بسم الله الرحمن الرحيم
peguam Perancis tidak takut ancaman
Perancis: peguam Yusuf Breham berpendapat bahawa akan ada "tekanan dan ancaman" selama penyiasatannya di Malaysia berkenaan pembelian dua kapal perang perancis, tetapi berpendapat bahawa perhatian antarabangsa dalam kes ini akan memberikan dia perlindungan. - malaysiakini
Note: Perghhh.. Peguam perancis ni awal2 dah saund mcm ni, igt malaysia ni negara yang tak adil ke? Ke dia tahu khabar berita bahawa kat malaysia ni jika yang nak disabitkan kesalahan tu ialah org kuat umno, polis, spr, dan seluruh badan atau individu yang kerjannya mengampu umno, memang xleh nak buat apa dah.. kalau ada kes pembunuhan dan yang terlibat tu puak2 ni mesti kes ni tutup mcm tu jer. adalah sorang dua yang dijadikan kambing atau khinzir hitam. kemudian kes tutup. hehehe... kita lihat siapa yang kena....!!!!
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Tuesday, May 4, 2010
MALAYSIA NEGARA YANG TIDAK SELAMAT ?
Monday, May 3, 2010
DIMALAYSIA MINUM ARAK AKAN DIBERI DUIT?
بسم الله الرحمن الرحيم
KUANTAN, 3 Mei [1.30 pm] - Ini satu perkabaran yang amat mengejutkan kami terima. ia berkaitan perihal wanita yang bernama "Kartika Sari Dewi Sukarno" (foto). Beliau yang pernah menggemparkan negara dengan isu "hukuman sebat akibat minum arak" kini dikatakan menerima imbuhan bernilai RM13,000 gara-gara kesanggupannya membuat kerja amal khidmat masyarakat. Beliau yang baru sahaja menjalani hukuman terbabit di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, selama tiga minggu dikatakan mendapat imbuhan itu daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Menurut sumber, pihak terbabit dikatakan terpaksa membuat bayaran berkenaan kononnya Kartika bukan sahaja dianggap menjalani hukuman tetapi beliau juga bekerja secara sambilan disitu. Andainya maklumat ini benar, maka ini adalah satu lagi berita yang amat mengejutkan sebenarnya. Tambahan pula, Kartika sepatutnya tidak dibayar walau sesen pun atas apa yang telah berlaku terhadap dirinya. Beliau mengaku melakukan "maksiat minum arak" dan telah dijatuhkan hukuman "sebatan" dan menjalani hukuman kerja amal seperti yang diperkenankan oleh Sultan Pahang. Kini, tiba-tiba beliau mendapat pula bayaran atas kerja amal yang dilakukan. Bukankah ini satu penghinaan terhadap undang-undang Islam di negeri dan negara ini sebenarnya. Kami sendiri masih kurang pasti, atas alasan apakah Kartika dibayar imbuhan sebanyak itu, sedangkan beliau jelas telah melakukan satu perbuatan "terkutuk" akibat meminum arak.
[Soalnya sekarang, apakah wajar umat Islam seronok melihat apa yang berlaku kepada Kartika ini. Beliau melakukan perbuatan yang dilarang oleh agama dan dijatuhkan hukuman, tiba-tiba dibayar pula imbuhan oleh pihak terbabit. Bukankah istimewa benar Kartika disisi agama Islam. Jika inilah yang berlaku kepada Kartika, maka sudah pasti lebih ramai lagi umat Islam akan "minum arak" di Pahang selepas ini. Malah mereka juga kemungkinan besar mahukan layanan yang sama seperti Kartika. Bukankah ini akan menggalakkan maksiat terus disuburkan di negeri Pahang yang sudah memiliki banyak tempat maksiat seperti Genting Highlands, Cherating dan sebagainya. Kami sendiri tidak faham dan musykil kenapa pihak terbabit perlu membayar Kartika?. Beliau sepatutnya bersyukur dengan hukuman yang telah dipinda dan tidak wajar menerima habuan tersebut. Inilah tanda-tanda akhir zaman yang melanda umat Islam di negara ini. Orang yang melakukan maksiat diagung-agungkan dan ditatang bagai minyak yang penuh. Maka itulah, marilah kita sama-sama mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku ini. Jadikanlah ia sebagai sempadan dan pedoman untuk kita meneruskan perjuangan Islam]. - Pahang Daily Online
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
CARA BUAT RELATED POST
بسم الله الرحمن الرحيم
Related Post With Thumbnail
Ni permintaan dari sahabat "akinet" . Rasanya banyak dah tips2 blogging klau kita rajin nak search kat atok google.
