بسم الله الرحمن الرحيم
Peguam Perancis di KL siasat Scorpene
John Berthelsen
Joseph Breham, seorang daripada anggota perundangan Perancis yang memfailkan aduan di mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian kapal selam kepada kerajaan Malaysia dijangka mendarat di Kuala Lumpur hari ini.
Misi Breham (kanan) adalah untuk mencari maklumat lanjut bagi menyediakan kes berkenaan serta berjumpa dengan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram, yang juga adalah anak guamnya dalam kes berkenaan.
Perjanjian pembelian kapal selam yang menelan belanja berbilion dolar itu dimeterai oleh menteri pertahanan ketika itu (2002), Datuk Seri Najib Razak yang kini adalah perdana menteri Malaysia.
Perjanjian itu dikatakan memberi komisyen RM3.7 billion kepada seorang sekutu rapat Najib, Abdul Razak Baginda.
Nilai pembelian itu adalah untuk memperolehi dua kapal selam kelas diesel - yang dibina oleh Armaris, sebuah anak syarikat firma pertahanan gergasi Perancis, DCN (yang dulunya dikenali sebagai Direction des Constructions Navales) dan pemajakan kapal selam ketiga yang sudah bersara yang diusahakan oleh sebuah syarikat usahasama antara DCN dan firma, Sepanyol, Agosta.
Breham, seorang daripada tiga peguam yang memfailkan kes berkenaan dengan pihak pendakwaan Perancis bagi pihak Suaram memberitahu Asia Sentinel bahawa mahkamah Perancis telah membuka siasatan awal dan akan menasihatkan anak guamnya berhubung langkah seterus mereka.
Breham, Renaud Semerdjian dan peguam utama, William Bourdon, memfailkan permohonan bagi menyiasat rasuah dan wang umpanan ke atas DCN pertama kali pada Disember dan memfailkan dokumen tambahan pada Februari lalu.
Kes berkenaan menjadi tajuk utama media di Malaysia berikutan pembunuhan ngeri seorang penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada Oktober 2006 yang juga adalah kekasih Razak Baginda yang mengiringinya ke Perancis berhubung beberapa urusniaga pembelian kapal selam berkenaan.
Altantuya yang juga seorang model dijumpai dalam keadaan berkecai diletupkan dengan bahan peledak milik pihak keselamatan di sebuah hutan di luar Kuala Lumpur.
Dua daripada polis pengawal peribadi Perdana Menteri yang diarahkan menghalang Altantuya oleh ketua staff Najib, Musa Safri telah didapati bersalah oleh makamah dan dijatuhkan hukuman mati.
Namun, Najib, mahupun Musa belum disoal-siasat oleh pihak berkuasa berhubung kes berkenaan.
Walaupun rekod menunjukkan bahawa Najib berada di Perancis pada masa yang sama ketika Altantuya dan Razak Baginda, beliau berulang-kali telah bersumpah kepada Allah bahawa dia tidak mengenali model Mongolia itu.
Sebuah laporan yang difailkan oleh seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Razak Baginda mendakwa Altantuya adalah kekasih pertama Najib.
Selepas Altantuya dibunuh, pihak berkuasa menjumpai sepucuk surat yang mengatakan bahawa wanita itu akan memeras ugut Razak Baginda untuk sejumlah US$500,000, walaupun tujuan wang itu tidak disebut.
Selain kos kapal selam dan juga komisyen yang tinggi, lebih menggemparkan kontrak asal menyebut kapal selam berkenaan tidak mempunyai kelengkapan senjata dan peralatan mengesan. Pihak ketenteraan Malaysia perlu membuat bayaran tambahan €130 juta (RM550 juta) untuk melengkapkan kapal selam itu.
"Adakah ini bermakna, kita membeli besi kosong?" soal seorang pegawai tentera yang tidak mahu dikenali, menerusi email kepada Asia Sentinel. - docpearl
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Thursday, April 29, 2010
MENTERI PERDANA KORANG BAKAL KENA DAKWA... APA CERITA NI?
