Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, December 21, 2009

PERUNTUH MASJID PELUK ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم



BERAPA ramai di antara kita masih mengingati tragedi ummah yang berlaku pada tahun 1992? Iaitu pada tarikh 6 Disember tahun itu, Masjid Babri di Ayodhya , India tidak dapat dipertahankan dan diselamatkan apabila institusi suci umat Islam itu dimusnahkan oleh puak pelampau Hindu.

Seramai 150,000 pejuang nasionalis Hindu yang tidak dapat dihalang memusnahkan masjid itu dalam konflik berpanjangan perebutan antara Hindu dan Muslim di India. Salah seorang pelampau Hindu atau lebih tepat, dalang untuk meruntuh dan memusnahkan Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive Prasad berasal dari Faisabad, iaitu daerah di mana terletaknya masjid itu. Prasad ialah ketua sebuah parti politik Bajrang Dal yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab 'suci' untuk mengetuai hampir 4,000 penduduk kampungnya, Kar Sevak bagi memastikan masjid itu akhirnya runtuh.



Tindakan melampau untuk meruntuhkan masjid purba itu telah dirancang dengan baik oleh Prasad. Beliau memberi arahan dan latihan yang secukupnya kepada para pengikutnya seramai 4,000 orang itu bagi memastikan rancangan itu berjaya. Satu tindakan yang melanggar undang-undang apatah lagi menghormati perasaan penduduk Islam yang lain. Sedangkan masjid itu merupakan salah sebuah masjid terbesar di negeri Uttar Preadesh, utara India dengan bilangan umat Islamnya seramai 31 juta orang.

Pada hari kejadian itu, Prasad tidak sahaja menceroboh masuk malah berjaya memanjat kubah besar masjid dan bersama pengikut-pengikut yang lain mereka berjaya menawan masjid itu. Kemudian bersorak gembira apabila mereka akhirnya berjaya meruntuhkan kubah dan keseluruhan masjid tersebut. Mereka melaung-laungkan perkataan "Ram! Ram!" sebagai tanda kemenangan kononnya masjid itu akhirnya berjaya jatuh ke tangan pelampau Hindu.

Prasad puas hati kerana berjaya mengembalikan hak penganut Hindu yang kononnya masjid Babri itu dibina atas tapak kuil, yang dibina bagi memperingati tempat kelahiran tuhan mereka yang bernama Rama. Namun tujuh tahun selepas kejadian itu, pada tarikh yang sama kejadian runtuhan Masjid Babri itu, Prasad akhirnya sujud memohon ampun kepada Allah atas 'kejahatan' beliau terhadap Masjid Babri itu. Malah beliau berpuasa dan menyesali sehingga mengalir air mata memohon Allah mengampuninya yang tergamak meruntuhkan rumah ibadat itu.

Kuasa Allah

Ya, pada tarikh 6 Disember 1999 itu, dengan kuasa Allah, Prasad memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mohammed Mustafa. Berita pengislaman pemuda itu disiarkan oleh Malayalam News keesokan harinya iaitu pada 7 Disember 1999 yang kemudiannya dipetik oleh Arab News Publications di Arab Saudi. Berita itu amat mengejutkan apabila melihat sendiri latar belakang Prasad, terutama bapanya, Trigal Ramanathan merupakan Ketua Puak Sangh Parivar di mana seluruh puak itu terbabit secara aktif dalam usaha meruntuhkan Masjid Babri.

Menurut pemuda ini, sejak kejadian runtuhan masjid itu, Prasad dihantui perasaan bersalah sehingga begitu menekan jiwanya. Walaupun pada tangannya masjid itu akhirnya runtuh, namun ia tidak menjanjikan kedamaian berikutan beliau merasakan telah melakukan satu dosa yang amat besar. Mungkin dengan keluar dari India , Prasad mengharap beliau tidak lagi diburu oleh perasaan bersalah itu. Lalu beliau mencari pekerjaan di Sharjah salah sebuah negara anggota Emiriah Arab Bersatu (UAE). Namun fikirannya masih tidak tenang walaupun beliau menyibukkan diri dengan pekerjaan dan suasana yang baru di negara itu.

Sehinggalah pada 4 Disember tahun 1998, pada hari itu beliau berjalan seorang diri di sebatang jalan di bandar Sharjah. Secara tiba-tiba beliau terdengar suara (http://203.142. 6.171/utusan/ c.php?c=1&t=http://www. kosmo.com. my) khatib dari sebuah masjid berhampiran. Menariknya, khutbah itu disampaikan dalam bahasa Urdu dan beliau dapat mengikuti khutbah itu dengan jelas.

Prasad berhenti untuk mendengar khutbah itu dan alangkah terkejutnya pemuda ini apabila sang khatib menyebutkan bahawa Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, mampu mengubahkan hati-hati yang tidak mempercayai kewujudan-Nya selama ini. Sejurus mendengar khutbah itu sehingga akhir, semacam satu perasaan yang tenang menyelinap masuk ke hatinya. Malah seolah-olah telah tercabut satu beban besar yang selama ini menyebabkan fikirannya menjadi begitu serabut.

