بسم الله الرحمن الرحيم
Satu lagi dokumentari tv2 dibatalkan!
Kebebasan media elektrik diperketatkan? Demikianlah persoalan yang tercungkil apabila satu lagi rancangan dokumentari Galeri Mandarin Nasional, tv2 dibatalkan pada hari ini, menyusuli pembatalan siaran isu Empangan Bakun pada 28 April 2010. Isunya kali ini, pembinaan menara elektrik di Rawang, Selangor.
Penerbitnya Chou Z Lam (gambar atas), mendedahkan bahawa rancangan dokumentari yang dijadualkan ke udara pada 12.20 tengah hari, dari Isnin ke Jumaat minggu ini, dibatalkan tanpa sebab. Siri dokumentari ini bertemakan isu pembinaan menara elektrik di Rawang, yang menjadi pertikaian sejak beberapa tahun lalu.
Projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) yang dijalankan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) ini dibantah penduduk setempat, sehingga ianya dibawa ke mahkamah. Kegagalan wakil rakyat MCA dalam menyelesaikan masalah ini, dianggap salah satu punca gagalnya BN mempertahankan kawasan parlimen Selayang dan DUN Rawang dalam PRU ke-12 lalu. Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan kemenangan kepada pihak TNB dalam kes ini.
"Janjinya" memperketatkan kebebasan sebaliknya
Chou Z Lam mendedahkan pembatalan ini dalam blognya pada hari ini, sambil menyatakan rasa kesalnya terhadap Timbalan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Heng Sai Kee. Heng Sai Kee pernah berjanji agar Galeri Mandarin Nasional diteruskan, setelah pembatalan siaran siri dokumentari Empangan Bakun.
"Saya tidak berniat untuk memutar-belitkan apa yang cuba dijanjikan oleh Puan Heng Sai Kee, tetapi, jelas implikasinya adalah ancaman yang lebih ketara terhadap hak rakyat untuk mendengar dan mengetahui apa yang berlaku sebenarnya dalam negera ini," tulis Chou Z Lam.
Setelah Chou Z Lam mendedahkan pembatalan dokumentari tersebut, Heng Sai Kee berjanji untuk menyiasat tuduhan bahawa ianya satu pencabulan kebebasan media. Bagaimanapun, Heng Sai Kee menyimpulkan bahawa ianya sekadar masalah teknikal dan hal ehwal dalam pentadbiran RTM, setelah siasatan tersebut.
Malah, Heng Sai Kee (gambar kanan) menuduh bahawa kandungan rancangan yang diterbitkan Chou Z Lam kurang seimbang, dan Chou Z Lam berkeras kepala walaupun diminta untuk menyunting semula dokumentari tersebut. Chou Z Lam sebaliknya menyindir bahawa "siasatan mendalam" yang dimaksudkan oleh Heng Sai Kee rupa-rupanya "hanyalah mendengar kepada satu pihak", tanpa merujuk kepada pengadu masalah, Chou Z Lam sendiri.
Di samping itu, Ketua Pengarah Penyiaran, Ibrahim Yahaya dalam kenyataan medianya pada 6 Mei, turut menafikan campur tangan politik dalam penentuan sesuatu program yang disiarkan. Beliau menambah, RTM khususnya, Bahagian Berita Ehwal Semasa, tidak pernah menyekat petugasnya untuk berkarya secara objektif dan kreatif.
Setelah dokumentari hari ini dibatalkan, Chou Z Lam mendesak agar kedua-dua Menteri dan Timbalan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, iaitu Rais Yatim dan Heng Sai Kee memberi penjelasan, "Mengapa setelah siasatan mendalam yang dijanjikan oleh Heng, setelah pembatalan penyiaran dokumentari Empangan Bakun, berakhir dengan pencabulan kebebasan media yang lebih ketara dalam stesen radio dan televsyen yang dimiliki rakyat?"
Pegawai dilantik untuk menyekat kebebasan
Chou Z Lam mendedahkan selanjutnya bagaimana seorang pegawai yang berkeahlian MCA, Yap Shy Cuan dilantik secara rasminya oleh pihak pengurusan RTM untuk memantau rancangan yang diterbitkan oleh unit Galeri Mandarin Nasional, unit Buletin Mandarin tv2 dan program mandarin di radio RTM.
Chou Z Lam mengandaikan perlantikan pegawai yang tidak berpengalaman dalam kewartawanan ini bertujuan untuk memperketatkan kawalan RTM terhadap kandungan rancangannya. Malah, Chou Z Lam dengan terus terang mengkritik perlantikan ini sebagai satu penghinaan terhadap profesional kewartawanan, kerana ia menghakis kredibiliti RTM, mengancam hak audien untuk mendapatkan maklumat dan mengaibkan maruah kewartawanan.
Penerbit tv2 ini mendesak agar mereka yang mengaibkan profesional kewartawanan meletak jawatannya dalam RTM, dan meminta maaf kepada audien dan mereka yang menyumbang kepada penerbitan dokumentari isu Empangan Bakun dan isu pembinaan menara elektrik di Rawang.
MerdekaReview cuba menghubungi Yap Shy Cuan, namun beliau tidak menjawab panggilan; sementara telefon Heng Sai Kee telah dipadamkan, ketika MerdekaReview menghubunginya.
Menurut laporan Freedom House yang diumumkan baru-baru ini, Malaysia berada pada ranking ke-141 daripada 196 buah negara dalam kebebasan akhbar, iaitu 30% yang terendah di dunia. Sebelum pembatalan siaran rancangan dokumentari Galeri Mandarin Nasional, seorang penerbit ntv7, Joshua Wong meletak jawatan sebagai protes kerana pihak atasan syarikat medianya didakwa tunduk kepada aduan dari Jabatan Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri. - MerdekaReview
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
3 comments:
Apa respon Ibrahim bin Guru Yahaya?
Nak komen apa.. senyap jer laa
Alahai.apa la yang nak jadi kepada ruang media Malaysia ni
Post a Comment