Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, December 3, 2009

ZINA DI NEGARA ISLAM.. SIAPA AMBIL PEDULI ?

بسم الله الرحمن الرحيم


Aksi biasa remaja islam dimalaysia. Siapa yang harus di pertanggungjwbkan?

Bayi menggigil
Oleh Ibrahim Isa
ibrahim@hmetro. com.my

BATU PAHAT: Sangkaan mereka suara tangisan anak kucing kebasahan akibat hujan di luar rumah, namun sebuah keluarga di Lorong Naib Resam, Pekan Sri Gading di sini, sebenarnya dikejutkan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di anjung rumah mereka, pagi semalam.

Lebih menyayat hati, bayi yang baru dilahirkan itu ditemui dalam keadaan menggigil dan kebiruan akibat kesejukan serta dibaluti dengan sehelai kain batik basah.

Kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu benar-benar menggemparkan keluarga Rohizad Kasman, 42, sebaik anak keduanya, Nurul Hazimah, 12, terdengar tangisan bayi berkenaan ketika bersiap untuk ke sekolah agama bagi menduduki peperiksaan.

Katanya, pada mulanya Nurul Hazimah memberitahu ibunya, Daing Maizaton Daing Ahmad, 40, bahawa dia terganggu dengan bunyi anak kucing yang mendayu seperti menangis meminta tolong memandangkan kawasan itu sering menjadi lokasi penduduk membuang haiwan itu.

“Bagaimanapun, timbul perasaan curiga di benak anak saya apabila mendapati suara anak kucing itu semakin lemah dan disebabkan ingin tahu, dia membuka pintu dapur rumah.

“Nurul terus ke depan anjung sebelum menjerit memanggil ibunya sambil berkata ada bayi ditinggalkan di hadapan rumah,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, isterinya terpaksa menangguhkan solat Subuh sekejap dan bergegas keluar rumah untuk mengangkat bayi berkenaan yang sedang dibasahi hujan.

“Apabila saya mengangkat bayi berkenaan, saya dapati tali pusatnya masih belum dipotong manakala urinya terjatuh. Saya terus memanggil seorang saudara yang bekerja di Klinik Kesihatan Sri Gading untuk dibawa ke klinik berkenaan bagi mendapatkan rawatan.

“Selepas mendapat suntikan dan dimandikan, saya mengazankan bayi perempuan seberat 3.1 kilogram itu sekali gus menyebabkan saya menitiskan air mata mengenangkan nasibnya yang hampir menjadi korban akibat kejahilan manusia,” katanya.

============ ========= ========= ========= ========= ========= =====

Apakah kerajaan tidak ketahui apa yang berlaku di Malaysia ini, laporan di TV3 rancangan 360 degree mengatakan setakat ini ada 4 juta Anak Luar Nikah di Malaysia dan 84 anak luar nikah sehari....siapakan yang bertanggung jawab untuk membetulkan keadaan..kita ada semua Jabatan Ugama,Ulamak2, Mufti2,Pencerama h Ugama Bebas2,banyak ceramah2 ugama di TV dan Radio tetapi....tetapi apa sudah jadi....adakah ceramah2 yang diadakan tidak berkesan...masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri...

Di mana silap nya....ramai yang ada Ph.D dalam bidang Ugama...tetapi. ..tetapi ramai lagi maksiat yang berlaku..... ramai yang ada Ph.D dalam bidang Motivasi tetapi...tetapi ramai belia yang semakin teruk dan hancur...ada sebanyak 1900 Paderi orang2 Melayu setakat ini...

Fikir-Fikir lah apa yang patut dilakukan...

Wassalam
MAWS

============ ========= ========= ========= ========= ========= =====

257,411 anak zina - hadiah dari sistem sekular untuk rakyat Malaysia

Mengikut laporan yang disiarkan harakahdaily, jumlah anak luar nikah (anak zina) di Malaysia mencecah 257,411 orang sekarang, sama hebat dengan ancaman penyakit selesema burung atau aedes, kata Senator Muntaz Mohd Nawi.

