بسم الله الرحمن الرحيم
Artikel kali ini adalah merupakan rentetan (sambungan) daripada salah satu daripada artikel saya yang bertajuk Bernikahlah Wahai Remaja Moden..
Dalam persoalan seperti ini, sebenarnya kita mengharapkan agar di pihak ibu bapa dan anak supaya dapat mengadakan suatu konteks jalan penyelesaian yang baik dan realistik. Duduk lah sejenak dan bawa ke meja perbincangan dan bermusyawarah dengan penuh keterbukaan serta dengan kaedah yang berhikmah. Jauhilah tindakan-tindakan yang bersifat memberontak, menyanggah dan menekan, kerana keadaan seperti ini hanya akan menambahkan tekanan dan mengakibatkan kepada timbulnya masalah-masalah yang lain pula.
Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. (Ali Imran 4: 159)
Dan sudah semestinya, jalan menurut panduan agama itu adalah lebih diutamakan dan dirujuk. Malah, itulah sebenarnya prinsip kita sebagai seorang muslim. Menjadikan agama atas landasan al-Quran dan as-Sunnah sebagai pegangan dan priority.
Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain-Nya... (al-Araaf 7: 3)
Dalam merungkai persoalan seperti ini, saya mengajak kepada ibu bapa dan mungkin bakal-bakal ibu dan bapa (membawa maksud remaja sekalian) untuk melihat kepada kesyumulan agama ini. Malah juga, ditujukan kepada remaja-remaja masa kini yang turut membaca artikel ini... kerana anda kelak juga bakal menjadi ayah dan ibu. Atas kesyumulan agama Islam inilah, maka setiap perkara pasti ada jalan penyelesaiannya dan petunjuknya. Sebaik-baik petunjuk itu adalah dari Allah s.w.t. dan Rasul-nya serta kita sewajarnyalah menjadi dari kumpulan orang-orang yang mengikuti petunjuk tersebut dengan baik berdasarkan kefahaman yang tepat.
Begitu jugalah dalam bab permasalahan pernikahan anak-anak yang dianggap sebagai masih belum memiliki potensi untuk membina rumahtangga dan melayari bahtera pernikahan dengan sempurna. Mungkin sebenarnya itu adalah andaian dan padangan kita semata-mata. Apa kata kita buka minda dan luangkan sedikit masa untuk melihat saranan-saranan dan pandangan agama itu sendiri.
Cubalah kita tinggalkan doktrin yang mendakwa bahawa urusan perkahwinan itu mestinya dengan disertakan keperluan material sekian-sekian dan adat-adat yang tertentu. Setiap perkara yang dipegang sebagai amalan tersebut haruslah dipastikan dan dipertimbangkan semula akan ketepatannya dari sudut agama yang sahih.
Dan apabila dikatakan kepada mereka, Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah", mereka menjawab: "(Tidak), bahkan Kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (Mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah) (al-Baqarah: 170)
Selain itu, kepada remaja yang sudah tekad memendam niat untuk berkahwin, pastikan anda benar-benar sudah bersedia dengan percaturan masa depan anda dengan jelas dan jauhilah sikap terburu-buru. Apabila anda sudah memikirkan untuk menjalinkan ikatan pernikahan dengan pasangan anda, ini membuktikan bahawa anda sepatutnya sudah berada pada level kematangan yang baik dan meyakinkan. Pastikan anda mampu mengharunginya dengan baik dengan segala perancangan diatur sebaiknya di antara kedua belah pihak yang terlibat. Buktikanlah yang keupayaan anda kepada kedua belah pihak keluarga anda, supaya mereka dengan mudah mengizinkan anda untuk tujuan itu. Malahan, aspek kefahaman agama yang tepat dan sahih juga perlulah diterapkan ke dalam diri masing-masing dan sentiasa memperbaiki atau menokok mana yang kurang. Di samping itu, ilmu dan skop keluasan daya berfikir juga mampu menjadi faktor kekuatan kepimpinan dalam ikatan yang bakal dibina nanti.
