بسم الله الرحمن الرحيم
Rata rata kita sebagai manusia tidak inginkan kemiskinan.Sebab itu semua manusia bertungkus lumus menebus diri dengan berbagai cara untuk untuk tidak mahu menjadi miskin.Maka itu kemiskinan adalah sesuatu yang amat di benci oleh kita dan semua manusia, kerana kalau kita jadi miskin manusia lain akan memandang rendah dan hina kepada kita.
Bila kita sebut fasal miskin semua orang akan memfokuskan kemiskinan dalam aspek harta benda sahaja, kerana kemiskinan material inilah yang menjadi perhatian utama semua.Manakala sebenarnya ada kemiskinan lain yang tidak di ambil peduli ya itu kemiskinan ilmu, kemiskinan jiwa atau rohani, kemiskinan akhlak dan budi perkerti, kemiskinan kasih sayang, kemiskinan tanggung jawab yang di mana semuanya tidak dipedulikan, tidak diambil perhatian, tidak di bimbangkan dan malah terus di lupakan. Sedangkan kemiskinan yang bersifat rohani atau maknawiyah ini lah yang sepatutnya kita perlu bimbangkan kerana kesan buruknya kepada kita dan masyarakat adalah amat besar dan berat sekali.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud "Kefakiran adalah hampir kepada kekafiran". Maksud sabda Rasulullah S.A.W ini adalah di tujukan kepada kefakiran iman atau jiwa atau rohani.Tidak di nafikan bahawa kefakiran material boleh juga membawa kepada kekufuran namun kalau jiwa, rohani dan iman masih kaya maka kemiskinan material tidak akan mengheret kita kepada kekufuran.
Dalam kalangan masyarakat yang berilmu, beriman dan bertaqwa kalau dia miskin material maka ini adalah merupakan satu darjat di sisi Allah.Hanya masyarakat yang tiada iman dan ilmu yang memandang hina dan rendahnya kemiskinan material.
Di akhir zaman yang sedang kita berada sekarang masyarakat dan pemerintah menjadikan kemiskinan fokus utama.Kemiskinan yang sepatutnya menjadi fokus pembelaan dan membaiki keadaan sudah menjadi sebaliknya.Kemiskin an sudah di jadikan isu propaganda orang politik dan media untuk mencari nama, pengaruh dan populariti.Kemiskna n rakyat sudah menjadi isu tuduh menuduh, salah menyalah, tuding menuding antara golongan orang orang politik dari parti parti pemerintah dan pembangkang.
Sudahlah rakyat yang miskin sudah sedia di pandang rendah di tambah pula dengan riuh rendah oleh orang orang politik dan media yang mengambarkan keadaan mereka dengan gambaran yang amat teruk sekali.Sedangkan orang orang miskin ini pun ada maruah dan harga diri yang tidak sewajarnya diberi pendedahan yang menghinakan. Ertinya orang orang politik dan media meraih keuntungan (politik dan komersial) bermodalkan apa saja yang boleh di jadikan isu dari orang miskin.
Amri el Wahab
http://hembusan- amal.blogspot. com
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
5 comments:
kite kene bantu orang2 susah di sekeliling kita dengan seikhlas.. hati tanpa mengaharpkan sebarang pembalasan atau plubsiti.. kalau boleh jangan ade orang yang tau akan kebajikan yang kita lakukan untuk mengelakkan berlakunya riak dalam diri kita.. =)
btol kate Putra Al-Maliki..sedey tgk kanak2 x ckp makan..kite yg terlebih makan ni x pandai nak bersyukur, slalu membazir..
salam bujang
negara yang amalkan rasuah, rakyat yang dimangsakan
Salam Bujang. Biar miskin harta, jangan miskin jiwa.
Saya setuju,biar miskin harta,jangan miskin akhlak dan budi bahasa
Post a Comment