Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, November 7, 2009

PAKAILAH TUDUNG TUTUPLAH AURAT

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran- pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "Cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu Khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.

Dia bertanya kepada saya, "Abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "Kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri". Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah...saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri...tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah...didepan pintu sudah ramai orang...hati berdebar-debar, tak dapat ditahan..... saya berlari masuk ke dalam rumah...saya lihat ibu menangis...saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.. ......dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri....disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata).

Annisa : Aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "Makcik..wajah makcik sangat muda dan cantik".

Isteri jiranku : Alhamdulillah. .sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.

Annisa : Tapi makcik kan dah ada anak enam..tapi masih kelihatan cantik ??

Isteri jiranku : Subhanallah. .sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. .siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung..pendapat makcik bagaimana ?

Isteri jiranku : Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabk an dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa: Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...

Annisa : Apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Annisa : Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai Nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai Nisa...ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan. .ketika ditiup sangkakala yang kedua, pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..

Subhanallah ...

Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "Buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah

Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.

Wassalam...

**** Kopi & pes sbg peringatan & renungan..

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.

25 comments:

Wani Nizam said...

huaaahh!!!insaf!!
T_T
ya Tuhan,ampunilah sgala dosa2ku..
huaahh..thanks la bang post bnda ni..

Unknown said...

assalammualaikom...

adik bujang ka nie?

ya Allah semoga segala amalannya diterima Allah.

bujang betul ke kalau kita melalaikan solat segala amalan kita tidak akan dikira?

eddie dewanaga said...

salam...

tumpang tanya ye, gambar budak di bawah 'Doa Nabi Khidir' tu siapa ye...

kyungie said...

Salam untuk Bujang Susah...

UMMIE nGAN aBAH selalu berpesan walaupon pakai tudung tapi akhlak mesti elok jugak ...solat kene penuh..
aurat kene jage .... itu lah ...

Auna terkilan dgn cerita tuu..
WASSALAMM..

Werdah said...

Salam Bujang.

Subhanallah. Maha Suci Allah yang mahu memberi petunjuk dan alhamdulillah kpd adik yg mahu menerima petunjuk..

Begitu menyayat hati namun gembira krn adik dpt kembali dgn menerima hidayah..

meo188 said...

betul2...

BUJANG SUSAH said...

wani... sama2..

Anak khas... dari email sahabat kak..
Melalaikan solat dgn sengaja tu berdosa kak.. berkenaan amalan dikira atau tidak bukan manusia yg tentukan.

eddie dewanaga... anak org jepun.. lupa la URL dia..

Auna... yer betul tu...

Kak werdah... alhamdulillah..

Meo188... betul..betul..betul..

Sinar said...

salam, alhamdulillah arwah mendapat petunjuk hidayah & sempat berubah di saat akhirnya.. sggh btuah arwah tu.. kata org, segala2nya bermula dr hati.. kata org juga hati tu tuhan yg terangi.. kata org juga, terang itu dtgnya dr hidayah.. segalany dr hidayah.. moga aku, kau, mereka mendapat hidayah.. mendapat rahmat.. mendapat syurga.. aku nk berubah, aku dah lama mula berubah, tp slow sgt perubahan.. mgkin azam aku x kuat sgt.. iman aku tlalu lemah.. doakn aku kwn2..

Cik Cookie said...

Xblh bc samapai habis sbb terasa sgt kerana Cik Cookie belum sepenuhnya bertudung.
masih belajar dan ingin terus belajar.
Harap ianya kekal.

Kak C'za said...

Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua

fik-autoz said...

harap2 cter kt ats ni dpt beri kesedaran kt kte semua,amin

wahyu said...

salam bicara.

Cerita-cerita seperti ini ada unsur-unsur mistikdan alam tasauf. Cuba kalian cari kitab Takziratul Aulia (Kisah 62 Wali-Wali Allah)dan baca kandungannya.

bicarawahyu.

minah nomad said...

subhanallah..
blog yg sgt membuka mata ttg jalanNya..
as a woman yg sedang merangkak utk cuba kembali ke jalanNya..thanx alot i found ur blog..

doakan kite semoga mendpt hidayah mcm adik...

Iza said...

moga jadi iktibar pada yg belum insaf

Guru Tajwid said...

Assalamualaikum bujang,

Sungguh bertuah adik bujang. Dalam keadaan beliau membuat perubahan mendadak yang datang dari hati sanubarinya, Allah menjemputnya. Mudah-mudahan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang bertaqwa.

Semoga dapat menjadi iktibar kepada kita khususnya wanita Islam hari ini yang semakin tidak memperdulikan aurat mereka.

Puteri Amal said...

Tersentuh hati nurani,iktibar buat anak-anak gadis akhir zaman.Masih ramai yang alpa .Wajib menutup aurat bagi wanita Islam!Sanggup digantung rambut hingga mendidih otak?Sedarlah!Insaflah!

abu muaz said...

Salam tuan. Masalah yg tuan utarakan ini merupakan masalah besar remaja muslim kita kini.Bertudung tapi bertelanjang.

Kang nasir said...

dalam usia sebegini,
mereka yg tipis ilmu agama didada,
akan hanyut dibawa arus gelora emosi,
hilang pertimbangan hingga emosi menguasai diri,
mereka lupa akal kurniaan illahi.

smga allah melindungi kita & keluarga kita dari godaan iblis laknat.
aminn..

sejenakseketika said...

aku rse bek ko bwk adik ko ni jmpe bomohh...hahhaahha...

beautiful_rose said...

salam ziarah...
cerite y menarik dn memberi pengajaran y besar untuk semua y bgelar wanita.

wanita hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah.tutp lah aurat mu wahai wanita.sesungguhnya aurat mu hanya lah untuk pada y berhak (suamimu)

cahaya yg t'pelihara said...

salam....

Hidayah adalah milik Allah s.w.t...
Semoga hidayah Allah s.w.t berpaut pada hati setiap umat islam...
Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w dijadikan panduan dan amalan kehidupan seharian...
Moga hidup diberkati dan diredhai Allah s.w.t....Amin3x

“Jika kami turunkan malaikat kepada mereka, dan orang yang sudah mati berbicara dengan mereka dan kami kumpulkan pula segala sesuatu ke hadapan mereka, nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali jika Allah menghendaki, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.” (Surah al-An’am, ayat 111)

semoga entri ini, memberi pengajaran buat semua khususnya muslimah...
view blog ana:"kenapa wanita cantik apabila memakai tudung"...
moga segala yang bermanfaat dpt dikongsi bersama...wassalam

ziela said...

salam...huhu tersentuh hati ni...tu la tuk org permpuan semua menutup aurat tu wajib lakukan lah sebelum terlambat..hidup mati kita hanya allah saja yg tahu..betul x bujang..

joegrimjow said...

copy dari mana ya?

BUJANG SUSAH said...

insyaAllah... dari email sahabat.

gummybear said...

wanita akan kelihatan cantik pada 3 waktu iaitu :

1) ketika memakai TUDUNG
2) ketika hamil
3) Ketika tengah malam

marilah wahai sahabat, perbetulkan niat dan tutuplah aurat anda mengikut syariat yg ditetapkan dlm Islam..