Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, October 20, 2009

ISTERI BERHAK CERAIKAN SUAMI

Bismillahirahmannirahim..

Berita baik utk penyokong SiS : Isteri berhak ceraikan suami. Tapi kena gostan kebelakang semula la.. pakai cawat, xyah pakai bra... makan babi dan kera.. hehehehe...

Calon suami masyarakat Orang Asli Jahai perlu memenuhi beberapa syarat sebelum diterima untuk berkahwin, antaranya perlu mendapatkan madu lebah tanpa disengat lebah.





SUKHAIMI KASWAN, 51, merupakan seorang guru sebelum meletak jawatan dan beralih arah dalam bidang penyiaran pada tahun 1996 lalu. Beliau yang berasal dari Batu Pahat, Johor kini menjadi seorang pengarah di sebuah syarikat penerbitan drama dan dokumentari iaitu Q-PLEX Communication Sdn. Bhd. yang beralamat di Taman Seri Manja, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.Itu kisah kerjayanya yang terkini, namun pengalaman menjadi penerbit eksekutif sebuah dokumentari mengenai Orang Asli Jahai di Kampung Sungai Kejar, Hutan Belum Banding, Perak amat mengujakan beliau.Gambaran suku Orang Asli itu ialah mereka berkulit hitam, berambut kerinting halus, hidung pesek dan bermata bulat serta memberi nama kepada ahli keluarga yang diilhamkan daripada alam sekitar seperti pisang, keledek dan teratai.Bahasa atau dialek yang digunakan ialah bahasa Asli Utara, selain kebanyakannya tinggal di kuala sungai dan persisiran tasik.Unik sekali, menurut Sukhaimi, rumah mereka berbentuk pisang sesikat yang dibina daripada buluh dan beratapkan daun bertam dan tepus yang sekali gus memberi pengalaman baru kepada pengarah terbaik Festival Filem Dokumentari Malaysia 2009 ini."Pengalaman menghasilkan dokumentari pada awal tahun lepas (2008) ini memerlukan saya dan enam orang krew lain menaiki bot sejauh 60 kilometer. "Kemudian kami perlu meredah hutan sepanjang 30 kilometer lagi untuk sampai ke perkampungan mereka bersama seorang pakar alih bahasa kerana mereka tidak percayakan orang luar," ujarnya membuka bicara.Sukhaimi mengambil masa tiga bulan membuat kajian akademik mengenai Orang Asli Jahai tidak menafikan kaum itu masih mengamalkan kehidupan primitif."Sebahagian kecil daripada mereka iaitu dalam lingkungan 100 orang masih hidup secara primitif mengikut sejarah nenek moyang mereka dahulu walaupun sebahagian besar mereka kini hidup dalam suasana moden."Bukan tidak ditawarkan oleh Jabatan Kebajikan Orang Asli (JHEOA) untuk berpindah dan rumah yang selesa cuma mereka lebih selesa dengan situasi yang diamalkan sekarang."Tetapi pihak Jabatan Kesihatan Perak dan JHEOA akan datang ke perkampungan mereka sekurang-kurangnya tiga kali sebulan untuk menyelia tahap kesihatan dan kebajikan," ujarnya. Malangnya kata Sukhaimi, Orang Asli Jahai kurang mahir dari aspek ekonomi."Mereka bergantung kepada ekonomi sara diri dengan menanam ubi keledek dan mencari hasil hutan seperti rotan, akar kayu, tongkat Ali, kayu gaharu yang dijual kepada peraih sebagai punca pendapatan."Tetapi dari segi urusniaga mereka sering tertipu dan terkeliru. Not kertas RM50 dianggap kecil berbanding not RM1 sebanyak 10 keping hanya kerana kuantitinya tidak banyak.


KAUM wanita Orang Asli Jahai berperanan sebagai ketua institusi kekeluargaan walaupun suami masing-masing yang keluar ke hutan mencari rezeki keluarga.


Selain itu, Sukhaimi juga meneliti rutin harian mereka yang mandi menggunakan air tasik tanpa menggunakan sabun serta menggosok gigi menggunakan arang.

Bagi menambah sumber makanan, Orang Asli Jahai ini mencari madu dan menangkap haiwan seperti kera dan babi.

"Walaupun terdapat binatang buas seperti harimau dan gajah, hubungan mereka dan haiwan buas begitu aman tanpa wujud 'persengketaan'," jelas Sukhaimi.




Wanita cari pasangan

Sukhaimi memberitahu, Orang Asli ini terkenal dengan keunikan amalan perkahwinan dan kehidupan berkeluarga.

