Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, May 3, 2010

DIMALAYSIA MINUM ARAK AKAN DIBERI DUIT?

بسم الله الرحمن الرحيم


KUANTAN, 3 Mei [1.30 pm] - Ini satu perkabaran yang amat mengejutkan kami terima. ia berkaitan perihal wanita yang bernama "Kartika Sari Dewi Sukarno" (foto). Beliau yang pernah menggemparkan negara dengan isu "hukuman sebat akibat minum arak" kini dikatakan menerima imbuhan bernilai RM13,000 gara-gara kesanggupannya membuat kerja amal khidmat masyarakat. Beliau yang baru sahaja menjalani hukuman terbabit di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, selama tiga minggu dikatakan mendapat imbuhan itu daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Menurut sumber, pihak terbabit dikatakan terpaksa membuat bayaran berkenaan kononnya Kartika bukan sahaja dianggap menjalani hukuman tetapi beliau juga bekerja secara sambilan disitu. Andainya maklumat ini benar, maka ini adalah satu lagi berita yang amat mengejutkan sebenarnya. Tambahan pula, Kartika sepatutnya tidak dibayar walau sesen pun atas apa yang telah berlaku terhadap dirinya. Beliau mengaku melakukan "maksiat minum arak" dan telah dijatuhkan hukuman "sebatan" dan menjalani hukuman kerja amal seperti yang diperkenankan oleh Sultan Pahang. Kini, tiba-tiba beliau mendapat pula bayaran atas kerja amal yang dilakukan. Bukankah ini satu penghinaan terhadap undang-undang Islam di negeri dan negara ini sebenarnya. Kami sendiri masih kurang pasti, atas alasan apakah Kartika dibayar imbuhan sebanyak itu, sedangkan beliau jelas telah melakukan satu perbuatan "terkutuk" akibat meminum arak.


[Soalnya sekarang, apakah wajar umat Islam seronok melihat apa yang berlaku kepada Kartika ini. Beliau melakukan perbuatan yang dilarang oleh agama dan dijatuhkan hukuman, tiba-tiba dibayar pula imbuhan oleh pihak terbabit. Bukankah istimewa benar Kartika disisi agama Islam. Jika inilah yang berlaku kepada Kartika, maka sudah pasti lebih ramai lagi umat Islam akan "minum arak" di Pahang selepas ini. Malah mereka juga kemungkinan besar mahukan layanan yang sama seperti Kartika. Bukankah ini akan menggalakkan maksiat terus disuburkan di negeri Pahang yang sudah memiliki banyak tempat maksiat seperti Genting Highlands, Cherating dan sebagainya. Kami sendiri tidak faham dan musykil kenapa pihak terbabit perlu membayar Kartika?. Beliau sepatutnya bersyukur dengan hukuman yang telah dipinda dan tidak wajar menerima habuan tersebut. Inilah tanda-tanda akhir zaman yang melanda umat Islam di negara ini. Orang yang melakukan maksiat diagung-agungkan dan ditatang bagai minyak yang penuh. Maka itulah, marilah kita sama-sama mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku ini. Jadikanlah ia sebagai sempadan dan pedoman untuk kita meneruskan perjuangan Islam]. - Pahang Daily Online




UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

11 comments:

Mr bean said...

Who is she?

Selendang Kalas said...

memang susah..kan bujang..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

gua :apa aku nak minum apco ?
apco : apa saja jenis arak

noorafzan.blogspot.com said...

uuu...sonangnya idup..

Captain said...

ini mengalakkan lagi orang minum arak kat Pahang..

Ubah sikit minumanm minum todi pulak hehehe dapat duit main judi kat Genting.

Captain said...

pinjam posting sahabat..

mak_ngoh_selamoh said...

oh..patutlah pahang ada gegaran bawah tanah n gempa bumi kecil kecilan...

lagi 1 rupanya keje d rumah kbajikan nih gaji tinggi ye

gorgondolamedusa said...

wah...
13k tu..
diharap pihak kartika membuat laporan kpd SPRM (aduyai...pon xleh gak, sebab balaci ApNo)dan polis ( lagi la balacifai ApNo).

pihak lain pon x patut memburuk2kan imej Kartika yg telah insaf dan mengakui kesalahan dan rela menjalankan hukum sebat.

oOoH!
ini dah macam glongan ApNo,
makin minum makin kaya,
sebab ape?
minum air setan, setan kasi la kemewahan n kekayaan agar korang jauh dari Nya...

gorgondolamedusa said...

KUALA LUMPUR 4 MEI: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki membuat ugutan bunuh terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman web sosial, Facebook.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata, lelaki yang berusia lingkungan 20-an itu ditahan kira-kira jam 9 malam di Butterworth, Pulau Pinang, semalam.

Beliau berkata, polis belum dapat mengenal pasti sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman berkenaan atau individu yang bertanggungjawab membuat ugutan sedemikian.

Suspek akan dibawa ke balai Dang Wangi untuk direman dan menjalankan siasatan lanjut manakala kes itu diklasifikasi mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
-harakahdaily-

hahaha...
musti mamat pembunuh ni akan dapat ganjaran dari APnO,
kalu kartika dapat 13k,
mungkin die ni dpt 26k?
mungkin dapat biasiswa jadi pembunuh prfessional?
blaja jadi sharp shooter ke?
hahaha...
ni namenye pubicsiti murahan...

Anonymous said...

Bila sesaorang sakit yang doktor tak boleh kesan dan ubatkan penyakitnya(penyakit dirasuk iblis)maka berubatlah dengan bomoh yang guna iblis juga.Sampai bilapun penyakit tak akan baik.....member tak akan nak bunuh member.

amalhaj said...

memang beruntong bebenor jadi rakyat melesia nih.... hahahahaha