MENERIMA SUMBANGAN NON MUSLIM
بسم الله الرحمن الرحيم
Soal : Bagaimana hukumnya menerima sumbangan dari non muslim untuk disumbangkan ke saudara kita sesama muslim? (Idham, Majene)
Jawab : Boleh hukumnya seorang muslim menerima sumbangan dari non muslim. Dalilnya adalah hadits-hadits yang menjelaskan bahwa Rasulullah SAW pernah menerima hadiah dari non muslim.
Ali bin Abi Thalib RA meriwayatkan, bahwa Kisra [Raja Persia] pernah memberi hadiah kepada Rasulullah SAW lalu beliau menerimanya. Kaisar [Raja Romawi] pernah pula memberi hadiah kepada Rasulullah SAW lalu beliau menerimanya. Para raja (al-muluuk) juga memberi hadiah kepada beliau lalu beliau menerimanya. (HR Ahmad dan At-Tirmidzi, dan dinilai hadits hasan oleh Imam At-Tirmidzi) (Imam Syaukani, Nailul Authar, hal. 1172).
Rasulullah SAW pernah menerima hadiah dari para raja non muslim. Antara lain dari Raja Dzi Yazan (HR Abu Dawud), dari Akidar pemimpin Dumatul Jandal (HR Bukhari dan Muslim), dari Farwah al-Judzamiy (HR Muslim), dan sebagainya. (Imam Syaukani, ibid.)
Selain hadits-hadits tersebut, kebolehannya juga didasarkan pada hukum umum bolehnya muslim bermuamalah dengan non muslim. Nabi SAW pernah menggadaikan baju besinya kepada seorang Yahudi. Berdasarkan hadits ini, Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata,"Dalam hadits ini ada kebolehan bermuamalah dengan mereka [non muslim]..." (Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah, Ahkam Ahl Adz-Dzimmah, Juz I hal. 204).
Hadits-hadits ini menunjukkan bolehnya seorang muslim menerima sumbangan dari non muslim. Karena itu dibolehkan, misalnya, kita menerima sumbangan non muslim berupa uang, baju, obat-obatan, makanan, atau minuman untuk kemudian disalurkan kepada kaum muslimin yang menjadi korban bencana alam.
Namun demikian, jika sumbangan non muslim itu menjadi sarana untuk memperkokoh atau menyebarkan kekufuran mereka, atau menjadi sarana untuk mengagungkan syiar-syiar agama mereka, maka hukumnya haram (Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah, Ahkam Ahl Adz-Dzimmah, Juz I hal. 224). Misalnya saja sumbangan-sumbangan non muslim itu ternyata sekedar menjadi alat Kristenisasi untuk mempropagandakan agama Kristen.
Jika demikian halnya, hukumnya haram menerima sumbangan non muslim. Kaidah fikih menyebutkan, "al-wasilah ila al-haram haram" (segala perantaraan yang membawa pada yang haram, hukumnya haram juga) (Taqiyuddin An-Nabhani, Asy-Syakhshiyyah Al-Islamiyah, Juz III hal. 440).
Tidak dibolehkan juga menerima sumbangan non muslim untuk dimanfaatkan dalam kegiatan memakmurkan masjid (‘imaratul masjid), baik yang terkait dengan aspek fisiknya (seperti memperbaiki kerusakannya, memasang sajadah, memasangi lampu) maupun yang terkait dengan berbagai ketaatan di dalamnya (seperti shalat, dzikir, pengajian). Semua ini wajib dibiayai oleh muslim saja, tidak boleh menerima dana dari non muslim. Sebab non muslim tidak dibenarkan memakmurkan masjid sesuai firman Allah SWT (artinya) : "Tidaklah pantas orang-orang musyrik itu memakmurkan masjid-masjid Allah, sedang mereka mengakui bahwa mereka sendiri kafir." (QS At-Taubah [9] : 17). [ ]
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
BUAT INSAN YANG BERGELAR WANITA
بسم الله الرحمن الرحيم

Sekadar usaha buat insan yang bergelar wanita.