Macam biasa.. aku cuba cari kat google dulu sebelum buat posting. Dan seperti biasa juga aku akan menemui kegagalan disebabkan oleh kerana kurangnya blogger malaysia yang rajin nak berkongsi ilmu. Banyak tips2 blogging ni dipelopori oleh blogger mat saleh dan blogger2 dari indon. Masalahnya bahasa mereka sedikit menyukarkan kita2 yg x berapa power mengunakan bahasa org lain.
Ramainya blogger malaysia tapi most of them lebih suka cerita berkaitan peribadi... cerita pergi makan nasi lemak la.. cerita baru lepas potong kuku laa.. pakwe baru lepas call.. hati keciwa.. rindu kat pakwe, kena TAG, dapat award dan mcm2 lagi cerita yg setaraf dengan budak2 sekolah tadika yang mengelikan ketiak jer... kdg2 terasa malu jugak dgn blogger2 dari negara jiran kita indonesia. Kebanyakan dari mereka menggunakan kemudahan yang ada untuk berkongsi ilmu dan kebaikan pada semua.. tp kita hanya gunakan blog sekadar buat personal diary jer.. tu pun siap belagak lagi.. yang lagi x boleh blah siap ada yg disablekan right click plak tu... hak cipta terpelihara katanya... tu belum cerita bab ada yg letakkan pra-syarat "Boleh ambil mana2 artikal dari blog ni dgn syarat sertakan sekali link blog ini"...hehehe...x boleh blah...!!! klau buat blog pun masih guna domain dan hosting "setinggan", xyah cerita la bab hak cipta.. tiada hak cipta pun sebenarnya dalam bab menyampaikan ilmu ni. Nampak sgt la mcm org jakun. Dulu ramai aku jumpa blogger mcm ni.. tp skrg ni alhamdulillah nampak ada kureng skit laa..
Jadi disebabkan xnak jadi mcm budak sekolah tadika yg jakun ni la aku buat tutor ni. cis..!!! Hehehee... aku cuba la eh.. semoga dapat dikongsikan kepada siapa2 yg belum tahu, agar dapat kita blogger malaysia ni berkongsi dan mengembangsebarkan ilmu...
Ok.. teruskan....
Apa kebaikkan dan macamana cara membuat related post dengan thumbnail contohnya mcm kat blog aku ni?
Antara kebaikan related post ni ialah ia dapat mengSEOkan (Search engine optimization) page kita. yang mampu meningkatkan page rank (PR) blog kita.. PR tu bukan Pakatan Rakyat tau...hahaha.. Ada dua cara asas untuk melakukannya. Yg pertama dgn cara mengedit kode HTML blog kita. Tapi yg ni banyak masalah bagi korang yg jenis x reti sgt bab2 HTML ni. Lagipun bukan semua template boleh diedit HTMLnya untuk buat related post ni. Lagi senang kita tutup cerita untuk cara yg pertama ni.
Kita terus je pada cara yg lebih mudah. mmg mudah gila punya.. kang klau aku kata susah korang malas plak nak blajo... hehehe.. Ok, disini aku gunakan khidmat linkwithin.com. Kelebihan membuat Related Post mengunakan widget linkwithin ni adalah, korang x payah susah2 nak mengedit kode HTML.
1. Mula2 korang kena bukak website LinkWithin.com... sila klik di SINI, dan korang akan nampak front page mcm image kat bawah ni.
Isi data korang dalam kotak yang dah disediakan mcm kat bawah ni.
Sebagai tambahan kalau background blog korang warna gelap atau hitam dan fontnya warna putih, korang jangan lupa memberikan tanda (tick) pada kotak " My blog has light text on a dark background". Klau background blog korang warna terang xyah la tanda. Dah siap isi semua tu korang klik pada "Get Widget".
