Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, August 2, 2011

FUUYOOO.. LOBANG PECAH LAGI!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Selain Mismah, 52 lagi PR jadi warganegara dikesan

KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Jangan terkejut jika bukan Mismah sahaja yang statusnya penduduk tetap disebelah pagi bertukar menjadi warganegara sebelah petang, malah pertukaran serupa turut melibatkan ramai lagi.



Selepas heboh laporan menceritakan "kecekapan luar biasa" Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menukar taraf kewarganegaraan Mismah dalam masa empat jam, 52 lagi kes serupa ditemui PAS Titiwangsa.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Timbalan Yang Dipertua PAS Titiwangsa Khairul Anuar Manap mendedahkan perkara itu dikesan kira-kira jam 2.30 petang.

Menurutnya, kira- kira jam 9.15 pagi tadi, petugas IT PAS Wilayah Persekutuan dan Titiwangsa berjaya mengesan 52 orang pemilih yang berstatus penduduk tetap di dalam Rang Daftar Pemilih suku ke-2 bagi tahun 2011.



Kemudiannya senarai tersebut dikeluarkan dan disemak di dalam sistem semakan MyKad dan MyPR Jabatan Pendaftaran Negara di alamat http://www.jpn.gov.my/semakic/ dan mendapati kesemua 52 orang tersebut berstatus Permastautin Tetap atau PR.

Senarai status penduduk tetap yang di kesan itu ialah, 28 nama di parlimen Titiwangsa, Segambut (5), Batu (8), Wangsa Maju (4), Bandar Tun Razak (1), dan Lembah pantai (6).

"Petugas IT PAS wilayah terus mencetak atau "print screen" semua gambar kad penduduk tetap tersebut daripada sistem semakan JPN dan menyertakan senarai nama dan dibawa ke pejabat Suruhanjaya Pendaftaran Negara (SPR) Wilayah Persekutuan di Bangunan Yayasan Selangor, Jalan Raja Muda Abd Aziz untuk tujuan bantahan.

"Kira-kira jam 2.30, iaitu sebelum mengisi borang bantahan senarai Rang Daftar Pemilih, pegawai SPR mengesahkan kesemua senarai 52 orang itu adalah warganegara melalui sistem semakan JPN.

"Petugas PAS cuba mengesahkan semula dan ternyata semua nama tersebut telah bertukar menjadi warganegara hanya selepas berberapa jam," ceritanya.

Lebih pelik katanya, bagaimana semua 52 nama itu boleh terlepas masuk dalam rang daftar pemilih sedangkan semuanya berstatus penduduk tetap atau soalnya, apakah ada suatu komplot antara SPR dan JPN dalam usaha memenangkan parti Umno BN.

Sehubungan itu, beliau berharap agar perkara ini tidak dipandang remeh oleh pihak berkuasa dalam negara dan dapat menyelesaikan dengan kadar segera sebelum tindakan yang lebih drastik diambil.

Petang tadi, negara digemparkan dengan seorang penduduk tetap (PR), Mismah yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, bertukar menjadi warganegara dalam masa beberapa jam.

Dia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama JPN di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan.



Pendedahan dan penemuan terbaru itu bakal memberi tekanan baru kepada SPR yang selama ini mendakwa tiada manipulasi dalam daftar pemilih dan senarai pemilih sudah dibersihkan.

Menjelang PRU ke-13, dijangkan lebih banyak lagi pendedahan akan dibuat Pakatan Rakyat berhubung penyelewengan pihak tertentu dalam usaha memenangi pilihan raya dengan cara yang tidak demokratik./Harakah

Note: Ni semua ni anak najib ke apa? nama bapak pun xder.. apa punya teruk la sistem pentadbiran Malaysia ni.. nak menang Pilihanraya punya pasal sanggup buat apa saja.. hancur negara dapat pemerintah macam ni...!!!

Note: Jom semua kita turun BERSIH 3.0


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

10 comments:

rosmah betina sundal said...

patutlah najib babi ni nak guna biomatrik. mana tidaknya, mat dan minah endon ni letak jer jari dah tentu la nama dia keluar dan dah tentu la dia layak mengundi. BABI PUNYA NAJIB, JPN dan SPR ni!!

