بسم الله الرحمن الرحيم
KOTA BHARU R 4 Dis. - Penghijrahan aktres Catriona Ross untuk bertudung mengundang fitnah apabila beliau dilemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyertai parti politik pembangkang apabila aktif menerima undangan berceramah dalam majlis-majlis tertentu.
Menurutnya, sejak mengambil keputusan bertudung selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu, rakan seangkatan dalam industri hiburan yang dulunya rapat semakin menjauhkan diri.
“Rakan-rakan rapat saya yang dulu sentiasa bersama juga hilang entah ke mana. Ada juga yang menuduh saya masuk politik kerana saya banyak terima undangan majlis motivasi dan ceramah.
“Ada juga rakan-rakan dalam bidang hiburan sendiri yang menggelar saya ‘ustazah jadi jadian’ ekoran perubahan drastik yang saya lakukan selepas tampil bertudung di khalayak,” kata ibu kepada Sephia Rania Ross-Iddin.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi panel Program Bual Bicara Hijrah-Antara Usaha atau Hidayah Sempena Majlis Budaya Ilmu Perdana Maal Hijrah 2011 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini, kelmarin.
Program itu turut disertai Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah UMK, Dr Aminurrasyid Yatiban dan Dr Noorhisham Md Nawi.
Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross yang berasal dari Kota Bharu itu berkata, beliau akur dengan segala cercaan dan tohmahan yang diterima sejak berhijrah lebih ke arah kehidupan Islam kerana ia sudah menjadi lumrah.
Menurutnya, beliau selesa dengan penampilan baru itu dan bersyukur ahli keluarga dan rakan-rakan rapat semasa belajar dulu sentiasa memberikan sokongan padu kepadanya sehingga kini. Katanya, penampilannya itu tidak lengkap tanpa diserikan dengan ilmu dan sebab itulah beliau kini aktif menerima pelbagai undangan program motivasi, bual bicara, ceramah dan juga usrah.
Anak kacukan Melayu-Scotland itu berkata, melalui aktiviti seumpama itu beliau dapat berkongsi pengalaman dengan pelbagai lapisan masyarakat dan juga dapat menimba lebih banyak ilmu agama dengan membaca al-Quran dan kitab agama untuk dikongsi bersama hadirin.
“Melalui pembacaan ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan ilmu agama saya dan apabila bercakap saya bukan bercakap kosong tetapi ada fakta yang menyokongnya. Saya tidak mahu menjadi individu yang hanya menutup aurat tetapi tiada ilmu. Sebab itu saya banyak membaca al-Quran dan kitab berkaitan agama untuk memperoleh lebih banyak pengetahuan,” katanya.
Mengenai pelbagai fitnah yang dilemparkan pula, beliau menerimanya dengan reda dan menganggapnya sebagai dugaan apabila berhijrah ke jalan ALLAH SWT.
Menurutnya, apabila menerima cercaan seumpama itu beliau hanya mampu tersenyum dan mendoakan individu yang mencercanya supaya berubah suatu hari nanti.
Katanya, beliau sentiasa istiqamah dalam menjalani kehidupan supaya perubahan yang dilakukan itu selain memberi kebaikan kepada diri sendiri, ia turut dapat dirasai dan dikongsi bersama mereka di sekelilingnya.
Catriona berkata, kini beliau sibuk dengan program ceramah dan motivasi di beberapa negeri sehingga aktiviti lakonan yang masih diminati terpaksa ditangguhkan sementara waktu.
Untuk perancangan masa depan, beliau bercadang menghasilkan buku yang menceritakan pengalamannya selama ini dan perubahan yang dilakukan selepas berumah tangga dan memiliki seorang cahaya mata.
“Insya-Allah jika tiada masalah, saya akan mula menulis buku itu tidak lama lagi,” katanya. SH
Note: Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengaishi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10).
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
6 comments:
Salam Bujang,
Haru sungguh orang kita nih, apa halnya kalau betoi dia nak laksanakan hak demokrasi dia...
DJ Dave yang benggali masuk Umno pun kita tak bising... haha...
http://paklongonline.blogspot.com/
apa kah mungkin dunia terbalik suda? kalau bersuka-suka, berhibur, takda sapa larang. tapi kalau mahu sebar agama Allah,dan dekati Allah, ada je yang tak suka. Apa pun hopefully sis catriona terus tabah dan menganggap ini ujian kehidupan nya. Bibarakatillah sis.
macam kisah bebudak je... pakai tudung tu biasalah
Alhamdulillah..
Ni sola hidayah patut kita gemparkan... Sepertinya kita menzahirkan kebesaran Allah. Pujian kepada-Nya.
Tapi mentaliti orang terencat akal tak nampak begitu. Kalau otak dia sihat pun tapi hati dah gelap tak paham juga apa hikmah sebalik suatu kejadian. Tu yang ambik mudah & tak rasa apa yang menarik. Budak pun pakai tudung, ya? Betul. Tapi bebudak pakai tudung sebab fesyen, sebab pengaruh kawan pakai tudung dia pun nak pakai juga. pakai tudung tapi tak jaga hal-hal lain yang sepatut dia tinggal & tak buat apa yg patut dia buat...Nah, jauh berbeza kes Catriona Ross dulu tak bertudung pastu dapat hidayah dia rasa selesa terus bertudung & lagi da tambah mendalami Islam & lebih bertakwa!
Ok dah paham, budak-budak! Ada gua kisah ker lu panglima apa pun!
Alhamdulillah..
Post a Comment