Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, December 23, 2010

ADUN UMNO ADA YANG PANDAI KE?

بسم الله الرحمن الرحيم



ADUN Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, pemberian beg sekolah berlambangkan Umno dan Barisan Nasional adalah sumbangan ikhlas yang sepatutnya tidak dipertikaikan.

“Perkara ini sepatutnya tidak menjadi isu kerana ia adalah sumbangan daripada UMNO untuk anak-anak ke sekolah dan tiada agenda politik tersembunyi sepertimana didakwa pembangkang,” katanya.



Beliau berkata, sumbangan itu adalah salah satu usaha UMNO untuk membantu penduduk mengurangkan perbelanjaan anak-anak ke sekolah dan isu yang dibawakan pembangkang tidak masuk akal.

“Saya tidak memaksa anak-anak untuk membawa beg ke sekolah tetapi terpulang kepada penerima untuk menggunakannya". - karatijau




Note: Kah..kah..kah..kah.. Cuba baca betul-betul kenyataan ADUN ni...Kah..kah..kah.. "Bantuan ini untuk meringankan beban keluarga untuk anak-anak ke sekolah.. tapi saya tidak memaksa anak-anak untuk membawa beg itu kesekolah.." Kah..kah..kah..kah... Payung tu sumbangan dari umno/BN untuk menahan panasnya alam barzah agaknya... Kah..kah..kah..kah...


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

CARA NAK BUAT DUIT DAN TIPU RAKYAT

بسم الله الرحمن الرحيم

Notebook 1 Malaysia Ada Penyelewengan Berlapis. Pemberi - Ketua Umno Bahagian, Penerima - penyokong tegar Umno

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail mendakwa wujud penyelewengan dalam pemberian notebook 1Malaysia yang diagihkan kepada rakyat miskin apabila individu yang dilantik sebagai 'pemberi' atau 'penerima' diberi pilihan sama ada untuk menerima wang RM400 atau pun notebook berkenaan.

'Pemberi' ini biasanya dikalangan ketua-ketua bahagian Umno manakala 'penerima' dikalangan penyokong tegar Umno.

"Kononnya buat alasan bagi komputer percuma, saya hendak mencabar kerajaan yang pada saya ada skandal yang amat besar yang perlu dibongkar sebab nilai pemberian 1 juta notebook keseluruhannya berjumlah RM1 bilion dibazirkan.

"Apakah hasilnya? beri komputer yang tidak seberapa kepada budak-budak miskin, bawa balik rumah, tak tahu nak guna lepas itu jadi skandal berlapis.

"Ada orang yang dilantik sebagai pemberi atau penerima akhirnya diberi pilihan sama ada hendak komputer atau hendak duit, orang itu kata hendak duit lah, sebab kalau bagi duit, dapat RM400.

"Banyak di kawasan luar bandar yang sepatutnya menerimanya komputer telah ditawarkan duit RM400," jelasnya kepada Tv Selangor.

Akhirnya kata Azan, projek pemberian notebook tersebut lebih terdedah kepada penyelewengan apabila penerima-penerima notebook tersebut hanya mengambil wang dan bukannya notebook.

Ujarnya lagi, beliau kini sedang mengumpul bukti-bukti untuk mendedahkan perkara tersebut di Parlimen.

Tegasnya, kalau betul kerajaan benar-benar melaksanakan pemberian tersebut, sepatutnya sudah tidak ada lagi orang miskin di negara ini.

"Notebook ini diberikan kepada siapa? kepada kroni sahaja. Kemudian, yang mustahaknya adalah nilai sebenar notebook yang diberikan itu cuma bernilai RM200 berbanding RM1000 yang dijual kepada kerajaan. Notebook yang diberikan itu setakat ketuk tulis nombor dengan perkataan, internet, Wi-Fi semuanya tak ada, tidak boleh buat apa-apa pun.

"Setakat nama saja komputer tapi hakikatnya tidak mempunyai apa-apa fungsi, nilainya murah kualitinya tetapi dinilai RM1000 tetapi pada hal nilai yang sebenar hanya RM200," ujar beliau.

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan hari ini berkata sehingga kini belum menerima sebarang aduan rasmi mengenai penyelewengan pengagihan notebook 1Malaysia sementara Azan ketika dihubungi menegaskan beliau telah membangkitkan isu penyelewengan tersebut di Parlimen tetapi tidak dihiraukan.

Timbalan menteri berkenaan Datuk Joseph Salang dalam kenyataannya berkata walaubagaimanapun,kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bersama-sama Kementerian Pelajaran mengadakan pemantauan dan penambahbaikan proses pengagihan secara berterusan. wargamarhaen.blogspot.com/2010/12/azan-notebook-1-malaysia-ada.html

Note: Kah..kah..kah..kah... Harga rm200 tapi kerajaan beli dengan harga rm1000. Pandainya kerajaan makaysia ni kan... rm800 lagi tu siapa yang kebas ? DAP kot... Kah..kah..kah..kah...



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

TILAM PUNYA HAL

بسم الله الرحمن الرحيم

Pilihanraya umum 1999 Umno kalah di banyak kerusi majoriti Melayu gara-gara tilam yang diusung keluar masuk mahkamah. Pasca banjir di Kedah muncul pula cerita tilam versi baru yang tak kurang penangannya dalam menghakis sokongan rakyat terhadap Umno.