Ketahuilah betapa hebatnya doa dalam melayari kehidupan…
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukan hatinya dan hatiku…
Titipkan kebahagian antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh dari pandanganku…
Luputkan dia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangnya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini…
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat
Membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah…
Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan peliharalah kami dari azab api neraka…
Amin…amin…Ya Rabbal ‘aalamin.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
TERKINI: PENDEDAHAN LAPORAN PERUBATAN ... SHYFOOLS KANTOI..!!
بسم الله الرحمن الرحيم Laporan Polis Pendedahan Rekod Perubatan Hospital Mangsa Liwat Saiful Bukhari Azlan Berjaya Dibuat Di IPD Kuantan Petang Tadi
KUANTAN, 29 April [3.20 pm] - Satu laporan polis terhadap isu pendedahan "Laporan Perubatan Saiful Bukhari Azlan" telah berjaya diadakan di IPD Kuantan, sebentar tadi. Laporan yang dibuat oleh Mohd Shukri Mohd Ramli (foto)(Blogger Cucumatkilau) itu antara lain mahu satu siasatan yang rapi oleh pihak polis berhubung dengan pendedahan dan kebocoran laporan perubatan mangsa liwat itu. Dalam laporannya, beliau mendedahakan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak polis antaranya berkaitan terdapat dua laporan perubatan yang telah disahkan oleh doktor yang dikatakan telah memeriksa Saiful sebelum beliau membuat laporan polis mengatakan dia diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Dalam laporan pertama bertarikh 28 Jun 2008, Dr.Mohamed Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi mengatakan bahawa dalam pemeriksaannya mendapati tiada kesan atau tanda-tanda Saiful diliwat. Manakala baru-baru ini satu lagi laporan perubatan telah didedahkan oleh tiga orang doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang juga membuat keputusan yang sama da mengesahkan Saiful tidak diliwat berdasarkan kepada tidak ada penetrasi ke atas tubuh badannya" kata Shukri.
"Dengan tersebarnya dua laporan perubatan ini, ia jelas sekali menganggu prosiding perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapi oleh Saiful sekarang ini. Ini bermakna pihak terbabit telah dengan tidak bertanggungjawab sengaja ingin menjatuhkan maruah dan resputasi Saiful" tambahnya lagi. Akibat pendedahan laporan perubatan tersebut menyebabkan rakyat Malaysia seantero dunia kini semakin keliru dengan kes liwat yang sedang dihadapinya itu. Malah, berbagai andaian serta persepsi negatif kini dilontarkan terhadap mangsa akibat pendedahan tersebut. Malah, tindakan tersebut jelas sekali melanggar Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan 1998 (Swasta) seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican selepas laporan Pusrawi didedahkan kepada umum dulu. Malah kementerian akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana hospital yang membocorkan rekod pesakit mereka. Sehubungan dengan itu beliau meminta pihak polis melakukan satu siasatan yang rapi terhadap pihak yang telah menjadi dalang dalam pendedahan tersebut.
Malah dua senario yang berlaku perlu diselesaikan segera mengikut saluran undang-undang iaitu jika terbukti laporan tersebut palsu, maka pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap doktor dan hospital yang berkenaan kerana telah memalsukan dan mereka cipta “laporan palsu” untuk mengaibkan mangsa yang sedang menghadapi kes ini. Manakala senario kedua pula, jika terbukti laporan tersebut tulen, maka pihak berkuasa juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap doktor dan hospital yang telah “pecah amanah” dengan membocorkan laporan tersebut. Oleh yang demikian, Kerajaan Malaysia perlu mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan ini, malah mereka perlu dibawa ke muka keadilan. Jika tidak saya khuatir banyak lagi kebocoran laporan perubatan pesakit akan didedahkan kepada umum selepas ini. Malah, pendedahan laporan perubatan Saiful itu jelas sekali telah memalukan, mencemarkan, serta menjatuhkan imejnya dimata rakyat dan umat Islam di negara.
