بسم الله الرحمن الرحيم
Rasulullah memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik yang terendah. Sabda Rasulullah saw:“Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.”
Sabda Rasulullah saw lagi: “Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sediki mas kahwinnya.”
Bersabda Baginda lagi:“Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.”
Kita patut mengetahui setengah daripada mas kahwin isteri Rasulullah saw itu hanya sepuluh dirham saja; sama nilainya dengan harga batu pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumahnya. Setengah daripada para sahabat berkahwin dengan mas kahwin hanya seberat sebiji buah kurma (lebih kurang lima dirham) Manakala Said Ibnu Musayyab mengahwinkan anak perempuannya dengan Abu Hurairah berbekalkan mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja.
Sayidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali perempuan yang menaikkan mas kahwin anak gadis mereka. Katanya:“Tiada berkahwin Rasulullah dan tiada mengahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham.”
Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat Al Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya ayat dalam surah Al Fatihah atau Al Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki.
Akan tetapi apa yang dinamakan sebagai hantaran TIDAK WUJUD dalam Islam. Hantaran itu merupakan adat yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan. Ini adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan digunakan oleh pihak keluarga wanita untuk persiapan majlis perkahwinan. Kalau begitu halnya, hantaran tidak patutlah diminta kepada bakal menantunya. Kecuali bakal menantu hendak memberi hantaran, boleh kita terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada hikmahnya.
Pada hari pertunangan, hendaklah ia menggalakkan tunangnya agar memperkuatkan agamanya dan bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi hati tidak terpaut kepada dunia). Hendaklah bersama-sama berazam di atas satu dasar hidup iaitu qanaah, memadai dengan apa yang telah ada tanpa rasa tamak.
Sampaikanlah apa-apa yang datang dariku walaupun satu ayat. (Hadis Riwayat Bukhari)
-Awit19
Pandangan bernas dari sahabat: hidup matiku hanya untuk islam (perjuanganhelmy.blogspot)
Salam tuan rumah. Islam kita sekarang ni sudah terlalu jauh tersasar. Sebenarnya kewajipan mengkahwinkan anak-anak, khususnya anak perempuan adalah tergalas pada bahu ayahnya sendiri. Maksud saya si bapa wajib mengkahwinkan anak perempuannya apabila tiba masanya dengan kemampuan yang ada. Maksudnya disini jika dia rezeki lebih bolehlah dia membuat kenduri kendara yang sedikit besar untuk menjemput org kanpung atau saudara mara yang ramai. Namun jika kurang kemampuan buat la kenduri secara kecil-kecilan. Sedangkan kenduri itu tiadalah menjadi syarat sah dalam urusan walimahtul urus ini. ianya disunatkan untuk mewar-warkan pasangan agar tidak timbul fitnah.
Kesalahan yang ibu bapa zaman sekarang ni lakukan, bila duit tak ada tapi masih nak buat majlis yang besar-besar, akibatnya dia terpaksa meletakkan jumlah hantaran yang tinggi kepada bakal menantunya. Saya tak tahulah kitab mana dia org ni belajar. Adakah kewajipan itu terletak pada bakal suami itu atau kepada bapa2 itu sendiri? Anda ada agama.. anda jawab sendiri.
Ada pula diantaranya bila anaknya belajar tinggi atau mempunyai perkerjaan yang baik. Ibu bapa mempersoaalkan akan susah payah mereka membesarkan dan memberi pelajaran kepada anak-anak mereka. Dan dari itu mereka inginkan habuan yang tinggi sebagai hantaran. Persoalannya disini, apakah mereka-mereka ini menganggap bahawa anak-anak yang dikurniakan Allah ini untuk dijadikan barang dagangan?. Dengan erti kata lain, buat anak banyak-banyak lepas tu jual untuk dapatkan hasil...
Malah lagi mengeciwakan bila ada ibu bapa yang sanggup tidak mengkahwinkan anaknya jika tidak kena dgn harganya. Akibatnya terjadilah maksiat dan zina yang berleluasa. nak kawin tak dapat. akhirnya kawin tanpa nikah. Anda semua belajar agama kan...? Anda jawab la sendiri.
