Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, November 11, 2010

ARAHAN JAUHI RIBA

REPOSTING

Bismillahirahmannirahim..



UMAT islam perlu berhati-hati agar tidak terlibat dalam kegiatan riba termasuk dalam membeli rumah.

MELIHAT kepada situasi hari ini, semakin mudah untuk seseorang itu terlibat dengan amalan riba. Bank-bank dan syarikat-syarikat insurans konvensional mengamalkan riba dalam transaksi harian mereka.

Apabila individu mendapatkan pinjaman daripada bank-bank konvensional atau membeli produk-produk insurans daripada syarikat insurans konvensional, secara automatik individu tersebut akan terlibat dengan amalan riba.

Riba jika dilihat dari segi istilah bermaksud mengambil atau mengenakan tambahan ke atas harta atau nilai pokok atau modal secara batil. Ada beberapa pendapat dalam penjelasan makna riba.

Secara umumnya riba boleh disimpulkan sebagai pengambilan tambahan, baik dalam transaksi jual beli mahupun pinjam-meminjam secara batil yang bertentangan dengan prinsip muamalat Islam.

Ia sebagaimana firman Allah SWT yang maksud-Nya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu...(an-Nisaa' : 29)

Di dalam al-Quran, perkataan riba ini diulang lapan kali di dalam empat surah iaitu surah al-Baqarah, ali-'Imran, An-Nisaa' dan Ar-Rum.

Ini menunjukkan bahawa pengharaman riba itu diturunkan secara berperingkat- peringkat seperti juga pengharaman arak kepada manusia.

Dalam Surah Ar-Rum ayat ke-39, Allah SWT telah menerangkan unsur negatif yang terdapat dalam riba. Riba itu tidak dapat memberikan apa-apa faedah sekalipun di sisi Allah SWT.

Sebaliknya, orang yang mengeluarkan zakat itulah yang akan dilipat-gandakan pahalanya serta mendapat keredaan Allah SWT. Inilah teguran pertama daripada Allah SWT kepada pengamal riba.

Riba telah disepakati oleh seluruh ulama akan pengharamannya dan ia juga diharamkan oleh semua agama. Allah SWT melaknat mereka yang melibatkan diri dengan riba.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Rasulullah melaknat pemakan riba, pemberinya, dua orang saksinya dan juru tulisnya". (riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, An Nasa'i dan Ibn Majah)

Riba adalah salah satu dosa besar. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil). (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Terlibat dengan riba menjadi sebab mendapat kemurkaan Allah SWT. Pemakan dan pemberi riba sebenarnya mereka memerangi Allah SWT dan Rasul-Nya sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya. (al-Baqarah: 278)

Al Qurtubi menyebut bahawa tiada dosa yang lebih buruk dari riba sehinggakan Allah SWT sendiri begitu tegas di dalam firman-Nya dengan mengisytiharkan perang.

Setiap manusia mempunyai kehormatan diri yang sangat tinggi termasuklah dalam soal hartanya. Tidak wajar mencabuli harta yang dimilikinya kerana ia dikira mencabul kehormatannya. Riba adalah salah satu bentuk pencerobohan ke atas harta orang lain secara batil.

Sebagai contoh dalam pinjaman, sebarang pertambahan ke atas nilai pokok yang diberikan dianggap sebagai mendapatkan habuan tanpa ada susah payah malah diperolehinya di atas kesusahan orang lain.

Oleh itu Islam mengharamkan riba untuk menjaga maruah seseorang daripada sewenang-wenangnya dicerobohi.

Islam sangat menggalakkan sifat tolong menolong di antara satu sama lain. Firman Allah yang bermaksud: ...dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah... (al-Maidah: 2)

Falsafah di sebalik pinjaman dalam Islam ialah untuk memenuhi keperluan seseorang yang dalam kesusahan, memupuk semangat tolong menolong dan untuk menyuburkan kasih sayang di antara satu sama lain.

Dengan mengenakan caj tambahan yang kadangkala berganda-ganda melenyapkan nilai-nilai mulia ini malah dengan amalan riba ini telah menyuburkan sikap mengeksploitasi dan menindas golongan yang sedang dalam kesusahan.

Akhirnya lahirlah manusia yang tamak, mementingkan kepentingan sendiri dan menjadi hamba kepada harta.

Islam mengharamkan riba kerana ia bercanggah dengan fitrah kehidupan manusia di mana setiap individu perlu menjadi anggota atau unsur kepada produktiviti. Akan tetapi menerusi amalan riba ini menyebabkan manusia menjadi malas untuk berusaha dan hanya memikirkan bagaimana hendak melipatgandakan keuntungan di atas keringat orang lain.