Sekembalinya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dari mengagihkan bantuan untuk mangsa banjir di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar muncullah rungutan rakyat di sana sini kononnya agihan tilam untuk mangsa banjir hanya kepada ahli-ahli Umno sahaja. Orang bukan Umno termasuk yang di atas pagar hanya berputih masa sekalipun mereka adalah mangsa banjir yang terjejas teruk.

Najib datang ke Kedah sebulan selepas banjir melanda untuk mengumumkan peruntukan pusat kepada mangsa banjir. RM60 juta diperuntukkan untuk mangsa banjir di Kedah dan Perlis. Daripada jumlah itu sebanyak RM30.6 juta akan diagihkan kepada 32 ribu mangsa di dua negeri berkenaan. Setiap keluarga akan memperoleh RM500.

Najib berkata, sebanyak RM60 juta lagi akan disalurkan untuk bantuan pertanian kepada penduduk. “RM10 juta dari peruntukan itu akan diguna untuk memulihkan infrastruktur pertanian yang rosak akibat banjir, manakala RM50 juta disalurkan bagi membiayai kos penanaman semula termasuk membajak, benih padi dan racun,” katanya.

Najib turun mengumumkan akan menaikkan pemberian wang penanaman padi daripada RM573 sebelum ini kepada RM876 mulai bulan ini.

Perdana Menteri itu turun ke Stadium Sultan Abdul Halim adalah versi Kerajaan Pusat. Tetapi stadium dipenuhi bendera dacing. Ketua Kelab Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abd Rahim bertenggek di program kerajaan untuk menyampaikan bantuan berupa tilam dan dapur gas kepada mangsa banjir.

Tujuan Azeez, BN dan sekelian pemimpinnya amat mudah difahami iaitu supaya segala kerja kebajikan mereka yang ‘tulus ikhlas’ itu tercanang melalui semua media massa. Malang bagi BN kerana mangsa banjir di Kedah bukan seratus dua yang dipanggil berhimpun di stadium itu sahaja. Mangsa banjir yang berpindah sahaja seramai 60,240 orang. Yang tidak berpindah jumlahnya lebih besar. Ramai yang tertanya-tanya, “Mana tilam untuk kami?”

Setelah siasatan dibuat rupanya tilam propaganda itu hanya dihulur kepada ahli-ahli Umno sahaja. Itupun bukan semua ahli, tetapi ahli Umno yang menjadi pilihan JKKKP sahaja. Pengerusi JKKKP Suka Menanti, Zulkifli Saud memburukkan lagi keadaan BN apabila membuat komen terbuka bahawa sumbangan tilam itu adalah inisatif Kelab Putera 1Malaysia. Logiklah, katanya, mangsa banjir ahli Umno yang diutamakan. Apabila cerita ini dilaporkan oleh sebuah akhbar harian bebas, maka mengamuk sakanlah mangsa-mangsa banjir di Kedah. BN dan Umno jadi bahan maki hamun mangsa banjir yang tidak dapat tilam.

Selama ini media-media propaganda BN mencipta fitnah kononnya agihan bantuan sama ada yang datang dari Kerajaan Negeri atau PAS hanya untuk ‘penyokong mereka’ sahaja. Kini fitnah jahat dicipta itu memakan diri sendiri kerana ternyata BNlah yang melakukan kerja berat sebelah itu.

Sebaik sahaja pusat penempatan banjir di Stadium Sultan Abdul Halim ditutup dahulu, mangsa-mangsa banjir yang bukan ahli Umno melihat dengan mata kepala sendiri rakusnya Umno merampas ghanimah banjir. Cerita yang sama dapat dikutip di semua pusat penempatan, sehingga ramai yang geleng kepala melihat gelagat Umno. Segala bantuan yang belum teragih dan bahan mentah makanan yang berbaki habis disapu macam cerita ‘Ali Baba Bujang Lapok’. Perangai ahli dan pemimpin bawahan Umno itu adalah pancaran fikrah madiyyah yang ditanam kukuh dalam jiwa ahli-ahli Umno sejak sekian lama.

Di Jerlun, Pengarah MTD Kota Siputeh Haji Ismail Wan Teh sehingga ke peringkat membuat laporan polis terhadap anggota Umno yang melarikan bantuan yang diperuntukkan kepada mangsa banjir.

Bagi PAS yang memerintah Kedah, banjir besar ini adalah pengalaman pertama bagi ramai pihak yang menjadi rangkaian kerajaan sama ada Majlis Ketua Kampung (MKK), Ahli Majlis Kerajaan Tempatan mahupun Exco Kerajaan Negeri. Banjir pernah melanda beberapa tempat selepas Mac 2008, tapi tidak sebesar kali ini. Apabila sebaik penempatan banjir dibuka tiba-tiba JKKKP dan rangkaian Umno begitu ‘berselera’ untuk menguruskan pusat penempatan, ia mencetuskan dakwaan kononnya rangkaian mereka lebih cekap. Selepas banjir selesai barulah jentera PAS sedar bahawa tindak tanduk mereka rupanya bersebab.

Terdapat pusat penempatan di mana mereka mendaftarkan ahli-ahli mereka sebagai mangsa banjir sekalipun rumah langsung tidak terjejas banjir.

