Mati dibelasah sebab kutuk famili kenalan di Facebook

gambar hiasan
KULIM (Kedah): Akibat mengutuk hal peribadi keluarga kenalan wanitanya melalui laman sosial, Facebook, seorang lelaki dibelasah hingga mati menggunakan topi keledar oleh dua lelaki dipercayai abang wanita itu.
Mangsa, Allahyarham Mohd Amran Romli, 20 tahun, dimasukkan ke Hospital Kulim selepas kejadian pada 8 malam, Jumaat lalu, di Taman Tiram, Lunas, dan disahkan mati akibat pendarahan dalaman kepala, Ahad lalu.
Encik Mohd Amran dikatakan diserang dua lelaki - iaitu abang kenalan wanitanya, berusia 25 dan 26 tahun - di belakang sebuah pasar raya di taman itu.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Ghuzlan Saleh, berkata dalam pergaduhan itu kepala mangsa dihentak dengan kuat dengan topi keledar, menyebabkannya pengsan dan dikejarkan ke Hospital Kulim.
'Mangsa mengenali wanita itu melalui Facebook, tetapi hubungan mereka mula menghadapi masalah.
'Sejak itu mangsa dikatakan sering mengganggu kenalan wanitanya melalui Facebook, selain turut mengutuk hal peribadi keluarganya. Wanita itu kemudian mengadu perbuatan mangsa kepada dua abangnya.
Kedua-dua suspek ditahan untuk membantu siasatan kerana membunuh. -- BHM.
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
8 comments:
sampai macam tuh sekali? hmm
astaga !
"bagusnya" fb ni....
Kulim...tpt ku !
ha kan tak pasal2... niat nak puaskan hati masing2,... sampai membunuh org.. ha jawab la nanti........
'Bagus'nya ada kebebasan bercinta, syoknya ada access to FB, ada abang untuk hentak orang, ada helmet untuk jadi senjata membunuh... nikmat hanya sekejab/sebentar tapi yg lebih untung adalah syaitan yg menggoda & menghasut. Kalaulah kita lebih berhati-hati ...hmmm!
buat malu org kulim ja...;p
salam..Mohd Amran tidak pernah mengutuk sesiapa di laman facebook..telah berlaku salah faham di antara 2 pihak..tiada bukti kukuh yang mendakwa dia mengutuk di facebook..arwah seorang yang sangat baik,tak mungkin dia melakukan perbuatan itu..arwah telah menceritakan perkara sebenarnya kepada saya dan minta namanya di bersihkan dari tuduhan itu..Mohd Amran telah di aniaya hingga menyebabkan kematian beliau..Arwah telah di aniaya dan di tuduh atas kesalahan yang dia tak pernah lakukan sehingga menyebabkan kematian..Allah maha mengetahui semuanya..Allah selamatkan orang yang di aniaya..al fatihah buat Mohd Amran tersayang..amin..
Post a Comment