[Beliau juga turut mengesa supaya Saiful Bukhari turut membuat laporan polis dan mengambil tindakan mahkamah dengan menyaman pihak-pihak terbabit iaitu doktor yang berkenaan, pihak yang mengedarkan laporan itu, Pegarah Hospital Pusrawi dan HKL, Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Malaysia sendiri. Saman perlu dilakukan atas faktor kecuaian hingga menyebabkan rakyat Malaysia kebanyakkannya tidak yakin dan keliru dengan kes liwat yang sedang dihadapi oleh beliau sekarang ini. Demi kerana imej dan maruah yang tercalar maka Saiful wajar mengambil tindakan saman fitnah atau sebagainya, supaya perkara yang sama tidak akan berulang lagi kepada pesakit yang lain pula selepas ini. Tambahan pula pendedahan yang dibuat oleh doktor terbabit jelas sekali menganggu prosiding perbicaraan yang sedang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekarang]
http://pahangdaily.blogspot.com/2010/04/edisi-pahang-laporan-polis-terhadap.html
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
TAUHU BAKAR
بسم الله الرحمن الرحيم
Bahan-bahan :
2 keping tauhu
1/4 batang timun
1/4 batang lobak
Kacang tanah goreng siap ditumbuk
Bahan-bahan membuat kuah:
5 sudu petis
1 sudu cili kering yang telah dikisar
3 sudu gula
Sedikit air
Cara membuat:
1. Bakar tauhu tersebut sehingga masak.
2. Potong tauhu menjadi ketulan kecil.
3. Taburkan lobak merah dan timun.
4. Tuangkan kuah ke atas tauhu tersebut. Lebih enak jika ditaburkan sedikit kacang tanah hancur.
Cara membuat kuah:
1. Campurkan kesemua bahan iaitu petis, cili kisar, gula dan sedikit air dalam mangkuk.
2. Gaul hingga rata dan sedia dihidangkan.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Wednesday, April 28, 2010
PESANAN UNTUK MUSLIMAH
بسم الله الرحمن الرحيم 
Pesanan IMAM GHAZALI kepada anak perempuannya pada hari perkahwinannya:
ANAKKU!
Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan. Dan akan berada di tempat tidur yang engkau tidak engkau kenal. Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya. Itulah suamimu..
Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya. Nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu. Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya. Itu akan membuatkan dia berasa benci kepadamu. Jangan pula engkau menjauhkan diri, nescaya dia akan melupakan engkau. Dan kalau dia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu. Maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah.
Peliharalah hidung, telinga dan matanya…Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripadamu melainkan yang harum. Janganlah membiarkan dia mendengar melainkan perkataan yang baik. Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik belaka.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
LAPORAN POLIS SAHABAT AMINULRASHID
بسم الله الرحمن الرحيم
Laporan Polis Sahabat Arwah Aminulrashid
Pengadu menyatakan:-
Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.
Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.
Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.
Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.
Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.
AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.
Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.
Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.
Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.
Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.
Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.
Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.
Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang...
Kalau cakap ada polis jahat mengalahkan babi gila, marah... tapi... argh... korang pikir la sendiri... ni ajaran APCO ke..?
http://perisik-rakyat.com/2010/04/laporan-polis-sahabat-arwah.html
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Tuesday, April 27, 2010
MANJAKANI DAN KHASIATNYA
بسم الله الرحمن الرحيم 
Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsur-unsur seperti astringen, anti-microbial dan anti-radang. Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin. Kajian membuktikan bahawa unsur astringen dalam manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan.
Berikut adalah antara kegunaan manjakani dalam pengubatan:-
- Awet Muda : Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.
- Pencegahan Kencing Manis : Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah.
- Pencegahan barah payudara dan rahim : Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim.
- Pencegahan bau yang tidak diingini : Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.
- Merawat otot-otot di dalam faraj : Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.