Segala puji-pujian terhadap Allah yang akhirnya telah memberi hidayah dan membukakan hatinya walaupun dirinya telah melakukan kesalahan yang lazimnya sukar untuk diterima apatah lagi dapat dimaafkan. Namun berita Prasad memeluk Islam itu tidak sahaja menimbulkan kemarahan keluarga. Malah akibat tidak dapat menanggung malu, Prasad akhirnya dibuang oleh keluarganya sendiri. Beliau tidak dibenarkan pulang semula ke India , kalaupun dia pulang juga maka nyawanya akan terancam.

Berita pengislaman Prasad itu juga menyebabkan parti-parti politik dan pelbagai pertubuhan Hindu yang menyokong tindakan beliau beliau meruntuhkan Masjid Babri turut marah dan mengancam untuk membunuhnya tanpa mengira masa dan tempat. Namun apa pun ancamannya Prasad tetap teguhkan imannya terhadap Islam. Islam menjadikan beliau seorang manusia 'baru' yang dahagakan kebenaran sehinggakan dalam tempoh yang masih baru mengenal Islam beliau berjaya menghabiskan bacaan dan mempelajari 17 surah dalam al-Quran. Malah beliau bersungguh-sungguh untuk khatam kitab suci itu. Cita-citanya kini adalah untuk berkongsi kebenaran mengenai Islam dengan orang lain termasuk ahli-ahli keluarganya sendiri.

"Kalau itu diizinkan Allah, bukan soal dosa saya akhirnya tertebus
sudah.

"Tetapi sekurang-kurangnya itulah sumbangan saya terhadap Islam di samping perbuatan saya itu juga telah melukakan hati jutaan umat Islam dan saya mahukan mereka juga memaafkan saya dengan sekurang-kurangnya saya membina semula apa yang telah saya runtuhkan," ujarnya sayu.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

14 comments:

iqbalsyarie said...

Maha Suci Allah..Hidayah milikNya...

ijoks2009 said...

Allahuakbar,
bagaimana pula dgn yg meroboh masjid di Terengganu dulu.
http://www.youtube.com/watch?v=Qtf3SosPEyc

uminas said...

Subhanallah Maha SUCI Allah..
Iman tidak boleh diwarisi tapi iman satu anugerah yang tidak ternilai..
Beruntung orang yang diberikan hidayah dan terus menggengam kemas hidayah itu dan rugilah bagi orang yang ditunjukkan hidayah tapi melepaskannya pergi..

Mybabah said...

Salam Bujang. Cerita yang menghiburkan hati kepada orang yang sayangkan Islam. Tetapi, tidak kepada orang suka berdalih. "Kami tak akan percaya sehingga anda dapat membuktikan cerita anda betul atau tidak. Mana keratan akhbarnya?". Nanti katakan kepada mereka "percaya tak berdosa, tak percaya pun tak berdosa". Sila hadir ke blog babah untuk komen tentang pendapat Izazin. Wallahualam.

'AQILAH said...

:) akhirnya prasad mendapat hidayah dari Allah...

puteri said...

alhmdulillah....

bgaimana pula juga dgn pngikutnya 4000 org yg mrobhkan msjid trsbut?

JANETNORLIAH2001 said...

Allahu Akbar..Allahu Akbar....Allahu Akbar...
alhamdulilah dpt jg dia HIDAYAH-NYA

izazin said...

Salam, kepada MyBabah, hahahahah gelak besar saya baca komen anda. Akhirnya saya berjaya mengetuk kemarahan anda. Itulah saja hajat saya, Nak kenal sape insan yang beria-ia nak memartabatkan bahasa Melayu tu. Kalau tak condemn, u tak kan react. Biasalah, manusia suka kene puji, bila ada sorg yg mencaci cpt melatah. Maleh den nak gaduh ngan kau. Apo barang dapek...

TURR PUNYA UMNGOK..!!! said...

puki mak lu izazin !!

izazin said...

mak u tak ada puki ke? u tak keluar dari puki mak u? ke pondan mak u? hahahah bodoh teramat

bolloqs said...

Allahu Akbar!!

TURR PUNYA UMNGOK..!!! said...

izazin, nak main kimak lu leh tak?

Anonymous said...

keh..keh..keh..keh.. izazin yang bangang. cerita agama mengalahkan ustaz/ustazah. tapi orang dok mencarut pun dia ikut sama mencarut. Cerita tentang islam kata kena ikut quran dan hadis. siap kutuk, kata nik aziz tak macam umar al khatab, rupanya mu lagi bangsat.. koh..koh..koh..koh.. ingatkan alim rupanya lagi lebih pukimaknya.. koh..koh..koh..koh..

Lebai said...

Innallah hama assobirin.. "Sesungguhnya Allah beserta org yang sabar"..usah dilayan..just ignore