Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, May 19, 2010

TOL UNTUK SELAMATKAN PWTC

بسم الله الرحمن الرحيم

Kita Bayar Tol Untuk Selamatkan PWTC Dari Di Lelong Bank Bumiputra



Tulang Besi bercadang mendedahkan bagaimana Dr. Mahathir serta UMNO hampir membankrapkan Malaysia. Dalam keadaan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi serta tinggi bilangan tenaga mahir, rakyat Malaysia majoriti masih hidup dalam kesempitan dan kesakitan. Kos hidup semakin tinggi dan tahap pendapatan rakyat Malaysia masih di takuk lama.

Gaji Siswazah baru keluar universiti secara purata RM1200 atau mengikut kajian yang lain, tidak mencecah RM2000. Padahal, kos hidup naik setiap tahun. Sepatutnya, gaji siswazah baru tamat pengajian berada di julat RM3500-4000.

Ini bererti bagi setiap siswazah, yang juga terpaksa membayar hutang SPN, mereka akan hidup di bawah kos hidup sepanjang hayat pekerjaan mereka. Kemungkinan besar mereka akan pencen dalam keadaan menanggung hutang ataupun wang EPF mereka terpaksa digunakan membayar hutang-hutang mereka. Hasilnya mereka terpaksa bekerja lagi apabila mereka bersara.

Dengan kata lain, nasib pekerja-pekerja di Malaysia adalah mereka terpaksa bekerja sampailah ke lubang kubur.

Artikel di bawah ini adalah cebisan kisah kenapa perkara ini berlaku.

BERMULA

Di dalam kebijaksanaan Dr Mahathir dan Daim Zainuddin menjaga dan mentadbir kewangan UMNO, tiba-tiba UMNO telah berhutang dengan banyak sekali. Sehingga PWTC hampir dilelong kerana pinjaman yang diambil UMNO tidak dibayar.

Pada tahun 1988, hutang UMNO kepada bank bagi projek PWTC adalah hampir RM300 juta (Bank Bumiputra) dan RM86 juta (bank lain). Bunga pinjaman sahaja berjumlah RM60k sehari.

Maka, kerajaan pada masa itu yang dipimpin Mahathir telah mengeluarkan tender Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Tender tersebut telah diberikan kepada sebuah syarikat yang hampir bankrap dan telahpun dibuang dari Bursa Saham Singapura. Syarikat tersebut bernama “United Engineers Malaysia (UEM)”.

Rupanya, apabila Samy Vellu ditekan dalam Parlimen, maka Samy telah mendedahkan siapa yang memegang saham dalam UEM. Samy mendedahkan bahawa UEM sebenarnya dipunyai oleh sebuah syarikat bernama “Hatibudi Sdn Bhd”. (Raphael Pura and Stephen Duthie, “Malaysian Court Allows Highway Award: Government Can Give Rich Project to Firm Owned by Ruling Party”, AWSJ, 18 January 1988)

Samy Tol juga memberi pengesahan bahawa Pemegang Amanah dalam Hatibudi ini adalah Mahathir Mohamad, Ghaffar Baba, Daim Zainuddin and Sanusi Junid. Kesemuanya pada masa itu duduk dalam kabinet sebagai Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Pertanian.

Keempat-empat pemegang amanah syarikat UMNO ini adalah juga Ahli Kabinet Malaysia pada masa itu. Dan kabinet yang sama telah membuat keputusan memberi konsesi lebuhraya Utara Selatan kepada UEM yang dipunyai UMNO.

Maka, secara otomatik, rakyat Malaysia keseluruhannya terpaksa membayar tol yang semakin lama semakin tinggi kerana mahu menyelamatkan PWTC dari dilelong.

Tak heranlah apabila Najib Tun Razak sendiri telah mengakui:

”In the case of the North South Highway project, it is a means of UMNO solving it’s problems by repaying loans taken for the new UMNO Headquarters building"(Star 29 August 1987)

TERJEMAHAN BEBAS: Di dalam kes Lebuhraya Utara Selatan, ia adalah cara UMNO menyelesaikan masaalah membayar balik hutang yang ditanggung UMNO untuk membina bangunan Ibu Pejabat UMNO


JUMLAH KONSESSI PROJEK LEBUH RAYA UTARA SELATAN


Harus diingat bahawa konsessi yang telah diberi pada UEM ini dirancangkan supaya memberi keuntungan kepada UEM di dalam jumlah RM17 billion mengikut UEM. Tapi mengikut beberapa tokoh pembangkang jumlah konsessi untuk 30 tahun ini mencecah RM54 billion. Ini tidak termasuk pinjaman bebas bunga yang diberikan kepada UEM berjumlah RM1.65 billion dari Kerajaan Malaysia sewaktu konsessi ini mula-mula diberikan kepada UEM/UMNO.