- Mengawal lendir dan lelehan faraj : Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa.
- Membersihkan lelehan haid dan nifas : Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.
- Mengecutkan semula tisu-tisu : Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
- Menegangkan dan mencantikkan kulit : Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
- Mata yang sihat : Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.
- Rawatan payudara : Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bermanjakani dapat memperbaiki payu dara yang telah hilang kekenyalannya.
- Gigi dan tulang : Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.
- Mulut : Astringen dalam manjakani mengekalkan kebersihan mulut.
- Kulit kering dan berminyak : Astringen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak.
- Perawatan kronik ulser : Amalan meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.
- Pelbagai khasiat makanan : Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.
Khasiat Manjakani 1.
Ramai wanita akan risau bila melihat kulit mula kendur. bimbang andai kata perhatian suami akan mula beralih arah. Antara cara untuk melambatkan masalah kulit kendur bukan sahaja di bahagian muka, tetapi juga seluruh badan ialah dengan menggunakan buah manjakani. Buah ini bukan sahaj bagus untuk tujuan merapatkan otot vagina wanita tetapi juga berguna untuk petua kecantikan lainnya.
Cara:
Dapatkan buah manjakani. Boleh dibeli di pasar atau kedai-kedai India. Rebus beberapa biji buah manjakani sampai lembut. Anggaran cukup untuk kegunaan seluruh badan. Apabila sudah lembut dan bila dipicit, mengeluarkan lendir atau getahnya, lumurkan getah itu diseluruh muka, dan anggota badan lainnya seperti buah dada, perut, paha dan lengan. Biarkan sampai kering. Kemudian bolehlah mandi. elok diamalkan setiap hari sama ada sebelah pagi sebelum mandi atau sebelah petang.
Khasiat Manjakani 2
Ini tambahan petua bagi mengeratkan hubungan suami isteri, menurut nasihat orang lama, biji majakani dimasukan ke dalam nasi yang sedang ditanak. Apabila nasi telah betul-betul tanak keluarkan biji tersebut, kupaskan kulitnya yang telah lembut, digentelkan dan ditelan. Buat selama tiga hari berturut-turut. Insyaallah anda akan merasakan perubahan yg ketara dalam hubungan suami isteri.
Khasiat Manjakani 3
Untuk ibu selepas bersalin. Masa dalam pantang biasanya manjakani direbus lama-lama dengan air dan dibuang kulitnya. Lepas tu dikepal-kepal isinya dan masukkan dalam ketulan nasi. Boleh juga masukkan dalam kapsul ubat. Airnya sekali teguk je, minum. Minum laju-laju, itu petuanya kalau nak bagi habis. Untuk sapuan pada luka bersalin pula, manjakani kering diasah dan serbuknya disapu pada luka bersalin. Tapi pastikan manjakani dan alatan yang digunakan bersih, nanti ada jangkitan pula.
Selamat mencuba.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
LAPORAN BERBEZA DARI 3 MEDIA TENTANG KES TEMBAK AMINULRASHID
بسم الله الرحمن الرحيم
Kes Tembak AMINULRASHID: Mudahnya Tindakan yang Diambil...Pang, Pang, Pang?
(Jenazah dibawa keluar - Gambar HM)
Malam tadi, saya mengikuti berita di televisyen tentang arwah adik Aminulrasyid (15 tahun) yang ditembak mati oleh pasukan polis. Ketika ditemu ramah, pegawai polis ada menyatakan bahawa arwah disyaki suspek PENJENAYAH. Ketika diperiksa, polis menemukan sebilah PARANG! Sehingga pagi tadi masih terngiang-ngiang lagi perkataan PARANG dan PENJENAYAH.
Jika dibandingkan laporan awal yang dikeluarkan oleh Utusan dengan laporan susulan oleh media lain memang anda akan dapat mengesan pelbagai pencanggahan yang begitu jelas sekali. Kenyataan awal polis kepada pihak media amat-amat meragukan. Kata mereka, ada PARANG di dalam kereta itu, sedangkan hal itu disanggah oleh Khalid Samad yang turut membawa rakan arwah yang berada di dalam kereta itu membuat laporan polis. Malah, budak itu mendakwa turut dibelasah oleh pihak polis sebelum berjaya melarikan diri ke rumah.
