Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, July 24, 2009

TEWAS DI TANGAN WANITA


Tewas di tangan wanita
Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Cubaan dua beradik melarikan beg tangan selepas meragutnya daripada seorang wanita gagal apabila kedua-duanya terbunuh apabila motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dikejar mangsa di Persiaran Subang di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.45 petang, seorang daripada dua beradik terbabit memecahkan cermin tingkap kiri Mercedes Benz CLK 200 dipandu mangsa, dipercayai menggunakan topi keledar sebelum menyentap beg tangan berjenama Louis Vuitton.

Kejadian berlaku ketika wanita berkenaan, Junaili Abdul Hamid, 43, berhenti di persimpangan lampu isyarat di Persiaran Kerjaya, berhampiran sebuah stesen minyak di Glenmarie untuk pulang ke rumahnya di Seksyen 13 di sini, dari tempat kerjanya di Sungei Way, Petaling Jaya.

Berang dengan tindakan peragut terbabit, wanita itu terus mengejar mereka sejauh hampir dua kilometer sebelum motosikal Yamaha RXZ yang dinaiki dua beradik berusia 25 dan 30 tahun itu terbabas sebelum melanggar sebuah teksi.

Difahamkan, pada masa sama, sebuah kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berada di tempat kejadian turut membantu mangsa mengejar peragut terbabit.

Suspek yang berusia 25 tahun mati di tempat kejadian manakala abangnya, 30, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Dua beradik berkenaan berasal dari Sungai Burong, Sekinchan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin, berkata siasatan awal mendapati, sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat berkenaan, kereta dipandu mangsa dihampiri motosikal peragut terbabit sebelum seorang daripada mereka memecahkan cermin kenderaan itu.

“Sejurus kemudian, seorang daripada mereka menyambar beg tangan yang diletakkan di sebelah tempat duduk pemandu dan terus memecut motosikalnya.

“Mangsa yang terkejut dengan kejadian itu mengejar peragut terbabit sebelum motosikal yang ditunggangi suspek terbabas dan melanggar sebuah teksi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Selepas pelanggaran itu, seorang daripada suspek masih cuba melarikan diri, namun hanya sempat lari kira-kira 50 meter sebelum rebah dan meninggal dunia di tapak pembinaan berhampiran, manakala seorang lagi menggelupur kesakitan lalu dikejarkan ke HTAR, tetapi meninggal dunia di sana.

Noor Azam berkata, beg tangan mangsa ditemui semula di tempat kejadian dan wanita itu membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

“Siasatan polis mendapati peragut terbabit meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di seluruh badan dan kami juga menemui alat pernafasan (inhaler) di tangannya,” katanya, sambil menambah mangsa yang mati di tempat kejadian juga dihantar ke HTAR untuk bedah siasat.

Mercedes Benz dipandu Junaili turut rosak pada tayar kanan selepas melanggar sebuah van, tetapi dia tidak cedera.

Suami mangsa, Shaikh Feisal Sheikh Mohamed, 43, berkata dia menerima panggilan daripada isterinya pada jam 3.43 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian dari pejabatnya di Petaling Jaya.

“Sebaik tiba, dua lelaki itu (suspek) dikerumuni orang ramai sebelum saya mendapatkan isteri yang sedang menangis dan trauma berikutan kejadian ini.

“Kejadian ini betul-betul mengejutkan saya, tapi bersyukur kerana isteri terselamat walaupun kereta rosak,” katanya.

Sementara itu, abang suspek yang enggan dikenali berkata, dia mengetahui kejadian itu melalui rakan dan polis yang menghubunginya.

“Ketika itu saya berada di rumah di Sungai Burong sebelum bergegas ke HTAR untuk mengetahui apa yang berlaku.

“Selepas dimaklumkan apa yang berlaku oleh pegawai penyiasat, saya menerima perkara ini sebagai takdir dan meminta orang ramai tidak memandang negatif kepada kami,” katanya ketika ditemui di perkarangan Rumah Mayat HTAR, Klang.