Itu masalah ibu bapa. Masalah bakal suami isteri ni pula, ada yang kerana cinta kununnya berapa juta pun sanggup berhutang bagai untuk melunaskan duit hantaran ini. Akhirnya selepas kawin hari-hari dok dikejar hutang keliling pinggang. Akibatnya bergaduh suami isteri. Hidup tak bahagia. Indah hanya di malam pertama. Sehingga sampai tahap kroniknya penceraian pun berlaku. Disaat itu apa yang ibu bapa nak kata ? Anda semua jawab la sendiri pelan-pelan dihadapan khadi rabbul Jalil nanti. wallahualam.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
17 comments:
salam.
hari ini menjadi "trend" hantaran dijadikan mas kawin. hantaran juga seperti menjadi halangan perkahwinan hingga kan banyak kes zina. di harap umat islam insaf dan kembali seperti ajaran islam.
salam..
den follower bru blog bujang susah nie.. terima kaseh kepada seorang hamba Allah yg telah memperkenalkan blog ini kepada den..
banyak info2 berguno utk kito somuo..
teruskan menulis blog sambil secara tak langsung berdakwah..
Salam...
Terima kasih atas ingatan ini :)
Betapa Islam mengajar umatnya bersederhana dalam setiap kerja amal
setiap permasalahan dlm hal pernikahan ni.. ke 2 belah pihak sama ada perempuan dan lelaki mesti ada persefahaman..dan tolak ansur..perkara susah jd senang dan perkara senang bertambah senang..insyaAllah
Salam sahabat ku,
Kini Umat Islam di Malaysia tidak lagi mengikut akan pesanan Saidina Umar. Mereka hanya mementingkan hal kebendaan duniawi.
Mas kahwin mereka nilai sesuka hati
dan mereka tidak memilih menantu dari orang yang berahlak.
Yang penting sekarang bagi sesetengah golongan itu, bakal menantu mempunyai pendapatan yang lumayan untuk menjamin keselamatan anak gadis mereka.
P Ramlee dah gambarkan lama dalam
film 3 Abdul(Mastura di kahwinkan dengan gembala Kambing)
Wallahualam
slam sejahtera dari 7 taman langit..
Buku tu best..yang gambar tu..Cubalah beli..
Salam tuan rumah. Islam kita sekarang ni sudah terlalu jauh tersasar. Sebenarnya kewajipan mengkahwinkan anak-anak, khususnya anak perempuan adalah tergalas pada bahu ayahnya sendiri. Maksud saya si bapa wajib mengkahwinkan anak perempuannya apabila tiba masanya dengan kemampuan yang ada. Maksudnya disini jika dia rezeki lebih bolehlah dia membuat kenduri kendara yang sedikit besar untuk menjemput org kanpung atau saudara mara yang ramai. Namun jika kurang kemampuan buat la kenduri secara kecil-kecilan. Sedangkan kenduri itu tiadalah menjadi syarat sah dalam urusan walimahtul urus ini. ianya disunatkan untuk mewar-warkan pasangan agar tidak timbul fitnah.
Kesalahan yang ibu bapa zaman sekarang ni lakukan, bila duit tak ada tapi masih nak buat majlis yang besar-besar, akibatnya dia terpaksa meletakkan jumlah hantaran yang tinggi kepada bakal menantunya. Saya tak tahulah kitab mana dia org ni belajar. Adakah kewajipan itu terletak pada bakal suami itu atau kepada bapa2 itu sendiri? Anda ada agama.. anda jawab sendiri.
Ada pula diantaranya bila anaknya belajar tinggi atau mempunyai perkerjaan yang baik. Ibu bapa mempersoaalkan akan susah payah mereka membesarkan dan memberi pelajaran kepada anak-anak mereka. Dan dari itu mereka inginkan habuan yang tinggi sebagai hantaran. Persoalannya disini, apakah mereka-mereka ini menganggap bahawa anak-anak yang dikurniakan Allah ini untuk dijadikan barang dagangan?. Dengan erti kata lain, buat anak banyak-banyak lepas tu jual untuk dapatkan hasil...
Malah lagi mengeciwakan bila ada ibu bapa yang sanggup tidak mengkahwinkan anaknya jika tidak kena dgn harganya. Akibatnya terjadilah maksiat dan zina yang berleluasa. nak kawin tak dapat. akhirnya kawin tanpa nikah. Anda semua belajar agama kan...? Anda jawab la sendiri.
Itu masalah ibu bapa. Masalah bakal suami isteri ni pula, ada yang kerana cinta kununnya berapa juta pun sanggup berhutang bagai untuk melunaskan duit hantaran ini. Akhirnya selepas kawin hari-hari dok dikejar hutang keliling pinggang. Akibatnya bergaduh suami isteri. Hidup tak bahagia. Indah hanya di malam pertama. Sehingga sampai tahap kroniknya penceraian pun berlaku. Disaat itu apa yang ibu bapa nak kata ? Anda semua jawab la sendiri pelan-pelan dihadapan khadi rabbul Jalil nanti. wallahualam.
saya amat bersetuju dengan artikel ini dan komen2 yang ditinggalkan..
kalau diikutkan perkahwinan itu amat mudah kalau betul2 ikut ajaran Islam.
