بسم الله الرحمن الرحيم
PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGGUNA-PENGGUNA ISLAM DI MALAYSIA !! TERHADAP JENAMA-JENAMA KELUARAN KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. (TASEK GELUGOR, SEBERANG PRAI)!!
PULAU PINANG – Sebuah kilang memproses bihun dan laksa iaitu KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. (Co. No. 365216-T) yang terletak di :-
Lot 1123,
Tingkat Selamat 6
Kampung Selamat, Tasek Gelugor
Seberang Prai
13300. P.Pinang.
Kilang yang berkeluasan 4 hingga 5 ekar bertindak menipu dan mengaburi pengguna serta orang ramai dengan meletakkan tanda halal sendiri dalam tulisan jawi/rumi. Malahan kilang yang mengeluarkan jenama CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG ini TIDAK PERNAH mendapat kelulusan logo/cop halal dari JAKIM. Malah permohonan mereka untuk sijil pengiktirafan pernah di tolak pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
ZAKARIA DAN ANAK-ANAK SDN. BHD.
yang beralamat No. 22,24,26,
Tingkat Perusahaan Utama 1,
Taman Perindustrian Bukit Tengah, 14000
Bukit Mertajam.
Kilang Bihun Beras Indah Sdn Bhd masih mengeluarkan bihun di bawah nama Zakaria Dan Anak Anak Sdn Bhd, iaitu Cap Langsat, meskipun sudah sekian lama syarikat ini tidak lagi beroperasi. Jika diteliti, kedua- dua produk ini juga mempunyai tanda “halal” dalam tulisan jawi dan rumi. Dimanakah kuasa yang dapat menghalang perbuatan ini!!! JAKIM ?? KPDNHEP ?? ataupun MPSB itu sendiri.
Lebih memeranjatkan lagi, terdapat pusat ternakan babi yang keluasannya lebih kurang 2 ekar yang mampu menternak beratus ekor babi dalam satu masa bersebelahan kilang bihun tersebut dan hanya dipisahkan dengan pagar. Betapa dekat dan hampirnya kilang memproses bihun ini dengan pusat ternakan babi sehingga... Klik DISINI untuk image serta artikal penuh -
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
8 comments:
Tapi tokey dia kata "semua balang kita halal wo. Mana ada halam, kecuali itu bihun cap babi. Itu untuk olang Cina. Kita tatak jual sama itu Melayu". Aiya, tatak faham agama punya olang...Mata orang jakim terkebil-kebil dengar khutbah apek. He..he..
org islam nmpknya kena lenih berhati2 kalau nk beli brg
salam..
saya makan mihun cap bintang je..=)
assalamualaikum..
HMMMM..
nak sebut pasal makanan halal kat malaysia ni..sikit sangat.
kat sini sy nak sebutkan satu perkara je..
Monosodium Glutamate(MSG)..
menurut pembacaan sy, maaf sy katakan d cni MSG ni diperbuat drp serbuk tulang BABI..maka hukum memakannya adalah haram..
tapi sekarang ni MSG ni sangat bnyk terdapat dalam makanan2 segera kat Malaysia ni..
seperti Mee segera..
dalam serbuk mee segera ada terkandung MSG..
oleh itu hukumnya haram walaupun terdapat tanda halal..
lagi..banyak lagi benda2 haram yg bebas di jual di Malaysia
siap ada cop tuu..how eh? dasattt dasat! halhal betul ni
Sekarang ni nak beli pape pon..memang kene hati-hati.
masyaAllah...biar btol ni MSG tu dr tulang babi...
memg terdpt kt byk mknn lak tu...la tkotny cmni...
Adalah dimaklumkan bahawa syarikat Twenty-Twenty Food Industry Sdn. Bhd. yang telah beroperasi sejak tahun 1997 ialah pengeluar bihun dan laksa atas jenama-jenama seperti Cap KAMPUNG, Cap SERAMA, Cap SERAMA MAS, Cap SILAT, Twenty-Twenty PENANG LAKSA, Cap JATI, Cap KAPAL LAYAR dan Cap ECOBROWN. Kesuluruhan proses pengeluaran bihun dan laksa ini melibatkan penggunaan mesin tercanggih sepenuhnya yang menjamin kebersihan yang berkauliti dan proses pembungkusan juga dilakukan disini sepenuhnya dan ianya tidak melibat mana-mana pihak lain.Disamping itu, syarikat mendapat pengiktirafan sijil HALAL ( MS 1500:2009) daripada pihak HALAL INDUSTRY DEVELOPMENT CORPORATION dan JAKIM.
Twenty-Twenty Food Industry Sdn. Bhd. merupakan ahli kumpulan syarikat Beras Nasional (BERNAS) dan juga antara kilang bihun terbesar di negara ini yang mempunya sijil HALAL yang sah dari pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Malah, syarikat kita juga berjaya memperolehi sijil HACCP , GMP , ISO 9001:2008 dan sijil MESTI daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH).
Tindakan pihak tertentu melakukan sabotaj terhadap syarikat dan produk kita amat dikesali. Tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak tertentu yang menyebarkan berita palsu yang tidak bertanggungjawab.
Sebarang keraguan atau pertanyaan bolehlah menghubungi syarikat kami @ layari laman web http://www.twenty-twenty.com.my / www.facebook.com.my/2020food untuk maklumat lanjut.
Sekian, harap maklum.
Post a Comment