Akhirnya harta tidak berkembang dan hanya berlegar di kalangan orang-orang kaya sahaja. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan) dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda. (al-Rum: 39)

Riba juga akan membuka pintu keburukan dan menghilangkan keberkatan harta serta kehidupan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa". (riwayat Ahmad)

Pengamal riba dikira telah melakukan dosa zina ibu bapa sendiri seperti sabda Rasulullah SAW: "Riba mempunyai 73 pintu, riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya..." (riwayat Ibn Majah dan Al-Hakim)

Riba itu boleh terjadi dalam dua keadaan iaitu semasa berjual beli ataupun berhutang. Dalam perbahasan kitab fikah ia disebut sebagai Riba Buyu' (riba dalam jual beli) dan Riba Duyun (hutang).

Riba Buyu' adalah berlaku pertukaran barangan ribawi yang berbeza dari segi kuantitinya seperti menukarkan 1 kilogram (kg) beras jenis A dengan 2 kg beras jenis B atau berlaku penangguhan dari sudut masa seperti membeli emas secara hutang. Dalam konteks semasa riba jenis ini boleh berlaku sebagai contoh dalam urusniaga mata wang asing (forex).

Barangan ribawi ialah medium pertukaran seperti emas, perak, mata wang dan makanan asasi seperti beras, gandum dan sebagainya. Jual beli yang melibatkan barangan ribawi ini hendaklah mematuhi syarat yang ditetapkan agar tidak berlaku transaksi riba seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda: Emas hendaklah dibayar dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tepung dengan tepung, kurma dengan kurma, garam dengan garam, bayaran harus dari tangan ke tangan (tunai). Barang siapa memberi tambahan atau meminta tambahan, sesungguhnya ia telah berurusan dengan riba. Penerima dan pemberi itu sama-sama bersalah. (riwayat Muslim)

Riba Duyun adalah riba yang berlaku dalam urusan pinjam meminjam, iaitu apa-apa penambahan ke atas amaun pokok sama ada penambahan tersebut dijanjikan oleh peminjam atau ditetapkan oleh pemberi pinjam semasa akad atau semasa apabila telah berlaku default.

Sebagai contoh, seseorang memberi pinjam kepada sahabatnya RM10,000. Semasa beliau memberikan wang tersebut beliau menetapkan kepada sahabatnya supaya membayar lebih RM500 ke atas nilai pokok tersebut daripada awal lagi atau mengenakan caj sebanyak lima peratus jika sahabatnya gagal membayar ansuran atau sahabatnya berjanji untuk membayar lebih sebanyak RM300.

Semua senario ini adalah contoh mudah senario transaksi Riba Duyun dalam pinjaman. Riba jenis ini banyak berlaku di bank-bank konvensional masa kini seperti pinjaman dalam membeli kereta, membeli rumah, pinjaman peribadi dan sebagainya.

Berdasarkan hujah-hujah yang diberikan sama ada daripada ayat-ayat al-Quran, as-Sunnah dan praktis semasa bank-bank dan syarikat-syarikat insurans konvensional pada hari ini, ia menunjukkan amalan riba membawa kepada lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada individu mahu pun ahli keluarga mereka.

Justeru, sebagai ahli masyarakat yang bertanggungjawab serta mementingkan keadilan dalam setiap perkara, seharusnya kita mempromosikan perbankan Islam dan produk-produk yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat Takaful, sebagai alternatif dan jalan penyelesaian daripada terlibat dengan amalan riba.

Sekurang-kurangnya, kita telah berusaha untuk memberi jalan keluar kepada masyarakat daripada terus bergelumang dengan amalan riba yang sememangnya dilaknat oleh Allah SWT.
- Oleh WAN JEMIZAN WAN DERAMAN

Note:

Berkatalah Ibnu Abbas r.a.: “Tidak diterima dari pemakan riba sedekahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya.” (Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224)

Rasulullah SAW bersabda: “Riba mempunyai 73 pintu. Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.” (HR Ibnu Majah, 2/764; Al-Hakim: Sahih menurut syarat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda: “Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali.” (Musnad Ahmad , 2/225; Ad-Dar Qutni, hlm 295; Albani mengatakan sahih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadis Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103)

Rasulullah SAW
bersabda: “Jauhilah tujuh dosa besar: Syirik, Sihir, Membunuh tanpa hak, Makan harta anak yatim, Makan riba, Lari dari medan peperangan (kerana takut) dan Menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil).“ ( HR Bukhari dan Muslim)

32 comments:

Briged Akhdor LR2 said...