Banyak sangat perkara yang meragukan berdasarkan kenyataan awal yang dikeluarkan oleh pihak polis. Hal itu mencetuskan persoalan: Adakah perbuatan "cover up" seperti yang kita tonton dalam filem Barat dipraktikkan di sini? Sebelum ini kita sering kita membaca berita tentang suspek penjenayah yang ditembak mati oleh polis, benarkah begitu realitinya? Bukan mahu menuduh, adakah tindakan pang..pang...pang begitu mudah diambil sedangkan banyak prosedur yang perlu diambil sebelum sebarang tembakan dilepaskan?
Saya berkongsi pendapat dengan orang lain bahawa arwah mungkin panik kerana tidak memiliki lesen memandu. Oleh sebab takut, dia memecut kereta dengan laju untuk pulang ke rumahnya. Itu hanyalah andaian. Biar apa-apapun, 1Malaysia mengharapkan siasatan telus dibuat untuk menyelesaikan kes ini.
Sampai ke pejabat, saya membaca laporan kes yang sama di Utusan Malaysia: (Sila perhatikan ayat yang dimerahkan ketika membaca beberapa siri laporan berita tentang kes ini.)
Remaja maut ditembak ketika cuba rempuh polis
SHAH ALAM 26 April - Seorang remaja lelaki, Aminulrashid Amzah (gambar) berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah mati ditembak setelah cuba merempuh anggota polis peronda ketika mahu memberkasnya di kawasan perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, remaja terbabit yang memandu kereta Proton Iswara, mati akibat terkena tembakan sementara rakannya berjaya melarikan diri.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebelum kejadian, dua anggota polis peronda terserempak dengan kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata, kedua- duanya kemudian diarahkan anggota polis supaya memberhentikan kereta namun mereka enggan, sebaliknya memecut laju.
Katanya, ekoran itu, dua anggota polis terbabit bertindak mengejar mereka dengan bantuan sebuah lagi kereta peronda yang dinaiki dua anggota.
"Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota polis itu telah melepaskan tembakan ke arah tayar kereta remaja tersebut bagi memaksa mereka berhenti. Kereta itu kemudian terbabas ke bahu jalan.
"Selepas terbabas, rakan remaja itu membuka pintu kereta lalu melarikan diri dan dikejar dua anggota polis peronda," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Khalid berkata, dua lagi anggota polis peronda kemudian memeriksa keadaan remaja itu tetapi terkejut apabila suspek tiba- tiba mengundurkan kereta dan cuba merempuh anggota polis berkenaan.
"Terkejut dengan tindakan suspek untuk mempertahankan diri, anggota polis berkenaan melepaskan tembakan ke arah suspek di dalam kereta," katanya.
Bandingkan pula dengan laporan Harian Metro:
'Adik Bukan Penjenayah'
KLANG: “Saya tak tahu bila adik tahu bawa (memandu) kereta. Walau apa pun saya tak puas hati dengan apa yang berlaku,” kata Nor Azura Amzah, 39, kakak sulung kepada Aminulrasyid, 15, yang mati terkena tembakan ketika cuba melarikan diri daripada polis di Seksyen 11 di sini, awal pagi semalam.
Nor Azura berkata, adik bongsu daripada lapan beradik itu bukan seorang penjenayah sehingga perlu ditembak mati.
“Adik saya bukan penjenayah. Mungkin dia panik dan tak tahu apa nak buat selepas lihat rakannya lari menyebabkan dia bertindak sedemikian.
“Walaupun sukar menerima kejadian ini, ia sudah berlaku dan saya pasrah,” katanya ketika ditemui di perkarangan rumah mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, semalam.
