بسم الله الرحمن الرحيم
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “Tidak ada keberanian yang paling disukai
oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah
seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi
dadanya dengan keimanan.”
Riwayat Ibn Abi Dunya.
Huraian
Pengajaran Hadis:
i) Menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan orang lain dan berlaku ihsan adalah
antara sifat yang mesti dipupuk dalam diri setiap manusia kerana ia boleh menambahkan
keimanan.
ii) Marah umumnya menunjukkan sifat seorang yang lemah kerana gagal mengawal
emosinya sendiri. Ia merupakan tabiat yang sukar dihapuskan. Apabila marah, kedua
mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan timbul. Oleh itu Rasulullah mengatakan
bahawa kemarahan itu adalah bara api di dalam hati anak Adam dan ia datangnya
daripada syaitan yang dijadikan daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan
dengan air. Maka Rasulullah s.a.w menasihatkan apabila marah, hendaklah seseorang
itu berwudhuk (mengambil air sembahyang).
iii) Imam al-Ghazali pula berkata:” Kemarahan manusia itu bermacam-macam- macam.
Setengahnya cepat marah tetapi cepat tenang. Setengahnya pula lambat marah dan
lambat pula tenang dan setengah yang lain pula, lambat marah tetapi cepat tenang.
Maka yang ketiga inilah yang paling terpuji.”
iv) Tidak semua kemarahan itu dilarang oleh Islam. Marah perlu ada terhadap perkara
yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran sebagaimana yang diajarkan oleh agama
atau perkara yang terang-terang dilarang agama di mana kita dilarang mendiamkan diri
jika kehormatan peribadi dan agama dihinakan.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
9 comments:
nice blog. ayuh kita berjihad tentang yahudi. save palastin
SALAM BUJANG,
Marah ni kerja syaitan tapi pandai-pandailah controlnya..kembalilah kepada assunnah mcmana nk menangani marah..
No body is perfect..Kadang ada org bangga bila orang cakap dia garang..Garang itulah sikap pemarah..Tapi lain pula dgn tegas..
aku marah bila rasa ditipu tapi terlalu mudah untuk aku maafkan org tu..
paling aku tak suka..aku takleh lupa apa yg dia buat kat aku...bukan dendam...tapi tak dapat lupa...bila jumpa org tu aku ok la..kenapa ye??
Orang yang kuat itu bukanlah orang yang menang di dalam pertarungan, tetapi orang yang mampu menahan marah.
Bila marah syaitan senang masuk, jgn marah2 k...
Salam Bujang..
Bila rasa nak marah tanya diri dulu.. aku ni hebat sgt ke?
Salam, saya diketagorikan mudah marah tapi cepat sejuk.. emm... tpi kdg2 marah nie wat kita tambah sakit hati jea, baik tak yah marah2. lagi kita marah lagi lah kita rasa sakitnya. nak rasa marah jea, cpat2 duduk @ tgk tmpat len, tak pun wat aktivti yg kita suka.
salam BUJANG...
janganlah marah-marah..
"orang yang dapat menahan marahnya adalah orang yang paling berjaya"..
Cik cookie rs Cik Cookie sedang diuji laa sekarang..
mood pun xbaik.
nak marah...
sedih....
dok sorang2 dalm bilik...
heheehee...... x marah pun...
Post a Comment