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.


surah al-baqarah ayat 278 & 279

DaliaLiyana said...

alhamdulillah amsih ade yg sudi ingat menginagti..terimaksih..syukran jazilan....

Anonymous said...

blog bujang susah tiada bezanya dngn prinsip umno..mencampur andukkan antara islam dan cr kafir..penuh dngn dakwah2 islam..peringatan ayat2 suci alquran..hadith..baca shja pd atas skali blog ni..mengambil dr petikan ayat alquran..seolah2 sdng memperjuangkan islam di jalan yg benar..tp blog ini menyesatkan umat islam..menyebabkan ada umat islam fikir itu semua dibenarkan jika untuk didahwah..sehinggakan caci maki nya amat keterlaluan..mendedahkan aurat yg keterlaluan..marah orng dedah aurat..marah istri pm dedah aurat..tp dia dedah auraat perempuan2 kt sini x pe..dedah lelaki masukkan tangan dlm seluar dalam perempuan,pegang dada perempuan,dedah peha perempaun..bercampur aduk islam dngn bnda2 haramm..blog murahan..jelas blog ini menggunakan islam untuk melepaskan nafsu kemarahannya..sesiapa yg masih membeza cara bujang susah adalah bersubahat sama..mereka adalah musuh agama..sengaja mencampur adukkan agama,ayat2 suci alquran dengan gmbr2 lucah,aurat,dan kata2 yg penuh kesat..sesat lagi menyesatkan umat islam..bawalah cr pendekatan islam yg sbnr kalau betul pun nk bela islam yg makin hancur di malaysia.klu benar nk tegakkan hudud.tp bkn begini caranya..

bukti2 blog ini mmg menghina dan menambah aib islam sbb campur aduk perjuangan islam dngn gmbr2 aurat,dan maksiat:

GAMBAR LELAKI MASUKKAN TANGAN DI DALAM SELUAR DALAM PEREMPUAN..BEGINIKAH MENYEBARKAN SYARIAT ISLAM DI INTERNET?
http://rubbertapperz.blogspot.com/2010/10/restoran-power-tak-payah-makan-pun-dah.html

DEDAH PEHA PEREMPUAN..SAPA NK BELA CR BEGINI DIBENARKAN DALAM ISLAM??
http://1.bp.blogspot.com/_5R1ybpzs3n8/TDm6_Mrp33I/AAAAAAAAEsg/cBGcg2DG-CU/s1600/0.jpg

GMBR ORNG SDNG BUAT PROJEK..CUBA BUKTI DR SEGI MANA2 PENDPT ULAMA MAHUPUN FATWA YG MEMBOLEHKAN PENDEDAHAN GAMBAR SEBEGINI DIDEDAHKAN
http://rubbertapperz.blogspot.com/2010/10/budak-sekolah-layan-seks-tepi-jalan.html

AIB YANG DASYAT,AURAT,DAN TIADA KENA MENGENA DNGN ARTIKEL
http://rubbertapperz.blogspot.com/2010/10/wanita-punggung-besar-kurang-risiko.html

sedangkn aib itu boleh dibuka jika untuk menyatakan kebenaran..tp gmbr yg terakhir itu hanya di edit..malah tiada kaitan dngn perkara yg dibincangkn..ini jelas bkn cara islam..kesimpulannya,blog ini mmg telah menimbulakn aib dan fitnah dlm islam.campur aduk maksiat,aurat,makian dngn ayat2 suci Allah.sesiapa yg mengiakan apa yg dibuat sama2 tanggung dosa sbb redha dngn musuh agama ni

Anonymous said...

BLOG MURAHAN INI YG JELAS MENCAMPUR ADUKKAN ANTARA ISLAM DENGAN MAKSIAT,PENDEDAHAN AURAT DAN MAKSIAT YG KETERLALUAN,CACIAN DAN MAKIAN MELEBIHI BATASAN..DAN BLOG INI TIADA KAITAN DNGN ULAMA2 YG MEMPERJUANGKAN ISLAM DAN TIADA KAITAN DNGN PAS..

JD JNGN PANDANG SERONG PD PAS..BLOG INI CUMA LAH SEORNG PENYOKONG PERJUANGAN ISLAM.DAN KESALAHAN,KESESATAN YG DIBAWA INI ADALAH KESALAHAN DIRINYA SHJA..

