Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, November 2, 2009

CDI : STRATEGI US MENENTANG ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Civil Democratic Islam : Antara Strategi US Menentang Kebangkitan Islam

Saya selesai membaca Buku Bertajuk Civil Democratic Islam: Partners, Resources, Strategies. Buku ini adalah kajian CIA yang dikeluarkan melalui agensi dibawahnya National Security Research Division (RAND). Sememangnyaa RAND telah sekelian lama menjalankan kajian terhadap ummat Islam dan merupakan think tank bagi tindakan strategic US terutama bagi menghadapi kebangkitan Islam.Buku Civil Democratic Islam (CDI) ini boleh saya katakan antara kertas kerja yang paling progresif pernah dikeluarkan oleh RAND. Melihat tajuknya serba sedikit telah menggambarkan apa kandungan intipatinya.

Dalam pendahuluan bagi buku ini, tanpa selindung penulis mengumumkan bahawa musuh utama dunia (baca: US) adalah Islam yang akan menyebabkan perubahan ideology baru dunia. Maka buku ini adalah strategi yang perlu diambil US untuk menghalang kebangkitan ini. CDI mengklasifikasikan ummat Islam kepada 4 golongan yang mana setiap golongan ini mempunyai penerimaan yang berbeza terhadap nilai-nilai barat dan strategi menghadapi mereka juga berbeza.

Golongan pertama, adalah golongan fundamentalis. Ciri utama golongan fundamentalis adalah mereka sama sekali menolak demokrasi, hak asasi manusia dan seluruh nilai-nilai barat. Inilah musuh US yang tidak boleh bertolak-ansur. Mereka secara spesifik merujuk kepada Hizbut Tahrir dan gerakan-gerakan jihad yang menuju khilafah. Golongan kedua, adalah golongan
tradisionalis. Golongan tradisionalis ini lebih menumpukan soal kerohanian dan keilmuan. Walaupun ada yang terlibat dengan politik, tetapi pemikiran mereka lebih tertumpu soal kerohanian. Golongan yang dikaitkan adalah seperti golongan wahhabi dan ulama-ulama yang lebih cenderung membahas ilmu berbanding soal politik. Golongan ketiga, adalah golongan modenis. Golongan modenis ini mereka mahu melihat Islam menjadi sebahagian dari kemajuan global. Mereka memberi nafas Islam bagi nilai-nilai barat seperti demokrasi, hak asasi manusia, perekonomian dan nilai-nilai lain. Ia merujuk kepada sesetengah ulama’ dan pemikir Islam hari ini. Manakala golongan yang keempat, adalah golongan sekular yang telah mengikut acuan barat termasuk pemerintah yang ada dan tokoh-tokoh pemikir mereka.

Jika kita teliti,US menjadikan sejauh mana penerimaan atau penolakan ummat Islam kepada nilai-nilai barat seperti demokrasi, hak asasi manusia, perundangan, ekonomi dan nilai-nilau utama lain untuk mengklasifikasikan ummat Islam. Kita tidak terperangkap dengan klasifikasi ini kerana sebenarnya mereka mengklasifikasikan ummat Islam untuk kepentingan mereka menghadapi kebangkitan Islam. Dari situ mereka menetapkan kaedah dan strategi berbeza, bergantung kepada bentuk pemikiran ummat Islam.

Dalam bab yang kedua, dibahaskan strategi untuk mencari ‘partner’ untuk apa yang mereka sebut menerima demokrasi Islam. Dalam perenggan yang pertama digariskan bahawa, mempromosi demokrasi dalam dunia Islam dan membantu perlaksanaannya adalah suatu tindakan jangka panjang untuk usaha menentang kebangkitan Islam. Dari penulisan buku ini, mereka seringkali menegaskan bahawa sokongan yang sekian lama diberikan kepada golongan sekular- golongan pemerintah dan pemikir sekular- bukan lagi tindakan yang semestinya tepat untuk keadaan geopolitik hari ini. Ini kerana, kebanyakan orang Islam sudah menyedari maneuver golongan ini dan tidak menjadikan mereka sebagai rujukan dalam masalah politik mahupun agama.

Oleh itu RAND mencadangkan, untuk member sokongan, peluang-peluang muncul di akhbar, ruang untuk berpolitik, memberikan pendapat, ruang-ruang melalui NGO dan penonjolan bagi golongan Islam yang modenis. Ini kerana golongan modenis mereka walaupun tidak menerima demokrasi barat sepenuhnya, tetapi mereka masih tetap menerima demokrasi cuma dalam kerangka yang mereka anggap Islami. Maka mereka perlu diberikan peluang bergeraka dalam politik demokrasi dan sokongan atas-atas tekanan golongan sekular terhadap mereka. Pemimpin dan tokoh-tokoh golongan Islam modenis perlu diberi penghormatan dan pengiktirafan.