Perdana Menteri sudah umum pemberian RM500 untuk setiap mangsa banjir tidak kira yang berpindah atau tidak. Beliau turut mengumumkan bahawa bantuan tidak mengira pegangan politik. Maka isu yang akan muncul selepas ini ialah sama ada ahli-ahli PAS yang menjadi mangsa banjir turut menerima habuan.

BN semacam cuba memerangkap parti lawan mereka dengan mensyaratkan borang bantuan mestilah disahkan oleh JKKKP semata-mata. Pemimpin PAS arahkan ahli-ahli jangan segan untuk ambil tandatangan JKKKP kalau itu syarat mereka, kerana duit yang mahu diberi oleh Pusat itu berhak diterima oleh semua rakyat. Ia adalah duit cukai terkumpul yang dikutip dari rakyat juga, bukan duit dari tabung BN. Maka terdengarlah khabar angin kononnya JKKKP diarahkan menandatangani borang dengan dakwat pen yang berlainan warna; antara penyokong BN dan bukan penyokong BN.

Maka sekarang adalah masa rakyat Kedah yang menjadi mangsa banjir menunggu kedatangan wang RM500 setiap keluarga. Jika pemberiannya berblok macam penerima tilam juga, maka ‘mudahlah sikit’ kerja kempen Pakatan selepas ini. - detikdaily


Note: Kah..kah..kah..kah.. Najib dan Umno memang suka tilam..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

PARLIMEN MALAYSIA MACAM MAIN PONDOK-PONDOK

بسم الله الرحمن الرحيم

Lebih teruk dari 'mahkamah kangaroo'

Insiden yang berlaku di Dewan Rakyat pada 16 Disember lalu, memperlihatkan satu sejarah hitam dalam sistem Demokrasi Berparlimen. Pakar perlembagaan Professor Dr Aziz Bari mempunyai pendapatnya tersendiri terhadap insiden itu.

Harakah: Bagaimana pandangan Professor terhadap penggantungan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim dan tiga orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, Karpal Singh, Azmin Ali dan Sivarasa selama enam bulan yang diputuskan speaker Dewan Rakyat 16 Disember lalu?

Professor Aziz Bari: Kita tidak persoal undang-undang asalkan ia konsisten. Dalam soal kuasa menggantung ini yang jadi masalah ialah ia tidak konsisten. Ini kerana bila ia melibatkan speaker BN ia mutlak dan mahkamah tidak boleh campur. Tapi bila melibatkan Speaker Pakatan Rakyat lain pula; seperti yang berlaku di DUN Perak di mana kuasa Speaker boleh diganggu oleh mahkamah.

Apa pun Speaker, baik BN atau Pakatan Rakyat mesti adil dan tidak menjadi agen partinya; Speaker mesti ada kredibiliti. Kuasa speaker mesti digunakan dengan adil. Mereka yang waras tidak nampak bahawa tindakan Speaker itu wajar dan adil.

Apa yang berlaku di parlimen berkisar kepada isu firma perunding Yahudi APCO Worldwide yang dibayar oleh BN. Sepatutnya Anwar Ibrahim diberi peluang untuk mengemukakan bukti mengenai apa yang didakwanya mengenai APCO itu. Malangnya beliau tidak dibenarkan berbuat begitu dan kemudian dihadapkan kepada Jawatankuasa keistimewaan dan terus digantung.

Harakah: Kesemua yang digantung tidak diberi peluang membela diri, bagaimana Professor melihat perkara ini?

Professor Aziz Bari: Sepatutnya begitulah; mereka perlu diberi peluang membela diri dan tidak dihukum tanpa membela diri. Ia lebih teruk dari mahkamah kangaroo kerana sekurang-kurangnya ia mahkamah. Dalam soal ini ia bukan mahkamah kerana pihak yang dituduh tidak langsung dibenarkan bersuara. Apa yang dikatakan sebagai hak membela diri itu sebenarnya sekadar memberi peluang kepada mereka untuk bercakap dan menjelaskan kedudukan mereka. Itu sahaja. Pelik betul, hendak mendengar itu pun BN takut. Itu sebab timbul tuduhan BN angkuh dan salah guna kuasa. Mereka boleh gantung, tapi berilah peluang kepada mereka bercakap.

Harakah: Difahamkan penggantungan itu tidak mengikut prosedur sebaliknya didakwa bermotifkan politik dan bertujuan untuk mengurangkan suara Pakatan Rakyat di dalam dewan. Sejauhmana sudut pandang Professor tentang hal ini?

Professor Aziz Bari: Prosedurnya mudah yakni Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen lain diberi peluang membela diri dan ini memadai. Dan sebenarnya selaras dengan kedudukannya Anwar Ibrahim sepatutnya diberi ruang untuk mengemukakan bukti atas apa yang didakwanya.

Aneh sangat; apa yang speaker takutkan? Apa bahayanya mendengar apa yang Anwar Ibrahim hendak katakan? Mereka, dan ini diikuti oleh Speaker, semacam begitu takut untuk memberi ruang kepada Anwar Ibrahim sedangkan BN mempunyai majoriti dalam dewan. Dakwaan motif politik timbul kerana mereka begitu kasar dan ganas apabila menangani kes ini sedangkan apabila tuduhan mengelirukan atau berbohong kepada dewan dibuat ke atas menteri Speaker tidak buat apa-apa.