2. Akan kluar satu page mcm kat bawah ni: Korang terus jer klik "Instal Widget",
3. lepas tu akan muncul plak step seterusnya mcm image kat bawah ni..: Pada step ni korang boleh pilih blog korang yg mana yg nak korang tambahkan widget ni, tp kalau blog korang satu jer, korang xyah la korang pening2. Dalam kotak "Title" tu plak korang letak la apa2 nama yg korang suka. x payah ubah pun xper. tujuannya hanya utk kesenangan korang nak cari bila ia dihantar pada layout blog korang nanti.
Seterusnya korang klik pada "add Widget" untuk ia dihantar pada blog korang.
4. Bila semuanya dah selesai, maka korang akan nampak ada widget baru dalam layout blog korang dengan "Title" (Kalau korang ada ubah la tadi) yang korang letak pada step 3 tadi. Kemudian korang klick dan heret (Drag and Drop) widget tu ke bahagian bawah (footer) blog korang mcm image kat bawah ni.
5.Kalau semuanya dah selesai, klik "SAVE".
TAMAT.
InsyaAllah.. kalau korang ikut semua step ni dgn betul, rasanya memang x susah pun.. kompom jadi punya....
Sekian dulu.. selamat mencuba dan beramal... wassalam.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
PEMUDA UMNO PULAK TAK PUAS HATI DENGAN EZAM
بسم الله الرحمن الرحيم
Dalam Umno, Pengkhianat Memang Dimuliakan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kepong mahu pelantikan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Mohd Ezam Mohd Nor sebagai Senator dikaji semula.
Ketuanya, Norizan Ali (gambar) berkata pemberian jawatan Senator kepada Ezam dilihat sebagai tidak adil dan dan seolah-olah memperkecilkan kebolehan pemimpin yang sejak sekian lama berjuang untuk UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Menurut beliau, pelantikan Ezam itu juga dilihat tidak wajar sama sekali kerana individu itu pernah berpaling tadah terhadap kerajaan sebelum ini.
“Mengapa orang yang cukup banyak memburukkan kerajaan boleh diberi tempat yang cukup istimewa sedang ramai lagi yang bermati-matian berjuang untuk parti tidak langsung diangkat?” katanya.
Menurut Norizan, jika begitulah realitinya maka selepas ramai ini yang akan keluar UMNO kemudian masuk ke dalam parti semula dan jasanya individu seperti itu akan lebih dikenang.
“Orang-orang yang pernah bersekongkol dengan parti pembangkang dan kuat menentang kerajaan tidak perlu diberi tempat dan keistimewaan,” katanya.
Menurutnya, ini cukup mengambarkan bahawa ketidak adilan telah berlaku malah menimbulkan ketidakpuasan hati dan perasaan kecewa dikalangan pemimpin dan ahli UMNO yang lain.
“Janganlah kera dihutan disusukan, anak di rumah mati tak makan kerana ahli tidak nampak keperluan kerajaan untuk melantik bekas Ketua AMK itu sebagai Senator,” katanya. -SH
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
PLUS BERBANGGA KERAJAAN GEMBIRA RAKYAT DERITA
بسم الله الرحمن الرحيم
Perolehan Plus meningkat
KUALA LUMPUR - Plus Expressways Berhad (PEB) menyasarkan pertumbuhan sekurang-kurangnya 15 peratus ke atas perolehan syarikat menerusi perniagaan luar negara dalam tempoh lima tahun akan datang.
Pengarah Urusannya, Noorizah Abd Hamid berkata, operasi pembinaan lebuh raya di India dan Indonesia adalah dua faktor penting yang menjadi penyumbang utama sasaran pertumbuhan itu.
“Pembinaan Lebuh Raya Padalur-Trichy, India dijangka siap Mei ini manakala projek di Indonesia dijangka siap tiga tahun lagi.
"Kedua-duanya penyumbang besar kepada pertumbuhan syarikat,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kelapan PEB di Subang, semalam. Hadir sama, Pengerusi PEB, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim dan Ketua Pegawai Operasi, Nik Airina Nik Jaafar.
Noorizah berkata, sejajar pertumbuhan yang dijangka kukuh, PEB yakin kutipan tol dalam negara akan turut meningkat.
“Kutipan tol tahun lalu mencecah RM2.3 juta dan tahun ini syarikat menjangkakan jumlah itu meningkat sekurang-kurangnya antara tiga dan empat peratus.
