Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, December 20, 2009

KAWAN KARIBKU MURTAD

بسم الله الرحمن الرحيم


Pengalaman saya di bawah ini boleh dijadikan iktibar oleh kawan-kawan sempena sambutan Maal Hijrah 1431 ini.

Saya mengenali Abang Mat lebih lima tahun yang lalu. Kami merupakan rakan kongsi dalam kegiatan penterjemahan. Abang Mat sememangnya cukup arif dan berpengalaman dalam bidang ini dan beliau amat dikenali dalam kalangan para penterjemah tanah air. Beliau merupakan penterjemah sepenuh masa dan bergantung hidup pada usaha yang agak "mewah" ini. Klik di sini jika kurang yakin.

Hubungan persahabatan kami berputik apabila saya memberi komen yang menghina hasil karya terjemahan beliau. Cara begini biasa saya gunakan untuk mendapat perhatian seseorang. Tetapi awas, anda perlu ada kehebatan untuk berbuat demikian. Maksudnya, ada perlu cukup kekuatan dari segi ilmu dan jati diri sebelum menggunakan teknik "melampau" ini.

Bermula detik itu, kami selalu berhubung antara satu sama lain dan menjadi semakin akrab apabila kami mula berkongsi "projek". Beliau kata (bukan saya kata) saya hebat dan berbakat dalam bidang penterjemahan, khususnya dalam laras perbankan dan kewangan. Saya tidak berasa begitu, sehingga suatu hari beliau tergetar-getar menelefon saya bertanyakan sama ada saya boleh membantu beliau menterjemah laporan tahunan sebuah syarikat swasta ternama. Katanya, tanpa saya, beliau akan menolak tawaran itu. Wow, saya rasa cukup hebat! Itu satu motivasi yang paling terkesan di jiwa saya.

Abang Mat memang baik. Bertutur lembut dan teratur. Kami sering ke masjid bersama-sama. Semasa ibu saya meninggal dunia pada tahun 2006, beliau adalah antara kawan yang terawal muncul memberikan takziah dan mengiringi jenazah ibu ke tempat persemadian. Beliau sempat menyudahkan pembacaan Surah Yasin di atas kuburan ibu. Abang Mat memang prihatin dan peka. Satu ketika saya menerima satu pesanan ringkas (SMS) daripada beliau berbunyi "Salam Din, saya baru memasukkan duit sebanyak RM3,000 ke dalam akaun awak. Duit itu untuk anak awak yang akan masuk ke universiti tidak lama lagi, jangan guna untuk perkara lain". Saya kaget, tetapi cuba berbuat selamba. SMS dibalas ringkas, "TQ bang". Banyak lagi kebaikan beliau kepada saya yang tidak dapat disebutkan satu per satu di sini, takut nanti meleret-leret pula.

Awal tahun lepas, kawan rapat kami yang seorang lagi datang bertemu saya dan berbisik kepada saya, "Din, Abang Mat sudah keluar Islam. Dia pesan suruh beritahu engkau. Dia tidak sanggup beritahu sendiri. Bukan baharu, tetapi lama dulu. Sejak tahun 1998 lagi. Sekarang ini dia sudah pun menjadi Paderi. Setiap Ahad beri khutbah di Gereja". Saya terdiam. Lidah kelu. Otak buntu. Masya-Allah...

Saya ambil telefon dan hantar SMS kepada kawan-kawan bergelar ustaz yang saya kenali untuk meminta pandangan mereka apa yang perlu saya buat. Semuanya memberi respons "Putuskan hubungan". Saya balas "Mana boleh ustaz. Sayalah sekerat dua kawan dia yang Islam. Yang lain-lain, China, India dan Mat Saleh. Nanti siapa nak bawa dia ke pangkal jalan". Sekonyong-konyong Ustaz menarik balik fatwa, "Berkawanlah baik-baik Din. Tetapi ingat, jangan kau terpesong pula".