Selain itu, remaja yang sudah memiliki hasrat tersebut, wajarlah memahami akan maksud pernikahan itu sendiri dengan sebaik-baiknya, dan tidak mengambil hal urusan pernikahan ini sebagai hal yang ringan dan remeh. Tujuan anda melangsungkan pernikahan haruslah jelas misi dan visinya berdasarkan perancangan rapi yang anda buat dan pastikan ia didasarkan kepada keutamaan sebagai seorang yang berpegang teguh dengan agama.
Ini tidak lain, adalah sebenarnya bagi menjamin kesejahteraan serta keharmonian dapat dikecapi dengan kekal dan mengelakkan pertelingkahan di masa hadapan yang mana mungkin ditakuti boleh mengakibatkan kepada penceraian. Anda mestilah bersedia dari segi fizikal, mental dan sokongan persekitaran yang baik.
Sebelum saya teruskan dengan lebih lanjut, ingin saya utarakan bahawa masalah ketidak-bahagiaan rumahtangga dan masalah penceraian yang banyak berlaku di masa ini, bukanlah didasari kepada perkahwinan di usia awal muda remaja. Amatlah tidak adil jika dakwaan ini difokuskan seperti itu. Jika kita tinjau dan lihat, hakikatnya masalah penceraian dan pertelingkahan yang berlaku terhadap sesebuah institusi kekeluargaan banyaknya berlaku di kalangan keluarga yang sudah bertahun-tahun didirikan. Malahan juga, mereka yang kahwin lewat di usia melebihi 30-an juga banyak mengalami masalah yang sama.
Jadi, di sini isunya adalah persoalan kesefahaman dan sokongan daripada kedua belah pihak itu sendiri. Bukan didasari kepada usia dan kedudukan material semata-mata!!!
Ada orang kaya seperti artis dan hartawan bergelar dato dan Tan Sri juga kerap kali diberitakan mengalami keruntuhan rumah tangga.
Jadi, dari rentetan isu inilah, saya mengutarakan prinsip agama sebagai dasar dan landasannya bagi membina sebuah ikatan perkahwinan yang baik bagi menjalinkan kesefahaman yang betul.
Maka, ibu-ibu dan bapa-bapa harapan kita masa ini, termasuklah bakal-bakal ibu dan bapa untuk masa hadapan, marilah kita hayati persoalan ini atas kefahaman agama yang betul.
Sebagaimana saranan Baginda Rasulullah s.a.w. sendiri:
... Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.? (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an-Nasaai (6/68) dan Ibnu Majah (1858))
Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya... (Riwayat at-Tirmizi dalam kitab an-Nikah, no. 1080)
Skop agama yang perlu di-ambil kira di sini adalah merujuk dan merangkumi aspek aqidah (iman), amalannya kepada Allah, dan akhlaknya. Allahu alam. Kita teruskan lagi.
Allah s.w.t. berfirman: Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian (yang belum berkahwin) di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. (an-Nuur 24: 32)
Wahai ayah, Wahai Ibu...
Sama-sama kita fikirkan kembali dengan sebaik-baiknya, terhadap pelbagai gejala permasalahan yang melanda remaja masa ini. Oleh yang demikianlah, adakalanya kita tidak wajar hanya memikirkan tindakan yang kontra hanya semata-mata kerana ia tidak sesuai dengan pandangan pemikiran kita.
Di sini, terlebih dahulu saya ambil kata-kata atau ulasan Sheikh Bakr Abdullah Abu Zaid Hafizahullah (Anggota Majlis Fatwa Arab Saudi, al-Lajnah ad-Daimah Lil Buhuts al-Ilmiyah wa al-Ifta) terhadap ayat yang saya bawakan tadi (an-Nuur 24: 32):
Beliau menyatakan, bahawa ayat itu menjelaskan perintah dari Allah s.w.t. kepada para wali untuk menikahkan orang-orang yang berada di bawah perwaliannya, iaitu anak-anak mereka. Mereka adalah orang-orang yang belum memiliki pasangan baik dari kalangan laki-laki mahupun perempuan. Perintah ini lebih ditekankan lagi bagi siapa sahaja yang belum menikah demi menjaga kesucian diri dan benteng dari perbuatan dosa. (Menjaga Kehormatan Muslimah, Daar an-Naba, m/s. 148)
Nikah adalah merupakan suatu jalan atau sarana untuk memenuhi keperluan biologi manusia sama ada dia lelaki mahupun perempuan. Kedua-duanya memiliki atau merasai perihal naluri yang sama. Melalui sarana nikah, Islam memberi suatu kaedah yang halal, mengekalkan kesucian diri, dan memberi jalan yang terancang kepada pasangan yang ikhlas bagi tujuan tersebut.