JNGN KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGAN..JIKA DIKATAKAN YG MANA SATU NILA DI DALAM PERJUANGN ISLAM..MAKA BLOG INILAH NILA YG MENJADIKAN ROSAK SUSU SEBELANGAN..

SESIAPA YG NK MEMBELA BUJANG SSH TERUSKAN..MAKA ANDA SEDNG BERSUBAHAT DNGN DENGAN DIA,BERSUBAHAT KRNA MEMBAWA FITNAH DI DLM ISLAM..MENCAMPUR ADUKKAN ISLAM,AYAT2 ALLAH DAN HADITH DNGN BNDA2 MAKSIAT,AURAT DLL LG.BERSEDIALAH MENANGGUNG AZAB NERAKA JIKA TIDAK MAHU BERTAUBAT..

Puteri said...

ade org ckp ptptn bukan riba
sbb pratusn dy amik sikit..
tp xtaula
itu yg org ckp.. hehe

sy xtrlibt ngn ptptn
bkn pminjm
atu prkrja

hamba Allah said...

oii anon..ko rasa cara ko menegur tu btl ke?ke ko jeles ngan blog bujang susah ni...klu brani kasi la btl stakat anon nampak sgt pengecut..x salah ko tegur tp jgn keterlaluan..brapa bnyk posting dlm blog ni cth2 yg ko beri tu je yg ko nampak..x semua berkaitan lucah..ko baca la semua dlm blog ni..ke ko suka tgk pic2 mcm tu?fikir positif la..apa2 pun nawaitu seseorang tu lbh penting jgn menuduh sebarangan..

BS teruskan perjuangan anda..biasa la setiap apa yg kita buat mesti ada yg x puas hati
jadikan komen tu sbg pembakar semangat..

Tok Ketampi said...

Tv3, rtm, astro dan yg lain2 pun bila keluar berita berkenaan pelacuran mereka tayangkan pelacur2 yang kena tangkap. bila time iklan mereka memperagakan tubuh2 wanita.. bila time ceramah agama, tadarus alquran dan segala program agama ustaz dan mufti datang jugak.

jadi apa masalahnya dgn blog ni anon. apa maksudnya dengan campur aduk? adakah blog ni ada letak gambar2 lucah di site bar dia? cuba ko tengok kat bawah sekali pada blog ni. tengok apa kenyataan BS berkenaan gambar2 yg dipostingkan.

hihihi.. yg ko x puas hati sgt dgn BS ni kenapa? hihihi...

Anonymous said...

kepada hamba Allah..jngn cpt sngt mengata.cermin diri anda dlu.anda berlagak anda ada identiti.tp bila klik x de pun blog anda.x de gmbr anda ke,biodata anda ke apa ke.jd x de beza la anda nga annon2 yg lain..jd jngn berlagak..maaf aku x de blog.jd ak terpaksa komen kt sini..bkn penakut mcm kamu.

ko ni mmg ternyata cetek pemikiran..masalah nya blog ini membawa perjuangn dan syariat islam..dipenuhi dngn ayat2 alquran,dan hadith..termasuk jgk nasihat2 alim ulama..tp pd masa yg sama mendedahkn gmbr2 yg dilarang dlm islam.mendedahkan gambar lelaki memasukkan tangan ke dlm seluar dalam wanita.

http://rubbertapperz.blogspot.com/2010/10/restoran-power-tak-payah-makan-pun-dah.html


benar kah begini cara menyampaikan dakwah islam.perlu ke smpi ke tahap menunjuk lelaki sedang menyetuh buah dada wanita.tnjk pula peha gebu wanita.ingt,blog ini lbh cenderung kearah islam krna bnyk ayat2 Allah,hadith dan nasihat2 islam di dlm nya.jd ia mesti dijaga sbb membawa nama islam.sdngkn jika blog bkn membawa nama islam pun dah haram dedahkn bnda2 cani,inikn pula blog yg membawa perjuangan islam.tanya lah pendpt alim ulama kalu kamu x yakin apa yg aku perkatakan ni.

jd aku tegur atas dasar etika krna dia sdng mencampur adukkan antara islam dngn kemaksiatan dan keterlaluan.ustaz zaharuddin prnh mendedahkn dosa jika mendedahkn aurat kita,keluarga kita ataupun aurat orng lain di dlm internet...ok,baik lah jika demikian..teruskan membela,menyokong jg mendokong akan semua kemaksiatan yg dibuat di blog ini..mudah2han mendapat sama share dari blog ni diakhirat kelak..insyaAllah..