Saya pulang ke rumah lalu mengambil buku Ahmed Deedat "The Choice, Islam and Christianity, Volume I" yang saya beli beberapa tahun lalu dan saya tulis nota di dalamnya, "Abang Mat, saya mohon abang baca buku ini dengan hati yang terbuka. Mungkin ia bermanfaat untuk abang. Kita bersaudara bang, tetapi persaudaraan itu tidak seperti dahulu kerana kini ia menjadi janggal dan tidak semurni persaudaraan sesama Islam".

Sampai sekarang, buku bersama nota itu masih dalam simpanan saya kerana belum ada masa yang paling sesuai untuk saya serahkan buku tersebut kepada beliau. Kami tidak pernah berbincang tentang perkara ini dalam setiap pertemuan dan beliau senantiasa mengelak untuk berbicara tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan agama. Maal Hijrah 1431 ini, usia Abang Mat menjangkau 57 tahun. Semoga Allah mengasihani beliau kembali dan melontarkan semula cahaya iman di lubuk hati Abang Mat....

Pesanan Babah:
Abang Mat (bukan nama sebenar) murtad atas pengakuannya. Tetapi sebahagian daripada kita tidak sedar betapa kita juga terdedah pada fenomena itu kerana kejahilan kita. Ramai yang tergelincir akidah daripada landasan iman dan Islam, tanpa disedari, melalui pertuturan dan perbuatan. Justeru, awasilah perlakuan dan pertuturan. Teruskan memperdalam ilmu dan jadikan ucapan taubat sebagai wirid yang senantiasa bermain di bibir. Wallahualam. - http://mybabah.blogspot.com/


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

12 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

astagfirullahhalazim...

terkejut bila baca cerita ni...

semoga dia akan diberikan hidayah dan peluang utk bertaubat.....

alex said...

astaghfirullah al azhimmmm... :-( kasihannn..paderi lak tuu.. tsk3! nauzubillahhh.. abis mcm mane ye bjang? bila nak bg buku tuan deedat tuu bro.. kieta doa moga terbuka mata hatinya...aminn.. astaghrirullahhh

iqbalsyarie said...

terkejutnya....
Jangan menilai kebaikan seseorang itu dgn hanya pandangan mata,sebaliknya nilailah kebaikan seseorang itu dgn pandangan hati kerana orang yg dekat kpd Allah,PASTI dia akan dekat dgn manusia.Mereka inilah orang yg layak digelar 'baik'

setiakasih said...

Salam...
Aku juga ada beberapa kawan,
seuniversiti.
seorangnya bekas pelajar sekolah agama.

Mereka ini Melayu Islam asalnya. Walaupun, mereka tidak kenal antara satu sama lain mulanya.

Selelah tamat pengajian, entah kenapa, atas perjuangan hak asasi manusia, sanggup mengutuk dan mencerca agama Islam dan institusi beraja.

Mantatukan badan tanda protes.. tanda kebebasan.
'Tuhan tidak ada' (Masya Allah!!).
'Jika dia ada pasti ketidakadilan dan perpecahan dikalangan umat Islam dan perebutan kuasa tidak berlaku.'

Aku rasa sangat sedih. 9 thn telah keluar daripada Islam. Menjadi 'drifter' mereka ini...

Aku tak tahu nak buat camna sebab aku jarak sudah sangat jauh daripadanya- mereka di KL aku di Sarawak.

Aku mohon kepadaNya, moga dipancarkan hidayah semula di hati mereka.

Mereka yang menjadi Athies.

Hamizah said...

nauzubillah..
kita mmg kena sentiasa berhati2.murtad itu terjadi kdg2 tanpa disedari..hati2 lah semua..

ummi ida said...

Sy juga pnh mnglmi pnglmn yg sama,dimn tmn serumah sndiri sewktu bljr dulu keluar dr Islam ats dakyah bngsa Yahudi.Kita sntiasa kena berdoa agar Allah sntiasa ttpkn kita diats jlnNya.Org yg dmkian dah tak nmpk kbnrn

ijoks2009 said...

