Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, May 18, 2010

NGO WANITA DESAK BUNG MOKHTAR LETAK JAWATAN

بسم الله الرحمن الرحيم



Kumpulan bertindak untuk kesetaraan gender (JAG) mendesak supaya Bung Mokhtar Radin mengosongkan kerusi parlimennya kerana melanggar undang-undang ekoran berpoligami tanpa kebenaran.

Seorang jurucakapnya Maria Chin Abdullah (kanan) berkata ahli parlimen Kinabatangan itu tidak sepatutnya melanggar undang-undang kerana ia memberi mesej yang tidak baik kepada masyarakat.

"Bung Mokhtar perlu meletak jawatan, dan tidak sepatutnya mewakili rakyat Malaysia lagi.

"Itu langkah terbaik," katanya ketika bercakap kepada wartawan di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini.

Katanya lagi, poligami tanpa kebenaran juga merupakan satu bentuk penghinaan kepada golongan wanita.

Tambahnya, Bung Mokhtar juga mempunyai reputasi tidak baik kerana sering menjadikan golongan wanita sebagai sasaran dalam ucapannya di Dewan Rakyat.

Bung Mokhtar sebelum ini mengaku bersalah kerana mengahwini isteri keduanya Zizie Ezette A Samad tanpa kebenaran mahkamah pada Disember 2009.

Esok, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur akan menetapkan hukuman kepada kedua-dua mereka dan saksi-saksi.

Sementara itu, JAG menafikan tindakan mereka itu disebabkan dendam mereka terhadap ahli parlimen Kinabatangan itu.

"Tidak. Bukan disebabkan dendam. Kami sudah lama memerhatikan (gelagat beliau). Kami pantau (kenyataan-kenyataan) dia," kata Maria ketika ditanya mengenainya.

Bung Moktar yang memakai sut berwarna perak dan baju berwarna ungu ke mahkamah hari ini bagaimanapun kelihatan tidak endah dengan kehadiran kira-kira 10 orang aktivis JAG di situ.

Beliau juga sekadar ketawa kecil selepas meneliti kenyataan akhbar oleh JAG, yang diedarkan kepada wartawan sebelum itu.

Ketika ditanya Malaysiakini, Bung berkata beliau tidak melanggar peraturan.

"Saya sememangnya seorang pembuat undang-undang, bukannya (seorang yang) melanggar undang-undang," katanya.

Tambahnya, beliau tidak perlu memberi reaksi kepada kenyataan kumpulan wanita tersebut.

"Jika mereka inginkan jawapan, mereka perlu tanya di Dewan Rakyat. Saya tidak perlu jawab kepada mereka di sini," tegasnya. - malaysiakini

Note: Bagus usaha NGO ni. Tapi malangnya ini adalah Malaysia bukannya Jepun. Menteri2 kat jepun jika mereka tidak mampu menangani sesuatu permasalahan yg berkaitan atau dia dilihat sebagai seorang yg tidak bermoral, dengan rasa penuh hormat dan kemaluan mereka akan meletakkan jawatan agar jawatan itu disandang oleh mereka2 yang lebih bertanggungjawab dan berkelayakan. Masalahnya kat malaysia ni ada ke menteri2 yang mempunyai "kemaluan"? Menteri2 di malaysia ni lebih layak digelar "pelacur" politik murahan...



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

3 comments:

gorgondolamedusa said...

hahahaha...
ini kes sudah lebey!
ini org tarak blaja sama die punye guru,
lenkali mau poligami ka kawen ka zina ke main kat PD ka main dengan artis ka ape ke kena la belaja dgn kepalabanajis! hehehe bukan P.kepalabanajib ek...heheheh...

haaa...najis tu pon gune barang 2nd hand jer...memang standard dorang ni brg2 2nd hand kot..
wakakakaks...

p.kapalabanajib said...

woii.. gua pun kena ke gondol... wakakakaka

gorgondolamedusa said...

mau blaja mende2 elok jumpe la P.Kapalabanajib,

kalu mau blaja halalkan judi,
arak, pelacur, rasuah, songlap duit,
engine, kapasolam, blok minyak, meipu rakyat dan mcm2 mende yg mndorong ke Neraka bule la belaja dengan Kepalabanajis.

nama berbeza, begitu juga hati dan perjuangan.