Bayangkan, bukan sahaja UMNO dapat membayar hutang mereka kepada Bank Bumiputra untuk menebus bangunan mereka, mereka juga dapat membuat wang yang begitu banyak untuk kegunaan mereka.

Dan siapa yang sakit? Rakyat Malaysia yang sakit. Jadilah kita semua rakyat Malaysia hamba kepada UMNO dan alat mengkayakan beberapa suku sakat pimpinan UMNO

JASA KIT SIANG DAN KARPAL

Kit Siang dan Karpal telah membawa kes ini ke mahkamah. Mereka telah cuba menghalang pemeberian konsesi Lebuhraya ini kepada UEM kerana jelas ianya satu bentuk korupsi. Malangnya, Mahkamah telah menolak permohonan mereka berdua.

Mahazalim, dengan marah, telah memberi beberapa respon:

a.Menangkap Karpal dan Kit Siang di bawah ISA sewaktu Operasi Lalang
b.Meluluskan Akta Rahsia Rasmi menjadikan semua dokumentasi urusniaga
penswastaan Rahsia Rasmi dan memberi sepenuh kebebasan kepada UMNO untuk
merompak negara
c. Mencepatkan pemecatan Tun Salleh Abas dan hakim2 lain yang dilihat oleh Mahazalim
sebagai penghalang kepada ketamakan UMNO dan BArisan Nasional
d. Menghancurkan Institusi Kehakiman di Malaysia
e. Membiak budaya korupsi dan politik wang.

Perkara a. sehingga e. adalah jasa Mahazalim dan Daim yang sebenar kepada rakyat Malaysia. Selain dari menjadikan rakyat Malaysia hamba kepada ketamakan Daim dan kroni2 UMNO, kita juga terpaksa menanggung kos korupsi dan gaji yang tidak naik.

Pada waktu yang sama, banyak kepentingan rakyat dihentikan i.e. biasiswa dsbnya. Orang kaya dilindung, orang miskin ditindas di Malaysia.

Apabila wang minyak nanti habis, terpaksa lah perempuan2 di Malaysia melacur semata-mata mahu membeli makanan untuk keluarga mereka, seperti di Indonesia. Nauzubillah min Zalik.

Tulang Besi



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

6 comments:

norhalim mh said...

Masya ALLAH bertapa JAHATNYA puak2 nie, ya ALLAH sesungguhnya memang benarlah rakyat Malaysia telah dizalimi UMNO BARISAN NASIONAL, KAU TIMPAKANLAH BENCANA KEPADA MEREKA, TUMBANGKAN MEREKA DALAM PRU 13!

Kamal Sanusi said...

Semakin hari semakin meriah suasana poliTAIK di Malaysia.

Semakin hari semakin byk berita cerita di balik tirai tentang sesuatu perkara yang dilihat menipu rakyat dahulu.

Alhamdullillah, dengan berkembangnya teknologi ICT sekarang ini, semakin banyak yang telah celik mata dan hati.

Dah celik mata hati tu, faham-fahamlah tanggungjawap anda semasa PRU-13 nanti.

Kalau kita boleh menderita sekian lama, apa salah kalao kita ubah pemerintahan KERAjaan Malaysia sekarang ni.

Nak menderita pun takat 5 tahun ajer, lepaih tu kita bagi org lain pulak.

Berahim Katak said...

Namun masih ada golongan mereka2 yang buta mata hatinya... puak2 umngok la tu

gorgondolamedusa said...

hahahahah...

bro, kalu bole tolong carikan crite mengenai projek yg nak dibina oleh NAZA-k, di KL (lupe katne,elite area a tapi), menelan belanja 3xxB, dgn kadar '0' interest, n tanpa bayaran 6 tahun pertama, pinjaman selama 20thn. tadi dgr penceramah tony phua ke sapentah (aku bab name ni mmg fail sebab satu kelas 40 nama budak mau hapal, wakakakka-alasan kukuh). projek membina convention centre kalu x silap. isu ni didebatkan di parlimen. n apabila ditanya kenapa x buat tender terbuka? alasan najis yg bodoh mengatakan- NAZAk yg mncadangkan, so NAZA'k dapat tender tu,x perlu open2 lagi dah...NaZa-K ni company kereta yg cam haram jadah, kerete jenis xdek kualiti.

huhuhuhu...aku dgr tadi lagi ler terbakar...kalu isu itu fitnah semata2 dah lame dah dorang masuk dalam...

p.kapalabanajib said...

Aku buat search.. klau x silap ni yg ko maksudkan gondol.>>>

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/05/lesen-judi-projek-rm628juta-dan.html

Najib ni memang BABI...!!!!

gorgondolamedusa said...

TQ bro.