Note: Alahai malaysia.. Mahkamah pun tak adil.. Parlimen pun macam mai pondok-pondok.. Lagi teruk dari makhamah dan parlimen zimbabwe... Kah..kah..kah..kah...



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Wednesday, December 22, 2010

8 KALI IBUKU BERBOHONG

بسم الله الرحمن الرحيم



Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita percaya bahwa kebohongan akan membuat manusia terperuk dalam penderitaan yang mendalam, tetapi kisah ini justru sebaliknya. Dengan adanya kebohongan ini, makna sesungguhnya dari kebohongan ini justru dapat membuka mata kita dan terbebas dari penderitaan, ibarat sebuah energi yang mampu mendorong mekarnya sekuntum bunga yang paling indah di dunia.

PERTAMA - Cerita bermula ketika aku masih kecil, aku terlahir sebagai seorang anak laki-laki di sebuah keluarga yang miskin. Bahkan untuk makan saja, seringkali kekurangan. Ketika makan, ibu sering memberikan bahagian nasinya untukku. Sambil memindahkan nasi ke mangkukku, ibu berkata : "Makanlah nak, aku tidak lapar"

KEDUA - Ketika saya mulai tumbuh dewasa, ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di kolam dekat rumah, ibu berharap dari ikan hasil pancingan, ia dapat memberikan sedikit makanan bergizi untuk pe rtumbuhan. Sepulang memancing, ibu memasak sup ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu aku memakan sup ikan itu, ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang yang merupakan bekas sisa tulang ikan yang aku makan. Aku melihat ibu seperti itu, hati juga tersentuh, lalu menggunakan suduku dan memberikannya kepada ibuku. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya, ia berkata : "Makanlah nak, aku tidak suka makan ikan"

KETIGA - Sekarang aku sudah masuk Sekolah Menengah,demi membiayai sekolah abang dan kakakku, ibu pergi ke koperasi untuk membawa sejumlah kotak mancis untuk ditempel, dan hasil tempelannya itu membuahkan sedikit uang untuk menutupi kebutuhan hidup. Di kala musim dingin tiba, aku bangun dari tempat tidurku, melihat ibu masih bertumpu pada lilin kecil dan dengan gigihnya melanjutkan pekerjaannya menempel kotak mancis. Aku berkata : "Ibu, tidurlah, sudah malam, besok pagi ibu masih harus kerja." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, aku tidak penat"

KEEMPAT - Ketika ujian tiba, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemaniku pergi ujian. Ketika hari sudah siang, terik matahari mulai menyinari, ibu yang tegar dan gigih menunggu aku di bawah terik matahari selama beberapa jam. Ketika bunyi loceng berbunyi, menandakan ujian sudah selesai. Ibu dengan segera menyambutku dan menuangkan teh yang sudah disiapkan dalam botol yang dingin untukku. Teh yang begitu kental tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang yang jauh lebih kental. Melihat ibu yang dibanjiri peluh, aku segera memberikan gelasku untuk ibu sambil menyuruhnya minum. Ibu berkata : "Minumlah nak, aku tidak haus!"

KELIMA - Setelah kepergian ayah karena sakit, ibu yang malang harus merangkap sebagai ayah dan ibu. Dengan berpegang pada pekerjaan dia yang dulu, dia harus membiayai keperluan hidup sendiri. Kehidupan keluarga kita pun semakin susah dan susah. Tiada hari tanpa penderitaan. Melihat kondisi keluarga yang semakin parah, ada seorang pakcik yang baik hati yang tinggal di dekat rumahku pun membantu ibuku baik masalah besar maupun masalah kecil. Tetangga yang ada di sebelah rumah melihat kehidupan kita yang begitu sengsara, seringkali
menasehati ibuku untuk menikah lagi. Tetapi ibu yang memang keras kepala tidak mengindahkan nasehat mereka, ibu berkata : "Saya tidak butuh cinta"

KEENAM - Setelah aku, kakakku dan abangku semuanya sudah tamat dari sekolah dan bekerja, ibu yang sudah tua sudah waktunya pencen. Tetapi ibu tidak mahu, ia rela untuk pergi ke pasar setiap pagi untuk jualan sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakakku dan abangku yang bekerja di luar kota sering mengirimkan sedikit wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, tetapi ibu berkeras tidak mau menerima wang tersebut. Malahan mengirim balik wang tersebut. Ibu berkata : "Saya ada duit"

KETUJUH - Setelah lulus dari ijazah, aku pun melanjutkan pelajaran untuk buat master dan kemudian memperoleh gelar master di sebuah universiti ternama di Amerika berkat sebuah biasiswa di sebuah syarikat swasta.Akhirnya aku pun bekerja di syarikat itu. Dengan gaji yang lumayan tinggi, aku bermaksud membawa ibuku untuk menikmati hidup di Amerika. Tetapi ibu yang baik hati, bermaksud tidak mahu menyusahkan anaknya, ia berkata kepadaku : "Aku tak biasa tinggal negara orang"