"Sebenarnya, wanita yang mencari pasangan mereka. Kriteria suami pilihan pula terpulang kepada keinginan wanita terbabit seperti kuat, peramah dan sebagainya. Tetapi wanita yang bersuami mempunyai kuasa untuk bertukar suami.

"Walaupun sudah berkahwin, wanita yang tidak lagi menyukai suaminya boleh menceraikan pasangannya itu bagi mencari yang lain. Kesian suami itu," ujar Sukhaimi sambil ketawa.

Salah satu adat rasmi yang diamalkan Orang Asli Jahai ialah pasangan suami isteri diharamkan bertegur sapa dan bercakap dengan mertua dalam posisi dekat selain mempunyai orang tengah sebagai penghubung komunikasi.

"Dikatakan amalan ini dilakukan untuk menolak bala. Wanita berperanan menjadi ketua institusi keluarga biarpun suami sendiri yang mencari rezeki. Isteri pula membuat kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh dan mengangkut air dengan buluh.

"Calon suami pula perlu memenuhi beberapa syarat sebelum diterima berkahwin, antaranya perlu mencari madu lebah tanpa disengat lebah.

"Ada juga calon yang perlu mengambil bunga di dalam hutan sebagai syarat selain tidak boleh bermalam bersama isteri untuk tempoh yang ditetapkan bomoh," katanya.

Peranan Tok Batin

Kalau berlaku kematian atau wabak penyakit, Orang Asli ini mengadaptasi dengan mengamalkan kehidupan nomad dan berpindah-randah.

Mayat mereka yang mati akan diletakkan dalam sebuah pondok bertingkat dan tidak dikebumikan. Bahagian atas untuk mayat orang tua manakala mayat kanak-kanak di bahagian bawah.

Roh si mati dipercayai dapat melindungi mereka yang masih hidup.

"Mereka juga akan berpindah jika berlaku pertambahan bilangan dalam komuniti. Begitu juga jika terjadi perbalahan kecil kerana keperluan makanan.

"Lazimnya, Tok Batin atau ketua kaum akan bertindak sebagai penyelesai masalah sekiranya timbul perbalahan," ujar Sukhaimi.

Walaupun hanya dua bulan menetap di perkampungan Orang Asli ini, Sukhaimi yang sudah 'jatuh hati' dengan keringkasan kehidupan mereka mahu persekitaran tersebut kekal sebegitu.

"Cuma bagi anak kecil, mereka perlu diberikan peluang pendidikan sewajarnya demi meningkatkan taraf hidup mereka pada masa kan datang. Jika peluang itu ada, Orang Asli juga boleh berjaya," ujarnya
--


6 comments:

Teja Evalea said...

seb bek org btu pht..
klu jb, naya hai.. huhu

Anonymous said...

ade lagi org sush mcm ni kn?
cian kt dorg...huhu

Kak Ton said...

Saudara,


Dalam Islam, seseorang Wanita memang ada hak untuk "menceraikan" suami dengan cara menuntut fasakh.


Dalam lafaz takliq pun ada sebut hak-hak ini. Walaupun suami tak setuju, tapi dengan perintah mahkamah bersama dengan bukti-bukti yang bersabit - pembubaran perkahwinan itu boleh dilakukan melalui hakim mahkamah.


http://resipihidup-bersamasuzana.blogspot.com/2009/03/mohon-cerai-bukan-satu-dosa.html


Islam tu adil.


--tak rugi dapat ilmu baru kan?--

BUJANG SUSAH said...

Alhamdulillah.. terima kasih atas komen kak Ton. Ada bezanya meminta cerai dgn menceraikan kak. Jika suami melafaskan cerai maka jatuhlah talak 1 keatas isterinya. Tapi jika isteri yang melafaskannya walau beribu kali sekalipun tiada jatuh apa2 talak.

Jika diamati dari posting ini, adakah cara mereka menceraikan suami mereka bertepatan dgn hukum islam? wallahualam.

Terima kasih atas ziarahan kak Ton. maafkan hamba yang x berilmu ini andai ada silap dan salah. wassalam.

Werdah said...

Salam,

Hendaknya adalah pendakwah kpd mereka yg masih belum memahami Agama yang lurus ini.

lalink7 said...

Suku kaum Orang Asli nie memang berlainan sangat dengan budaya kita..ini kalau yang pinggir bandar kalau jauh ke pedalaman ke kelantan lagi daif hidupnya..
kebetulan saye tgh jalankan kajian berkaitan OA di Kelantan pedalaman..macam2 pengalaman yg sy dapat...