada hari Sabtu. Tapi hari ini pejabat kami terpaksa beroperasi hingga Maghrib tadi kerana hendak mengikuti perkembangan lanjut pemilihan pucuk pimpinan FAM.
Dan seperti yang Sokernet jangkakan, FAM seperti biasa terus komited dalam membangunkan, maaf, melingkupkan bolasepak Malaysia dengan membariskan barisan pucuk pimpinan yang akan terus membuatkan bolasepak Malaysia mati pucuk.
Berikut ialah pucuk pimpinan penggal 2010 hingga 2014 (ya, kita sudah boleh ucapkan selamat jalan pada Piala Dunia 2014 di Brazil).
Presiden Seumur Hidup Selagi Ada Bulan Dan Bintang
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Shah ibni Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah (beraja di mata bersultan di hati Pipiyapong)
Timbalan Presiden
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (kembali tak diundang)
Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Musa (ayahanda Red Warriors, sebuah grup pembakar kerusi stadium dan kereta polis)
Naib Presiden
Dato' Affandi Hamzah
Dato' Hamidin Mohd Amin
Dato' Seri Abdullah Hishan Mohd Hashim
Datuk Subahan Kamal
Exco
Dr Hamdan Mohamed Khalib
Datuk Takiyuddin Hassan
Datuk Jeffrey Low
Datuk Astaman Abdul Aziz
Datuk Osman Salleh
Haji Rosmadi Ismail
Mejar Rani Abdul Rahim
Encik S Sivasundram
Apa macam dia punya line-up? Gerek seh.
Berdasarkan pengamatan pakar oleh Sokernet, kami telah dapat membaca corak pemilihan yang diamalkan oleh FAM. Dengan itu Sokernet telah menyediakan pelan jangka panjang untuk memastikan pemilihan penggal yang berikutnya, para pengulas Sokernet dapat terpilih menyertai barisan pucuk pimpinan FAM.
Jorji, Nazri dan Dingin akan dicalonkan untuk penganugerahan darjah kebesaran yang membawa gelaran Tan Sri, Dato' Seri, Dato', Datuk atau Datuk Seri Panglima kerana darjah kebesaran dan gelaran sebegini dilihat sebagai tiket yang menjamin pemilihan ke dalam pucuk pimpinan. Obefiend pula sudah kami hantarkan namanya ke Tabung Haji, balik Mekah nanti ada gelaran Haji manalah tahu boleh terpilih jadi Exco paling kurang. Begitu juga dengan Jannah yang sudah kami arahkan berhenti dari profesion perguruan dan sebaliknya menumpukan bidang perubatan, ada gelaran Doktor mungkin boleh jadi Exco juga kot. Manakala Pipiyapong telah ditugaskan untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia dan dapatkan pangkat Mejar paling koman.
Aku pula akan memikul tugas yang agak berat. Cuba mengaku sebagai putera kepada Raja Noor Jan Shah Raja Tuah, Sultan Melaka ke-44 kononnya. Manalah tahu kalau betul pakcik seorang ini jadi Sultan Melaka satu hari nanti, ada harapan cerah dapat rebut jawatan Timbalan Presiden paling tidak. Sebab tengok gaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden ini orang-orang berdaulat je yang boleh pegang, kecuali orang itu ayahanda Red Warriors. Itu cerita lain bai.- sokernet
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
0 comments:
Post a Comment