KELAPAN - Setelah memasuki usianya yang tua, ibu terkena penyakit kanser usus,harus dirawat di hospital, aku yang berada jauh di seberang samudera atlantik terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Aku melihat ibu yang terbaring lemah di ranjangnya setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap aku dengan penuh kerinduan. Walaupun senyum yang tersebar di wajahnya terkesan agak kaku karena sakit yang ditahannya. Terlihat dengan jelas betapa penyakit itu menjamahi tubuh ibuku sehingga ibuku terlihat lemah dan kurus kering. Aku sambil menatap ibuku sambil berlinang air mata. Hatiku perit, sakit sekali melihat ibuku dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu dengan tegarnya berkata : "Jangan menangis anakku, Aku tidak kesakitan"

Setelah mengucapkan kebohongannya yang kelapan, ibuku tercinta menutup matanya untuk yang terakhir kalinya. Dari cerita di atas, saya percaya teman-teman sekalian pasti merasa tersentuh dan ingin sekali mengucapkan : "Terima kasih ibu..!" Cuba dipikir-pikir teman,

* Sudah berapa lamakah kita tidak menelefon ayah ibu kita?
* Sudah berapa lamakah kita tidak menghabiskan waktu kita untuk berbincang dengan ayah ibu kita?

Di tengah-tengah aktiviti kita yang padat ini, kita selalu mempunyai beribu-ribu alasan untuk meninggalkan ayah ibu kita yang kesepian.

Kita selalu lupa akan ayah dan ibu yang ada di rumah. Jika dibandingkan dengan pasangan kita, kita pasti lebih peduli dengan pasangan kita. Buktinya,

* kita selalu risau akan kabar pasangan kita,
* risau apakah dia sudah makan atau belum,
* risau apakah dia bahagia bila di samping kita.

Namun,

* apakah kita semua pernah merisaukan kabar dari orangtua kita?
* Risau apakah orangtua kita sudah makan atau belum?
* Risau apakah orangtua kita sudah bahagia atau belum?

Apakah ini benar?
Kalau ya, cuba kita renungkan kembali lagi... Di waktu kita masih mempunyai kesempatan untuk membalas budi orangtua kita, lakukanlah yang terbaik. Jangan sampai ada kata "MENYESAL" di kemudian hari.

.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih - xraypengisian



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

PEGUAM TAPI BODOH

بسم الله الرحمن الرحيم

DAP TIRU STRATEJI PAP – melayau



Masyarakat Islam di Malaysia perlu menolak DAP walaupun parti itu menggunakan pendekatan Islamik kerana jelas ia serupa dengan strategi PAP ketika parti utama Singapura itu mahu mendapatkan kuasa.

Zulkifli Noordin berkata, umat Islam harus sedar dengan 'silap mata' DAP itu kerana matlamatnya hanya mahukan sokongan penduduk Islam bagi membolehkan parti tersebut berkuasa.

Beliau meminta penduduk Islam melihat apa yang berlaku di Singapura, bagaimana umat Islam di negara tersebut dipinggirkan selepas menjadi alat kepada bekas Perdana Menterinya, Lee Kuan Yew dan parti PAP untuk memperoleh kuasa.

"Semasa merancang strategi untuk berkuasa, Kuan Yew dan PAP menjadi terlalu Melayu. Masuk masjid turun masjid menjadi lumrah. Setelah berkuasa, umat Islam, kaum Melayu tiada dalam kamus Kuan Yew mahupun PAP.

"Melayu yang menjadi alat mereka mendapat kuasa akhirnya diterajang dan dengan politik yang licik akhirnya Singapura hilang daripada rumpun Melayu,'' katanya.


KAH KAH KAH..woit… PEJUANG ISLAM… BILA NAK PULANGKAN BALIK 15 RIBU RINGGIT…. kah kah kah..woit… CAKAP ISLAM… MULUT BERBUIH BUIH BERZIKIR…. kah kah kah.. TUNGGANG TUNGGIT…TAK HENTI HENTI… kah kah kah.. POP PREK POP PREK CAKAP HAL ISLAM…. kah kah kah.. TAPI SUKA MENIPU SEPANJANG MASA… kah kah kah..woit…LEE KUAN YEW BUKAN SAJA PAU ORANG MELAYU SINGAPURA… kah kah kah ORANG MELAYU MALAYSIA PUN KENA PAU…. kah kah kah woit… LEE KUA YEW SUDAH POW MAT MONGOL…. kah kah kah..woit… LEE KUAN YEW BUAT SILAP MATA… kah kah kah.. GAMBAR ALTANTUYA ADA DI SINGAPURA… kah kah kah… ITU SEBAB SINGAPURA DAPAT TANAH KTM… kah kah kah..woit… MANA MUNASABAH … 400 EKAR TUKAR DENGAN 4 EKAR…. kah kah kah.. ITU TANDA LEE KUAN YEW SUDAH PAU... kah kah kah..

nota: mat bisul ini bila nak pulangkan 15ribu ringgit dipinjamkan olek kawan dinsman kepada mat bisul kerna mat bisul tak ada duit untuk bayar wang pertaruhan semasa pilihanray yang lalu. kalau tt buat fitnah sila bawa tt ke mahkamah tak cukup mahkamah malaysia bawa ke mahkamah dunia kah kah kah… - TT

Note: Ada peguam pun tak cerdik. Kalau suruh tolak DAP, kenapa tak suruh tolak MCA dan GERAKAN sekali? Sedangkan DAP tu maksudnya 'DEMOCRATIC ACTION PARTY'.. ahlinya ada berbagai bangsa dan agama termasuklah melayu islam. MCA tu maksudnya 'Malaysian Chinese Association'... Terang-terang cina dan ahlinya memang semuanya cina.. kenapa tak suruh tolak? kenapa melayu umno sayang pada MCA dan GERAKAN? Nama saja peguam tapi bodoh mengalahkan keldai. Nampak saja macam alim.. Sepatutnya non muslim nak berjinak-jinak dengan islam kita ni suka dan ada peluang untuk memberi kefahaman kepada mereka.. ini tidak.. Non muslim nak rapat dengan islam disuruh jauhi pula. Dan dengan tanpa bersalah tuduh mereka macam-macam tanpa bukti. Macam ni ke orang islam?

