Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, November 4, 2011

EMPAT GOLONGAN YANG MENGERJAKAN HAJI

بسم الله الرحمن الرحيم

MENGENAL IBADAH HAJI DENGAN ILMU SEMIOTIK



Mari kita sama sama melihat gambar ini dengan menggunakan ilmu semiotik. Semiotik ialah ilmu untuk membaca tanda dan makna yang lahir dari imej. Semiotik ialah ilmu melihat dan membaca gambar. Gambar atau imej memiliki nahu - seperti bahasa. Dengan mengetahui nahu ini kita boleh mengetahui/membaca dan memahami makna dan tanda yang dipancarkan oleh gambar/imej.

Gambar diatas mempelihatkan Rosmah dan Najib serta rombongan dari Malaysia sedang berjalan dan dikelilingi oleh soldadu. Gambar ini bukan diambil di Putrajaya kerana soldadu ini kelihatan amat asing. Najib dan Rosmah tidak memakai baju dan pakaian biasa. Rosmah tanpa cincin dan mutiara. Rosmah tanpa beg Birkin. Maka akan ada orang akan merasa pelik melihat pakaian Rosmah dan Najib ini. Apakah mereka berteater atau bersandiwara?

Tetapi kepada yang tahu hal ehwal Islam atau seorang Muslim - mereka akan tahu Rosmah dan Najib memakai Ihram. Sedang berada di Mekah dan bukan berteater di Istana Budaya.

Lalu timbul persoalan – siapakah pengiring Rosmah dan Najib ini? Ini kerana soldadu ini memakai pakian chelorong cheloreng? Apakah keadaan amat bahaya? Jika ini di Kaabah maka gambar ini memberi makna bahawa Rumah Allah ini dalam bahaya?

Lalu timbul persoalan – bukankah di wilayah ini – dari sejarah nya – yang paling ditekan dan diajar ialah AMAN dan DAMAI – maka kenapa perlu bala tentera? Untuk yang mengetahui sejarah HAJI – akan bertemu babak sejarah dimana Muhamad telah datang membawa AMAN. Malah membunuh/memburu binatng liar pun diharamkam pada musim ibadah Haji? Mengapa perlu soldadu?

Maka timbul persoalan : Apakah ayat ini wujud? : wahai orang orang beriman apabila kamu ada harta dan ada cincin berlian apabila kamu ada kuasa dan kekayaan maka apabila kamu hendak melakukan ibadah haji hendaklah kamu memakai soldadu dan bala tentera kerana mungkin ada kaum mushrikin yang akan merompak kamu - INI ADALAH AYAT SETAN.

Mari kita selidiki lagi apa makna gambar ini. Apa tujuan gambar ini? Gambar ini pertama dikeluarkan untuk untuk memberitahu Mak Cik Felda bahawa Rosmah dan Najib kini sedang beramal ibadat di Mekah. Imej khusus ditujukan kepada manusia Melayu/Islam.

Gambar ini diambil dan disebarkan bertujuan untuk mengatakan kepada bakal pengundi Melayu/Islam bahawa : Rosmah dan Najib itu adalah insan warak. Kes Bunuh Altantuya, kes makan duit komisen, kes rembat tanah lapangan terbang TUDM di Sungai Besi – semuanya telah disucikan dengan gambar ini. Gambar ini akan menjadikan tanda bahawa semua cerita-cerita itu fitnah. Cerita yang tidak boleh dipakai kerana sebenarnya Rosmah dan Najib ini orang yang warak.

Gambar ini disebarkan dengan tujuan meminta Malayu/Islam mengundi gerombolan. Ini gambar poster berkempen.

Dari segi semiotik pula gambar ini adalah GAMBAR ASOSIASI – atau GAMBAR BERKAIT. Contohnya ramai anak muda ingin mengambil gambar berdiri disebelah Siti atau Mawi. Justeru yang bergambar akan bangga dapat dikaitkan imej mereka dengan penyanyi pop ini.

Atau mengambil gambar di hadapan parlimen British. Jika ada Mak Cik Felda melihat gambar dihadapan parliemn ini maka Mak Cik Felda akan menganggap bahawa – cukup terer orang yang dalam gambar kerana telah sampai ke London. Ini maknanya gambar berkait.

Gambar ini mengkaitkan Rosmah dan Najib dengan Rumah Allah. Dengan Islam.Dengan kesucian beribadah.