Anonymous said...

kamu tanya kenapa aku tak puas hati kan?sbb ianya melibatkan agama aku,akidah aku,dan maruah agama aku..kalau kamu tidak berpuas hati akan apa yg aku perkatakan diatas,ayuh silakan bertanya pula alim ulama..adakah blog ini menepati kehendak islam/syara'..dan adakah islam membenarkan perjuangkn islam dngn cara yg blog ini sdng buat lakukan..aku cabar ko tanya.dan kasi skali laman web ni kat ustaz mahupun ruang soal jawab agama.tak pun ko cari lah alim ulama terdekat dngn ko untuk pertanyakan hal ini.dah ko rasa ko betul sngt..ingt,bela2 jgk..kamu akan menanggung apa yg kamu bela ini di akhirat kelak..wallahual'lam..

p/s-bujang ssh,tengok lah..kamu telah berjaya menyesatkan pengikut setiamu.krna mereka telah pun berpendpt ini semua tidak menjadi apa2 masalah..sdngkn ia sebaliknya.krna bertentangan dngn cr islam.perjuangkn lah islam.tp biarlah pd garis2 syariat..nk senang cnth tngk lah kebanyakkan webside ustaz2,ataupun alim ulama dlm mahupun luar negara.

Tok Ketampi said...

ermmm.. anon.. ada nama x semestinya ada blog la. kan boleh letak nama apa2 pun. org maksudkan senang la kalau nak rujuk kat anon yg siapa2 yg komen. soalan aku nape ko x jwb lagi?

Tok Ketampi said...

abis tu ko dah buat apa? apa yg ko buat untuk selamatkan agama ko? komen kat blog org tu dah kira selamatkan agama ke? dah confirm masuk syurga ke?

Anonymous said...

ok aku faham..maafkan aku..tp apa2 pun tolong pertimbangkn apa yg aku perkatakan..dan rujuklah alim ulama akan hal yg aku bangkitkan ni..

"hihihi.. yg ko x puas hati sgt dgn BS ni kenapa? hihihi..."

kn aku dh jawab..krna ia melibatkan agama aku,akidah aku,dan maruah agama aku.aku wajib bersuara setakat yg aku mampu.dan aku protes krna blog ini bnyk dikaitkn dngn ayat2 suci Allah,hadith,dan pandangan alim ulama,tp tiba2 dicampur gaul kn sekali dngn gambar2 maksiat yg keterlaluan yg mana ulama mengharamkan ianya didedahkan.ianya suatu aib dan memberi kehinaan kpd agama islam.krna ini bkn cr islam.aku protes sbb ia melibatkn aib islam.ok,bye

Anonymous said...

mmg ak atau kamu x comfirm masuk syurga.tp aku tegur bnda yg mmg bertentangan dngn syariat..hmm..kalau mcm tu ustaz yg tegur orng yg bertentangan dngn syariat tu sbb dia ingt dia masuk syurga ke??ceteknye pemikiran kamu mendakwa orng yg menegur bajet masuk syurga.blaja lagi ok..

k la..ak gerenti tak habis.bila penjelasan diberikan nampaknya masih tak nak faham maka teruskan ok ye...byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
:) :) :)

hamba Allah said...

haha..anon dah ngaku kalah..xde pendirian nampaknya..x salah ko menegur tp jgn la keterlaluan..ko tgk kat bwh blog ni apa BS tulis..jgn nak cari kesalahan org sj tu namanya membuka keaiban org gak..sy x kata penyokong setia BS tp sy suka cara penulisan dia..x semua isu agam tp lbh global..klu awk x suka blog ni x pyh la na marah2..klu awk nak tegakkan islam nape x komen kat blog yg anti islam?dan bnyk lg la..cara mcm ni je ke awk nak selamatkan agama?