"Selain kutipan tol, aliran penggunaan trafik juga meningkat dan sehingga Mac 2010, 9.1 peratus penggunaan trafik dicatatkan di Lebuh Raya Lingkaran Tengah (Elite), Linkedua, dan Konsortium Butterworth-Kulim (KLBK)," katanya.
Noorizah berkata, bagi peningkatan kualiti dan perkhidmatan, PEB memperuntukkan RM250 juta untuk kos pembinaan; termasuk melebarkan lorong, membetulkan struktur jalan dan menambah jaringan jalan.
Sumber : Sinar Harian, 30/05/2010
Plus Bergembira Di atas Kesengsaraan Rakyat
Inilah hasil “kejayaan” yang terserlah dari program pengswastaan yang telah diperkenalkan oleh Mahathir ketika beliau memegang pemerintahan Malaysia suatu masa dahulu dan ianya terus disambung oleh pengganti-penggantinya sehinggalah ke hari ini. Setiap tahun Plus mahupun syarikat konsesi lebuh raya lainnya akan terus berbangga dengan jumlah keuntungan yang mereka perolehi hasil dari “rompakan” berlesen yang mereka lakukan terhadap para pengguna yang menggunakan lebuhraya yang kononnya milik mereka. Inilah kesengsaraan yang dirasai oleh rakyat dalam kehidupan dunia Kapitalisme yang sebenarnya sudah begitu memualkan baunya. Kerajaan yang memerintah dalam dunia Kapitalisme akan terus berniaga dengan rakyat dan orientasinya sudah pastilah berdasarkan keuntungan semata-mata.
Maka tidak hairanlah kadar tol akan terus meningkat dari masa ke masa. Secara congakan matematik, sudah pasti apabila kadar tol dinaikkan, yang akan bergembira adalah syarikat konsesi lebuh raya dan yang akan sengsara adalah rakyat secara umumnya. Hanya manusia yang tidak waras sahaja yang akan bersetuju dengan kutipan tol yang dikenakan – ia adalah ibarat perbuatan merompak yang dilakukan oleh kerajaan terhadap rakyatnya sendiri!!
Jalanraya, lebuhraya dan seumpamanya dalam pandangan Islam adalah harta yang dikategorikan sebagai “milkiyyah ‘ammah” - haram dimilik individukan seperti mana yang dilakukan oleh pemerintah sekular yang ada hari ini. Cubalah kalian lihat kenyataan dibawah: [ Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) tidak menafikan merasai bebanan kenaikan tol biarpun memahami akan perjanjian yang dibuat kerajaan bersama syarikat konsesi lebuh raya. "Dulu semasa jadi menteri tak pernah bayar tol, saya tak tahu berapa, tak pernah merasa. Tapi sekarang, saya tingggal di Shah Alam dan sering datang ke Kuala Lumpur dan melalui beberapa tol, saya sangat merasai beban tol itu. Kalau saya merasai, orang lain pun tentu merasai," katanya].
Kalau bekas Menteri Kabinet Azmi Khalid pernah meluahkan keluhannya berkenaan dengan kenaikan kadar tol suatu masa dahulu maka sudah pasti kita boleh membayangkan bagaimana keadaan masyarakat marhaen yang pastinya lebih tertekan kehidupan mereka berbanding bekas menteri berkenaan. Apakah denyutan nadi para pemimpin sekular umat Islam hari ini akan berdegup seiring dengan degupan jantung rakyat yang ada pada hari ini? Jauh panggang dari api!! Selagi sistem Kapitalisme terus diterapkan oleh para pemimpin sekular ini, dan syariat Islam ditolak tepi, keadaan ini tidak akan berubah!!.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Sunday, May 2, 2010
YASIN DAN SOLAT HAJAT UNTUK KAMALNATHAN
بسم الله الرحمن الرحيم 
Klik pada image untuk besarkan.
Banner semasa PRK Ulu Selangor. Dengan maksud menganjurkan bacaan yasin dan solat hajat yang diadakan di masjid-masjid sekitar Ulu selangor bagi memastikan kemenangan calon BN P.Kamalanathan. Sebagai umat yang mengaku islam, tidak kiralah apa parti anda... apa pandangan anda...?