Note: Takut sangat cina perintah malaysia.. Habis tu ada Raja tu buat apa? dok termenung bodoh jer ke? Takut sangat ditindas oleh cina? Habis tu melayu ramai-ramai ni buat apa? pindah pergi ke monggolia ke? Hakikatnya kita memang dah tertindas. Tapi bukan cina yang tindas. Pemimpin melayu umnolah yang tindas orang melayu sendiri. Setelah 53 tahun Malaysia merdeka tanah orang melayu hanya tinggal 1/3% saja. Dan antara pemilik terbesar tanah di Malaysia adalah cina singapura. Siapa punya kerja? siapa yang jual rezab-rizab milik melayu kepada cina singapura? DAPkah?


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

BAPA KAHWINI BAKAL MENANTU

بسم الله الرحمن الرحيم

Raisuddin Hamzah Didakwa Kahwini Bakal Menantu

SHAH ALAM: Bapa mertua kepada Raisuddin Hamzah memberitahu dia mempunyai hasrat mahu menjodohkan anak perempuannya dengan anak lelaki pelakon dan penyanyi popular tahun 80-an tersebut.

Suberi Abdullah, 50, memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa, bahawa dia mempunyai dua calon menantu buat anaknya, Siti Fatimah yang telah bernikah dengan Raisuddin di sempadan Thailand.

"Calon pertama adalah anak kepada Raisuddin yang bernama Hamzah manakala calon kedua adalah anak seorang doktor yang dipanggil sebagai Along," katanya semasa disoal oleh peguam syarie Mohd Roshdan Sujak.

Selain itu, Suberi yang mengusahakan kedai makan juga memberitahu, dia tidak bersetuju dengan perkahwinan anaknya kerana faktor jarak usia yang berbeza 31 tahun. "Dia (Raisuddin) tidak sepadan. Semasa akad nikah, umur anak saya baru 19 tahun, masih anak dara dan sedang menuntut di Universiti Selangor (Unisel) di Batang Berjuntai, dekat sini.

"Dia pula berusia 50 tahun dan sudah mempunyai isteri," katanya dan menambah berasa malu dengan perkahwinan tersebut.

Mohd Roshdan mewakili Suberi, 50, pada permohonannya untuk membubarkan perkahwinan antara Siti Fatimah dan Raisuddin mengikut Seksyen 62(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003.

Mahkamah sama turut mendengar permohonan Raisuddin, 54, yang merupakan bapa kepada penyanyi, Siti Sarah untuk mengesahkan pernikahan yang dilakukan di Songkhla, Thailand pada 2 Januari 2007 dengan berwalikan hakim.

Suberi seterusnya memberitahu, Siti Fatimah, 24, sepatutnya berada di rumah pada malam pernikahan tersebut.

"Dia tinggal di asrama.Saya tidak tahu bila dia ke Songkhla. Sebelum 2 Januari 2007, kali terakhir saya berjumpa dia adalah pada Hari Raya Haji tapi saya tidak ingat tarikhnya," katanya.

Menurut Suberi lagi, Siti Fatimah tidak ada memaklumkan atau meminta izin darinya untuk berkahwin mahupun dihubungi oleh mana-mana wakil dari Songkhla yang meminta izin untuk mewalikan anaknya.

"Saya tidak pernah kehilangan kelayakan untuk menjadi wali," tambahnya.

Dia juga memberitahu, dia tidak berada di penjara semasa pernikahan itu berlaku dan boleh dihubungi pada bila-bila masa menerusi telefon bimbit dan talian telefon rumah.

Suberi memberi keterangan selepas Mohd Roshdan memohon untuk menyoal semula anak guamnya ekoran banyak keterangan Suberi tiada di dalam nota prosiding semasa kes itu didengar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini.

Permohonan itu juga tidak dibantah oleh peguam syarie Nor Azmi Mohd Arif yang mewakili Sti Fatimah yang dinamakan sebagai responden pertama dan diikuti oleh Raisuddin sebagai responden kedua.

Nor Azmi kemudiannya memohon diberikan sedikit masa untuk membolehkan beliau menyemak nota keterangan sebelum mula menyoal balas Suberi.

Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin membenarkan permohonan itu dan menetapkan 23 Februari depan sebagai tarikh perbicaraan baru.