Statistik di atas menunjukkan dengan jelas bahawa inilah ‘hadiah’ dari sebuah kebebasan (freedom) yang diperjuangkan, didakyahkan dan diterapkan di Malaysia oleh pemerintah sekular. Kebebasan yang berasal dari Barat memandang setiap individu perlu diberikan kebebasan untuk melakukan apa jua tindakan termasuklah perzinaan.

Amalan zina tidak lagi menjadi satu perkara besar dalam masyarakat sekular di Malaysia. Kita telah mendengar ada pemimpin terpaksa meletak jawatan kerana aktiviti zinanya dirakam oleh musuh politiknya. Kita juga pernah mendengar ada pihak yang menggunakan perzinaan untuk menangkap perasuah (semoga laknat Allah terkena kepada mereka) yang menjadi musuh politik mereka. Bahkan kita pernah mendengar ada ahli politik mengatakan pemberian perempuan untuk dizinainya sebagai sedekah. Beginilah parahnya kes yang terjadi dan cara berfikir mereka.

Dengan angka zina mencecah ratusan ribu, ironinya pemimpin-pemimpin sekular pada hari ini hanya melihat statistik ini dengan sebelah mata, dan mungkin ada yang langsung tidak melihatnya. Daripada melihat angka zina, mereka lebih berminat melihat kepada pertumbuhan ekonomi, iaitu KNK negara. Mereka lebih berminat untuk membincangkan kenaikan dan kejatuhan indeks di BSKL. Mereka langsung tidak berminat untuk campurtangan dan menyelesaikan masalah selain dari masalah perut mereka. Inilah pemikiran Kapitalis sejati.

Sesungguhnya dosa zina amat berat di dalam Islam dan Rasululllah SAW amat memandang berat perkara ini dan meletakkan isu ini di antara isu-isu yang penting dalam masyarakat. Perzinaan individu dalam sebuah komuniti sebenarnya menjadi unsur pemusnah komuniti ini. Rasulullah SAW bersabda,

“Apabila zina dizahirkan dalam sebuah negeri, sesungguhnya mereka telah menghalalkan bagi diri mereka (penduduk negeri itu) dengan azab Allah." [HR at-Tabrani].

Kes perzinaan ini semakin lama semakin menjadi perkara biasa dalam kehidupan masyarakat. Kita sering terserempak dengan pemandangan keji di mana lelaki dan perempuan berdua-duaan, malah terlalu banyak kita melihat sekumpulan remaja lelaki dan perempuan duduk bersama-sama bercampur gaul tanpa batas. Di samping kekejian yang mereka lakukan, nampaknya pihak ibubapa juga tidak mempedulikan lagi tentang pergaulan bebas anak lelaki atau anak perempuan mereka. Mereka tidak lagi bertindak sebagai 'wali' (penaung/penjaga) kepada anak-anak perempuan mereka, bahkan mereka banyak memberikan turut memberikan sumbangan kepada kemaksiatan anak-anak mereka, membenarkan anak lelaki atau perempuan mereka menjalinkan hubungan cinta sebelum nikah. Keluar rumah dengan tidak menutup aurat telah dianggap perkara biasa. Terlalu sedikit kita mendengar ibubapa yang menyuruh anak perempuan mereka keluar berjubah dan bertudung sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak.

Apa pun, aspek penerapan hukum oleh pemerintah menjadi punca utama kepada segala kemaksiatan ini. Hukum Allah tidak diterapkan, namun hukum kufur sekularlah yang menjadi pilihan pemerintah untuk diterapkan. Pemerintah bekerja siang dan malam untuk mengekalkan jawatan mereka bagi meneruskan undang-undang sekular yang sebenarnya bakal membawa azab kepada mereka sendiri di hari kiamat nanti.

Kita melihat bagaimana pemerintah yang tamakkan kuasa berusaha mengekalkan kuasa masing-masing. Jika tidak berjaya melalui pilihan raya demokrasi, mereka akan menggunakan institusi raja-raja, pokoknya mereka tetap mahu berkuasa. Mereka langsung tidak mahu berfikir masalah sosial anak luar nikah yang begitu parah ini. Dalam cara hidup Kapitalis yang mereka amalkan, amalan zina, arak, judi, rasuah dan sebagainya bukanlah masalah besar negara.