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
BAPAK KENCING BERDIRI ANAK KENCING BERLARI
بسم الله الرحمن الرحيم
Skandal Pembelian Kapal Selam Yang Membawa Kepada Pembunuhan.
Pakatan Rakyat memuji Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) kerana memulakan aduan rasuah di Mahkamah Perancis berhubung urus niaga bernilai RM 4.7 bilion di antara Kerajaan Malaysisa dan DCN, konglomerat senjata terbesar Perancis. Urus niaga ini melibatkan Razak Baginda, yang dikenali sebagai penasihat kepada Perdana Menteri Najib Razak sehinggalah berlakunya pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya Shariibuu di Malaysia.
Sistem keadilan Malaysia, secara khususnya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) gagal mengenal pasti isu-isu rasuah yang kini sedang dibawa SUARAM ke dalam sistem perundangan Perancis. Amat mengaibkan, rakyat Malaysia terpaksa pergi ke Perancis untuk mendapatkan penjelasan dan ketelusan terhadap rasuah yang membazirkan berbilion ringgit duit orang ramai.
Namun demikian, ia bukan hanya tentang kegagalan SPRM.
Pembunuhan Altantuya juga masih belum diselesaikan. Seluruh negara tahu bahawa dua orang anggota polis yang disabitkan kesalahan, Azilah Hadri dan Sirul Azhar hanyalah perkakas yang digunakan untuk membunuh Altantuya. Ibarat telah ada alat sepucuk pistol tetapi siapa yang menarik picu melepaskan peluru? Kesemua lembaga-lembaga negara kita – polis, Jabatan Peguam Negara dan Kehakiman telah gagal, secara sengaja atau akibat kecuaian untuk memberikan jawapan kepada soalan mustahak ini.
Beberapa soalan penting yang masib belum berjawab berkaitan dengan urus niaga kapal selam dan pembunuhan sensasi:
Apakah peranan Perdana Menteri Najib Razak dalam urus niaga kapal selam tersebut, hubungan dengan penasihatnya Razak Baginda yang membuat keuntungan luar biasa daripada urusniaga itu dan penglibatannya dalam pembunuhan Altantuya Shariibuu?
Apakah yang dimaksudkan dengan meminta bantuan yang dibuat Razak Baginda kepada Musa Safri, Ketua Pengawal Najib pada malam 19 Oktober 2006 melalui telefon selepas Sirul dan Azilah sampai dengan seorang anggota polis wanita, Lans Koperal Rohainaza serta membawa pergi Altantuya dari hadapan rumah Razak di Bukit Damansara dan tidak ditemukan lagi selepas itu? Siapa yang mengarahkan anggota polis terbabit ke sana?
Apakah yang dibuat pegawai khas Najib Tun Razak selama 20 tahun, Nasir Safar memandu kereta Proton merah yang muncul di hadapan rumah Razak, beberapa ketika sebelum anggota polis tersebut muncul dan membawa Altantuya pergi?
Apakah Nazim Razak menawarkan sejumlah wang yang besar kepada penyiasat persendirian Balasubramaniam (gambar kiri) dan juga mengancam keluarganya apabila dia bertemu Bala pada malam 3 Julai 2008 selepas Bala mengeluarkan pengakuan bersumpahnya yang pertama?
Apa pula penglibatan Deepak Jaikishan yang dikenal rapat dengan Rosmah Mansor dalam pembuatan akuan bersumpahnya yang kedua, serta peranannya dalam mengaturkan pertemuan di antara Nazim Razak dan Bala?
Bagaimana dengan kewujudan gambar yang diperkatakan Burmaa OyunChinmeg, sepupu Altantuya, yang menunjukkan Najib, Razak dan Altantuya makan malam bersama di sebuah restoran di Paris? Kenapa Arnaud Dubus, wartawan Perancis, berkata bahawa bapa Altantuya memberikan gambar tersebut kepada bekas Konsul Kehormat Kedutaan Mongolia di Malaysia, Syed Abdul Rahman Alhabshi dari Wisma Putra Malaysia. Abdul Rahman kemudiannya memberikan gambar tersebut kepada pihak polis yang akhirnya hilang selepas itu.