Pada prosiding itu, Suberi yang mahu melarikan diri daripada pihak media tertinggal kad pengenalannya di mahkamah yang kemudiannya diambil oleh Mohd Roshdan. - Mstar

Note: Kah..kah..kah..kah.. Syok tengok bakal menantu cun.. Ala.. baru beza umur 31 tahun. Daripada aku bagi kat anak aku baik aku sendiri yang kebas.. Syokkkkkkk.... Kah..kah..kah..kah... Pak mertua dan anak menantu sebaya tu... kah..kah..kah..kah...


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

BAGUSLAH FITNAH LAGI

بسم الله الرحمن الرحيم

Utusan, NST dan Ustaz Shabudin disaman isu khutbah Jumaat

PULAU PINANG, 21 Dis: Ekoran mengalami tekanan dan fitnah yang berleluasa ekoran penyiaran berita doa khutbah Jumaat yang didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Utusan Melayu, NST dan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan, Shabudin Yahaya disaman oleh Ustaz Zakaria Ahmad.

Dalam kenyataannya kepada media di sini malam tadi, beliau berkata saman itu adalah bagi mempertahankan kebenaran yang dibawa oleh beliau sebagai seorang tokoh agama daripada terus diperlekehkan oleh mereka yang mempunyai motif tertentu dalam membesarkan isu yang tidak benar lagi batil itu.

"Saman ini adalah bagi mengingatkan mereka yang jauh tersasar supaya tidak dengan sewenang-wenangnya menggunakan platform agama untuk mencari pengaruh.

"Saya bercakap atas dasar agama Islam yang sebenarnya. Mereka telah memfitnah saya melalui akhbar sehingga memberi satu impak yang negatif terhadap kepercayaan, kewibawaan dan reputasi masyarakat terhadap saya," tegasnya lagi.

Seperti mana dalam salinan saman yang diperolehi menyebut penyiaran dalam Mingguan Malaysia bertarikh 22 Ogos dengan perkataan fitnah oleh Shabudin 'tindakan menyebut nama Guan Eng dalam doa khutbah itu seolah-olah ada agenda politik dan membawa imej beliau'.

Begitu juga dengan penyiaran berita mengenai unsur fitnah yang mengaitkan isu khutbah dalam Berita Harian bertarikh 23 dan 25 Ogos lalu.

"Kenyataan yang menyatakan etika khutbah juga dah tak betul apabila melebihkan Guan Eng berbanding pemimpin agama Islam yang lain serta pengesahan Shabudin sebagai bekas Yang Dipertua Majlis Agama Islam bahawa saya tidak memiliki tauliah untuk membaca khutbah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam adalah bersifat fitnah sedangkan saya mempunyai tauliah sejak 29 Mac 2003 lagi," tambahnya lagi.

Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mendedahkan penyalahgunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang dalam khutbah Jumaat di beberapa buah masjid di Pulau Pinang ketika mempengerusikan mesyuarat perhubungan di Tasek Gelugor.

Ekoran pendedahan tersebut Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang melalui Pemuda Umno bahagian telah membuat beberapa laporan polis supaya perkara itu disiasat.

Zakaria memfailkan saman itu Oktober lepas di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melalui Tetuan Aswar, Simon dan Azhar.

Katanya lagi, apa yang diharapkan ialah keadilan tertegak tanpa menidakkan kebenaran yang sepatutnya dijadikan asas dalam penyiaran oleh mana-mana media dalam negara ini.

Beliau juga turut dipanggil untuk memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada 24 Ogos lalu.

Namun begitu, tiada apa-apa tindakan diambil terhadap beliau setelah keterangan yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ellias Zakaria diadakan pada 24 Ogos lalu. - sharpshooterblogger

Note: Kah..kah..kah..kah... Kalaupun nak kipas najib jangan la dok celupar sangat mulut tu.. Nanti mintak najib tolong bayarkan saman tu eh .. kah..kah..kah..kah.. kalau tak pun suruh najib kenyit mata pada hakim tu biar hakim tu jatuhkan hukuman tidak bersalah terhadap anda... kah..kah..kah..kah..


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Tuesday, December 21, 2010

JODOH BUKAN KETENTUAN MANUSIA

بسم الله الرحمن الرحيم

jodoh saya masih ada



BALING: “Saya tak sangka dalam usia emas ini jodoh masih ada. Inilah ketentuan Allah,” kata Md Yusof Jamaluddin, 72, yang bertemu jodoh dengan Khotijah Ahmad, 59, selepas lima tahun menduda.
Md Yusof dari Kampung Haji Abas, Mukim Bongor, di sini berkata, selepas isterinya Che Don Zakaria meninggal dunia akibat barah usus pada 2005, dia tinggal bersama anaknya, Norita, 24.
Hasil perkongsian hidup dengan arwah isteri, dia dikurniakan lima anak dan sembilan cucu.

Katanya, dia tidak pernah terfikir berkahwin lagi, tetapi ketentuan Allah tidak mampu menghalangnya apabila bertemu jodoh dengan Khotijah dari Kampung Nering, di sini, kira-kira dua kilometer dari rumahnya.

“Gurauan rakan-rakan kerana saya menduda lama menyebabkan saya terbuka hati berkahwin lain walaupun sudah dimamah usia tetapi gembira kerana anak-anak serta cucu tidak menghalang.

“Semua anak tidak menghalang, malah mereka semua bersetuju saya berkahwin lain dan menerima ibu baru,” katanya ketika ditemui pada majlis pernikahannya di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, kelmarin.

