بسم الله الرحمن الرحيم
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini membidas perangai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kononnya Kerajaan Kedah lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab membantu mangsa kepada Pusat.
Beliau menyifatkan, Muhyiddin dan Umno hanya menginginkan publisiti murahan dalam melakukan misi kemanusiaan.
“TPM kata saya lepas tangan. Pernah pejabat saya hantar surat ke KL (Kuala Lumpur) minta selesaikan masalah? Tak ada. Saya tak pernah tulis kepada PM (Perdana Menteri) tolong saya. Saya tak pernah tulis surat Shahrizat mai tolong saya.
"Dia turun pun pi Tunjang bukan tempat banjir. Kaki kasut dia pun tak basah. Nak cakap apa ...” katanya dalam satu interbiu bersama akhbar rasmi PAS, Harakah.
Minggu lepas, seramai 50,000 penduduk Kedah terpaksa dipindahkan apabila rumah mereka ditenggelami air akibat bencana banjir terburuk dalam sejarah negeri. Rumah Azizan sendiri turut ditenggalami air.
Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil turut mendakwa bahawa kerajaan negeri ‘lembap’ dalam memberikan pertolongan kepada mangsa banjir.
Kenyataan Shahrizat dibidas oleh ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mengatakan bahawa kenyataan Shahrizat itu bersifat melampau tatkala semua agensi kerajaan negeri tengah bertungkus lumus menyelamatkan mangsa banjir, kehadiran Shahrizat hanya bertujuan untuk bermain politik.
Di samping itu, Azizan turut mempersoalkan kelewatan Muhyiddin untuk mengunjungi kawasan banjir di Kedah.
“Setelah tujuh hari bencana berlaku, baru (beliau) datang meninjau mangsa banjir. Air banjir pun sudah surut dan sebahagian (mangsa) balik ke rumah masing-masing. Sepatutnya datang lebih awal, baru nampak situasi sebenar,” kata Azizan, sambil menambah bahawa timbalan perdana menteri telah pergi ke tempat yang salah untuk mendapatkan maklumat yang betul.
“Kita ada Jawatankuasa Bencana Alam peringkat negeri diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, bilik gerakan banjir peringkat daerah termasuk semua agensi terlibat seperti polis, tentera, sektor awam bekerjasama dengan baik. Tiada sentimen politik langsung.
“Saya terkilan kerana apa yang disebarkan tidak betul. Sepatutnya datang negeri orang, kenalah tanya saya dulu mengenai perkembangan terkini. Bukan buat andaian semata-mata,” katanya lagi.
Selain itu, Azizan turut mengkritik kehadiran Muhyiddin ke negeri itu yang disambut dengan bendera-bendera Barisan Nasional di Stadium Sultan Abdul Halim.
"Pasang bendera BN di Stadium Sultan Abdul Halim ketika Muhyiddin nak turun. Maka jadilah lebih publisiti daripada misi kemanusian. Saya datang tak ada bendera PAS atau Kedah iring saya," bidas Azizan. -Harakah
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
15 comments:
Salam,
Saya tidak menyokong apa2...tp sy tgk tindakan menteri besar menjawab soalan wartawan di tv3 di berita tadi nampak tak professional kerana tetiba memarahi apabila ditanyakan soalan.
Sy rasa tuan blog tak patut la letak tajuk artikel mcm tuh...siapalah diri kita untuk menilai sesama manusia sedangkan kita juga tidak sempurna. Jika betul ingin meluahkan pendapat tidak perlu sampai memburukkan orang lain atau seumpamanya....biarlah org lain buat tp jgn kita pulak buat benda yang sama. I hope you take it with open heart lagi pun mmg blog u pun ditulis sbg satu perkongsian jadi sy di sini ingin berkongsi pendapat.
=p
thanks
to farah D,
bagus jugak kalo dpt org yg bangang n pekak cam ko ni, sebab ko xkan marah, n x bnafsu uk marah ataupon ko ni lahir2 dah jenis bingai x berakal. kuikuikikiukii...
name pon tgk tv3suku...
bagus2!
kepada Anonymous,
Dhla bagi komen atas nama anonymous, takut ke? hahahah napa tak taruk nama sebenar je? siapa yang makan cili diala terasa pedasnya. saya dh bgtahu itu pendapat saya, marah tak salah tapi buat la dengan cara berhemah. dalam agama pun ajar tak elok mengikut nafsu...kesian la tgk orang2 mcm awk ni berfikiran terburu-buru dan nak memburukkan orang lain padahal agama sendiri dah ajar takkan tak tahu plak.
Bagi pendapat dan marah tidak salah asalkan kena gaya dan tempat. biarla orang tgk pun berhemah. Kalau saya pekak, dan bangang pun at least saya tak mengata orang dan kutuk-kutuk orang sebarangan mcm yang awk buat. Saya tegur tajuk article ini pun sebagai satu cadangan. Terpulang la bagaimana setiap individu menilai.