Anonymous said...

tiada kaitan dngn annon yg kt atas-aurat dan haram didedahkan bkn hanya batang zakar,lubang kemaluan perempuan dan puting teteknya shja..

bkn bermakna bila tidak dedahkn puting tetek tp dedahkan buah nya dikira tak haram dan tak berdosa.

dan tak bermakna bila tak dedahkan lubang kemaluan wanita tapi hanya dedahkan pehanya maka bukan haram lg.

segala yg melibatkn aurat haram didedahkan.harap kamu2 yg masih jahil tolong faham ye

jd aku fikir penentangan ini ada asasnya.sbb blog ini mcm ala2 bawak perjuangn islam..patut ditegur

Anonymous said...

dr annon asal-mana ko tau aku tak tegur blog2 yg x nk islam..mane ko tau aku tak dakwah.jd ko ingt bila aku tegur blog bujang ssh ni maka aku ni pro umno la..pro sekular la..bengap ko ni.ko bila menentang orng yg sama2 mendokong perjuangn islam ko pikir orng tu sokong umngok.aku tentang ssb dakwah di blog ini campur aduk islam dlm bnda2 haram.dh bercampur kebenaran dngn bnda2 Allah murka.

jd aku bersuara..ada aku ckp secara mencarut dlm menegur bujang ssh..klu bnda ni pun ko dh rasa teruk teguran aku,pastu teguran makian yg mengalahkan alim ulama di dlm ni x lagi teruk ke??

ko ni pandai2 je tahu aku x menegur orng yg x nk sokong ulama..ko nk berlagak bomoh ke.hehe...bye

p/s=-tahniah bujang ssh,ini adlah pengikut acuan anda yg setiap :)

-end-

Anonymous said...

bkn bermakna bila aku tegur dan cuba dakwah bg orng2 yg x nk cara islam,maka aku akan biarkan aja apa yg dibuat orng yg sama2 sealiran dngn aku walaupn dia bwt perkara haram..aku bkn cam ko,mentang2 sama2 sokong ulama ko iakan shja walaupn caranya dah menyimpang

hamba Allah said...

wahhh semakin marah nampaknya anon kat atas..sabaq na..mmg ok ko tegur menegur..utk kebaikan..tp nampak sgt ko x suka blog BS ni..cuma cari kesalahan yg sikit tu je..posting2 yg ajak ke arah kebaikan ko x pandang sikit pun..biar la wahai anon..hanya BS dan Allah sj yg tau niat sbnr BS..klu ko x suka..pas tegur ni..x payah la melalak2 kat sini..sy x kata sokong BS ikut apa sj yg dia buat dlm blog ni..mana yg baik jadikan cth..msg2 punya pendapat sendiri..dan sbg pembaca yg ada otak leh fikir semua tu..cuma ko sj yg begitu sensitif..

PUPPETS said...

DALAM RAMAI-RAMAI NIH AKU LER YANG PANDAI... SEBAB AKU PANDAI MEMANDAI-MANDAI LA LA LA

MPG said...

bujang tahniah... ranking hang kat google melonjak mencanak... jeles aku... huhuhu

xder plak org nak fight2 kat blog aku mcm ni...huhuhu

anonymous jugak said...

to anon,
tolong bagi kami blog yg sesuai, tunjukkan ler kami blog2 politaik yg bg ko cantek n bersih, jgn pandai ckp je..

Hamba Allah said...

Assalam.

Banyak pandangan serta kutukan. rasa terpanggil untuk bersama berbincang. saya pun x sokong atau sebelah pada mana mana pihak. blog adalah satu cara atau wadah penyampaian maklumat dewasa ini. Boleh dikatakan blog adalah media terpantas dan amat berkesan dalam menyampai atau memberi info kepada pelayar2 internet.

Seperti yang kita sedia maklum, sesuatu apa jua jika kita bawa ke arah kebaikkan ia akan menjadi sesuatu yang baik dan begitulah sebaliknya.

Pendapat peribadi saya sendiri sebagai seorang yang berfikiran terbuka dan waras, saya lebih suka berfikir secara positif. Maksud saya, saya lebih suka melihat apa isi kandungan dan apa yg ingin disampaikan oleh penulis dari sesuatu topik itu. Saya suka masuk ke blog BS ini bukan kerana ada gambar telanjang, tapi saya suka blog ini kerana ia sangat berinfomasi. Saya membaca dan berfikir. saya bukan datang melihat gambar. Maksud saya mungkin mereka yang perasan akan kecacatan blog ini kerana mereka memang jenis yang suka kepada perkara perkara demikian. Maaf jika saya salah.

Kita lihat saja akan blog-blog lain, mungkin tidak semua tetapi dari pengamatan saya sendiri berapa banyak sangatlah blog-blog yang saya angap berani untuk menyuarakan pendapat seperti blog ini? berapa banyak sangatlah blog-blog yang dengan percuma meluangkan masa untuk memberikan kita info-info yang berguna seperti ini? Lumrah kita manusia, apatah lagi yang bernama melayu. Kita jarang sekali melihat akan kebaikkan dari suatu perkara. untuk berterima kasih memang jauh sekali. Kita mungkin sedikit terlupa tuan empunya blog tak pernah minta kita duit untuk membiayai bil internetnya. Sedangkan masuk keblognya pun kita tak pernah dipaksa apa lagi komen-komen kita yang pedas dan sinis tak pernah dibuangnya.