Kenapa syarikat yang baru ditubuhkan Razak Baginda, Perimekar terlibat dalam urus niaga kapal selam ini memandangkan ianya tidak memiliki keupayaan, kemampuan kewangan atau kepakaran untuk mendokong pemberian kontrak tersebut?
Mengapa kerajaan tidak berurusniaga secara langsung dengan konglomerat senjata Perancis tersebut?
Siapa yang memberi arahan untuk membunuh kerana dua orang pengawal tersebut tidak mempunyai motif untuk membunuh Altantuya?
Kenapa penyiasat persendirian Balasubramaniam yang membuat perakuan bersumpah dan dakwaan lainnya terhadap penglibatan Najib dan para pegawainya (Musa Safri dan Nasir Safar) lari dari Malaysia? Apakah yang perlu dilakukan bagi menjamin keselamatan Bala untuk ikut terlibat dalam penyiasatan ini?
Mengapakah pembantu Najib, Musa Safri dan Nasir Safar tidak dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan?
Pakatan Rakyat amat menyokong penyiasatan ini dibuat atas kepentingan keadilan serta ketelusan. Pakatan Rakyat juga mendesak kerajaan dan institusi-institusi negara yang berkenaan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya serta jujur dalam penyiasatan ini. - Merdeka Review
Note: Inilah negara malaysia. Jika menteri perdannya pun terlibat dengan tuduhan membunuh apatah lagi rakyat biasa. Polis pun boleh membunuh sesuka hati. Asalkan yang pro kepada kerajaan UMNO/BN semuanya halal. semuanya ditutup rapat serapatnya.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
SAMBIL TIDUR PAK LAH GADAIKAN HARTA RAKYAT
بسم الله الرحمن الرحيم
Pak Lah Serah Blok Minyak RM320 Bilion Kepada Brunei
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan kepada Brunei dua blok pengeluaran minyak luar pantai, sebelum bersara awal tahun lalu.
Menurutnya, perkara itu dilaporkan oleh The Edge Financial Daily (22 April) dan Brunei Times di mana kawasan yang kaya simpanan minyak di Laut Cina Selatan - Block L dan Block M - tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia.
Menulis dalam blognya, Dr Mahathir mendakwa jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion).
Menurutnya, Abdullah telah menyerahkan 'Blok L' dan Blok M' di Laut Cina Selatan, dikatakan sebagai pertukaran dengan Brunei supaya menggugurkan tuntutannya terhadap Limbang, Sarawak.
"Blok L dan Blok M dituntut oleh Malaysia berdasarkan kepada fakta sejarah. Menurutnya, Petronas menandatangani kotrak perkongsian pengeluaran dengan Murphy Oil (Corp) untuk memulakan pengeluaran minyak.Simpanan minyak di kawasan itu adalah hampir 1 bilion tong.
"Abdullah berunding dengan sultan (Brunei) untuk mengambil Limbang di Sarawak. Sebagai balasannya, beliau bersetuju untuk menyerahkan dua blog tersebut kepada Brunei.
"Tidak ada wakil Petronas yang hadir, hanya kakitangan pejabat luar dan pnasihat halehwal luar kepada PM," dakwa Mahathir.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Saturday, May 1, 2010
GANASNYA PEMUDA UMNO NI.. TAKUT AKU... HEHEHE
بسم الله الرحمن الرحيم 
JEBAT_BERANI ; APAKAH INI BUDAYA YANG SANGAT-SANGAT DIBANGGAKAN OLEH PUAK-PUAK UM-NO/BE-END???BEGINIKAH CARA MEREKA MENDIDIK PEMUDA-PEMUDA MEREKA???APAKAH MALAYSIA INI TIDAK MEMPUNYAI UNDANG-UNDANG SEHINGGAKAN MEREKA BEGITU BERANI HENDAK MEMBUNUH MANUSIA LAIN???
APAKAH TINDAKAN POLIS DALAM MENANGGANI UGUTN INI???APAKAH PIHAK POLIS HANYA MENGAMBIL PENDIRIAN UNTUK MEMERHATI SAHAJA AKAN PERKARA INI???DAN APA PULA PENJELASAN PUAK-PUAK UM-NO/BE-END BERKAITAN DENGAN UGUTAN INI...APAKAH MEREKA AKAN MENGATAKAN BAHAWA PEMUDA TERSEBUT BUKAN AHLI UM-NO/BE-END???ATAU MEREKA INGIN MENYATAKAN PERSETUJUAN DENGAN APA YANG DILAKUKAN OLEH PEMUDA INI??