Tidak perlu hantaran yang membebankan..
Tidak perlu barang2 hantaran yang mahal2..
Biarlah ikut kemampuan..
Ini cincin sahaja dah beribu habis..
Saya sebagai perempuan juga turut tidak suka berbelanja kahwin sampai terpaksa meminjam..
Apa yang penting ialah kehidupan selepas kahwin itu..
Salam,Dgn nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani.Alhamdulillah.. entry yang sungguh menarik. Cuma ingin berkongsi pengalaman. Saya berkahwin hampir 38 tahun. kini mempunyai 10 org anak dan 12 org cucu. Cerita berkenaan hantaran ni, hantaran perkahwinan saya dulu hanyalah sepotng ayat Al-Quran. iaitu ayat Al-Ikhlas. Seterusnya itu jua yang saya lakukan kepada 3 anak perempuan saya. Alhamdulillah dgn rahmat dan kurniaanNya kami semua bahagia. Perkahwinan adalah ikatan suci. Diharap jangan sekali dicemari dgn adat yang seterusnya menjurus kepada sesuatu yang haram. Berdosa kepada mereka-mereka yang memperemehkan serta menambah tokok hukum Allah. wallahu alam.
-Seorang tua dikaki bukit-
Kalau nak isteri cantik,baik budi bahasa,pandai ilmu agama dan keuarga baik-baik serta maskawin murah.
Pinang anak tokguru Nik aziz je,dia pernah cakap maskawin anak dia tak lebih dari seribu ringgit.
bujang susah boleh try masuk minang.
ha ha..
betoi..betoi, ingat tak Rasulullah S.A.W kahwin dahulu..
zaman moden nie bukan setakan mas kawen jer yang mahal, majlis resepsi nyer pun mahal mak aih.. buat kat hotel.. berlaku banyak pembaziran..
psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.
salam..
zaman sekarang susah nak ckap..segala2nya duit..
bergantung pada hati seseorang samada boleh uruskan dengan betul atau tidak..
duit bukan segalanya tapi ssegalanya memerlukan duit..
berapa ramai yang berfikiran begitu,kebanyakkan semuanya memandang kebendaan,keduniaan,tak pe la,buat hantaran tinggi,kenduri besar lepas kawin bg makan pasir
Salam Bujang. Bujang, walau sudah nikah masih tetap bujang. Gurau je. Syok layan lagu Jamal Abdillah. Suara dia memang bagus, tapi perangai tidak. Allah bagi kelebihan tapi tak guna ikut jalan betul (terpesong daripada tajuk). Selamat menyambut hari raya korban daripada Babah.
Hook 7535352
[b]icq 7535352[/b][b][/b]
[i]icq 7535352[/i]
search icq 7535352?
fuck off =)
[url=http://blog.tellurideskiresort.com/members/Adult-Dating.aspx]http://blog.tellurideskiresort.com/members/Adult-Dating.aspx[/url]
[url=http://blog.tellurideskiresort.com/members/Sex-Dating.aspx]http://blog.tellurideskiresort.com/members/Sex-Dating.aspx[/url]
[url=http://blogs.opisnet.com/members/Adult%20Dating.aspx]http://blogs.opisnet.com/members/Adult%20Dating.aspx[/url]
[url=http://blogs.opisnet.com/members/Adult%20Dating.aspx]http://blogs.opisnet.com/members/Adult%20Dating.aspx[/url]
[url=http://www.lisanovalive.com/profiles/blogs/adult-dating]http://www.lisanovalive.com/profiles/blogs/adult-dating[/url]
[url=http://www.lisanovalive.com/profiles/blogs/sex-dating]http://www.lisanovalive.com/profiles/blogs/sex-dating[/url]
[url=http://socionics.org/members/Adult%20Dating.aspx]http://socionics.org/members/Adult%20Dating.aspx[/url]
[url=http://socionics.org/members/Adult%20Dating.aspx]http://socionics.org/members/Adult%20Dating.aspx[/url]
[url=http://carlwebster.com/members/Adult-Dating.aspx]http://carlwebster.com/members/Adult-Dating.aspx[/url]
[url=http://carlwebster.com/members/Sex-Dating.aspx]http://carlwebster.com/members/Sex-Dating.aspx[/url]
Post a Comment