Menurut Sheikh Bakr Abdullah Abu Zaid lagi,
Berdasarkan hadis: Demi Allah, sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah di antara kalian dan yang paling bertaqwa kepada-Nya. Namun aku berpuasa dan aku juga berbuka, aku solat dan juga tidur, dan aku juga menikahi wanita. Barangsiapa yang benci terhadap sunnahku maka dia bukan termasuk golonganku. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Berdasarkan makna-makna di atas, maka kaum muslimin tidak berselisih tentang disyariatkannya pernikahan. Sedangkan asal dari sebuah perintah menunjukkan kewajiban bagi sesiapa sahaja yang khuwatir dirinya terjerumus ke dalam perbuatan zina/dosa, apalagi pada saat kefahaman agama sangat rendah dan terdapat kepelbagaian ragam godaan. Seorang hamba hendaklah sentiasa menjaga kesucian diri serta mejauhi dirinya dari hal-hal yang diharamkan.
Atas dasar inilah, para ulama mengajurkan bagi mereka yang hendak menikah, maka hendaklah dia menikah dengan saranan sunnah itu sendiri demi menjaga agama dan kesucian serta kehormatan dirinya.
Allah s.w.t. telah melarang seseorang berbuat al-'adhl, iaitu melarang atau menghalang-halangi seseorang wanita untuk menikah. (Menjaga Kehormatan Muslimah, m/s. 150-151)
Melalui pernikahan, kita dapat melihat bahawasanya ia merupakan suatu syari'at atau sarana yang dapat mengikat pertautan hati di antara dua insan yang saling memiliki perasaan kasih dan sayang sesama mereka dengan jalan yang diredhai. Malah, jalan nikah adalah suatu yang dipandang tinggi dan mulia di sisi agama.
Dari sudut yang lain, kebanyakan ahli ilmu telah meletakkan ikatan nikah ini sebagai suatu yang utama/priority berbanding persoalan jihad. Sebab, jihad hanya boleh ditegakkan dengan keberadaan kaum laki-laki, dan tidak ada jalan untuk menghadirkan mereka kecuali dengan jalan pernikahan. Ini kerana, dengan jalan pernikahanlah kelangsungan hidup manusia dapat berlaku. (Menjaga Kehormatan Muslimah, m/s. 152)
Dilihat dari sudut yang lain pula, sarana pernikahan ini sebenarnya adalah merupakan suatu alternatif yang diberikan kepada kita manusia setelah perbuatan melampiaskan syahwat melalui jalan yang batil atau penzinaan diharamkan oleh Allah. Malah ia juga mampu mengatasi masalah gejala ikhtilat (pergaulan bebas), tabarruj (peragaan tubuh badan), malah menjamin keselamatan wanita terutamanya. Yang mana kita ketahui bahawasanya secara dasarnya terdapat banyak hadis yang melarang wanita-wanita untuk keluar bersendirian tanpa ditemani mahram lelaki.
Selain itu, ibu-ibu dan bapa-bapa moden zaman ini dan zaman akan datang perlulah melihat sarana pernikahan ini dengan hati yang terbuka dan keutamaan dalam mengikuti petunjuk Rasulullah s.a.w.
Saya tambah lagi daripada beberapa rujukan yang lain, sarana pernikahan ini antara lain berupaya mengangkat (melepaskan) pasangan remaja dari corak kehidupan yang penuh dengan permasalahan sosial dan fitnah yang mengancam kesucian diri dan gelora nafsu. Dengan pernikahan yang sah, naluri seksual dan gelojak nafsu di usia muda tersebut dapat disalurkan kepada jalan yang benar dan bakal beroleh ganjaran pahala yang lantas menjauhi dosa zina dan maksiat.