Manakala golongan tradisionalis, mereka kurang membahaskan masalah politik. Maka kebiasaannya golongan tradisionalis tidak mempunyai pandangan yang khusus tentang demokrasi dan konsep politik lain. Maka golongan ini perlu digunakan untuk menyerang pandangan golongan fundamentalis yang menolak nilai barat secara keseluruhan. Ia dengan cara memberikan ruang kepada ulama’ seperti ini mengalihkan pandangan ummat, dan menimbulkan keraguan ummat terhadap golongan fundamentalis. Ini kerana golongan tradisionalis biasa mempunyai pengaruh yang kuat dalam ummat, menguasai madrasah-madrasah dan institusi pendidikan tradisional. Manakala bagi ulama’ tradisionalis yang boleh menerima nilai barat walau secara selektif, mereka ini wajar diberi ruang untuk kedepan. Maka dengan ini nilai-nilai barat seperti demokrasi, hak asasi manusia, pengagihan kuasa, perundangan dan ekonomi boleh disemai dalam pemikiran ummat Islam. Dalam masalah demokrasi dan penerimaan nilai barat, golongan fundamentalis digariskan RAND sebagai musuh utama yang tidak boleh dikompromi dan sememangnya tidak boleh dibawa berkompromi.

Dalam bab ketiga, RAND menerangkan strategi-strategi untuk menghadapi golongan-golongan ini, baik samada berkawan dengan golongan ini, mengadu-domba mereka agar berseteru mahupun secara langsung menyerang mereka.

Secara umumnya, golongan Islam modenis hendaklah diberi peluang dan sokongan politik, memberi pandangan Islam kontemporari. Ini kerana golongan Islam modenis hari ini telah dapat menarik sokongan rakyat berbanding pemerintah sekular. Sokongan kepada golongan Islam modenis ini boleh diberi secara langsung atau tidak secara langsung selagi dapat dipastikan kepercayaan ummat tidak terhakis. Benarkan mereka menyebarkan pandangan-pandangan mereka.

Manakala sokongan kepada kerajaan sekular hanya diberi berdasarkan kes per kes basis. Ini kerana, banyak kerajaan sekular yang bersifat nasionalis hingga mengabaikan kepentingan US. Oleh itu, sokongan kepada mereka bergantung kes per kes basis.

Bagi golongan tradisionalis, ulama’-ulama’ mereka perlu digunakan untuk menyerang golongan fundamentalis. Ini merupakan golongan yang terbaik yang perlu digunakan untuk menyerang fundamentalis kerana golongan ini mempunyai kemuliaan yang tinggi dikacamata ummat. Keupayaan mereka membahas agama perlu digunakan, untuk menyerang pemikiran-pemikiran politik golongan fundamentalis. Secara spesifik disebut, bahawa golongan tradisionalis ini wajar disokong untuk mewujudkan perseteruan sesame Islam dan secara spesifik disebut mereka ini wajar diberi dana untuk membina sekolah-sekolah untuk menyebarkan fahaman mereka. Secara jelas diberitahu, segala kerjasama antara golongan tradisionalis dengan golongan fundamentalisme mestilah dihalang dan sepatutnya diwujudkan permusuhan sesame mereka.

Bagi menghadapi golongan yang mereka labelkan sebagai fundamentalis, digariskan agar jangan memberi promosi, serang nilai-nilai yang dibawa, hilangkan kepercayaan ummat kepada mereka, wujudkan gambaran mereka ekstrimis dan tidak mampu membawa kemakmuran. Tidak ada sikap lain kepada golongan fundamentalis kecuali menentang dan menghancurkan mereka.

Itulah ringkasan apa yang digariskan oleh RAND untuk US menghadapi kebangkitan Islam. Mereka melabelkan kita, untuk memudahkan mereka menentang kebangkitan Islam, walhal hakikatnya tidak begitu. Kita semua bukan fundamentalis, tradisionalis, modenis atau sekular. Cuma RAND mengklasifikasikan kita mengikut sejauh mana penerimaan kita terhadap nilai-nilai US dan dari situ diatur strategi yang berbeza. Saya yakin ramai ummat Islam yang ikhlas berjuang tidak menyedari hal ini dan tidak sedar mereka bergerak dalam acuan yang sememangnya diatur oleh CIA. Inilah pentingnya ummat Islam terutama gerakan-gerakan Islam mempunyai kesedaran politik yang sangat jernih lagi tajam. Semoga ia membuka minda politik kita untuk melihat dunia dengan kacamaata politik Islam agar dengan itu kita dapat bergerak menuju kebangkitan Islam.

wuzara,

http://jemaah- islam.blogspot. com

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.

4 comments:

Cik Cookie said...

xnah jumpa laa buku nih.
kalau g bookstore pun xde yg promote

rock kapak said...

tlonglah aku syg,masukkan ko punya artikel dlm blogspot aku plzzzz.....

BUJANG SUSAH said...

password ko aku lupe laaa... nnt ko sms jer la kat aku...

wahyujatmika said...

salam bicara.

kita perlu berwaspada dengan musuh Islam. Mereka terlalu licik, akan buat apa saja asalkan hasrat mereka tercapai.

Jika kita mudah alpa, ini memberi mereka ruang dan peluang untuk bertindak sesukahati.

bicarawahyu.