Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, October 18, 2009

SIAPA LEBIH MEMBOSANKAN

Bismillahirahmannirahim..

Bilangan perempuan dikatakan lebih ramai berbanding lelaki. Tidak hairan, kini lelaki mempunyai banyak pilihan jika mencari pasangan. Barangkali kerana itu lelaki selalu 'pasang' lebih daripada seorang teman wanita atau isteri.

Teori demand and supply menjelaskan segalanya.

Bagaimanapun, seperti lelaki, perempuan mempunyai 'taste' tersendiri. Masakan mereka memilih teman lelaki atau suami secara semberono.

"Dia kacak tetapi membosankan, " antara kenyataan mereka.

'Bosan', perkataan membawa maksud subjektif.

Mungkin perempuan boleh menjelaskan maksud perkataan itu mengikut pengertian mereka jika dihubungkaitkan dengan lelaki. Lelaki pula mungkin jarang menyedari sikap dan tingkah laku mereka membosankan perempuan. Maklumlah, keegoan majoriti lelaki dikatakan tinggi.

Tetapi perempuan juga tidak dapat lari dari hakikat sebenar. Mereka juga mungkin membosankan pada pandangan lelaki. Justeru, lelaki mempunyai takrifan perkataan sama jika dihubungkaitkan dengan perempuan.

Kongsikan di sini, siapa lebih membosankan? Mengapa?


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

18 comments:

Unknown said...

Ada orang perempuan kalu bercakap sampai tak sempat tarik nafas. Punyalah panjang tak henti henti selagi tak sampai 20,000 perkataan sehari. Jangan dilayan, tukar topik cepat2.

Alimaz-Kembara Terasing said...

tak semua perempuan bercakap sampai tak sempat tarik nafas...ada juga lelaki yang banyak berahsia...apa guna berkahwin kalau tak jujur...itu lah lelaki yg paling membosankan hidup aku....bg aku lelaki/suami yg jenis begini baik jer layan ala kadar.....kalau lelaki/suami yg tak jujur/banyak berahsia lebih baik buat tak reti ja dari makan hati.....

BUJANG SUSAH said...

hehehehe.. dah start gaduh dah.... tp xper kdg2 gadoh2 tu la yang menambahkan lagi kasih sayang... hehehehe

Gaya peneroka said...

PEREMPUAN LAH YANGMEMBOSANKAN...CONTOH SEMASA BELUM KAWIN BERAT BADAN 48KG JER..DAH KAWIN BERAT 76KG...
TAK MACAM SAYA NI...SAMA JER....JANDA TENGUK LANGSUNG TAK MEMBOSANKAN....
KAH....KAH....KAH...

BUJANG SUSAH said...

hahahahaa.... bang... jangan sampai org rumah terbaca ni... kena tido luar nanti... hahahahha

saiful anwar said...

salam..

bosan ke x bosan ker.
terpulang kt depa la..
yg penting kita yg laki2 ni mesti cari yg berakal dan beragama.
ya x?

salawat

Anonymous said...

hi thanks..

kuyie said...

bosan suatu perasaan yang xkira dialami oleh lelaki atau perempuan (rata2 manusia xingin bosan -kalo bleh nk heppy n bahgia slalu)...
namun ia juga akan datang secara diundang ataupun tidak...

*kadang2 kawe pon bosan jgk...dan kawe pon agak membosankan....heeee~

Mario said...

kalau pegi blog pompuan semua ada lagu...kalu best takpe jugak...mmg bosan la cam gini ... hehehe
tapi...kenkadang best jugak lagu dorng letak tu...
(cover balik bro)heheh

Anem Arnamee said...

Salam.

masing2 membosankan bila tiba ketikanya.;p

shahirahkhairudin said...

salam encik BUJANG :D

hurm..dua-dua ade sisi bosan masing-masing kot..sy ade banyak kali jugak jumpe dengan lelaki-lelaki bosan..sampai saya naik bosan dengan deorg..
dan kdg2 sy rasa diri sy membosankan org..sebab ade lelaki yg saya jumpe, mase mula-mula je selalu contact..lame2..humph..mcm tahi ayam..mula-mula je panas..hehehe=)

manusia ni mcm2 variasi. ade yang sesuai dengan cara kita..ada yang tak sesuai dengan cara kta..

so..pandai-pandai la..

BUJANG SUSAH said...

X tau laa.. sy sendiri pun xder isteri lagi... makwe pun xder... sebab bosan la tu agaknya... hehehhehe

Paksu Ki said...

Lelaki dan perempuan sama-sama bosan..

Situasi Pertama
Si suami kaki bola, kalau nak bergebang dengan isteri yang tak minat bola memang bosankan.

Situasi Kedua
Si Isteri minat drama bersiri Indon, malang si suami x minat langsung dan menyampah, si isteri cuba kongsi cerita dengan suami dan si suami buat do no aje... bosankan..

Jadi yang tidak bosan bila perasaan kasih sayang antara suami dan isteri sering dipupuk untuk kesejahteraan rumahtangga.

Anonymous said...

salam...4 me lelaki yg paling membosankan ialah lelaki yg kuat merajuk, banyak membebel mcm perempuan dan bila bercakap asyik nak menang jer...

al-lavendari said...

bosan kalau benda yang sama dilalui hari2. gunakan kreativiti dan inovasi untuk mempelbagaikan penampilan, gaya, cara, susun atur dsb.

Al-Atiff said...

ada benar pendapat2 kat atas ni.. tapi yang paling ketara, yg prmpuan tuding lelaki, yang lelaki tuding perempuan.. (mesti diri je yg best.. :P )

sebenarnya, bosan tu global.. smua org rasa bosan.. camner nak atasi je.. kadang2, ngan tdo pun leh atasi rasa bosan.. bangun2 je balik kdg2 dpt ilham..

lelaki, perempuan.. dua2 makhluk, ada hati, ada perasaan, ada naluri.. boleh pupuk, yang bosan jadi menyenangkan.. jangan bila dh bosan, ditinggalkan.. macam2 alasan diberi..

kadang2 kita perlu 'membosankan' orang, supaya org tak anggap kita ni selalu hebat.. hehe..

Kerja keras adalah energi kita said...

bosan kalau benda yang sama dilalui hari2. gunakan kreativiti dan inovasi untuk mempelbagaikan penampilan, gaya, cara, susun atur dsb.
istilah kata bohai
dan asik men

Surau Al-Ghafur said...

Salam 'alaykum...
Komen ana..
Bila dah nama manusia, sesuatu perasaan konfem ade dalam diri...manusia ni memang dicipta untuk berperasaan (erm..maksud ana mempunyai perasaan...). X kira la bosan ke,sedih ke,marah ke,takut ke..sume ade..

Allah jadikan makhlukNya dengan sebaik2 kejadian, dan dengan perasaan sebenarnya menyempurnakan hidup kita...hidup x berperasaan, konfem x syok..

cuba bayangkan kalau kita x bosan dengan semua benda, mesti semua kita nak...haru la dunia..huhu..kadang2 kita kena lepaskan sesuatu perkara buat sementara, untuk kebahagiaan..

hehehe..ntah ape la ana mengarut..
sekadar pendapat..