Aminulrasyid mati di tempat kejadian selepas terkena sedas tembakan di belakang kepalanya...
Harakah Daily:
Bunuh juvana: Khalid minta polis lindungi saksi
SHAH ALAM, 27 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta polis supaya melindungi dua saksi utama kes bunuh juvana, Aminul Rashid Hamzah, 15, yang membabitkan empat pegawai polis, pagi semalam.
"Salah seorang saksi utama adalah anak polis sendiri, saya harap pihak polis beri jaminan dia ini dilindungi," jelas beliau di Pusat Khidmat Masyarakat di Parlimen Shah Alam, di sini pagi tadi.
Beliau turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif untuk mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan dakwaan polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan samun bersenjata.
"Jangan ada usaha-usaha nak mempengaruhi saksi ini supaya ubah atau mereka-reka cerita (supaya) sealiran dengan polis," jelas beliau sambil memberitahu media bahawa beliau sendiri bertanggungjawab membawa saksi utama terbabit pergi membuat laporan polis.
"Dengan laporan yang dibuat (oleh saksi utama) semalam, memadai dan jauh lebih benar berbanding kenyataan pihak polis di beberapa media."
Dalam pada itu, beliau mempertikai tindakan polis menembak Aminul Rashid di kepala dari belakang sedangkan kereta yang mereka naiki tersebut tidak dapat dipandu dengan laju akibat tayar bocor.
Disebabkan itu, beliau mempersoal tindakan polis memukul salah seorang juvana terbabit, sebelum juvana tersebut melepaskan diri.
Beliau turut mempersoal pertimbangan polis menembak juvana yang terbabit sedangkan mereka masing-masing tidak bersenjata.
"Polis hanya boleh menembak apabila nyawa mereka sendiri terancam atau apabila nyawa orang awam terancam (sedangkan) di dalam kereta tidak ada walau sebilah senjata seperti yang didakwa polis sebelum ini," ujarnya.
Bercakap pada sidang media yang sama, Yaakub Sapari, Exco Kerajaan Selangor yang juga Adun Kota Anggerik turut menyuarakan rasa kecewa dengan insiden yang membabitkan rakyat di Dun beliau.
Dengan berlakunya peristiwa tersebut, seakan mengulangi insiden tembak rambang yang membabitkan seorang ibu tunggal, Norizan Salleh, Oktober tahun lalu.
Manakala, Monaliza Mokhtar Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7 pula menganggap beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai suatu fitnah.
Beliau turut menjelaskan bahawa keluarga mangsa serta dua saksi utama sedang membuat pertimbangan akhir untuk mengambil tindakan kepada pihak berwajib yang terbabit memutar belit bukti sebenar berhubung juvana terbabit.
Beberapa media arus perdana sejak semalam melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan, dilaporkan tidak menolak kemungkinan bahawa mereka yang terbabit terlibat dalam kegiatan menyamun.
Tuntas dari tembakan di kepala yang membabitkan juvana dari Sekolah Menengah Seksyen 7, di sini tersebut, implisitnya mencalar kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memelihara keselamatan rakyat dan negara.
- http://duniacacamarba.blogspot.com/2010/04/aminurashid-mudahnya-tindakan-yang.html
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Monday, April 26, 2010
PERCAYA ATAU TIDAK PR TAK AKAN BOLEH MENANG BIARPUN AKAN ADA BERPULUH PILIHANRAYA KECIL LAGI
بسم الله الرحمن الرحيم
FENOMENA UNDI HANTU MENANGKAN BN DENGAN TIPIS DI KUBU KUAT UMNO
Diminta kesemua penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat supaya jangan berasa sedih dan gusar. Perlu diingat Hulu Selangor adalah kubu UMNO paling kuat di Selangor. Pada 2008, kemenangan PR adalah semata-mata kerana protes terhadap Palanieval. Pada 2008, UMNO/BN menang KESEMUA kerusi DUN termasuk Kuala Kubu Baru.