Malah mereka sendiri tidak pernah menghalang isteri mereka bersosial mengikut kehendak kebebasan isteri mereka. Jadilah isteri-isteri mereka orang-orang yang rambutnya menggerbang macam puntianak pun tidak mengapa bagi mereka, malah mungkin mereka menganggap dan menjadikan isteri mereka sebagai orang yang memperagakan 'fesyen Islam'. Jadi, tidak hairanlah kalau di kalangan pemimpin negara sekular hari ini yang kononnya memperjuangkan Islam, tetapi isteri mereka bisa sahaja berpeluk-pelukan dengan aktor Bollywood. Juga, tidak hairan kalau pemimpin Negara Islam Hadhari bisa sahaja memegang bahu seorang aktres Hong Kong kelahiran negeri Perak.

Dari aspek perundangan, kita juga sudah jijik melihat hakim Syarie yang kononnya bekerja untuk Islam, berhukum dengan hukum Kufur, undang-undang Hudud telah ditukar dengan undang-undang bikinan manusia, iaitu 365 (bilangan hari setahun) iaitu maksima 3 tahun penjara, 6 sebatan maksima dan RM5000 denda. Inilah hukuman maksimum yang boleh dikenakan ke atas pelaku maksiat di dalam negara Islam Hadhari!

Pemimpin yang ada memang tidak pernah merasa berdosa bila menggantikan hukuman Allah ini dengan hukuman thaghut ini, malah hakim syarie pula menyokong melaksanakan undang-undang taghut ini! Bahkan bila hukuman hudud cuba diketengahkan oleh pihak-pihak tertentu untuk dilaksanakan, merekalah orang yang pertama akan menentang hukuman ini, kemudian barulah diikuti oleh Karpal Singh dan Lim Kit Siang.

Sesungguhnya permasalahan anak luar nikah ini hanyalah simptom daripada penerapan sistem kapitalis yang menjadikan kebebasan sebagai asas akidah mereka. Inilah hadiah Barat kepada Islam yang diambil oleh kelompok-kelompok sekular yang cintakan neraka.

Jadi untuk membuang simptom ini kita perlu melakukan rombakan secara menyeluruh, bukannya mengubati simptom itu sahaja. Sistem pemerintahan demokrasi kufur yang ada ini wajib diganti dengan sistem pemerintah Khilafah. Hanya dengan menggantikan sistem yang rosak ini dengan sistem yang datangnya dari Rabbul Alamin, barulah segala masalah yang timbul darinya akan dapat diselesaikan.
============ ========= ========= ========= ========= ========= ======

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

sumber: http://www.topix. com/forum/ world/malaysia/ TS8NFMF11AE4UI75 6

[17.32] Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

13 comments:

Unknown said...

Salam. Anak zina vs anak buang vs anak terbuang nampak sama tetapi berbeza. Cara menanganinya juga agak berbeza. Ketiga-tiga golongan haprak (kata makian yang bermaksud tidak bergunanya seseorang) ini telah dijanjikan habuan "lumayan" oleh Allah untuk mereka. Wallaualam.

kelambuharimau said...

kerajaan dah tubuh jabatan agama untuk jaga semua ni..yang duduk dalam tu pun bukan calang2 orang..kenapa tak hantar komen ke pejabat agama?

Imam dan jawatankuasa masjid pun bole pantau semua ni kenapa x buat...

dan peranan mak bapak juga diperlukan..jangan nak tunding semua kesalahan kepada kerajaan sahaja.

lagipun cuba anda baca akhbar dan tv.di negeri pemerintahan pakatan rakyat..kelantan kedah p.pinang selangor..lagi hebat sekaranng.kemana pergi imam2 pAS yang nak tegakkan islam..

piraaaah...cakap tak serupa bikin..
PAS hanya nama parti islam tapi belum tentu jiwa pengikutnya islam..

Jadi tali barut PKR dan DAP sahaja..malu saya dapat melayu yang tunduk kepada cina india..

Anonymous said...

my babah, Anak tu x salah.. yang salah mak bapak dia...

TURR PUNYA UMNGOK..!!! said...

woiii.. binatang harimau.. hang p suruh isteri-isteri pemimpin hang tu tutup aurat dulu. hang kata pas ikut telunjuk cina dan india, ada ke sampai tudung pun x nak pakai? umngok tu ikut telunjuk siapa? telunjuk yahudi ke nasrani?

