Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, September 29, 2010

DITIPU RM1.7J KERANA TAK FAHAM BAHASA INGGERIS

بسم الله الرحمن الرحيم

Pemandu lori ditipu rakan RM1.7j


MICHAEL (berdiri dua dari kanan) menunjukkan senarai hutang yang terpaksa ditanggung oleh Seik Kuang (kanan sekali) selepas ditipu oleh rakannya di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu lori berpendapatan Rm2,500 sebulan mendakwa dirinya berhutang sebanyak RM1.7 juta selepas ditipu seorang kenalan lelakinya yang berjanji menjadikan dia usahawan buah-buahan kira-kira dua tahun lalu.

Pengerusi Biro Aduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong berkata, Lim Seik Kuang, 51, ditipu rakannya yang dikenali sebagai Ah Hock sejak 2008 selepas mendakwa diminta menandatangani dua dokumen perjanjian yang kononnya diperlukan untuk membuat pinjaman perniagaan.

"Seik Kuang yang tidak tahu berbahasa Inggeris hanya menandatangani dokumen tersebut tanpa bertanya kandungan dokumen itu.

"Ah Hock menipu Seik Kuang dengan mengatakan dokumen itu bagi tujuan pinjaman bank untuk memulakan perniagaan," kata beliau kepada pemberita di pejabatnya di sini semalam.

Micheal berkata, Seik Kuang turut diminta supaya menukar alamat dalam kad pengenalan kononnya bagi memudahkan proses pinjaman tersebut.

"Lelaki itu menyuruh Seik Kuang menukar alamat di kad pengenalan yang baru dengan alasan setiap pinjaman bank yang ingin dibuat mesti disertakan dengan maklumat latar belakang," kata beliau.

Lelaki itu juga memberikan Seik Kuang antara RM200 hingga RM300 setiap kali lelaki itu menandatangani dokumen di bank dan ini menyebabkan dia mempercayai lelaki tersebut.

Seik Kuang hanya menyedari dirinya ditipu setelah menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) dari sebuah bank pada 20 September lalu kerana dikatakan terlewat membayar ansuran bulanan kereta sedangkan dia tidak memiliki kenderaan berkenaan ketika itu.- Kosmo


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

3 comments:

Almy said...

Kekadang yang paham inggeris pon xbaca sampai habis..student juga selalu ditipu..

ana said...

betul kata amy...tak faham bahasa inggerus pun kdg2 kena gak tipu...apatah lg yg tak tau.

Bro Framestone said...

susah nk percaya org2 zaman skrg nie kan huhuhu

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House