Polis juga meminta orang ramai atau saksi kejadian yang melihat kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Fazwan Md Zain di 012-2469020 atau 03-55102222 sambungan 281 atau datang ke mana-mana balai polis berhampiran.

6 comments:

Raihanna said...

ya allah..malu nya..
mati keadaan camtu...
terukla orang sekarang nie....
buat tak fikir.

Unknown said...

bro..mekasih datg jenguk blog wa. Mahal tu susah mau cerita la bro..Tapi sbb brg2 mcm tu ade peminat dia sendiri...so harga tak jadi hal nye. So pasal supply barg dari siam tu...takat ni kedai wa mmg tak amek brg siam..Tapi nak raya..mmg ade brg..wa amek mcm denim and cudroy baru ori...dari veitnam..market for asia. Ade gak yg amek dari wa...so kalau bro berminat...cepat2 lee call wa bro..012 2196261. Sebb nak raya bro ramai cari brg.. Bro bagi num phone lee

Wan sejuta ks bundle

Unknown said...

Kalau 2 -3 orang peragut kena macam tu baru la insaf tu datang pada diaorang agaknyer..

BUJANG SUSAH said...

ok..ok.. gua x janji.. tengok2 mana nak cari modal dulu.. klau ada rezeki nnt gua call insyaAllah.

ZOOL@TOD said...

Saya simpati dgn nasib kedua-dua peragut tersebut. Iktibar buat peragut-peragut lain (yang mungkin sedang membaca entri ini).

Anonymous said...

x baik encik ijoks kata mcm tu klau mcm encik zool ni kata ok sikit laa.. sbb saya memang seorang peragut pun.. encik zool ni macam tau2 jer saya nak baca entri ni.. tp apa nak buat .. dah kije susah nak cari.. barang semua dah mahal.. tambang bas, teksi dah naik 100%. tayar kereta pun xleh nak guna yg toreh.. tol lagi.. nak sara anak bini pun x mampu .. belum kira rumah sewa lagi tu.. makan pun tersekat2.. siang kije kilang .. malam jual burger pun masih x cukup. terpaksa la buat part time meragut. menteri2 semua kaya raya.. senang lenang.. hakikatnya gaji mereka kami jugak yg tolong bayarkan melalui segala cukai yg dikenakan. Tapi mereka ada fikirkan rakyat yg susah mcm saya? xder kan.. polis pun bodoh, makan gaji buta.. kerjanya hanya jaga menteri dan parti mereka. tapi ada kebaikannya juga pada kami. dapat la kami ni selesa sikit nak meragut.. Jadi kalau kami ni meragut tolong jangan salahkan kami seratus peratus.. salahkan la kerajaan anda dulu. mereka yg buat hidup kami jadi susah.. mereka yg menggalakan lagi kami ni peragut2 untuk meragut. saya pernah study kat jepun dulu.. kat jepun ni boleh dikatakan hampir2 tiada pencuri. pernah satu ketika saya pegi kat market dia org.. terserempak la dangan wallet org yg tercicir kat lantai.. saya dok perhatikan dari jauh... punya la lama benda tu kat situ.. org lalu main tengok jer semua. sapah pun xnak ambil. at last ada la sorang makcik tu ambil dan berikan pada counter. perghhh.. nampak x.. org kat jepun ni x heran pun dgn barang org lain.. sbb apa ? sbb dia org masing2 pun ada duit dan cukup keperluan hidup. kat malaysia ni mcmana agaknya? menteri korang jer la yg x heran tengok duit.. korang klau terjumpa duit seratus pun siap tulis dalam dairy agaknya kan.. jangan jadi hipokrit kata hidup korang selesa sekarang ni.. korang boleh tipu manusia tp korang x boleh tipu Tuhan. Terpulanglah apa korang nak kata.. yg pastinya aku kena meragut untuk teruskan hidup.. ada di antara korang yg nak hantarkan beras kat rumah aku ke klau aku dgn anak bini semua x makan? xder pun kerajaan korang nak tolong ker? klau ada boleh la aku berhenti meragut. Mati kat mana2 pun boleh mati.. apa nak heran.

:peragut: