Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, December 2, 2009

LENTIK GADIS PENEMAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Lentik Gadis Peneman

Dia bukan pegawai perhubungan pelanggan, GRO, kerana tidak bermajikankan pemilik pusat hiburan. Bukan juga gadis pengiring, ‘escort girl’, kerana upah perkhidmatannya tidak begitu lumayan.

“Kawan akan bagi tahu bila ada job,” kata Yuna.

Yuna, anak ke-5 daripada 7 beradik, dilahirkan di Kota Tinggi, Johor, mula berkerja sebagai gadis peneman sejak setahun lalu.

“Kawan sejak sekolah panggil saya 'lentik', sampai sekarang gelaran itu lekat,” tambahnya.

Biarpun usianya 23 tahun, dia kelihatan 3 tahun lebih muda manakala tubuhnya berukuran, 34-24-34, ‘melentik’, dilihat aset mampu memancing perhatian ramai lelaki pengunjung pusat hiburan bermata keranjang.

“Klien bayar saya, RM100 untuk jadi teman pergi karaoke. Saya tak minum (arak), cuma menyanyi sahaja. Kalau dia menggatal, saya akan tepis. Memang tak ada feeling langsung, kerja untuk dapat duit. Pernah ada klien kiss saya kat mulut, lepas tu saya marah dia,” katanya.

“Jadi apa klien boleh buat, dia kan bayar?,” soal saya.

“Setakat peluk and dance, saya tak kisah, lebih-lebih sorry, saya maki. Kalau tak dengar, saya balik, tak dapat duit pun tak apa,” jelasnya.

Menurut Yuna, kliennya, majoriti Melayu, antara mereka, kapten kapal, ahli korporat dan pegawai kerajaan memburu keseronokan berhibur di waktu malam.

“Emak tahu ke kegiatan awak?,” tanya saya.

“Dia tahu saya pergi menyanyi, mak call setiap hari,” jawabnya.

Sejak menetap di rumah bujang bersama rakan sekerjaya di Johor Bahru, keluarga gagal mengesan kegiatannya. Tambahnya lagi, hampir setiap hari dia pulang kerumah sewa menjelang waktu subuh.

“Pernah tak GRO tidak berpuas hati tengok awak?,” soal saya.

“Ada, siap tanya, saya ni siapa lagi? Saya cakaplah, kawan. Tetapi sekarang dah jadi satu tren, klien tak ambil GRO. GRO, bayaran mahal, sampai lima ratus ringgit semalam, lepas tu perangai dia orang pelik, sambil berhibur, sambil mengadu nasib. Bagi tahu klien, kononnya ansuran kereta tak berbayar tiga bulanlah, bayaran sewa rumah tertunggaklah, anak sakitlah. Menagih simpati supaya dapat duit tips lebih. Saya tak macam itu, berhibur, bayar dan blah,” terang Yuna.

Yuna juga sempat berkongsi sikap klien tidak digemarinya.

“Ada klien berlagak gila, cakap besar, kononnya banyak duit sangat, I hate them. Macam malam tadi, satu group ni berhibur sakan, mabuk, tetapi masa nak bayar bil RM4,000 terkehel juga”

“Awak dara lagi?,” tanya saya spontan.

“No personal question please. Tanya soalan lain, boleh bang …,” balasnya selamba dan manja.

“Ada boyfriend?,” soal saya lagi.

“Ada. Bercinta dah 7 tahun, dia baharu habis belajar di politeknik tetapi jumpapun lima bulan sekali. Dia tahu saya berhibur tetapi bukanlah macam ini,” ujarnya sambil mengukirkan senyuman.

Dakwa Yuna, ramai lagi anak gadis seusianya mencari wang dengan cara sama.

“Tak kisah ke kerja macam ini?,” tanya saya.

“Bang, kalau tak ada lelaki gatal banyak duit, gila berhibur, saya pun tak buat kerja ni. Kata orang tua, tepuk sebelah tangan tak menjadi, kan?,” jawabnya.

Saya terdiam, mungkin itulah kuasa wang.
http://mazidulakmal .blogspot. com/


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

7 comments:

kelambuharimau said...

betulah tu..cuba lihat kat bukit bintang sekarang dah macam cendawan tumbuh pusat urut dan pusat hiburan.ini semua kesilapan siapa ye?1 malam berlori2 arak habis dijual disana..saya percayakan PR tapi kenapa PAS diam diri bila ini semua terjadi?kenapa x bakar aje semua tempat2 maksiat tu?kata perjuangkan islam?Islam apakah itu?berbeza benar dari waktu BN memerintah selangor keadaan tidak serupa ini..jadi renungkanlah apa yang pejuang islam kita lakukan..Islam dimulut sahaja tiada gunanya.

TURR PUNYA UMNGOK..!!! said...

Kat johor, melaka, negeri9, perlis, perak, terengganu, sabah, serawak tu xyah la nak bakar kilang arak, pusat2 pelacuran dia ek.. sebab umngok terang-terang tak memperjuangkan islam. Sebab umngok tu kapir kan... kalau nama pun kelambu harimau. patutlah bodoh nak mampos...!!! mak bapak ko tak hantar ko ke sekolah ke..? oppss.. lupa plak.. dah ko tu kan binatang .. binatang mana la tau pegi sekolah.. dah tentu mak bapak ko pun binatang...!!!! hahahaha... bodoh tongong...!!!!

Nadirah Hj Jamal Abd Nasir said...

hrm...mesti ke nak maki mcm tu????
inilah politik...xda politik yg menyatukan umat...gara2 politik juga,sesama islam nak bergaduh...nak maki2 org..perbaiki diri sndiri dulu barulah tg0r org lain...baik PAS atau UMNO..sama2 islam..bkn dulu sama2 bersatu ke??haii..smua lupa bila terlalu kejarkan kuasa...

Anonymous said...

Bukit bintang tu bkn bawah wilayah persekutuan? Menteri wilayah siapa?

Anonymous said...

Jngan nk mnyalahkn pas or pkr...tgOk larh bnda nie dari ketelusan yg brleluasa....rasuah sana sini...benda nie dah jadi kt selangor sblom pas pegang...so dasarnya dari kerajaan...

Anonymous said...

Cik adek...sila tgOk sejarah blik erk...pas ngan umno tuh sbb ape dyowng xbrsatu...sbb umno skarang xmementingkn agama...dyowng hnya pntingkn wang semata2...

Anonymous said...

Skarang nie kite dlam dunia penuh penipuan dan rasuah...sblOm cik adek nk brkata2...sila larh brckap mnggunakn otak sikit,jngan smpy kita nie trtipu dgan media massa...buka2 larh.mata sikit...bnyak2 larh tgOk fakta...jngan asyik tgOk auta yg diberi oleh umno...