بسم الله الرحمن الرحيم
DAPSY membantah cadangan untuk memanjangkan tempoh Program Latihan Khidmat Negara dan program tersebut sepatutnya dikaji semula
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mencadangkan supaya Program Lathan Khidmat Negara (PLKN) dipanjangkan tempoh latihannya kerana mendakwa bahawa tempoh 3 bulan yang dilaksanakan sekarang tidak mencukupi untuk menerapkan "semangat patriotik" di kalangan pelatihnya.
Sejak mula dilaksanakan pada tahun 2003, PLKN telah dibelenggui dengan pelbagai kontroversi dan masalah. DAPSY membantah cadangan untuk memanjangkan tempoh latihan tersebut kerana ia bukanlah faktor utama samada program tersebut berjaya memupuk semangat patriotik di kalangan anak muda kita. Sekiranya Menteri sendiri mengakui program tersebut tidak berkesan untuk memupuk "semangat patriotik", ia sepatutnya dikaji semula secara komprehensif sama ada patut diteruskan atau sebaliknya.
PLKN memakan belanja yang begitu besar yang mencecah RM560 juta setahun. Sekiranya tempoh tersebut dipanjangkan, maka tanggungan kerajaan untuk program ini akan bertambah berlipat ganda. Adakah ini wajar dalam keadaan kewangan negara ketika ini yang terus mengurangkan pelbagai subsidi untuk barangan keperluan yang menghimpit kehidupan rakyat? Malah, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sendiri telah menyarankan supaya PLKN dikaji semula.
Pada masa yang sama, Ahmad Zahid juga mengatakan bahawa PLKN akan memperkenalkan modul baru untuk mendidik para peserta tentang kepentingan untuk mengundi apabila mereka mencapai umur 21 tahun. Saya mempersoalkan tujuan sebenar mengapa PLKN begitu beria-ia untuk memperkenalkan modul ini walaupun peserta PLKN belum pun layak untuk mendaftar sebagai pengundi. Sekiranya kerajaan benar-benar ikhlas untuk mendidik orang muda tentang sistem demokrasi, ia sepatutnya dimulakan di Institusi Penggajian Tinggi Awam (IPTA) kerana merekalah yang berhak mengundi dan merupakan golongan yang sepatutnya digalakkan untuk mengambil berat tentang perkembangan politik negara dan sistem pilihanraya dan bukannya terus dibantutkan pemikiran mereka di bawah AUKU.
Apakah niat PLKN ialah untuk memainkan peranan tambahan kepada Biro Tatanegara untuk terus "membasuhi" pemikiran anak muda kita dan memprogramkan minda anak muda bahawa maksud mengundi itu adalah mengundi Barisan Nasional? - Kenyataan media oleh Loke Siew Fook di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 27hb Mei 2011
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
0 comments:
Post a Comment