Tidak percaya? Ini satu lagi fitnah dari Tukar Tiub? Pandang sudut gambar ini betul betul. Dari sudut mana gambar ini diambil. Ianya bukan diambil dengan kamera cap ayam. Gambar ini diambil dari tempat tinggi. Ertinya memang ada juru gambar yang dibawa khas untuk mengambil gambar ini.semua ini dirancang.Walau opun ambil gambar ini BUKAN tercatit dalam rukum Haji, atau ini adalah rukun Haji yang terbaru.

Justeru terbukti gambar ini memang untuk disebar. Ini bertujuan untuk mengkaitkan Najib dan Rosmah dengan Rumah Allah. Ini untuk memperlihatkan betapa suci nya Rosmah dan Najib.

Lalu persolaan timbul: Apa sebenarnya naratif atau cerita gambar ini?

Gambar ini adalah contoh terbaik apabila Islam difeudalkan. Inilah contoh terbaik apabila Islam di GEROMBOLANKAN. Gambar ini adalah wajah Islam Feudal. Konsep dan falsafah AL-Haj adalah KESAMARATAAN. Semuanya sama didalam Rumah Allah. Semua sama di hadapan Allah. Semua mengabdikan diri beramal kerana Allah bukan kerana undi atau RRU 13.

Tidak ada yang SPESIAL dihadapan mata Allah kecuali yang bertakwa. Beg Birkin dan cincin berlian tidak akan diambil kira. Di hadapan Allah tidak tidak Tun, Taan Tin , Tong, Datuk, Seri , Datin. Semua dianggap sama justeru SEMUA memakai pakaian yang sama – ihram.

Dengan ini jelas bahawa imej ini adalah imej terbaik untuk memperlihat betapa Islam telah difeudalkan – difeudalkan oleh Raja Saudi. Dan di feudalkan oleh Gerombolan/Melayu/Bumiputera/Ketuanan Melayu.

Islam menentang feudal. Sayangnya satelah lebih dari seribu tahun maka agama ini semakin menjadi feudal dan terus difeudalkan. Imej ini adalah imej asap candu yang akan melalaikan Mak Cik Felda. Imej ini adalah imej feudal yang memperlihatkan bahawa di Kaabah pun – didalam Rumah Allah – ada yang wilayah khas untuk yang berkuasa. Yang berkuasa ini spesial tak kira sanma ada telah terlibat dalam kes bunuh Altantuya atau kes rembat tanah TUDM. Lihat bagaimana telah dilucahkan tempat suci ini.

Wahai orang orang yang cerah sedarlah oleh kamu bahawa agama hari ini sedang dijual beli. Ada agama yang sedang menjadi dadah. Ada agama yang diperniagakan. Ada agama digunakan untuk menindas orang lain. Ada agama digunakan untuk menjadi kaya raya. Dan ada agama dijadikan kempen pilihanraya.

Jika masih ada yang tidak faham akan tanda dan makna imej ini maka sila baca ayat ini: Wahai orang orang yang bodoh apabila kamu telah berjaya dibodohkan maka hendaklah kamu sentiasa menjadi bodoh kerana kebodohan kamu itu adalah tanda bahawa kamu telah betul betul bodoh. Jika kamu bertemu dengan ayat ayat semiotik ini maka hendaknya pecah kebodohan kamu itu agar kamu menjadi insan yang bertakwa – ayat Tukar Tiub.


NOTA:
siapa pula yang lain lain di belakang Rosmah dan Najib? selain dari soldadu dan sosok yang tidak memakai ihram
pasti mukabharat polis rahsia saudi arabia.. yang lain dari itu ialah para juak dan kaki kaki bodek pencari kontrek, bakal yang ingin jadi calon, broker tanah, kontrektor kelas A, pegawai kerajaan, Ksu dan pelbagi macam malaon.. sayang sekali vincent tan dan ananda bukan islam kalau tidak pasti mereka pun ada dalam rombongan. - TT

Note: Dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Kelak apabila akhir zaman terdapat empat macam golongan mengerjakan ibadat haji iaitu:

1) Para pemimpin mengerjakan ibadat haji hanya untuk ‘makan angin’,
2) Terdapat orang kaya pergi haji hanya untuk berniaga,
3) Ramai fakir miskin pergi haji dengan tujuan untuk mengemis,
4) Ahli qira’at (pembaca Al-Quran) mengerjakan ibadat haji hanya untuk mencari nama dan kemegahan.”


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

12 comments:

batu pelangi/BZ said...

Ahlix UMNOYAHUDI ini memang rela
diperbodohkan.Buatlah berapa banyak
pun ulasan untuk menerangkan
kebenaran namun ahlix yang taraf
LEMBU ini tak akan berubah.Dan jangan
terkejut satu hari kelak apabila
LEMBUx ini melihat bangsa lain dalam
Malaysia ini lebih maju dari bangsa
Melayu, LEMBUx ini akan memainkan
isu perkauman dan hak keistimewaan
Melayu.

