بسم الله الرحمن الرحيم
Judi, PERKASA: Najib membisu
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini enggan mengulas berhubung keputusan kerajaan memberikan lesen judi sukan supaya pertaruhan dapat dibuat menjelang kejohanan bolasepak Piala Dunia yang bermula Jun ini.
"We are not going to talk about that (Kita tidak akan membincangkannya)," kata Najib kepada wartawan selepas upcara pecah tanah bangunan baru Utusan Malaysia hari ini.
Perdana Menteri juga sekali lagi mengelak menjawap soalan berhubung dakwaan MCA bahawa Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) punca Barisan Nasional tumbang di kerusi pilihan raya kecil parlimen Sibu, Ahad lalu.
"It's a whole (bunch) of reasons, cannot just ... ok, never mind lah (Banyak sebabnya, tak boleh hanya ...tak apalah)," katanya dengan ringkas.
Isnin lalu, MCA mempersalahkan PERKASA atas kekalahan SUPP di Sibu dengan berkata 'hubungan kabur' BN, khususnya Umno dengan kumpulan pelampau itu punca masyarakat Cina kurang selesa.
PERKASA juga pernah berkata Umno harus meninggalkan masyarakat Cina yang 'tidak berterima kasih' dan menghentikan peruntukkan kepada golongan minoriti berkenaan yang mengundi pembangkang. - malaysiakini
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
4 comments:
Perkasa nak bising fasal judi tiada harapanlah, kerana dia pun bersekonkol sama
Pemimpin amno ni memang macam tu... tempiasnya semua kena pada mufti amno, penjawat awam yang sokong amno, semua akan bersikap 'no komen' bila sesuatu itu kena batang hidung atau pun bersangkut-paut dngan agama Islam. Pasal judi media mereka diam membisu... tak ada ulasan pun .. salah ke.. haram ke! TV pun tak adalah siang malam bercerita pasal judi dibolehkan oleh islam!
Tapi kalau ditakdirkan Tuan Guru kata laga ayam tu boleh... mahu tiga tahun tak abis tv buat liputan... agaknya sampai orang mati dlm kuburpun diinterview!
kata naib presiden pas dato' tuan ibrahim b. tuan man sebentar tadi di PutRa (pusat tarbiyah rakyat) kg. delek klang,
"isu ini sengaja dibangkitkan bagi mengalih perhatian rakyat dari isu pemberian 2 blok minyak kpd brunei,
dan beliau percaya jika judi bola ini tidak dijalankan, ApNo akan menjadi juara rakyat krn mendengar suara rakyat utk tidak menjalankan judi bola." (+- camtu la)
betul, skang ni mcm2 isu cuba dibangkitkan bg menutop isu2 hangat spt kehilangan engine, kapal selam xleh nyelam, altantoya, PKFZ, YBK, toyol selangor,tan beng hock, penyiasat dari perancis,1 malaysia, APCO, dsbg nye la...
diharap kita tidak lupa sgala kejahatan yg dijalankan oleh ApNo2 lahabau keebau ni.
kalo korang boleh sambung segala kelahabauan APNO ni, sila sambung kat bawah ek, semoga menjadi pedoman utk kite sentiasa membenci APNO n tidak melompat2 mnjadi katak hehehehe...
samb....
20thn nik aziz renew lesen judi dan arak di kelantan. - husam
Post a Comment