Astagfirullahhalazim...
Wahai tuhan yg menguasai hati manusia ,engkau tetapkan lah hati kami dlm agamaMu dan dlm mentaatiMu.
Amin..
Skrg misi utama kristian sdg giat utk memurtadkan org melayu di Malaysia.
tak percaya.tengok blog mereka ni.
http://cahayanusantara.blogspot.com/

azman said...

buka you tube, dialog 'muallaf vs murtadin'.dialog di indonesia.boleh ambil iktibar

dyla dalyla said...

salam semua
sy juga pernah ada pengalaman ini
cuma bezanya rakan sy ini bkn menukar agama,tetapi dia menjadi atheis(betul ke ejaannya ni?),menidakkan kewujudan Allah swt dan bertuhankan syaitan
boleh dikatakan dia telah menyertai anti christ,seperti yg kita sedia maklum antichrist adalah kerja dajjal dan lucifer
tp alhamdulillah berkat doa dan usaha sy yg tidak seberapa,sy dpt menarik dia kembali ke pangkal jalan
buat pengetahuan semua,semasa dia menjadi atheis,dia mmg telah membuat perjanjian dgn syaitan yg hadir dlm mimpinya
dia melakukan perjanjian darah di mana jiwanya sudah dijual kepada syaitan
nauzubillah
syaitan telah berjanji kpd ia untuk memberi dia pangkat dan segalanya
dia sendiri sudah menganggap dirinya adalah syaitan
dia menjadi begitu kerana menyertai black metal
walaupun kdgrn menggerunkan,sy usaha juga supaya dia kembali ke pangkal jalan
sy terpaksa berdebat dgn sahabat baik sy tu
malah syaitan yg telah membuat perjanjian dgn dia juga telah mengganggu diri sy sendiri
tetapi sy tidak gentar kerana sy lbh takutkan Allah daripada takutkan syaitan laknatullah
dan sy tak pasti memakan masa berapa lama baru hatinya terbuka dan sedar
akhirnya dia kembali mengesakan Allah
jadi jika ada antara rakan anda yang sudah terpesong dan murtad,tolong lah jgn tinggalkan mereka,sebaliknya bantulah mereka kembali ke pangkal jalan
sedih jika kita yg masih terpelihara akidah tidak cuba membuat sesuatu untuk menyelamatkan mereka
wallahualam

izazin said...

Saya salahkan kawan anda itu sekali tetapi salahkan anda 9 kali.Kenapa? Sebab anda tidak berusaha menariknya semula bila dia jatuh, kedua, lidah anda kelu nak ckp walhal jumpa dah byk kali sebab kalau bercakap kang u tak dpt pulak projek2 "baik", ketiga, sebab byk terhutang budi rela kawan gadai agama,keempat dasar lelaki pemalas kerja keras, buat terjemahan pakai otak je, kalau Allah tarik satu fius otak tu, u all dpt buat terjemahan ke?, nabi n sahabat dulu siap berperang, gadai nyawa nak naikkan n mertabatkan Islam, kelima, u pun dah dihasut oleh iblis melengah-lengahkan usaha menariknya ke jalan benar, keenam, kalau buat kerja berlantaikan material, nak martabatkan bahasa Melayu konon, mang tak dapat aper, cuba berlantaikan soleh, jadilah penterjemah soleh, nak martabatkan agama dengan mempergunakan bahasa, ketujuh, u pun dah syok dibuai duniawi, kelapan, u tulis n isi blog dgn petikan yg maha dahsyat tp u sendiri tak baca, anak ketam suruh jln lurus, u pulak jadi mak ketam, kelapan, amalan u sendiri kene perbetulkan, muhasabahlah diri sendiri, dan yang kesembilan, lu pikirlah sendiri........

dyla dalyla said...

bujang susah sy minta izin untuk copy kisah ini dan post dlm forum yg saya sertai sebagai tauladan kepada umaat Islam yg lain

zlan said...

MasyaAllah...semoga Allah buka kan pintu hatinya kembali kepada ajaran Islam...hrap tuan punya blog juga berusaha untuk kembalikan dia kepada islam...kerana saudara yg paling hampir walaupun memakan masa utk memujuk beliau.InsayAllah