Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, December 3, 2009

PENYELEWENGAN FAKTA BUKAN HADITH YANG DI BIARKAN BERLELUASA

بسم الله الرحمن الرحيم

من عرف نفسه فقد عرف ربه
Maksudnya :" Sesiapa yang kenal dirinya, maka kenallah tuhannya "

Kitab Yang Mengeluarkannya.
Kebiasaan kitab yang mengelurkan matan di atas yang di katakana sebagai hadis ialah kitab-kitab Tauhid dan Aqidah. Contohnya Kitab al-Burhanun al-Muayad(1), at-Tabysir fi din(2), Ni`matu az-Zuri`ah(3) dan banyak lagi kitab yang berkaitan dengan aqidah memasukkannya sebagai hujah, tidak terlepas juga kitab-kitab jawi.
Manakala kitab hadis yang memasukkannya pula ialah kitab Huliyyatul al-Auliya4 oleh Abu Naim.

Pendapat Ulama
.
Berkata penulis Kasyful Khafa(5) yang di ambil daripada Imam as-Sayuti bahawa tidak sabit sebagai hadis ( bukan hadis ). Begitu juga pendapat Imam an-Nawawi bahawa matan yang dinyatakan diatas adalah bukan hadis6 dan berkata Ibnu as-Samaani bahawa perkataan iatu adalah perkataan Yahya bin Muaz ar-Razi r.h(7). Berkata Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah bahawa palsu(8).

Kesimpulannya
.
Kebanyakan para Agamawan di Malaysia mengatakan bahawa matan ayat di atas adalah hadis, tetapi ini adalah tidak benar dan tepat sama sekali, kerana tidak pernah wujub sanad pun bagi matan tersebut untuk kita katakana sebagai hadis. Bagi sesiapa yang telah tersilap mengatakannya sebagai hadis segeralah bertaubat ketika mana pintu taubat masih terbuka.

Pesan baginda Rasulullah s.a.w :
من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار
Maksudnya :" Sesiapa yang sengaja mendustkan keatas aku dengan sengaja, maka sedia tempat tinggalnya di dalam neraka ". ( Riwayat Mutawatir ).

Nota Hujung
1- Al-Burhanun al-Muayad, Ahmad bin Ali bin Thabit ar-Rafie al-Hasiny, tahkik Abdul Ghani Nakah My, cet Pertama 1408H, Dar Kutub al-Nafis Beirut, m/s 208.
2- At-Tabsyir Fi Din, Thahir bin Muhammad al-Isfirayiny tahkik Kamal Yusof al-Hut, cet pertama 1983M, Dar A`lam al-Kitab Beirut, m/s 162.
3- Ni`matu az-Zuri`ah fi Nasratu as-Syariah, Ibrahim bin Muhammad bin Ibrahim al-Halby tahkik Ali Ridha bin Abdullah Ali Ridha, cet pertama 1998M, Dar al-Massir Riyadh, m/s 214.
4- Huliyyatul al-Auliya, Abu Naim al-Asbahan, cet ke-4, Dar al-Kitab al-A`rabi Beirut, juz 10 m/s 208.
5- Kasyful Khafa`, juz 2 m/s 262.
6- Tazkiratul al-Maudhuah, juz 1 m/s 11.
7- Ad-Durr al-Mutanathirah, juz 1 m/s 147.
8- lihat no. 7.

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

8 comments:

... said...

Salam Bujang. Ketika masih bujang dahulu saya pernah membaca daripada beberapa buah buku (lupa namanya)bahawa hadis "thola'al ilmi faridhatun a'la kulli muslimin" sebenarnya bukan hadis. Ia hanya ungkapan daripada Saidina Ali. Dalam buku tersebut pengarang menekankan aspek pendustaan yang berleluasa dalam periwayatan hadis terutamanya hadis-hadis israilliyat. Wallahualam.

BUJANG SUSAH said...

Ok babah.. thanks 4 the info...

Abu Aiman said...

salam,
memang banyak hadis2 palsu 'berlegar2' dalam masyarakat kita, kena berhati-hati jugak...

ZOOL@TOD said...

Hadis-hadis banyak yang mengelirukan ditambah pula dengan kisah-kisah para sahabat yang tidak tepat faktanya.

Contohnya; saya mendengar 2 versi ceramah berkenaan kisah Bilal bin Rabah R.A. dari ustaz yang terkenal.

Ustaz 1 bercerita berkenaan Bilal bin Rabah yang mempunyai lidah yang pendek (pelat) dan suaranya tidak merdu. Tetapi beliau merupakan muazzin utama/ pilihan Rasulullah S.A.W.

Ustaz 2 bercerita berkenaan suara Bilal bin Rabah yang merdu. Oleh itu beliau menjadi muazzin utama pilihan Rasulullah S.A.W.

Mengelirukan.

iqbalsyarie said...

wah..bahaya ni!ada banyak lagi tak hadis2 palsu?mana saya nak cari senarai hadis2 palsu tu?

Putra Al-Maliki said...

Pembahagian Hadith dari sudut Bilangan Perawi :


1. Hadith Mutawatir


Ertinya dari segi bahasa : Berturut-turut

Dari segi Istilah : hadith yang diriwayatkan oleh sebilangan besar perawi pada zaman-zaman sahabat, tabi'in, tabi' al tabi'in yang mana mustahil pada akal bahawa mereka bersepakat berdusta terhadap rasuluLlah.

Proses itu berlaku hingga ke akhirnya”.


2. Hadith Masyhur

Iaitu hadith yang diriwayatkan dari tiga sanad yang berlainan atau

Hadith yang diriwayatkan oleh tiga orang atau lebih dan disampaikan kepada tiga orang yang lain atau lebih dan begitulah seterusnya hingga sekurang-kurangnya tiga sanad yang berlainan. yang tidak sampai ke darjat mutawattir.


3. Hadith Sahih

Iaitu Hadith yang bersambung sanadnya dari permulaan hingga akhirnya


4. Hadith Hasan

Iaitu Hadith yang bersambung sanadnya


5. Hadith Da’if

Iaitu Hadith yang mempunyai syarat Hadith Sahih dan bukan syarat hadith hasan,


6. Hadith Maudu’

Iaitu hadith dikatakan Hadith Nabi s.a.w. sedangkan ia bukan Hadith Nabi, dan nyatalah ia merupakan hadith palsu.

Putra Al-Maliki said...

Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

Anonymous said...

Jazaakallahu khairan atas usaha anda yg mulia ini... mudah-mudahan Alllah mencatatnya sebagai amal soleh anda dan membalasnya dgn kebaikan yg berlipat ganda di dunia ini dan di akhirat nanti. Amiiinn...