Dan setelah turunya Najib dan Mahafiraun berkempen pun, majoriti Barisan Nasional (Yahudi) hanya sekadar tidak sampai 4%. Ini suatu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh Pakatan Rakyat serta kerajaan negeri Selangor.
Itupun, kalau mengikut ucapan Dato Zaid Ibrahim semalam, wang telah digunakan dengan meluas untuk membeli undi. Wang ditabur di waktu malam dan di waktu siang. Tidak hairanlah sokongan Melayu kepada PKR hanya di tahap 40% dan jatuh lebih teruk di kawasan-kawasan Felda.
Keputusan pun agak menghairankan kerana undi Pakatan Rakyat TIDAK JATUH. Malahan bertambah dari pilihanraya 2008. Tapi undi Barisan Nasional bertambah dengan begitu banyaknya. Kalau kita buat perbandingan:
BN: 2008 è 22979, 2010è24,997. Menampakkan pertambahan undi sebanyak 2018 undi.
PKR : 2008è23177, 2010è23,272. Menampakkan pertambahan undi sebanyak 54 undi.
Kalau mengikut trend di Terengganu 2004, ia menunjukkan bahawa fenomena pengundi hantu telah berlaku di Hulu Selangor. Mana mungkin dalam 2 tahun, di waktu BN tidak memerintah dan Palanieval tidak disukai BN boleh bertambah undi sebanyak 2018 undi. Dan yang lebih menghairankan, undi PKR tidak jatuh sepanjang 2 tahun kebelakangan ini.
Pola mengundi ini AMAT MENGHAIRANKAN dan TIDAK MASUK AKAL sama sekali. Kalau benar berlaku “kembalinya” pengundi UMNO pada BN dari 2008, sudah tentu undi PKR akan berkurang dengan besar sekali.
JELAS BERLAKU FENOMENA PENGUNDI HANTU
Harakahdaily menyiarkan satu laporan polis oleh seorang pengundi yang mendapati ada orang lain yang telah mengundi di tempat beliau.
Artikel terbaru Harakahdaily bertajuk ”‘Pengundi hantu’ wujud di Hulu Selangor”
Fenomena ini sudah semakin banyak berlaku dalam pilihanraya-pilihanraya kecil sebelum ini. Maka, tanpa segan silu saya mengatakan BN menang tipis di Hulu Selangor atas bantuan pengundi hantu.
14000 PENGUNDI DIPINDAH DARI HULU SELANGOR TANPA PEMBERITAHUAN OLEH SPR
Oleh kerana SPR adalah Biro UMNO, maka mereka dengan setianya telah memindahkan 14000 pengundi dari Daftar Pemilih Hulu Selangor tanpa pengetahuan pengundi sendiri. Hasilnya ramai yang keluar mengundi pada hari itu tidak dapat mengundi dan rata-rata nya mereka adalah penyokong Pakatan Rakyat.
Dan pada waktu yang sama terdapat lebih 14000 pengundi Hulu Selangor yang dipindah dari Hulu Selangor tanpa pengetahuan pengundi tersebut.
APA YANG PR PATUT LAKUKAN
Pada 2004, PAS mempertahankan Kelantan dengan hanya undi keseluruhan sebanyak 1500 undi. Namun, sepanjang 1999-2004 PAS telah membuang lebih 27000 nama-nama pengundi yang tidak diketahui dan jelas pengundi hantu.
Ertinya, sekiranya PAS tidak membuang nama-nama tersebut, kerajaan Kelantan sudah tentu akan jatuh ke UMNO pada 2004 yang lepas.
Tugas PR adalah MEMBERSIHKAN Daftar Pemilih bagi setiap kawasan DUN dan Parlimen dari pengundi-pengundi yang tidak diketahui ini.
WAJIB- kalau mahu terus menang dan memerintah.
Mana pernah Barisan Nasional/Yahudi ni tidak menipu.
Tulang Besi
SPR ADALAH BADAN SURUHANJAYA PALING BANGSAT DI MALAYSIA...!!!!
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..