Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, June 1, 2011

"BIR HALAL" HARAM


بسم الله الرحمن الرحيم





PADANG SERAI: Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak meminum sejenis bir yang didakwa halal oleh syarikat pengedarnya kerana didapati mengandungi alkohol melebihi had yang dibenarkan syarak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus.




Katanya, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam.

"Bir Halal" Mengandungi Alkohol | Aku Macam Pernah Minum Air Buah-Buahan Ni...

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Perghhh, tengok balik kedua gambar ni aku teringat satu peristiwa....mungkin saya sepatutnya kongsi dengan semua supaya jadi pengajaran dalam menitik beratkan soal makan minum ni. Kecoh seketika apabila bir yang dikatakan halal mengandungi alkohol..Dalam berita tak dinyatakan pula brand apa, tapi rasanya semua brand hampir sama saja..




Aku tengok balik gambar tu betul2, aku teringat sesuatu...rasa aku pernah minum dah air "Bir Halal" ni...pergghh, tak kan aku minum arak kot. Tergoncang juga hati ni, mungkin kesilapan aku sendiri. Istighfar panjang teringat balik. Perkara ni jadi waktu aku hadir program ni sebuah masjid besar di sebuah negeri, aku perlu rahsiakan tempatnya secara jelas tetapi program ni adalah berkaitan dengan Misi Kemanusiaan Gaza. AKu hadir sekadar menjadi pemerhati dan ingin melihat perkembangan tentang misi tersebut.




Sebelum mula program tu, aku pusing2 area masjid, banyak orang jual macam-macam barang. Kebetulan waktu tu tekak dah terasa sangat haus, berpusing-pusing aku sekitar gerai-gerai tu. Aku bukan sendirian tetapi dengan beberapa lagi orang kawan. Kebetulan waktu tu aku terpandang ramai orang mengerumi satu gerai ni, penjual berkopiah berjubah mempromosikan air buah-buahan daripada negara Arab. Awalnya aku cuma tengok2 saja, tak terdetik pun nak beli..



Salah seorang kawan aku tiba-tiba nak try minum, kami pun beli dua botol, lain2 perasa. Lagipun banyak ,kongsi saja dengan lain. Aku minum sikit saja, memang terasa lain macam juga air ni...tak macam air buah-buahan pun. Aku minum dua tiga teguk dan bagi pada kawan yang lain...tekak kering sangat waktu tu. Kawan lain juga tak mampu nak habiskan, air masih berbaki buang macam tu saja...tak terfikir pula, air "buah-buahan" ni ada alkohol, yang jual tu pula pak haji, gerai dalam masjid lagi...jauh sekali terfikir soal halal haram tu..

Moga Allah mengampuni dosa-dosa kami yang tidak mengerti dulu. Peringatan kepada diri dan sahabat2, lepas ni kena beringat sebelum makan atau minum sebarang minuman/makanan. Perlu jelas kehalalannya, kerana yang haram itu akan membentuk daging dalam tubuh dan diakhirat menjadi bahan bakar api neraka, Na'uzubillah...moga Allah mengampuni dosaku...perkara ni menjadi pengajaran yang bermakna dan tidak akan berulang lagi. - mohamadazhan.com

Note: An-Nu'man bin Basyir berkata, "Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, 'Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.'" (HR. Bukhori)


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

3 comments:

mamawana said...

Assalam, ziarah sini.

lavenderlover said...

semoga kita semua berada dalam keadaan yg sentiasa mengingati halal dan haram dlm membeli mkanan & minuman..semoga dlm redhaNya..amin..

awal ahmad said...

salam saudara/i

saudara tulis di situ,"Dalam berita tak dinyatakan pula brand apa, tapi rasanya semua brand hampir sama saja.." ini bermakna saudara/i tidak boleh meletakkan gambar brand2 minuman seperti itu, contohnya barbican. barbican adalah halal, even di masjidil haram pn ade jual benda tu.
tahukah saudara once org baca dan dah blacklist barbican yang tidak bersalah itu.

sekadar memberikan pandangan, salam.