Wau Janak said...

Pernah jumpa atau berkawan dgn org bstatus pddk tetap tak dan kmudian mohon dan dpt warganegara?

lazimnya bg pmhonann warganegara oleh pmgegang mypr yg tlh diluluskn, mrk akan dapat TERLEBIH DAHULU SIJIL WARGANEGARA. pada masa ini mrk MASIH lagi memegang kad mypr merah. TAPI mereka telah sah dan diiktiraf sbg warganegara malaysia dan oleh itu layak utk daftar sbg pmilih.
Setelah dpt Sijil Wganegara itu, pmohonan ptukaran kad mypr merah kepada mykad biru dibuat dan ini dpt dilakukan dlm masa sehari bg kes tertntu.
jd tidak heran kalau semakan dlm online status masih mypr tp sebenarnya dia sorg warganegara krn telah memiliki sijil warganegara.

apa pun kita tunggu terlebih dahulu pnjelasan pihak berwajib.

rosmah betina sundal said...

PR mendapat IC BIRU..gunakan no ic seorang wanita status PR (640704715238) - Mismah, dan lihat resultnya... tekan link ni ->http://www.jpn.gov.my/sema​kic/index.php

DERAP REVOLUSI said...

bro wao janak. satu masalahnya mereka ni semua xder bapak ke? kenapa mereka tidak berbin dan berbinti? yg keduanya bila masa plak di Malaysia ni dapat ic boleh terus mengundi? dah gila ke apa? pagi tengok masih lagi ic merah.. bila heboh2 tengok lagi sekali petang dah jadi ic biru plak. yang lagi pembohongnya terus berdaftar dgn SPR (bermakna boleh terus mengundi). logik ke? rakyat malaysia sendiri yang umurnya telah 21 tahun dan telah layak mengundi dari had umur pun klau tak berdaftar dgn SPR masih x boleh mengundi lagi. kalau hari ni sesiapa yang berumur 21 tahun pergi daftar dgn SPR pun kena tunggu pengesahan dari SPR selama beberapa bulan dahulu sebelum layak mengundi. bro.. org mcm lu boleh la umno tipu.. bro.. lu ingat ni zaman batu ke nak tipu org muda?

Kak Mahh said...

Risau juga ...akak takut nanti ic akak bertukar warna pulak...sebab tak mengundi..????

Anonymous said...

korang.. bahasa jagela sikit ye.. nak2 ni bulan puase . ^^ nanti kurang pahale.. soe lau terase..

Kamal Sanusi said...

Antara lirik kebanggan Untuk Melayu No Otak dan BTN adalah...

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
.
..
...
Bumi dipijak milik orang...

Mmg betui dah, makin lama makin kecik bumi yg meLAYU dok pijak ni hok milik dia. Seharusnya sebelum tiada bumi langsung yg meLAYU dok pijak milik meLAYU, elok diberikan sepakan penerajang kluar semua pemimpin puak Untuk Melayu No Otak tu.

Anonymous said...

Nak menang punya pasal mana punya pendatang asing pun dapat jadi kerakyatan malaysia.. sikit hari lagi jenayah semakin bertambah.. budak lombok, banjar, jawa dan bugis mampu berjalan dengan medabik dada.. ini malaysia juga negara gue.. lo mau bilang apa.. gue juga punya IC biru macam lo..

Anonymous said...

bro DerapR, pmgang mypr yg tlh jd warganegara dan miliki Sijil Warganegara layak utk daftar jd pmilih. tdk ada yg kata dia terus layak mngundi. sbb itu semakkn dlm spr permohonan sedang diproses.
org tak cakap, tp lu ckp. lepas tu lu spin sendiri walhal lu yg cakap bro. rakyat bukan bodoh skrg. rakyat akan baca tiap kata dan ayat. tidak mudah tertipu melainkn yg taksub mcm tuan.

Nightroad said...

susah dh ni bro... hope Agung cmpur tgn dn arahkan SPR ikut tuntutan Bersih...

diorg dh snggup gadaikan keselamatan negara..