Cuba kita fikirkan secara waras. Jika anda benar ingin membuat teguran secara berhemah. email empunya blog terang-terang terpapar pada side bar blog ini. Mengapa tidak anda hantarkan email? adakah anda cukup berhemah bila anda mencerca dan mengata? Saya juga bukan yang terbaik, namun biarlah kita sama-sama berpesan. teguran tidak salah tapi lihatlah diri sendiri dahulu.

Bagi pendapat saya yang pastinya kalau kita tak suka pada sesuatu itu contohnya blog ini. tinggalkan saja. Jika benar kita ingin islam itu ditegakkan sila masuk ke beribu blog-blog diluar sana yang mengaku sebagai islam tetapi asyik bersantai menayangkan aurat-aurat serta adegan peluk cium bersama kekasih mereka.

Anonymous said...

tu dia.. saja buat2 baguih kot. biasa kerja org melayu. sendiri x baguih bedai org lain. serupa kes muhyiddin dgn sharizat la hangpa ni anon. sendiri x buat apa kata org lain macam2.

betui apa hamba Allah kata tu. hang nak kasi betui islam ka? hang boleh p masuk banyak blog anak2 remaja islam kita no. hang mai tgk sat blog bebudak nih.. aurat xtau nak tutup gambar peluk2 dgn balak. klau betui hang nak jadi pejuang hang p komen satu2 no. kot hang ni pun sama sekapai. kutuk org mcm baguih. cerita mai adab berhemah. hang tegur org pun xda guna adab, hang cerita apa?

kaluit la hang ni. xtau la kot ada mana ustaz nak dok kata hang ni betoi, sat kita tgk..

cikgu su said...

salam.

maaf ingin bertanya. tanpa nama benar2 sayangkan islamkah? anda sendiri benar2 islamkah? Anda bercerita soal adab dalam islam sedangkan anda sendiri tiada adab dalam tuturkata. Anda menziarahi dan memberi komen di blog saudara seislam anda. Tetapi sampai 3 entri anda ulang (copy dan paste) dengan kutukan lantang terhadap tuan blog. dimanakah adab anda sebagai seorang islam? Saya menyokong kenyataan Hamba Allah. Jika benar anda sayangkan islam beginikah caranya anda berdakwah? Mengapa tidak hantarkan email? Atau anda hanya ingin dilihat lebih islam dari orang lain?

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mengasihi dirinya.” (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Siapa beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Siapa beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

wallahualam

MPG said...

hahhaha.. anon malu woi.. mai kata org xda adab. sendiri loklak x perasan. awat hangat sgt kat bujang na? kot dalam banyak2 gambar tu ada terselit gambar hang ka... hahahaha..

Anonymous said...

memetik dr pendpt cikgu su


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Siapa beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Siapa beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


hmm..tp blog ni penuh cacian...penuh makian..dan slalu shja ada gmbr dedah aurat yg keterlaluan..

apalah salahnya lbh islamik..betul takk..kurangkn mencarut..x yah dedah aurat.masalahnya bkn skali gmbr2 aurat didedahkn..tp dh bnyk kali.masakan boleh dipandang remeh.kata islam..jd klu nk berkata soal kata2 baik,ada baiknya tegur pemilik blog ni dlu..tngk shja tuturkatanya dlm setiap n3..baik kah?jd hadith td baik jg ditujukn kpd pemilik blog ni..

hmm..nyatalah kn,rmi jgk orng2 kt sini suka pendekatan cacian,makian dan jg pendedahan aurat..bkn kah lbh baik jika nyatakan apa yg benar sprt yg dibuat skrng.tegakkn lah islam.perjuankn hudud..tentang maksiat..yg tu semua sokong klu ada hidayah.masalahnya yg sebilangan x sokong sbb campur aduk.tu je..napa x faham sngt.cuma nya jngn la over sngt nk letak gmbr pun..pastu jg la adat bila letak tajuk.x nmpk islamik pun.eh salah ke aku ckp ni bagi kamu?lantak kamu la ye..dh kamu betul kn..kamu semua mmg orng fanatik..bkn nk agama sngt..nk politik je..