Dalam hal ini, Rasulullah memberitahukan, Bukankah Allah telah menjadikan untuk kalian apa yang dapat kalian sedekahkan. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma'ruf adalah sedekah, mencegah dari yang mungkar adalah sedekah, dan persetubuhan salah seorang dari kalian (dengan isterinya) adalah sedekah.
Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, apakah salah seorang dari kami yang melampiaskan syahwatnya akan mendapatkan pahala ?
Beliau bersabda: Bagaimana pendapat kalian seandainya dia melampiaskan syahwatnya kepada hal yang haram, apakah dia mendapatkan dosa? Maka demikianlah pula jika ia melampiaskannya kepada hal yang halal, maka dia mendapatkan pahala. (HR. Muslim, no. 1006)
Dengan jalan pernikahan, setiap pasangan yang disatukan akan saling melengkapi dan mempelajari untuk membina rasa tanggungjawab serta daya kepimpinan di dalam rumahtangga.
Dalam persoalan yang seperti ini. Peranan dan sokongan ibu bapalah yang amat-amat diperlukan bagi membantu mereka untuk terus ke hadapan dengan kehidupan yang lebih suci dan bersih. Ibu bapa tidak wajar bersikap sinis dan menekan, dan sewajarnya lah memberi dorongan dan bantuan yang baik-baik supaya anak mereka beroleh kejayaan dalam jalan yang dipilihnya. Yang mana telah jelas bahawa jalan pernikahan itu merupakan jalan yang halal, suci, dan dipandang mulia di sisi agama. Maka, wajarlah ibu dan bapa memiliki sikap yang positif dan terbuka dalam persoalan ini.
Jika dibandingkan dengan budaya couple (berpasang-pasangan tanpa nikah) dan pergaulan bebas tanpa bimbingan bagi kebanyakan remaja di luar sana, maka nikah adalah jalan yang patut kita kedepankan kepada anak-anak remaja kita sebagai alternatif di zaman ini. Marilah kita lihat kembali sejarah kegemilangan pembinaan institusi kekeluargaan di zaman salafus soleh (generasi soleh terdahulu) yang mana terdiri daripada para sahabat Rasulullah s.a.w. sendiri. Sudah masanya kita kembali kepada jalan yang suci lagi berlandaskan as-sunnah dan wahyu.
Begitu ramai dari kalangan sahabat-sahabat utama Rasulullah s.a.w. sendiri melangsungkan pernikahan di usia yang jauh muda (nikah awal). Antaranya adalah seperti Ali Bin Abu Tholib pada usia 25 tahun, Fatimah di usia 18 tahun,Aisyah 8 tahun, Hafsyah bintu Umar 18 tahun, Sukainah Bintu Husyan ibn Ali ibn Abu Tholib 16 tahun, Ummu Khaltum bintu Ali ibn Abu Tholib 9 tahun, Zainab bintu Ali 15 tahun, dan malah Rasulullah s.a.w. sendiri juga turut mengahwini khadijah seawal usia 25 tahun keduanya (perkahwinan sebaya, kedua-duanya berusia 25 tahun).
Dengan pernikahan, maka terbentuklah suatu jalinan hati di antara suami isteri yang dibina di atas perasaan fitrah ilahi iaitu kasih dan sayang, kelembutan dan kerjasama. Allah s.w.t. berfirman:
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (ar-Rum 30: 21)
Kepada remaja-remaja yang berhasrat berkahwin awal... Sebagai mengambil langkah dan berfikiran positif, saya mengucapkan tahniah kerana hasrat anda memang berpijak di atas prinsip yang benar. Ini menunjukkan anda memiliki kefahaman yang baik terhadap hakikat kebersihan jiwa dan kehormatan diri. Malah, menunjukkan anda memiliki tarbiyah yang jelas. Kerana mereka yang mementingkan keredhaan Allah pastinya akan sentiasa berusaha untuk mencari yang halal dan berusaha sedaya upayanya untuk menjauhi yang haram.