Anonymous said...

Bila manusia munafik berblog. Ulasan dan kebenaran dari manusia munafik hanya disukai oleh orang2 munafik sahaja. Makin sesatlah kamu hai munafikunn.

Cikgu Jaja™ said...

Allhu Akbar..jaja takut baca nie.takut dosa 'dia' tertempias ke kita..

komnies said...

confuse:'
bkn ker disana supaya kita tiada rasa beza antara sesama manusia.tiada apaapa keistimewaan melainkan sama sesama islam.

Kak Mahh said...

Pertama kali lihat gambar ini di TV terasa PELIK kerana setahu saya RUMAH ALLAH ini AMAN...tapi bila depa ke sana...bertukar agaknya ada serangan hendap ke? hingga memaksa soldadu mengiringi mereka.

azrul said...

eh. bongoknye tuan punya blog ni. kerajaan arab saudi yang sediakan untuk semua pemimpin negara. oi bodoh.. kalau betul dia menipu sumpah laknat, dah lumpuh najib tu bila dia pijak je tanah suci, tak dapat tunai haji pun. jangan mata bukak tapi hati tertutup dol.

ROSMAH BADAK said...

anon azrul yang bingai cuba ko tunjuk kat aku dalil dan nas mana yang mengatakan siapa yg menipu sumpah laknat dia akan lumpuh bila pergi haji?

rosmah yang terang2 x pernah tutup aurat sedangkan Allah meklanat perempuan2 yang tidak menutup aurat xder pun retak kepala dia bila pegi haji?

ko ni bodoh ke bangang?

BUJANG SUSAH said...

"Sungguh, Allah Swt telah berfirman kepada para malaikatNya, Lihatlah hambaKu itu. Dia mendatangiKu ( menunaikan fardu haji) dengan kusut masai, lelah, dan nyaris kehabisan daya. Saksikanlah bahwa Aku telah mengampuni mereka."

ساريده سنين said...

Salam...

tkasih bujang kerana berkongsi info...

Anonymous said...

hei BUJANG SENANG, kamu lah pembawa fitnah dan akan diadili di padang mashyar kelak. Kamu guna ayat2 Quran tu untuk kepentingan kamu sahaja. Awat hukum Tuhan tu diturunkan untuk orang2 UMNO sahaja ke, tak termasuk kamu ke? sampai orang beribadat pun hang nak buat isu, awat segala kemudahan yg Najib dapat tu hang cemburu ke? atau pemimpin hang pa tak dapat di kala depa buat haji? kalau hang nak tau itulah kebesaran TUHAN. Dia nak tunjuk kepada puak2 hang pa tu NAJIB ni lebih mulia dari pemimpin2 kamu tu. Tok sah la dok buat fitnah sana sini. Hang pun nak mampus juga tak lama lagi bertaubatla. Carilah isu-isu yang boleh membina umat Islam supaya ianya boleh jadi kuat dan disegani oleh kaum2 lain. Maaf kerana terlampau panas......dan jijik dengan apa yg kamu bawa BUJANG SUSAH semoga kau lebih susah lagi kalau kamu tak berubah.

Anonymous said...

weiii anon November 8, 2011 10:04 PM.. awat hang bodoh ka? x tau maksud firman Allah ka? najib pergi haji siap naik pesawat khas lagi. Dah kalau Allah katakan mereka yang mengerjakan haji tu bersusah payah, kusut masai yang Allah ampunkan dosa2 mereka.. klau pergi haji senang lenang tu nak dikira apa?

Dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Kelak apabila akhir zaman terdapat empat macam golongan mengerjakan ibadat haji iaitu:

1) Para pemimpin mengerjakan ibadat haji hanya untuk ‘makan angin’,
2) Terdapat orang kaya pergi haji hanya untuk berniaga,
3) Ramai fakir miskin pergi haji dengan tujuan untuk mengemis,
4) Ahli qira’at (pembaca Al-Quran) mengerjakan ibadat haji hanya untuk mencari nama dan kemegahan.”

hang x pernah jumpa hadith ni ka? atau hang pun sama jer perangai mcm rosmah? bodoh jahil dan sampah?

Unknown said...

assalamualaikum tuan punya blog.. jangan ambil kerja malaikat untuk menghitung amalan orang lain... sedarkah anda bahawa mereka itu sedang melaksanakan ibadah, kepada Allah, bukan sedang bermaksiat.. jika inilah cara kamu mencari populariti, hentikanlah..