Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, March 7, 2010

DEMI PROJEK DAN KRONI KERAJAAN UMNO TERENGGANU MENGANIYAI AHLI SENDIRI

بسم الله الرحمن الرحيم


KUALA TERENGGANU – Perjuangan Umno hanyalah untuk projek dan Kroni, bagi mengumpulkan kekayaan peribadi, bukan untuk pembangunan dan rakyat.

Manakala, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) adalah badan pelaksana hasrat pemimpin Umno bagi mengumpulkan seberapa banyak laba yang mungkin.
“JKKK yang menjadi dalang,”kata Faeezal, 25, apabila ditanya dimanakah peranan JKKK dalam menghadapi perobohan Kampung Paya Bunga baru-baru ini.


Beliau adalah seorang penduduk yang masih tinggal berhampiran Kg Paya Bunga, bakal menerima nasib yang sama tidak lama lagi.

”Rumah saya atas tanah MAIDAM, belum kena dan bakal kena (roboh),”katanya apabila diajukan pertanyaan, mengapa rumahnya tidak terlibat dalam perobohan tersebut.

Menurutnya, lebih 85% penduduk disitu adalah ahli dan penyokong tegar Umno, manakala rumah yang disewa oleh Ketua Wanita Umno kampong tersebut turut dirobohkan, tanpa sebarang pampasan.

Di Kg Wakaf Cagak, Batu Rakit, JKKK menjadi ‘raja’ penentu siapa yang patut diberi bantuan dan siapa yang mesti dizalimi.

Penduduk yang miskin bukan syarat yang mewajibkan mereka menerima bantuan kerajaan Umno, namun ‘kabel’ (hubungan) dengan JKKK lebih utama.

Encik Hussin Sulong, 63, dan isterinya, Puan Rahimah, 59, dinafikan hak menerima bantuan atap dan baiki rumah tersebut.

Katanya, beberapa kali permohonan pernah dibuat dan bancian pihak berkenaan juga dilakukan tetapi kelulusan ‘tergantung’.

“Rumah saya sekarang banyak yang atapnya bocor tetapi bantuan atap yang diagihkan kepada penduduk miskin tidak diperolehi.

“Saya pernah buat permohonan dan dia (pihak berkenaan) datang ambil gambar rumah tetapi tidak tahu lulus atau tidak,” ujarnya.

Beliau mendakwa ada kes-kes tertentu penduduk yang dapat bantuan atap dan subsidi baiki rumah beberapa kali seorang kerana baik dengan orang ‘tertentu’.

Semakan Buletin mendapati kedua-dua pasangan terbabit pernah menjadi ahli Umno yang aktif suatu masa dahulu dengan nombor keahlian Umno masing-masing 00734080 dan 00736041


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

3 comments:

Anonymous said...

begini lah nasib rakyat, bila masa umno membela rakyat? membela kaum kerabat mereka adalah sebab itu terengganu masih megah dan sombong seperti dulu juga walau pun agong kuda dari terengganu darul runtuh apa kah nasib rakyat akan terbela?

Anonymous said...

sokong lah lg UMNO............org melayu kan ker bingai....suka dibodohkan....

Lembu said...

melayu? hahahaha..memang buduhlah mereka selama2nya... ini mujur nabi tak sebut jer dalam hadis...kalo idak, lagi teruk la kebuduhannya...

kampung aku pun sama..JKKK dam mampos, anak dia pulak ganti... macam sial jer sistem dia...masalah penduduk, tak leh selesai jugak. mujur time JKKK tu mampus, ada mamat PAS pegang sekejap (temporary JKKK) atas sebab2 tertentu... terbongkar pelbagai rahsia bila mamat ni gi mesyuarat...jalan tar tak dapat diturap, bantuan kemasyarakatan hanya dapat kat ahli2 keluarga mendiang JKKK jer...alahai, patut la otak2 anak cucu dia bingai2 belaker...mamat dia buat camana pun tak tau, merase jugak kampung aku diturap semula tar yang lebih lebar dari mini tar....tak semena2 tamat tempoh berkabung, anak JKKK yang hanya lulus darjah 6 pulak amik alih. Maka kampung ku balik semula dalam keadaan asal.