Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, December 8, 2011

TANDA TANDA BESAR PILIHANRAYA

بسم الله الرحمن الرحيم

Radio24 Bernama Jemput Umi Hafilda Serang Anwar Ibrahim Secara Live!



Dalam sesi 'kerusi panas' di radio 24 Bernama petang tadi seorang srikandi Umno dijemput bagi sesi soal jawab panas bersama pengacara radio 24 Bernama. Srikandi tersebut bukanlah asing dalam kancah politik bertemakan 'serangan peribadi' tanahair kita. Wanita itu tidak lain dan tidak bukan ialah Umi Hafilda saudara perempuan kepada 2 lagi figura tanah air kita iaitu Azmin Ali dan juga Azwan Ali.

Seperti biasa tidak ada apa yang dapat kita dengar daripada Umi Hafilda selain daripada serangan peribadi terhadap Anwar Ibrahim. Cerita-cerita bagaimana dia amat rapat dengan Anwar Ibrahim satu masa dahulu dan bagaimana dia mengintip Anwar Ibrahim sehingga membawa kepada terbongkarnya segala tuduhan aktiviti zina dan lain-lain seumpama dengannya terhadap ketua pembangkan tanah air kita.

Mungkin bagi mereka yang mahu melihat pembangkang jatuh tersembam dalam kancah politik tanah air kita akan bertepuk tangan dan rasa puas serta 110% percaya kepada semua itu untuk dijadikan alasan kenapa seluruh rakyat Malaysia perlu menolak pembangkang.

Namun percayalah ia bukan semudah itu bagi pihak penyokong pembangkang yang 110% menganggap itu semua adalah usaha fitnah kotor dan taktik jahat dan tidak bermaruah yang didalangi oleh musuh politik bagi menjatuhkan kredebiliti pesaing secara terdesak.

Bagi mereka yang berada di atas pagar dan tidak mempunyai aliran kepercayaan terhadap parti-parti tertentu, bagaimanakah perlu kita lihat semua itu dan menimbangkannya secara rasional dan saksama agar kita mampu membuat pilihan yang tepat samada perlu menelan segala tuduhan itu atau tidak.

Sebenarnya ada dua kategori perbuatan jahat yang perlu kita jadikan sebagai ukuran dalam menilai kepimpinan.

1: Perbuatan jahat yang berlaku dalam ruang lingkup yang kita panggil 'dalam kelambu'. Contohnya tidak solat atau puasa ketika seorang diri, atau menonton filem lucah ketika bersunyian dalam rumah.

2: Perbuatan jahat berlaku bukan dalam kelambu yang tidak dapat ditutup kerana perbuatan itu mendatangkan hasil atau kesan yang boleh dilihat secara nyata dan juga memberikan kesan kepada masyarakat umum. Contohnya adalah seperti mengambil harta orang, atau membunuh manusia di mana kesannya terlihat apabila harta didapati hilang dan manusia ditemui mati.



Untuk menilai manusia yang kita tidak ada perhubungan peribadi dengannya seperti seorang pemimpin peringkat nasional dan lain-lain seumpama dengannya, apa yang boleh kita jadikan sebagai ukuran untuk menilai dirinya adalah semua perkara yang berkait dengan apa yang berjaya ditonjolkan kepada semua orang sahaja.

Kita tidak dapat menilai seseorang yang kita tidak ada hubungan peribadi secara tepat hanya berdasarkan apa yang orang lain kata. Sebagai contohnya si pulan dituduh tidak bersolat ketika berseorangan atau melancap di dalam bilik mandi yang mungkin berlaku dan mungkin tidak berlaku. Sedangkan dalam keadaan terang dikhalayak umum individu itu tidak pernah dilihat meninggalkan solat, melancap atau berkelakuan buruk.

Jika datang sifulan membawa berita dia mengendap Anwar Ibrahim melancap di dalam bilik air dan itu kita jadikan asas untuk menolak Anwar Ibrahim, ia bukanlah sesuatu perbuatan yang bijak. Sebab itulah Islam mengenakan syarat-syarat yang amat ketat dalam membuktikan segala pertuduhan sebegitu seperti perlu membawa 4 orang saksi dan sebagainya dalam kes berzina.

Segalanya membawa maksud bahawa ianya adalah sesuatu yang amat sukar untuk diadili. Dalam kes sumpah laknat yang melibatkan suami isteri umpamanya ia juga membawa maksud agar jalan terakhir adalah melepaskan urusan tersebut kepada Tuhan dan tamatkan cerita. Tunggulah akibatnya atau balasannya samada di dunia atau di sana. Ini juga membawa maksud ia adalah sesuatu yang sukar untuk kita mengadilinya. Ini menjelaskan lagi bahawa urusan dalam kelambu jangan dipanjangkan cerita.

Kenapa saya katakan sebegitu adalah kerana saya tertarik dengan soalan moderator terhadap Umi Hafilda samada dia setuju bahawa apa yang dibuat oleh Umi hafilda itu adalah sesuatu yang tidak bermoral dan tidak matang apabila menggunakan serangan-serangan peribadi hal ehwal dalam kelambu yang sukar dibuktikan.

Umi Hafilda menjawab bahawa pihak pembangkang juga tidak matang apabila menuduh Najib terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya dan lain-lain seumpama dengannya hingga Najib terpaksa bersumpah menafikan semua itu.

Bagi saya ia dua perkara yang berbeza kerana yang dituduh oleh Umi Hafilda adalah perkara di dalam kelambu yang amat sulit untuk dibuktikan sepertimana saya kata tadi, walaupun jika ia benar berlaku melainkan sitertuduh sendiri mengaku dan insaf dengan perbuatannya.