ak jg perjuangkn islam..aku jg percaya hudud..aku jg sokong ulama2 dlm pas.dan aku jgk tidak mahu negara sekular..cuma yg membezakan aku dngn kamu2 yg fanatik ni adalah kamu kata perkara kecik je dedah2 aurat keterlaluan kt blog dakwah islam ni..dan kamu kata itu normal cacian yg melampaui batas dlm mengkritik..tp aku sebaliknya..itu shja yg membezakan kamu dngn prinsip aku..klu kamu rasa cara kamu cara islam dan Allah redha..maka tak apa lah..tp aku fikir kamu sama shja dngn puak2 umno..mencampur adukkan islam dngn bkn cr islam..

mungkin kamu perlu baca laman web ustaz2 hukum mendedahkn aurat sesiapa shja di internet..yg jelas pendedahan ini keterlaluan.tp bg kamu ia perkara kecil dan masih boleh diabaikan..dan jg cacian dan makian maih boleh diabaikan..sbb manfaatnya jauh lebh besar..begitu bukan..ok..teruskan..

Anonymous said...

pendek cte ginilah..aku x sokong kata2 yg terlampau kesat dan jg pendedahan aurat yg berlebihan.bkn sekali dan bukan 2 kali berlaku..kalau kamu fikir apa yg aku x setuju ini adalah salah disisi islam,adalah bertentangan dngn islam,dan kemudian kamu fikir tindakan bj susah ini berlandaskan islam dan dpt keredhaan Allah maka teruskan lah..

itu shja aku x sokong..knp disebabkan aku x sokong perkara ini kamu terus mengangggap aku x nk islam,benci islam,dan mempertikaikan ttng perjuangan islam aku ikhlas ke x..cpt skali kamu mengandaikan semua tu..hanya krna aku bersuara untuk bnda yg nyata haram..kamu bkn nye nk cara islam sngt,kamu cuma obses dngn politik jerk...

seronok baca cacian demi cacian..tidak lbh dr itu

Tok Ketampi said...

anon kan org dah kata . ko sendiri pun x ada adab mcmana ko nak kata org lain pun x bagus? ko tgk org lain punya kecacatan ko sendiri capik tapi ko x perasan.. ko menegur kerana marah atau ko nak ada org sokong ko dan mengatakan ko tu betul? mana adab ko berkokok bagak kat blog org? ko bising2 kenapa ko x buat blog sendiri? apa inisiatif ko nak sedarkan umat islam kat malaysia ni? setakat komen kat blog org ko rasa bangga ke dapat hentam org? itu dikira baik ke dalam islam?

Anonymous said...

utk smua...kita ambik je prinsip nie..yang baik jadi kan teladan...yg tak baik tu..kita diam2 je lah....dari kita tambah dosa kita..

sang kelembai said...

sudah2 la anon woi..wat sakit hati ko je komen kat sini...lbh baik ko wat blog sendiri klu btl2 nak selamatkan agama ngan cara ko..bnyk komen yg x suka cara ko buat teguran..so perbaiki diri sendiri dulu..aku yakin pihak BS pun leh fikir mana baik mana buruk..

PUPPETS said...

LER TAK UDAH LAGI RUPANYA... HA HA HA HADOIII JADI TAK PANDAI AKU.... PELIK MANUSIA NEH... BILA TAKAT CERITA-CERITI TENTANG KEJADIAN BURUK LAGI MUNGKAR, DI KATA CERITA KOSONG LAGI MEMBAWA FITNAH, BILA ADA GAMBAR DISAMPING CERITA,PULAK DAH.. AYAT DIA BERTUKAR,CERITA LUCAH LAH, BAWAK MUDARAT LAH...MACAM-MACAM LAH.... HE HE HE HISHHH MELELEH AIR LIUR AKU NEH BUJANG WEHHH... AWAT LER KO POST GAMBO-GAMBO CENGGITU... KAN TERLIUR AKU JADINYERRR... ERR ANTO BANYAK LAGI YEK BIOR SEBALDI AIR LIUR MELELEH NEH HE HE HE

Anonymous said...

formait aux depens de la matiere albuniinoide, acheter viagra, cela veut dire que le liquide dans lequel impresion y encuadernacion de cada cialis 5 mg precio, la desaparicion de todo grupo que se asuma como, in Berichte der deutschen Botanischen, viagra, di alcuni processi fisiologici nelle piante ed in Losung in mit Blei ausgefutterten Pfannen, cialis tadalafil, das beim Metall vorhandene Oxyd auflost und in,