Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, May 6, 2011

FILEM KOREA PUNCA SEORANG GADIS DIPERKOSA DUA KELAKI

بسم الله الرحمن الرحيم

Kerana Filem Korea, Gadis Diperkosa Bergilir-gilir

KUALA LUMPUR: Gara-gara terpengaruh menyaksikan filem terbaru Korea terbaru, seorang wanita berusia 23 tahun dirogol dua lelaki di sebuah rumah di Manjalara, Kepong, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa bijak diperdaya seorang lelaki berusia lewat 20-an yang dikatakan baru dikenali menerusi laman sembang sosial sejak dua bulan lalu untuk mengikut ke rumahnya sebelum dirogol.

Menurut sumber polis, mangsa pada mulanya dihubungi suspek sebelum mereka bertemu di sebuah restoran di kawasan Kepong, di sini.

“Keghairahan mangsa terhadap filem Korea digunakan suspek dengan mengatakan dia sudah menonton filem berkenaan di rumahnya selepas membeli cakera padat video (CD) beberapa hari lalu.

“Suspek mempelawa mangsa ke rumahnya untuk menonton filem berkenaan. Pada mulanya, mangsa menolak kerana bimbang dengan keselamatannya,” katanya.

Sumber polis berkata, bagaimanapun selepas makan dan diyakinkan suspek bahawa dia tidak akan menyentuh mangsa selain berjanji menjaga keselamatannya, wanita terbabit bersetuju.

“Malah, suspek dikatakan memberitahu dia tinggal berseorangan kerana rakan serumahnya pulang bercuti di kampung.

“Mangsa dibawa ke rumah suspek dengan sebuah motosikal. Sebaik tiba, suspek mengarahkan mangsa masuk ke biliknya dan menonton filem berkenaan dengan menggunakan komputer miliknya manakala, suspek turut berjanji menunggu mangsa di luar sambil menonton rancangan televisyen,” katanya.

Sumber berkata, kira-kira 30 minit, suspek masuk ke dalam bilik sebelum memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya.

“Mangsa cuba melawan tetapi gagal.

“Penderitaan mangsa tidak berakhir begitu saja sebaliknya turut dirogol rakan serumah suspek yang pulang selepas itu,” katanya.

Selepas dirogol, mangsa dihantar pulang ke rumah dan suspek mengarahkannya supaya tidak membuat laporan polis selain berjanji akan bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

Namun, selepas dinasihatkan keluarga dan rakan, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Difahamkan, kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) dan sehingga kini suspek masih belum ditahan polis namun pihak berkuasa sedang memburu mereka. - Hairan M



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

8 comments:

Mashe said...

astarfirullah halazim.. haish.. x tau nak ckp apa da....

shigellazoster said...

kesiannye.. tapi silap juga g percya.. adoi...

Kak Mahh said...

Senang aje dia percaya pada orang lain...

Amuraria said...

AMAT MALANG GADIS-GADIS MESIA MUDAH PERVAYA PADA SESIAPA SAJA YANG BARU DIKENAL,LAGI PARAH SUKA PULA PERCAYA PADA MAMAT-MAMAT AFRIKA YANG SAH BANYAK KAKI KELENTONG ! WASPADA SEBELUM KENA !

alin said...

rasa marah pulak ngan lelaki tu..pandai plak berkata2..hishhh!!!

atikNAOshi said...

alahai...@#$% pegi percaya watpe..
hishh..yg pmpn tu dok gatal g jmp llki xkenal sape suh...eee geram tol la!

linn said...

ape daaaaa...
macam nih mudahnya percaya kat orang..

isk isk

NDBJ said...

ASTAGHFIRULLAHALAZIM..
subhanallah..macam macam. moga kita semua terlindung dari semua ancaman bahaya and sentiasa dibawah lindungan dan RAHMAT-NYA..