Majlis itu meriah apabila pasangan pengantin warga emas itu turut diiringi lebih 100 motosikal selain dihadiri lebih 600 tetamu termasuk keluarga mempelai.

Anak sulungnya, Norhayati, 40, berkata, sebelum ini, bapanya tidak pernah berhasrat berkahwin lain walaupun sudah menduda sejak lima tahun lalu.

“Bagaimanapun sebulan lalu dia ada menceritakan keinginan berkahwin lain kerana sunyi dan memikirkan masa depan jika dia sakit.

“Saya berbincang dengan adik-beradik lain apa diluahkan bapa tempoh hari menyebabkan kami semua bersetuju dan tidak menghalang keinginannya,” katanya.

Menurutnya, dia sekeluarga menganggap perkahwinan itu jodoh yang sudah ditentukan Allah dan menerima ibu baru serta anak-anaknya yang lain sebagai satu keluarga dan berdoa semoga kekal sepanjang hayat.

“Kami bukan setakat menerima ibu baru tetapi juga adik-beradik baru menjadikan kami sebagai satu keluarga besar,” katanya.

Sementara itu, Khotijah berkata, dia menganggap perkahwinan itu sebagai ibadat dan berjanji menjadi isteri yang baik kepada suaminya.

“Saya akan menyayangi mereka sebagai satu keluarga besar,” katanya.

Dia yang menjanda selama dua tahun selepas arwah suaminya, Shaari Abd Wahab, meninggal dunia kerana sakit tua.

Katanya, sejak kematian suami, dia yang bertungkus-lumus mencari rezeki dengan mengambil upah menoreh untuk menyara keluarga. - Hmetro

Note: Baru 72 tok muda lagi. Beza dengan isteri baru tu pun baru je 13 tahun. Taib mahmud 74 dapat anak dara ratu cantik lubnan umur 28 tahun. Kah..kah..kah..kah..

Note: Nak tanya sikit... Anak pompuan yg umur 24 tahun nama norita tu dah kawin ke belum tok? He..he..he..he..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

GANI 4 TAHIL PULAK KANTOI MENIPU

بسم الله الرحمن الرحيم

RPK Dedah Salinan Laporan Mata Lebam Yang Disorok

Portal www.malaysia-today.net hari ini mendedahkan salinan laporan pemeriksaan ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa telah disorok dan tidak disertakan di dalam laporan Suruhanjaya Di Raja, 12 tahun lalu.

Di dalam laporan itu, Gani (gambar sebelah) mempertikai dan mempersoalkan pendapat dan penemuan hasil pemeriksaan yang dibuat doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Abdul Rahman Yusof.

Pengendali laman tersebut yang juga blogger terkenal, Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai RPK di dalam kolumnya berkata walaupun bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan ditendang keluar daripada jawatannya itu tetapi Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail yang turut terlibat dalam memalsukan laporan tersebut, masih lagi berada di dalam pejabatnya.

"Beliau terlepas dari semua salah laku yang dilakukannya yang mana ketika ini isu tersebut menarik perhatian umum.

"Lihat bukti di mana Peguam Negara mengarahkan doktor untuk mereka-reka laporan perubatan untuk mengatakan bahawa kecederaan Anwar pada tahun 1998 adalah disebabkan beliau terjatuh atau pun menumbuk dirinya sendiri.

Laporan itu ujar RPK kemudiannya disembunyikan dan tidak ditunjukkan kepada Suruhanjaya Di Raja.

"Adakah ini jenis Peguam Negara yang kita mahukan," soal beliau.

Sebelum ini, bekas pegawai polis kanan Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbukanya yang kedua mendakwa laporan Suruhanjaya Di Raja yang dipersembahkan kepada Yang Di Pertuan Agong telah dimanipulasi.

Beliau turut menegaskan Gani turut terlibat dalam menyorokkan dan memalsukan dokumen perubatan tersebut.

Sehingga kini, beliau belum lagi dipanggil oleh pihak-pihak yang berkenaan bagi memberikan penjelasan berhubung pendedahan yang dibuat itu.

Isnin lalu, Putrajaya telah memutuskan untuk menutup isu insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim 1998 “sama sekali” dengan mengetepikan dakwaan terbaru kononnya wujud unsur pemalsuan bukti oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam jawapan itu, kerajaan mengambil pendirian mengetepikan dakwaan yang dibuat oleh bekas pegawai siasatan Mat Zain bahawa Abdul Gani telah memalsukan dokumen dalam kes itu — dakwaan yang dibuat menerusi dua surat terbuka.

Sebaliknya, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, tidak perlu bagi Mat Zain membuat aduan bahawa panel bebas yang dibentuk untuk menyiasat dakwaan pemalsuan bukti telah gagal untuk membersihkan nama beliau dalam insiden itu.

Ini menurut Nazri, Mat Zain tidak pernah tertakluk kepada siasatan panel dan hanya dipanggil sebagai seorang saksi untuk memberikan keterangan.- tvs

Note: Kah..kah..kah..kah... penipu rupanya peguam negara ni.. timbang pun guna dacing purba.. tu yg senang nak menipu tu.. Kah..kah..kah..kah... timbang-timbang asyik berat sebelah jer.. tambah-tambah pun tetap 4 tahil jugak.. kah..kah..kah..kah..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...