DIKHABARKAN PEMUDA PAS PUSAT AKAN MEMBUAT LAPORAN POLIS HARI INI BERKAITAN UGUTAN INI...HAMBA BERASA RAGU DENGAN LAPORAN POLIS YANG HENDAK DILAKUKAN INI..APAKAH PIHAK POLIS AKAN MENGAMBIL TINDAKAN DIATAS LAPORAN YANG AKAN DIBUAT OLEH PEMUDA PAS PUSAT INI???ATAU LAPORAN POLIS TERSEBUT HANYA AKAN BERAKHIR KE DALAM TONG SAMPAH???JIKA UGUTAN TERSEBUT DILAKUKAN OLEH PEMUDA PAS TERHADAP PIMPINAN UM-NO/BE-END HAMBA YAKIN TAK PERLU LAPORAN POLIS DIBUAT..
PIHAK POLIS DENGAN SENDIRI AKAN MEMBUAT LAPORAN DAN MENJALANKAN SIASATAN..TAPI OLEH KERANA IANYA BERLAKU DI PIHAK KITA MAKA BERDOA SAJALAH SEMOGA AKAN ADA PEMBELAAN...SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN TINDAKKAN POLIS BERHUBUNG LAPORAN UGUTAN INI OLEH PEMUDA PAS PUSAT.... - jebatberani
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
PENZINA DITIMPA 4 KECELAKAAN
بسم الله الرحمن الرحيم 
DALAM peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera manakala satu lagi berisi daging busuk.
Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu dan tidak langsung menyentuh daging yang membangkitkan selera.
Rasulullah diberitahu Jibril bahawa mereka tergolong di dalam kalangan mereka yang suka berzina.
Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan dari faraj mereka, keluar nanah busuk, sehingga ada di kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan.
Mereka itu, menurut Jibril, adalah kalangan yang tidak menjaga kehormatan.
Zina adalah perbuatan keji dalam ajaran Islam dan mereka yang melakukannya mendapat dosa besar.
Allah memberi amaran, bahawa balasan-Nya ke atas orang yang berzina tidak lain daripada neraka, yang Allah jadikan untuk menyeksa manusia yang ingkar terhadap larangan-Nya.
Firman Allah, yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk.” (Surah al-Isra’, ayat 32).
Thabrani an Ibni Abbas meriwayatkan, Rasulullah bersabda bermaksud: “Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam, iaitu hilang seri pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaanAllah atasnya, dan ia berkekalan dalam neraka.”
Rasulullah ketika mengikat janji setia dalam satu perjanjian bersama sahabat Baginda, sama ada lelaki atau perempuan, meminta supaya kalangan sahabat lelaki dan perempuan, tidak melakukan syirik, penipuan, mencuri dan berzina.
Allah mengingatkan bahawa, mana-mana umat Islam yang melakukan zina, hendaklah dihukum 100 kali dera (sebatan) terhadap pasangan terbabit.
Firman Allah, yang bermaksud: “Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kedua-duanya didera. Masing-masing 100 kali dera (pukulan), janganlah sayang terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agamaAllah, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya, satu golongan daripada orang mukmin.” (Surah an-Nur, ayat 2)
Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Sebanyak manapun dosa yang dilakukan oleh hamba-Nya, jika dia benar-benar insaf akan kesalahannya dan bertaubat nasuha kepada Allah, nescaya Allah akan menerima taubat hamba-Nya.
Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, wahai hamba-Ku yangmelampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmatAllah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah az-Zumar, ayat 53).
Melalui ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud: “Ibrahim berkata, tidak ada orang yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya, kecuali orang yang sesat.” (Surah al-Hijr, ayat 56).
Berpandukan firman Allah dan hadis di atas, mereka yang sudah terlanjur melakukan dosa besar itu, tidak harus berputus asa. Dia hendaklah segera bertaubat kepada Allah dan menyesali perbuatannya. Insya-Allah, dosanya akan diampunkan Allah.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..