Tak habis-habis rujukan hampa akhbar dan tv. nampak sgt la hangpa ni suku sakat yahudi dan kapir harbi. rujuk la quran dan hadis... bongok...!!!!

Kimak lu la nak cerita tentang islam. solat pun ntah tau ntahkan tidak.

Unknown said...

Salam. Komen saya yang teratas sekali tu dituju kepada mak bapak zina bukan anak-anak yang tidak bersalah. Saya rasa semua orang faham maksud saya. Terima kasih Bujang.

Dinda said...

bagaimanapun juga seorang bayi tidak berdosa walaupun dia anak diluar nikah... anak adalah titipan Allah jadi harus kita pelihara... sungguh kejam seorang ibu yang menelantarkan anaknya...

alahas30 said...

woi binatang harimau!!! kt kelantan ni klu kau nk tau yg buat anak haram, yg minum arak, yg merempit, dan yg seangkatan dgnnya, itu semua babi2 umno n anak2 babi umno punya kerja,kau tau dia orgni sama banggang dgn kau, puak2 nilah yang memalukan org kelantan....kalo kau nak tau.....

Anonymous said...

ok my babah... roger.. terima kasih kat saya lerrr..

Kak C'za said...

Sedih dengan umat akhir zaman...

Anonymous said...

"hakim syarie pula menyokong melaksanakan undang-undang taghut ini! Bahkan bila hukuman hudud cuba diketengahkan oleh pihak-pihak tertentu untuk dilaksanakan, merekalah orang yang pertama akan menentang hukuman ini"(kata bujang susah)

salam tuan,
sy tak bersetuju dgn dakwaan tuan di atas..memang tak patut nk salahkan hakim syarie..dorang hanya berhukum dgn hukuman takzir yg ditetapkan oleh penggubal undang2 negeri jer.hakim bukannya penggubal undang2...bukan hakim yg buat undang2..

saya melihat hakim2 syarie semuanya menyokong undang2 hudud dilaksanakan.mereka org kita.

saya salah seorang drpd pengamal undang2.semoga membantu..

BUJANG SUSAH said...

Terima kasih tanpa nama atas ingatan anda. Benar apa yang anda katakan. mungkin patut dibuat sedikit pembetulan. Bukan hakim, tapi pengubal undang2 itu sendiri yang x melaksanakan hudud.

Cuma persoalannya kenapalah malaysia yang dicanang sebagai negara islam takut untuk melaksanakan hudud. bahkan manakan boleh curi, zina, murtad, arak, judi dan banyak lagi yang sepatutnya diletakkan pada hudud diletakkan pada takzir pula? Bagaimana pula hukumnya menolak perintah Allah itu sendiri? wallahualam.

Bagaimanapun terima kasih atas komen serta ingatan sahabat. jika ada ilmu yang bermanfaat berkongsilah bersama2 kami disini. wassalam.

Anonymous said...

Salam semua,orang Islam Malaysia secara tak langsung terpengaruh dengan dakyah yahudi dan nasrani seperti yang tersebut dalam Quran.Penyakit zahir seperti SARS, H1N1,elsema babi dsb.diwar-warkan sangat bahaya.Tetapi 84 anak luar nikah sehari(recorded),saya yakin lebih,tidak dilihat sangat bahaya kepada umat Islam.

Para cendikiawan ugama Islam "ramai" yang cari makan dengan ilmu Islamnya,mencari glamor sepertis artis,berceramah mengharapkan wang ringgit,walau sebahagiannya gaji beribu,lepas ceramah balik rumah atau tempat kerja lihat tempahan ceramah,kesan ceramah tak perlu ambil peduli.

Sepatut nya ikut akhlak Imam Syafei dalam menyebarkan agama Islam bukan ikut para penceramah motivasi yang mencari glamor dan wang ringgit.

anaRB said...

Astaghfirullah al azim
umat di akhir zamn ini bnyak yg terpesong..memikirkan hiburan semata2..x ada cinta kpd Tuhan yg menciptakan sekalian alam..ampunkan dosa kami Ya Allah.. moga2 kita sentiasa berada dlm golongan org yg beriman