Salam.
farahD
Saya rasa pihak media harus lebih professional di dalam menceritakan sesuatu perkara dengan tepat dan benar tanpa ada motif disebaliknya serta tidak double standard.
Anda mungkin tidak pernah menjadi mangsa banjir tetapi saya sendiri mengalaminya dan saya tahu siapakah yg lembab, siapa yg kering.
Kalaulah media bertindak professional rasanya anda sendiri akan tahu apa yg sebenarnya berlaku di dalam aspek pengurusan banjir tersebut.
Alhamdullillah, dgn adanya internet, rakyat dapat tahu juga perkara yang sebenarnya dan rasanya memang sesuai sangat tajuk posting ini dan saya rasa Sharizat Jalil pun sama jugak mencari publisiti murahan agar dapat menang dlm PRU-13 nanti.
Wakakakakakakaka............
Salam Kamal Sanusi,
Saya setuju dengan pendapat saudara mungkin mereka patut lebih prihatin, saya sendiri pun mmg tak pernah alami banjir.
Tapi isu yang saya cuba ketengahkan adalah bukan sebenarnya pasal banjir atau pasal tindakan mana2 menteri. Tapi kita sebagai blogger tak seharusnya ,membuat article yang memburukan apatah lagi mencaci dan seumpamanya. Kalau kita nak tegur,biarlah dengan cara yang lebih berhemah. Supaya orang faham akan rasionalnya dengan lebih baik.
Saya pun tidak berminat tentang politik atau seumpamanya...cuma memberi pendapat agar kita sbg penulis blog lebih prihatin.
Thanks for the comment yea =p
beremosi itu perlu, baru lah org sedar dan nmpk yg kita tersangat2 lah tidak setuju dgn apa yg berlaku dan apa yg diperlakukan..kalau takat tego dgn berhemah dgn org yg mmg dah hati busuk..xjalan nye cik kak hoii..sbb 2 la org pmpn bkn di jadikan utk memimpin..tp untuk di pimpin..skian..
Afif kedah,
En.Afif ni faham ke maksud berhemah? Hemah bukan maksud lemah gemalai sampai pijak semut pun tak mati. Hemah tuh harus la dengan pendirian tetapi dengan budi bicara yang baik. Kalau orang dh busuk hati takkan la nak lawan dgn gaya busuk hati jugak ? itulah maksudnya berhemah. saya juga tak nampak apa kelebihannya kalau orang yang berhati busuk lawan dgn gaya orang yang berhati busuk jugak.
Skerg ni byk juga lelaki yang sudah tak terpimpin..diri sendiri apatah lagi, inikan pula golongan wanita yang seharusnya dipimpin oleh lelaki. beremosi tak salah tapi jgn smpi nk mencari pahala tp dosa pula yang kita dpt.
wassalam.
mcm ni je la.. hang cuba pikiaq mai. kalau aku ni MB kedah aku pun akan jadi mcm tu. Hangpa semua dah la dok goyang kaki, dok bukak internet dak tgk tv. aku ni dok pikiaq mcmana nak seatle 50,000 lebih rakyat aku yg dok kena banjir ni. dah la hang hang xnak tolong, pastu hang dok kata aku macam2 lagi. hang cuba pikiaq mai..
kalau zaman rasulullah dah tentu org2 mcm hang ni saidina umar dah pancung kepala hang..
farah, hang baikkk punya sound awat hangpa igt hang cukup baik ka? hang ada datang bantu ka? hang ada huluq apa2 sumbangan ka? atau hang pun sama mcm syarizat dan muhyiddin, baikkkk punya balun tapi mai kasut pun x basah..
bro farah.. hang xpayah cerita bab dosa pahala la weii.. hang tuhan ka nak cerita dosa pahala org? hang selak kain hang dulu sebelum mai tgk sluaq dalam org.
Sebagai pemimpin dia tak harus melenting...malah macam nak bergaduh pulak....
Dan pasal bantuan banjir tu pulak...walaupun MB kata dia turun tak bawak bendera apa kebenda...tapi bungkusan bantuan tetap berbulan purnama....
Dan...ceritanya bantuan kerajaan negeri cuma dibedak2 kat penyokong sahaja....yang kat Changlun ni pulak harem takde wakil besar kerajaan negeri...setakat hantar ADO baru.....
Inilah dia bangsa meLAYU tak habih-habih dok bergaduh sana sini pasai bantuan banjir.
Cuba la hampa contohi Tzu Chi Buddhist Foundation yg mai rumah ke rumah bagi bantuan, tarak sapa tau pun. Bagi depa, publisiti tak perlu yg penting bantuan sampai ke tangan penerima.
Yang meLAYU pulak, dok tunggu org besaq-besaq mai baru nak huloq. Dah tu, dok kena isi borang sampai 1 rim kertas. Beratoq mcm org Afrika ternganga nak bantuan. Tunggu laaaaa sampai wartawan dan org besaq tu sampai.