Dalam kes Altantuya pula, ia adalah satu kesalahan yang ada kesan dan boleh dilihat secara fizikal kerana adanya mayat seseorang yang telah diletupkan dan sudah pasti ada yang telah membunuhnya. Maka ia perlu dan dituntut untuk di siasat dan diadili sesiapa saja yang bersalah perlu dibawa ke muka pengadilan.

Memang menuduh bahawa Najib terlibat membunuh Altantuya bukanlah tindakan yang bijak atas dasar siasatan telah dibuat dan pesalah telah dijatuhkan hukuman dan orang yang rapat dengan pembunuh menurut penghakiman didapati tidak ada lansung pengaruh terhadap aktiviti pembunuhan tersebut. Dalam kes itu pengadilan telah membersihkan nama Najib dan bekas orang kuatnya Razak Baginda sebagai tidak ada hubungan.

Namun semua itu tetap menjadi kemusykilan dan masalah kerana rakyat tidak mempercayai institusi kehakiman dan juga institusi penguatkuasaan di negara kita. Jika ditanya penyiasat profesional terhadap kes tersebut ada sesuatu yang tidak kena memandangkan adanya hubung kait pembunuh dengan Najib dan juga Razak Baginda dan punca munculnya Altantuya dalam diari negara kita yang mana ia melibatkan transaksi yang juga nyata iaitu, satu pembelian barang yang memang ada berlaku.

Walau apapun saya lebih suka menilai sama ada baik atau tidak kepimpinan itu dengan melihat bahagian kedua yang bukan berlaku di dalam kelambu yang mana kesannya boleh dilihat. Dalam konteks kepimpinan negara, kita mahu melihat tidak adanya pembaziran, tidak adanya salah guna kuasa, tidak ada rasuah yang menyebabkan kerugian berbillion duit negara, tidak ada kejatuhan rating korupsi yang merudum satu demi satu anak tangga, tidak adanya perojek pembaziran yang menyedihkan rakyat melihatnya, tidak adanya individu yang bersalah dalam kes rasuah memegang jawatan penting melibatkan harta khazanah negara, tidak adanya pegawai kerajaan yang mengampu pemimpin negara dengan memijak prosedur yang telah ditetapkan, tidak adanya badan yang sepatutnya bebas tetapi terbukti segala tindak tanduknya tidak bebas dan condong untuk memihak dan lain-lain lagi seumpama dengannya.

Alasan utama saya adalah, sekarang ini kita nampak semua yang berlaku seperti tidak ada kesudahannya. Apabila sesuatu yang melibatkan kerajaan yang memerintah pihak pembangkang akan menuduh kerajaan mempunyai pengaruh kuat terhadap badan yang sepatutnya bebas dan telus lalu perkara yang salah terlepas dari pertuduhan.

Apabila perkara-perkara yang melibatkan kumpulan pembangkang, benda yang benar terbalik menjadi salah dan hukuman dikenakan kerana badan yang sepatutnya bebas dikuasai oleh pemerintah atau musuh politik pembangkang.

Apa yang jelas berlaku sekarang adalah kita hidup di dalam negara di mana institusi kehakiman diragui dan badan penguatkuasa pula tidak dipercayai manakala badan yang sepatutnya bebas berat sebelah. Ini bukanlah sesuatu yang asing lagi. Berbagai usaha dilakukan oleh kerajaan yang memerintah bagi membaik pulih imej badan kehakiman, badan penguatkuasa seperti polis dan BPR juga badan bebas seperti SPR nampaknya gagal meyakinkan rakyat.

Itulah masalah utama kita di negara ini. Selagi kita gagal menjernihkan semula semua institusi di atas selagi itulah tidak ada jalan penyelesaian. Setakat ini apa yang kita nampak pembangkanglah kumpulan yang memperlihatkan komitmen yang tinggi untuk merealisasikan cita-cita tersebut sedangkan kerajaan yang berkuasa nampaknya sering berdolak dalik dan memperlahankan permainan mereka walaupun mereka sering mengatakan semuanya ok.

Bagi saya kerja yang dibuat oleh Umi Hafilda dan orang-orang sepertinya hanyalah mengusutkan lagi keadaan samada mereka sedar atau tidak atau mungkin mereka sengaja mahu semua itu berterusan menjadi kusut. Hentikanlah serangan peribadi, hentikan usaha menyiram api perkauman, hentikan membakar sentimen keagamaan.

Kita perlu selesaikan perkara utama yang membuatkan negara kita tunggang langgang...kita perlu meyakinkan rakyat bahawa semua badan bebas penting di negara kita diyakini oleh majoriti besar daripada rakyat kita sebagai benar benar bebas dan berintegriti. Kita bukan saja perlu menjadikannya benar-benar telus malah dalam masa yang sama perlu dilihat telus.

Nota: Umi Hafilda bakal melancarkan portal Hafildafabulous.com pada 25 Dec 2011, nanti sempena dengan penganugerah pangkat 'Srikandi Melayu' oleh sebuah pertubuhan seni silat terkenal negara pada hari yang sama. - wartashubhi

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

2 comments:

Anak Ulu Cheka said...

tgh hantar org rumah
ada taklimat petugas PRU ni
x lama dah ni

SayangSal said...

he he he...ada kebenarannya....:) so ikut yang betul sahaja...:,,,,mari kita ramai-ramai tunggu kan pru 13....cam best jer bunyinya,....:)