Berdasarkan suatu hadis: Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ada tiga golongan yang pasti akan ditolong oleh Allah; iaitu seorang budak (hamba) yang ingin menebus (memerdekakan) dirinya dari tuannya, orang yang bernikah kerana ingin memelihara kesucian, dan pejuang (mujahid) di jalan Allah.? (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 1352, kitab an-Nikah. Dihasankan oleh Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani dalam al-Misykah, no. 3089)
Daripada hadis ini, menjelaskan bahawa orang yang menikah dengan niat mahu menjaga kesucian dirinya, maka Allah pasti akan menolongnya.
Demikianlah diberi pengajaran terhadap orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. (at-Thalaq 65: 2)
Begitulah hakikatnya, pernikahan ini. Ia memiliki banyak hikmah disebaliknya. Membuka ruang kepada jalan yang halal lantas menjauhi yang haram. Dan mengundang kepada keredhaan Allah dan pertolongan dari Allah s.w.t.
... Demikianlah, agar Kami memalingkan dari padanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih. (Yusof 12: 24)
Oleh itu, sekali lagi saya mencadangkan kepada sesiapa sahaja daripada kelompok ibu-ibu dan bapa-bapa zaman ini untuk berfikiran dan berlapang dada dengan berpaksikan kepada petunjuk agama. Utamakanlah kepada agama, berbanding kerektor material.
Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi. (Riwayat at-Tirmizi dalam kitab an-Nikah, no. 1080)
Permudahkanlah urusan anak-anak kita yang menginginkan kepada yang halal. Bantulah mereka. Dorong dan bimbingilah mereka dengan cara yang maruf. Pernikahan itu mudah pada hakikatnya, janganlah diberatkan dengan pelbagai syarat-syarat tambahan yang menjauhi kandungan syariat yang asal. Sehingga mensyaratkan perlu adanya rumah besar dahulu, duit yang banyak, perbelanjaan perkahwinan yang besar, mahar yang mahal, wang hantaran yang diada-adakan, dan pelbagai macam adat lagi yang sebenarnya menjauhi sunnah.
Ambillah sarana yang halal ini. Sebelum perkara yang buruk terus bertambah-tambah dan berleluasa di kalangan remaja kita. Lantaran kita yang bersikap keras dan memperketatkan syarat-syarat pernikahan yang pada asalnya mudah, ia sebenarnya hanya akan memberi tekanan kepada golongan remaja atau anak-anak kita ini. Seterusnya, ini hanya akan membuka pintu-pintu maksiat untuk dimasuki. Oleh itu, pilihlah jalan yang halal sebelum anak-anak kita terlanjur memilih jalan yang haram dan bernoda dengan dosa. Bantulah mereka untuk memelihara kesucian mereka dengan cara maruf, bukan cara yang kontra.
Saya yakin, bahawa ibu bapa zaman ini, majoriti mereka adalah daripada golongan yang berkemampuan yang berupaya untuk memberi bantuan yang wajar kepada anak-anak mereka. Malah, zaman ini juga, bukanlah zaman kegawatan. Malah, mereka yang sentiasa berusaha dengan baik dan bersungguh-sungguh, pasti mampu beroleh rezeki dengan jalan yang baik juga. InsyaALLAH...
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. (al-Ma?idah 5: 2)
Oleh: Nawawi Bin Subandi
http://an-nawawi.blogspot.com
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
6 comments:
[URL="http://googleblogonline.info"]traffic blog[/URL]
[URL="http://alwayspromoting.info/o"] site[/URL]
[URL="http://addsitepro.info"]Add Site Pro[/URL]
[URL="http://addurlonline.info"]add site[/URL]
[URL="http://trafficblog.info"]increased online traffic[/URL]
Just wanted to pop in after joining and say hi
to everyone on the board. Look forward to joining the topics here!
[url=http://blogs.internet4doctors.com/dir/dementia-caregivers/]Dementia Caregivers[/url]
Post a Comment