Kalo MB pi bagi bungkusan ada lambang bulan, apa salahnya dibuat coverage dlm media massa utama? Yg depa siap pacak bendera um-NO di semua kenderaan membawa bantuan dari Jab Kebajikan Masyarakat apa ker hal? Barang org lain, pi mengaku barang sendiri. Malu betui...
Clear yg meLAYU ni muka welpair...
Wakakakakakakaka............
wahai orng2 umno yang masih menolak islam..blog murahan ini bkn lah cara perjuangan islam dan cara perjuangan yang dibawa oleh pas dan para ulama..
blog ini cumalah blog murahan yang dibuat oleh seorang yang jahil agama yg hanya menyokong pejuang2 islam yang sbnr..
jd jngn lah senang2 nk kaitkn islam,perjuangn islam melalui politik dngn pemilik blog ini..ia sama sekali tiada kaitan..dan hal ini merupakan kesalahan individu ini shja..dan bknnya kesalahan islam mahupun alim ulama yg sdng bertungkus lumus memperjuangkn islam melalui politik,dakwah dll lg..
Pertama sekali, informatif blog. Tetapi untuk post ni sy ade beberapa point nak timbulkan:
1)Knp Azizan ni mmpersoalkn kelewatn Muhyidin kalo dia x kesah atau x nk bantuan dr Kerajaan pusat? Memgla die lmbat smpai sebb tu kan negeri orang. Nape nk sibuk2dtg cepat2 kn..Tempat dituju tk kesah la.Yang penting bantuan disampaikan ke org yg sepatutnya.
2) Azizan kata tanya la die psl perkembgn terkini kalo nk dtg negeri dia. Tp kenapa bila pihak media je yang tanye pun, layan org mcm xde hormat dan budi bahasa.
3)Sy rasakn kalo kerajaan pusat x bg bantuan, dh lama kerajaan akn dikutuk. bukan begitu? so, apa salahnye kerajaan minta kerajaan negeri bantu bersama2? Kalo Azizan dh tolong kata je la dh tolong. Dh hbs cerita. Dia ade peluang utk menyangkal ape yg Muhyiddin kata.Malah kalo Azizan benar die akan berani menyangkal statement Muhyiddin.Nape dia tak berani ckp depan media. Tp layan media wartwan umum mcm defensive.Tak perlu nk buat/timbul isu.Dan leps tu xkan ade isu nak kata sape nk dptkan publisiti murahan.
Sekian.
hehehe.. nadia.. aku tanya hang satu perkara sama berulang2 kali.. hang marah x? aku dok pikiaq mcmana nak selesaikan masalah 50,000 lebih rakyat tapi hang dok tanya perkara yg sama berulang2 kali. ada akai ka? masalah pemberita ni ini la kerjanya.. dia akan provok2 sampai org marah pastu jadikan berita hangat. pemberita mcm ni apa hasilnya? dapat menyelesaikan masalah ka?
ok.. hang kata azizan mempersoalkan kelewatan muhyidin. hang jumpa kot mana? dia x mempersoalkan kelewatan muhyiddin dia cuma kata datang pun dah seminggu setelah air dah surut lepas tu kata kerajaan negeri tak buat apa2.
jadi org bkn pertikaikan datang atau tidak.. ada bantuan atau tidak.. masalahnya disini dalam keadaan sepatutnya kita x kira kaum pangkat atau perti kita kena la bantu membantu. ini tidak.. datang dah la lambat.. bukan datang kat banjir plak tu.. lepas tu senang2 kata org x buat kerja.. kata org x bertanggugjawab.
jadi siapa yang busuk skrg ni? siapa yg hangatkan cerita ni dulu? muhyiddin yasin dan syahrizat atau ust azizan?
siapa yg sebenarnya busuk lagi memualkan?
jadi lain kali kalau xnak datang dan x nak tolong duduk diam2. org pun x cakap apa2. ini konon buat2 nak tolong tp dalam masa yg sama kata org mcm2.
aku cuma nak hangpa tau sesuatu. aku dok sama2 ust azizan kehulu kehilir dari pagi sampai ke pagi membantu penduduk kampung. hang xda kat sini x payah sembang lebih2. hang pun sama macam pemberita dan menteri hang.. cuma pandai cakap saja. tp langsung xmau pikiaq apa yg hang kata.
farad d ke nadia ke annoy ke..korang ni bodoh kot..beria ia bebenor nampaknya..
pertama ..depa ni boleh minium kopi sama..tepuk peha lagi bila jumpa..yang hangpa bagainakgila melalak nape...
hangpa ada apa apa ke..farah d marah orang tak tulis nama..hang gambar tunduk macam chimpanzi malu malu..tak ke sama..
tak payah le mengaku penulis blog..hang ngaku penulis surat layang boleh kot..
yang korang nampak yang sensasi sikit..yang beri panduan..nasihat ..barang barang ada najis contohnya..korang tak ucap terima kasih pun..
T.T.,
post ini dilink ke sini > http://bit.ly/gucY4E
Jazakallah khair
Post a Comment