Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, March 7, 2010

IDEA BODOH DARI SEORANG PEGAWAI

بسم الله الرحمن الرحيم

Polis Marin Malaysia sukar menangani jenayah penyeludupan di kawasan perairan Pantai Barat Sabah kerana kaedah pengangkutan yang digunakan penjenayah lebih laju berbanding dengan bot milik pasukan keselamatan itu sendiri. Kemajuan teknoloji kepantasan bot bot yang digunakan penjenayah itu mengatasi dengan apa yang digunakan oleh pasukan keselamatan kita.


Pegawai Memerintah Polis Marin Kota Kinabalu ASP Mohammad Aris Jambul berkata, penyeludup sering menggunakan Pump Boat satu jenis pengangkutan air yang laju dan sukar diatasi. Katanya, pihak polis mendapati Pump Boat menjadi alat untuk mengangkut barang seludup yang sering digunakan penjenayah yang terdiri daripada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Beliau berkata demikian dalam satu sesi dailog bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas Datuk Liew Teck Chan dan kakitangan pejabat wakil rakyat itu di Inanam, dekat sini.

"Oleh itu kita berharap kerajaan dapat meluluskan satu akta agar penggunaan pump boat ini diharamkan di negeri ini secara menyeluruh," katanya.

Beginilah kecekapan pegawai pegawai kita, hanya berharap kerajaan mengharamkan penggunaan pump boat.

Nak habag mai sikit bro,’ kalau kerajaan mengharamkan penggunaan bot tersebut, bermakna mereka tidak gunalah? Penjenayah tidaklah sebodoh yang kita duga. Yang diharamkan yang itulah yang perlu bagi mereka.

Apalah salah nya kalau pihak keselamatan kita berfikir secara total, bagaimana hendak mengatasi teknik kelajuan bot bot yang diguna oleh Polis Marin kita bagi menyaingi bot bot penjenayah. Pelik sungguh cadangan supaya kerajaan mengharamkan penggunaan pump boat. Misal kata ‘kerajaan mengharamkan dadah di Malaysia, bermakna tak adalah orang mengedar atau mengisap dadah di Negara kita?’atau pun kerajaan haramkan merokok dikawasan hospital tetapi dikantin hospital ada jual rokok. Itulah kaedahnya.

Mohammad Aris seterusnya berkata, jenayah bermaksud pengedaran dadah seperti Syabu, penyeludupan, curi, gaduh, menangkap ikan menggunakan bahan terlarang seperti bom. Mohammad Aris juga meminta kerjasama ADUN Likas serta masyarakat setempat di kawasan itu agar bersama-sama menangani serta membenteras jenayah demi keselamatan bersama.

Turut hadir bersama Polis Marin Kota Kinabalu ialah Suaib Mutalib, David Liew, Tan Ek Piew, Simon Liew, Helen Baikan, Rose Ng, Etor Masambal, Dzulkifli Chin, Alfred Lim, Tuan Hj Bantilan Bin Alkis, Matlan Bin Marasin, Ag. Talip Ag. Bagul.

Mungkin juga kalian yang hadir tersenyum bangga dengan cadangan yang di ajukan itu. Patutlah system keselamatan kita ‘agak tersohor’ barangkali, umpama nya Negara lain menggunakan kapalterbang yang tiada berpemandu tetapi Negara kita kapalterbang nya tiada berinjin. Kapalterbang pejuang Malaysia hilang injin tetapi yang kena dakwa hanya dua orang saja, itu pun pegawai rendah.

Kalau Perancis membebaskan kapal nya yang ditawan lanun dengan melancarkan serangan balas tetapi Negara kita membebaskan rakyat dan kapal yang ditawan lanun Somalia hanya dengan membayar pampasan. 1Malaysia boleh!

- mamat ref:s/kini5


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

4 comments:

azman said...

dah ada kapal selam, sondol sajalah bot2 tu ngan kapal selam...

takkan kapal selam jadi dugong lepak kat pangkalan jak

Anonymous said...

hahaha.. kapak selam tu hidup pun x.. nak sondol mcmana... beli kapal selam just utk meraih komisyen jer..

Unknown said...

assalammualaikom... bodo memang bodo depa semua... ada satu menteri masa ayam naik harga dia jawab apa? .... jangan makan ayam.... memang bodoh tersangat la bodoh buat apa la dia jadi menteri..... mungkin sebab malaysia banyak orang bodoh yang suka mengundi sesama mereka yang bodoh sebodoh.. bodohnya...

BUJANG SUSAH said...

betul punya marah ni...
sabo kak...